Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Sunday, March 9, 2014

Cerpen : " Tash. Kita Alien."

   “ Tash “.
Tash yang sedang memandang kosong ke arah meja hadapan mereka, beralih pandangan pada rakannya yang juga berada di hadapannya.

   “ Hurm ? “.

  “ Kau ada masalah ? “, tanya Faryna.

Tash tersengih, “ Apa kau merapu? “. Suapan nasi diteruskan. Mereka berdua baru sahaja tamat latihan silat petang tadi.

Faryna mengerutkan dahi, “ Kau ada masalah kan? Kenapa kau tersesat di tengah jalan raya sesak yang penuh dengan mamat rambut punk hisap rokok ? “

Tash tersedak. “ Apa punya gaya bahasa kau pakai? Alien .. atau robot ? Cubalah tapis sedikit. “. Tangannya mencapai straw pada gelas yang berisi jus epal. Mengarut betul Faryna ini, sikit punya baiklah mereka berdua tengah duduk di dalam restoran Afi Nur, dikatakan tersesat di tengah jalan raya pula.

   “ Betul apa. Kau tu dah macam tenggelam dalam dunia sendiri, sedangkan restoran ni punyalah bising mengalahkan pasar tapi aku tengok muka kau punyalah kosong. “, Faryna buat muka ‘innocent’ seakan ayat yang diungkapkan tadi tiada unsur-unsur pelik langsung.

   “ Kejap. Apapun kau punya anologi , hipotesis dan segala apapun pasal muka aku, apa kaitan dengan mamat punk hisap rokok pulak? “, Tash mengerutkan dahi.
Faryna ketawa.

   “ Apa ? Gelak pulak budak ini. Kang aku tonyoh muka dengan sambal baru padan muka “, Tash buat muka tidak puas hati.

   “ Bukan apa, tadi kau kerut dahi nampak macam orang tua. “, Faryna terus menyakat.
Tash menjengil mata. “ Kau ni.. kan ! Eii. “.

   “ Yela yela sayang. Nanti merajuk pulak. Bukan apa, kau kan tak suka lelaki rambut punk dan lelaki hisap rokok. Aku nampak kau ni macam ada satu masalah besar, yang kau tersekat dalam tu, dan penuh dengan unsur kegelapan .. aroma jahat mengelilingi kau. “, terang Faryna dengan penuh penghayatan.

   “ Faryna. “, ucap Tash sepatah.

Faryna mengangkat kening. Apa?

  “ Kita singgah klinik kejap lepas makan. Aku rasa nak bawa kau jumpa doktor. Mengikut firasat hati aku, kau ada penyakit sewel “.
Papp!!

   “ Oii sakit la ! “, Tash merungut. Main tampar-tampar lengan pula kawan aku ini.
   “ Padan muka ! Sapa suruh kata aku sewel. Kau tu yang tak reti tapis mulut.. “, Faryna mencebik manja. Tash ketawa sahaja, Faryna ini sudah mula merajuk. Kawannya ini memang kuat menyakat orang tapi juga kuat merajuk. Tak faham betul dia.

   Tash tersenyum kelat. Huh.. that memories. Faryna, kau sanggup tinggalkan aku kan? Kau biarkan aku terkapai-kapai sedangkan kau berpaut pada tali yang teguh.
Dia mengeluh entah buat kali ke berapa. Headphone di sebelah dicapai, lagu berkumandang, dipasang lagu The Fighter dengan volume tertinggi. Tash membaringkan diri di atas padang. Mata dipejamkan.

If you fall pick yourself up off the floor (get up)
And when your bones can't take no more (c'mon)
Just remember what you're here for
Cuz I know Imma damn sure

Aku jatuh, tapi kenapa aku tak pernah bangun sendiri?

Give em hell, turn their heads
Gonna live life 'til we're dead.
Give me scars, give me pain
Then they'll say to me, say to me, say to me
There goes the fighter, there goes the fighter
Here comes the fighter
That's what they'll say to me, say to me, say to me,
This one's a fighter

Faryna’s act.. yeah, do gave me scars and pains. But fighter? No I am not.

