Monday, August 12, 2013

Cemburu itu tidak salah.

Assalamu'alaikum buat kau, sahabatku yang kucintai (:
Aku tahu kau sedar siapa itu 'kau'.

Kau tidak perlu cemburukan ku (ini bukan ayat bajet ok,atau ayat 'Ini semua Poyo!' tapi ini serius terjadi)

Aku tidak layak untuk dicemburukan, sukar untuk menjadi aku.

Jika kau cemburukan keputusan peperiksaan ku, ketahuilah..

Aku sedar bila-bila masa sahaja sesiapa boleh pintas aku, kerana aku sedar rakan-rakan semua sebenarnya lebih hebat dari aku. Ini bukan ayat ambil hati, ini ayat serius.

Dan, kau tahu sahabat. Aku pernah berkata pada ibuku," M hampir semua cikgu mengajar, dia tidur. Tapi still excellento, no. 1 setiap masa ". ( Saja cerita, tak jeless pun dengan M^^). Kau tahu apa ibuku kata,: " Tak apalah. InsyaAllah bila Ariffah tak tidur langsung semasa cikgu mengajar, ada barakahnya ". Senyum (:

Dan kau juga tahu, bila kali pertama aku mendapat no.2, yaaa aku excited. Tapi, ibu bapaku tidak berkata apa-apa. Pandang sepiii. Sebab itu aku faham perasaan M, betapa terasanya bila ibu bapanya tidak kisah dengan result dia.

Jika kau cemburukan pemikiranku, ketahuilah..

Kau sendiri maklum betapa rakan-rakan tidak dapat menerima pemikiranku. Tapi tahukah kau, betapa dalamnya sakit bila rakan-rakan terus menolak, mengutuk tanpa meminta penjelasan?

Yaah, ada kelebihanya bila berfikir tinggi, tapi kau tahu saja.. Realiti tak seindah mana. Kata salah seorang panel Langit Ilahi bila aku maklumkan tentang rakan-rakan yang mengutuk, : " Masyarakat susah menerima sesuatu yang baru ".

Sahabatku, menjadi Alien itu sukar :) Aku semakin faham apa yang Sir maksudkan dengan 'Alien'. Susah, tidak semudah menutup telinga.

Jika kau cemburukan bakatku, ketahuilah..

Sukar. Aku sentiasa sedar pandangan-pandangan orang lain, kerana aku tidak berpijak di fantasi, aku mengajar diriku untuk sentiasa berpijak dan hidup dengan realiti.

Jalan yang aku pilih untuk menggilap bakatku yang teruk ini -_-" , kau sendiri tahu penuh dengan cabaran. Jalan yang amat sosial. Bila-bila sahaja aku boleh hanyut (na'uzubillah) , bersyukurlah dengan dirimu. Yang jalannya lebih selamat .

Jika kau cemburukan aku yang dapat berkongsi masalah pada Murabbi, ketahuilah..

Bukan mudah untuk mengumpul kekuatan untuk berkongsi dengan Murabbi.
Bukan mudah untuk menahan malu.
Bukan mudah untuk menahan kerisauan.

Tapi, sekurangnya aku berusaha.

Jadi kau, tiada usaha, tidak membawa ke mana-mana. Ketahuilah itu..

Jika kau cemburukan apa-apa pada hidupku, ketahuilah..

Seperti ramai yang maklum, aku sukar untuk meluahkan masalah pada orang lain, ya memendam masalah, itulah aku.

Hatta rakan, bahkan keluarga, tiada yang tahu apa masalahku. Pun, kadangkala hanya Murabbi yang tahu.

Nampak seperti mudah hidup begini, tiada orang tahu masalah kita. Tapi kau, ketahuilah hanya Allah yang tahu bagaimana peritnya untuk hidup dalam dunia sendiri.

Kau tahu, ada kesan sampingan bila memendam masalah. Kesan sampingan itu teruk, tidak perlulah ku ceritakan semuanya. Dan, aku tidak sekuat mana untuk bersujud pada Allah setiap kali ada masalah. Kadang aku hanya: capai iPod, pasang earphone, volume up. Aku biarkan lagu terus terpasang, memejam mata dan sambil aku berpesan pada diriku: "Tahan..tahan ".

Kau tahu, rasa sangat-sangat in lost, bila ada masalah. Ambil handphone, cari senarai contact yang kononnya boleh la aku cerita masalah sikit. Tapi dari A tu Z aku search contact, akhirnya aku letak saja handphone. Tak ada contact, tak ada. Lone ranger saja lagaknya.