'Til the referee rings the bell
'Til both ya eyes start to swell
'Til the crowd goes home,
What we gonna do kid?

What am I gonna do? Huh.

Tiba-tiba dia terasa headphonenya ditarik perlahan.
    “ Tash ? “.


Monday, February 3, 2014

CERPEN : Nilai Skater

Cerpen yang ditulis sama ada tahun 2011/2012. Beberapa kawan dan senior yang baca cerpen ni kata mereka agak pening sebab nama watak terlalu pelik. Haha tapi aku tak kisah, teringin juga guna nama yang berbeza. 

   But, i just really love this cerpen, about skate !

Enjoy reading , and take ibrah ! :)


Bukk! Alva menyeringai. Tangannya menekap perut.
Dia terjatuh melutut.
Saat itu, dia seakan perasan satu lembaga yang sedang mengintip.
Dan, dia rebah.
*****
Makaha pantas menaip sms.

   “ UnderG C16, Adite Team belasah seseorang. Roger. “.

   Mata Makaha meliar kawasan sekeliling. Dia mesti berhati-hati agar tidak terserempak ahli Adite Team. 7 minit berlalu, susuk tubuh badan Enigma masih belum kelihatan. Secara tidak semena-mena bahunya dipegang dari belakang. Makaha berpusing dan menghala penumbuk ke belakang, bersiap mempertahankan diri. Namun gerakannya terhenti di udara.

   “ Huh, kau rupanya! “, Makaha tersengih.
Enigma mengguris sedikit senyuman. Ollie di sebelah serius. Lantas mereka bertiga memecah masuk ke dalam lembah C16. Misi bermula.

*****
   “ Eergh.. “, Alva perlahan-lahan membuka mata dalam kepayahan.
   “ Jangan bergerak, kesan ubat masih belum terserap sepenuhnya “, kedengaran suara menegur di sebelah.
Alva terkejut, dia pantas memaling ke kiri. Seorang yang berbadan tegap, memakai jaket hitam beserta dengan hud kepala sedang membaca al-qur’an. Sebelah bawah kaki kiri lelaki tersebut, terdapat ‘skate’. Pemandangan yang sangat...pelik .
   “ Si..siapa kau? “.
   “ Aku Enigma. Nama kau, Alva? “.
   “ Aku? Err..ya. “, teragak-agak Alva menjawab. Bagaimana orang ini mengetahui namanya? Dia memandang persekitaran bilik. Walaupun bilik tersebut sedikit kusam, ia tetap kemas. Dinding hanya kosong, tiada hiasan mahupun poster. Kipas yang berputar perlahan membuatkan Alva sedikit berpeluh.

   Tiba-tiba Makaha menjenguk. “ Kau dah sedar? Alhamdulillah.. “. Seraya itu sebuah senyuman terguris di bibirnya.
   “ Aku di mana? “, Alva cuba turun dari katil perlahan. Kali ini, Enigma tidak bersuara apa-apa, dia membiarkan sahaja.
   “ Tempat kami, G7. Kami selamatkan kau tadi. “, Makaha menjawab pantas.
   “ G7? Enigma? “, memori Alva berputar-putar, semacam ada sesuatu yang tersingkap di ingatan dalamnya.
   Dia membulatkan mata, dia pasti kini. Pasti! “ Enigma. BOTY? “,matanya merenung wajah Enigma. Enigma mengangguk selamba. “ Kau! Enigma! Kenapa tak beritahu awal-awal? Aku hampir tak mengecam kau tahu? “, Alva kelihatan teruja bertemu kembali kawan lama yang dikenali dahulu ketika BOTY; Battle Of The Year – perlawanan sedunia, salah satunya skate.

   Tiba-tiba Alva senyap, dia meragui sesuatu. “ Bukankah kau obses dengan Zephyr Team? Tony Alva? Jay Adams? Stacy Peralta? Dulu bukankah poster mereka yang tertampal merata-rata? Kenapa dinding kau kosong, hambar? “.
Enigma senyum. Diam. Melihatkan Enigma tidak menjawab, Alva bersuara lagi : “ Dan sejak bila kau pandai pegang al-qur’an? “. Serentak dengan soalan itu disuarakan, Enigma menerima panggilan telefon. Dia meminta diri sebentar.
   Makaha menghulurkan gelas air kosong kepada Alva.

   “ Eeerr. “.
   “ Panggil aku Makaha “.
   “ Oh okey. Makaha, Enigma masih skate? “, nada Alva sedikit risau.
Makaha mengangguk. Alva sedikit lega. “ Apa yang sudah terjadi pada Enigma? Dan, al-qur’an? “.
   “ Kau dah rasa sihat? Perut masih sakit? “, Makaha tidak menjawab soalan Alva.
Enigma masuk kembali, dengan wajah marah.
   “ Kau keluar, Alva. Keluar dari sini! “, Alva terkejut dengan kemarahan Enigma secara tiba-tiba.
   “ Ollie! “, Enigma memanggil tegas. Ollie tiba ke dalam bilik pantas.
   “ Kau dan Makaha bawa pulang Alva. Awasi dia, jangan biar dia terlepas. Selagi aku belum panggil kau berdua pulang, jangan lepas dari mengawasi dia. Faham? “.
Ollie memandang Makaha, meminta penjelasan apa yang sedang berlaku. Makaha hanya menggeleng, dia juga tidak faham.
   “ Enigma! Apa kena dengan kau tiba-tiba sahaja? Apa salah aku? “, Alva menuntut penjelasan.
   “ Alva, kau diam! Aku tersilap dahulu, aku tidak sepatutnya kenal kau! “, jawapan Enigma menyentak Alva. Dia terdiam sebentar. Makaha dan Ollie turut terkejut dengan perubahan Enigma.
   “ Kenapa dengan kau? Hah?!? “, Alva bangun dan menarik baju depan Enigma. Dia bengang dengan kata-kata dan sikap Enigma.
   “ Pergi! Bawa dia  pergi dari sini sekarang! “, Ollie dan Makaha menurut arahan Enigma walaupun mereka agak terpinga dengan sikap kasar Enigma. Mereka percaya Enigma mempunyai sebab tersendiri. Enigma yang mereka kenal bukanlah jenis yang mudah melenting tanpa bersebab.

*****
   Levis menendang pintu.
Dia terkejut melihat Enigma sudah bersedia berdiri di hadapan pintu yang baru dirobohnya. Kelihatan tenang sekali.
   “ Kau keseorangan? “. Enigma menjawab pertanyaan Levis dengan anggukan.
Levis terseringai ,” Kau sudah bersedia? Permainan akan tamat di sini, Enigma. “.
Enigma pula tersenyum, “ Tidak. Permainan baru sahaja bermula. “.
Levis mendengus. Taktiknya hendak melemahkan minda musuh tidak berjaya.
   “ Kau hendak dengar tawaran aku? “, tanya Enigma tenang, sedikit pun tidak terganggu dengan cubaan Levis hendak mempengaruhinya sebentar tadi.
Levis sekadar menambah dengusan kasar. Enigma menyambung, “ Berdamai sahaja, bebaskan diri kau dari semua ini. “.
Ketawa kuat terlepas dari mulut Levis. “ Kau bergurau? Berdamai? Jangan haraplah! “, serentak itu Levis memulakan serangan. Enigma mengelak dan mengelak dengan serangan bertubi-tubi Levis.


Saturday, July 9, 2011

PUISI: Veteran Itu

VETERAN ITU



A.Samad Said
Kau sudah pun tua
Tapi tuamu..
tua yang memberi 'erti'
tua yang tidak kenal
apa itu
lelah dalam berjuang..

Penamu terus menari
Wacanamu terus menyengat
Mindamu terus mengoreksi
Berdiri
untuk yang benar!

Kau...
veteran yang kucari!

Ariffah9 - 3.40 pm
Ruang Tamu, Ruang Fikir

Friday, May 13, 2011

PUISI : Campur+Baur

SUKANYA AKU+DIA

Aku cintakan dia
Dia cintakan aku
Aku pandang keji dia
Tetapi aku tetap seronok dengan dia
Bila mana kucuba untuk jauh
Dia tetap datang menggoda
Dan, aku selalu terpesona
Itulah dia, LAGHA



PARTICIPATE WITH
I sat  ~  I see
And,
I wonder
How will goin on
Without
Islam participate along?