Kau tahu, pernah suatu hari ketika ada program malam di sekolah. Program di tingkat bawah, tingkat atas semuanya gelap gelita. Ketika aku sampai ke sekolah, aku sedang menahan tangis. Disebabkan aku benci menampakkan diriku yang sedang menangis, aku naik ke tingkat 3 yang sangat gelaaap, masuk ke kelas, yang jugaaa gelap. Aku tidak buka lampu, aku duduk di hujung sudut kelas dan mendakap lutut. Menangis keseorangan dalam kelas. Dalam gelap. Seorang. Kau tahu, itu seksa.

Aku juga punya aib tersendiri, yang mana aku sangat bersyukur Allah tidak mendedahkan aib tersebut. Sangat sangat bersyukur..

hai. happy kan saya?

Kalau kau cemburukanku aku yang.. tidak kisah akan perihal artis, malahan aku yakin ibuku lebih kenal artis daripada aku. Kadang aku hanya kenal muka tidak tahu nama, atau tahu nama tetapi tidak kenal muka, atau tidak tahu kedua-duanya.

Atau

Kalau kau cemburukanku aku yang.. jarang menonton TV. Walau aku tak layan drama Melayu atau sinetron segala bagai, aku tetap buka channel 701, 702, 707. Aku layan CSI, NCIS, Covert Affairs, Merlin, Leverage, Cake Boss, dan lain-lain. (dalam hati anda: "Tuuudiaa, bagitau habeh")

Tapi, itulah aku. Kau pasti ada sikap pelik sendiri. :p

Tapi, aku rasa macam tak logik pula kalau dua yang atas itu pun nak dicemburukan? Haha, kan kan.

Jadi, sahabatku yang kucintai. Walau kadang kita berselisih pendapat, saling bengang, aku tetap menganggap kau sebagai sahabat. Tidak semua rakan aku mampu anggap sebagai sahabat, hehe :D

Kau, bersyukurlah dengan hidup kau.

Mencemburui orang adalah sia-sia, jika kau tidak berusaha ke arah lebih baik.
Cemburulah, jika itu dapat membangkitkan semangatmu.
Tapi jika itu meruntuhkan semangat hidupmu, banyakkanlah menangis pada Allah agar membuang rasa cemburu.

Walau aku juga kadang-kadang mencemburuimu, dan orang lain. Tapi, bersyukurlah dengan takdir Allah.

Allah tidak jadikan kita sia-sia, insyaAllah ! (:


p/:s: Sejujurnya aku tidak tahu apa yang kau cemburukan pada aku?

Tuesday, August 6, 2013

Syukur Tuh Ohsem.

Aku sentiasa fikir , fikir, dan fikir.

Bagaimana aku nanti?

Aku ni rapuh. Cuma, ya .. aku banyak pretend, berpura-pura, berlagak macam tiada apa.
Biarlah, aku buat-buat macam tak terasa dengan mereka.

Aku ada Allah, aku kena ingat.

Teringat kata-kata pertama yang diluncurkan, sebelum mula briefing tentang Graphic Design. Katanya, " Apa-apa keadaan pun, jangan lupa untuk rasa bersyukur ".

Yeah, this Ramadhan banyak buatkan aku rasa bersyukur.

Aku bersyukur Allah takdirkan aku bersekolah di sekolah yang ada bi'ah yang kuat.
Aku bersyukur Allah hadirkan aku seorang sahabat, dalam diam aku mengaguminya.
Aku bersyukur Allah berikan aku seorang ibu yang banyak membentuk aku.
Aku bersyukur Allah termukan aku dengan Murabbi yang sangat 'take care' dengan anak muridnya.

Rasa in-lost bila orang yang ada hubungan dengan kita, mensia-siakan Ramadhan, malah bermaksiat pula. Di situ timbulkan perasaan, " Ya Allah, terima kasih bagi kesedaran pada aku ". Tapiii... memanglah aku ni sangat lemah. Sikiiit pun aku tiada kekuatan untuk cuba menegur dia. Teruk, ya aku teruk.

bukan tangan aku ya.

Dann..

Semasa solat Subuh tadi, mengimamkan ibu dan kakak. Habes solat, mak perbetulkan tajwid al-Fatihah. Alhamdulillah mak seorang yang sangat-sangat minat, hebat dalam Tajwid [tapi anaknya yang seorang ini tak minat sangat -_-"]

Sembang-sembang Tajwid, last-last jadi macam tazkirah Subuh. Suasana yang jarang ada, aku betul-betul gembira bila wujudnya suasana macam tu. Aku pandang mak, tiba-tiba hadir rasa 'syukur' punyai seorang ibu seperti 'Mak'.

Mak sangat sederhana.

Kata-kata Mak yang tak pernah aku lupakan, " Mak pernah hidup susah, jadi kita hidup cara susah ".

Mungkin orang lain pandang kami mewah tetapi hakikatnya, apa yang aku lihat, orang lain malahan gaya hidup lebih mewah.

Kau kena tahu satu perkara. Syukur akan buatkan kita rasa tenang. Deep calm (:

Geo

free counters