U KNOW ME
Still, U know me
I know you
But, it’s hard
To understand each other
Without
Silaturrahim
Bilillahhita’ala

LIVE HARD
Simple life
Can’t participate
Cause I’m saying
‘Bout complex life
As Syed Qutb said
We will be on a hard track
If we want
To achieve Jannah!

~Ariffah9~
Ruang Tamu
Dicipta tidak lebih 6 minit

Friday, May 6, 2011

PUISI SANTAI : CJ

At last.

Setelah lama blog turut 'beku', mengikut admin nya sekali. Admin borek, blog rintik. [Bapa borek, anak rintik].

lets never grow up by *despair on deviantART

Selesai baca Contengan Jalanan karya Hlovate, dalam kereta. Takdir karya Hilal Asyraf pun dah habis baca. Batu-Bata Kehidupan still on the way.

Akibat masih terpengaruh dengan 'efek' hlovate, maka terkarya karya ini. Direka dalam keadaan otak masih 'lepak'.

CONTENGAN JALANAN.

Hidup lepak. Itu cool.
Hidup Skater. Itu cool.
Aku akui itu.
Tapi coolio itu..
Bawa sampai mananya?
Nanti injak depan Tuhan
Kau nak cool tara mana?
Cool dalam Islam itu,
Lebih bawa makna.

Dalam kereta. 6/5/11
-AR9-

p/s: TAKDIR karya Hilal Asyraf, memang terbaek!

Thursday, April 14, 2011

CERPEN : Family Prob.

Assalamu'alaikum. 

Cerpen kali ini saya guna bahasa interaksi. Er, mean.. bukan bahasa baku macam sebelum-sebelum ni. Sekali-sekala tukar gaya bahasa. :)

p/s: Maaf kalau ada broken english. Actually, ikut gaya bahasa Hlovate.

Then, enjoy!

~ * * * * * ~

Anak tersisih ke dia?

Itu yang tercatat atas kertas contengan di hadapannya kini. Pen di tangan masih setia tergenggam.

   “ Tak mahu bersyukur ada ibu bapa, huh? “, satu suara menyapa gegendang telinganya.

Dia mengetap bibir. That's it! Salah satu sebab kenapa dia tidak suka berkawan. People always like to judge.

it will takes time, right?

Pen di tangan disimpan elok-elok di dalam poket seluarnya. Sudah jadi tabiat, membawa pen ke mana-mana. Kertas-kertas kosong yang berselerakan disusun kemas. Dia bangun, menggalas beg hitam-Nike-nya dan beredar.

   “ Heyya…tak beradab. Blah macam itu aje “, suara tadi lagi.

Tak peduli. Buat apa? Buat apa mahu kisah dengan orang lain kalau dah ibu bapa sendiri buat anak macam kisah-tak kisah jerk. Tak-tak, wrong statement kut. Tak kisah langsung.

Jalan-jalan. Ternampak satu keluarga di taman rekreasi. Bercanda. Mengusik. Ah, nampak ada ibu tengah membelai-belai rambut anaknya sambil tersenyum.
Mata dah terasa hangat. Agak-agak sempat tak dia merasa kebahagiaan macam itu sebelum dia pergi-untuk selamanya?

   “Qalbi, sempat tak agaknya”, gumamnya rendah, bawah kesedaran.

Terasa lapar pula. Langkahan dibelokkan ke 7-eleven. Masuk-masuk dengar bunyi ‘ding-dong’. Dia terhenti sejenak. Kalau dia nak pasang loceng macam itu di depan pintu rumah boleh tak? Kalau mak ayah balik bolehlah dia sambut. Ha-ha. Funny. Matanya dijuling ke atas.Cara kau cakap tu macam lah diorang akan sedar+nampak kewujudan kau.

Mujur tak ramai orang kat sini. Dia benci tempat sesak+penuh ramai orang. Roti gardenier kismis satu bungkus dan sebotol mineral dicapainya lalu langkahan dihalakan ke kaunter.

Selesai bayar, dia berpusing terus. Pukk!


“ Allahu..akbar. “, automatik satu lafaz terkeluar dari bibir seorang gadis di hadapannya.
Dia sudah kecut perut. Nampaknya bungkus roti gardenier putih milik gadis itu sudah ‘selamat’ dilenyek. Dia cuba menenangkan diri

   Ok,ok. Sangka baik. Relaks. Gadis ni jenis sabar kut.

Friday, March 11, 2011

CERPEN: Berubah. Takes time.

Maaf, cerpen kali ini tak banyak aksi atau scene-scene. Tak berapa sihat, demam. Cerpen ini ditujukan kepada dua sahabat tersayang, birthday girl March ini. :)

Terimalah...

Want ballons? Just take it, special for you..

Aku terasa sakit. Pedih.

Kenapa mereka susah sangat nak terima perubahan?

Salahkah aku kalau hendak berubah?

Air mata menitis. Setitik demi setitik. Tiba-tiba bahuku terasa disentuh lembut.
Aku mengangkat mukaku. Oh, Farihah.

   “ Kenapa diorang payah sangat nak terima kita? Aku tau, kita ni bukannya baik. Tapi, baik sangatkah mereka nak hukum kita begini? “, rungut Farihah. Jelas terpamer riak kecewa di wajahnya.

Aku menggeleng. Tidak tahu hendak menjawab apa. Sendiri pun masih tertanya-tanya perkara yang sama.
Aku memeluk Farihah. Kami berdua menangis, sungguh terasa berat dugaan.

*****

   “ Tak payah la anti jadi pengacara ye? “. Izah menolak tawaranku.
   “ Eh? Kenapa pula? “.
   “ Ana takut anti tak jaga pandangan nanti..tengok lelaki je “.

Dush. Perit. Aku hanya berpusing, meninggalkan dia tanpa bercakap sepatah pun.
Dia pun sama? Orang kepercayaan senior dan guru-guru, beginikah sikap dia?

   “ Well, kalau dah Izah, yang terkenal alim pun tak percayakan aku. Mesti orang lain yang biasa-biasa pun tak akan percayakan aku dan Farihah. “, aku mengeluh seorang.

Badan terasa lembik. Tepatnya, lemah longlai.

   “ Oi, buat apa duduk situ. Nak usya lelaki ke? “, Sarah jerit padaku.

Ya Allah, seorang lagi. Aku tak terniat pun.
Ya Allah.. terasa sungguh. Pedih. Sakit. Terkilan. Perit.

Thursday, February 24, 2011

Cerpen: Peace dan Tampar?

Peace!    


Dapp!!

   " Hoi, kenapa tampar kepala aku ni? Tak pasal-pasal je.. ", marah Alif.

   " Dah tu, kenapa kau buat peace? Simbol freemason tau! ", marah Danir pula.

Alif menghela nafas. Sungguh la, ramai terpengaruh...Ramai obses dengan freemason!

    " Danir.. jangan obses sangat boleh tak? Freemason memang dah pengaruh ramai orang..", Alif menggeleng-geleng.

    " La..betul la. Tak elok buat peace! Simbol freemason tu.. ", Danir masih bertegas.

    " Ok fine! Tampar kepala orang dan buat gaya peace, mana lebih teruk? ", Alif membalas. Dia memperbetulkan mejanya.

Danir terdiam.

   " Rasulullah tak bagi tampar kepala orang kan? ", uji Alif  lagi.

Danir masih terdiam.



   " Danir.. Freemason tu jahiliyah kan? ". Danir mengangguk, respons pada soalan Alif.

   " Dan, lebih banyak lagi jahiliyah kat dunia ni. Jangan pandang macam Freemason tu sahaja jahiliyah. Hakikatnya, hiburan, lagu, maksiat semua tu pun jahiliyah. Yang kau dengar lagu-lagu cinta jiwang tu pun salah satu jahiliyah. Lebih baik kau berhenti dengar lagu tu dahulu sebelum fikir-fikir bab Freemason.. ", sedas Alif beri tazkirah 'free'.

Danir terasa juga, memang dia layan lagu-lagu jiwang pun.

   " Tapi, bukankah kita perlu tahu isu semasa? ", mata Danir menuntut jawapan.

Alif menepuk dahinya. ' Aiseh, kawan aku sorang ni.. ', rungut hatinya.

    " Sejak bila aku larang kau ambil tahu pasal Freemason nieh? Suka hati kau la nak ambil berat pun, cuma jangan terlalu melampau sudah la. Masih banyak ilmu perlu kita tuntut tahu! Ambil tahu, ambil tahu juga tapi jahiliyah surrounding kita jangan lupa sisihkan! ", Alif mengambil pensel, mencatat entah apa atas sehelai kertas.

    " Jahiliyah surrounding? Maksud kau apa? ", tanya Danir, terkebil-kebil matanya.

    " Erm..maksud aku. Jahiliyah sekeliling kita, atau lebih tepat benda lagha yang kita pandang remeh-temeh ni. ", Alif menutup sedikit catatannya apabila mendapati Danir menjeling.

   " Cakap sedikit benda lagha apa tu? ", gesa Danir.

   " Kau tengok TV? Kau buka channel apa? Ada kau buka rancangan hiburan? Menyanyi, menari, drama entah apa-apa... Itulah salah satu jahiliyah yang banyak mempengaruhi hidup manusia sekarang ni. Dalam kau sibuk-sibuk usya Freemason mungkin hal ini kau terlepas pandang. Hakikatnya, Freemason sendiri yang mencucuk umat Islam agar fokus pada hiburan duniawi... ", kertas dilipat, sudah selesai ditulis.

Danir terdiam lagi. 'Alamak, memang aku lah tu yang terpengaruh', monolog hatinya.

Alif menghulurkan kertas yang dilipat tadi pada Danir.

   " Aku cau dulu! Nak tanya apa-apa lagi, sambung lain pulak noh..Wassalam.. ", Alif bangun dari kerusinya, lalu keluar dari kelas.

Danir mengangguk. Menerima huluran kertas tersebut, dan terus membukanya sebaik sahaja Alif selangkah di luar kelas.

Peace! [relax, peace aku peace keamanan tahu!]

   ' Aik, biar benar budak nie. Yang nie je dia tulis... ', Danir menggumam.

Dibelek-beleknya kertas tersebut.

Oh, ada sedikit catitan di belakang helaian kertas.

Danir, 
FREEMASON = JAHILIYAH. Betul.
JAHILIYAH = FREEMASON. Bukan. Tak tepat.
Hakikatnya, banyak lagi benda lain adalah Jahiliyah. 

Peace lagi! [Lukisan simbol peace]

Alif Cool...
{TandaTangan}

Danir tersengih. 

Alif suka sungguh menggunakan ayat 'hakikatnya' dan 'peace'.

Apapun,
Terima kasih sahabat.

Sungguh, terima kasih.

Friday, February 4, 2011

Luahan Hati: Hiburan tak habis-habis?

Aku sedih. Melihat Junior Master Chef Australian, program kanak-kanak dalam satu program menjadi chef. Kagum melihat kepandaian mereka. Sekecil-kecil umur 8 tahun pun ada.

Aku sedih bukan apa. Cuba lihat apa yang Malaysia sediakan program untuk kanak-kanak atau remaja. Idola Kecil? Tom-tom Bak? Bintang Kecil? Dan lain-lain yang aku sendiri tidak berapa arif.

Ok, ada juga seminar, kem motivasi dan lain-lain lagi yang disediakan untuk kerohanian tetapi aku ingin fokuskan pada apa yang majoriti rakyat Malaysia fokuskan dan lebih minati. Apa yang banyak ditayangkan sekarang ini.

Akademi Fantasia, Lirik apa ntah serta banyak lagi. Inikah Malaysia?


Sewaktu melihat program Junior Master Chef tersebut…

Ayah : Ha, kan bagus program macam ini. Malaysia tahu hiburan, artis saja.
Kakak : Itulah. Comel tengok diorang ni, hebat-hebat pula.
Ayah : Kalau kecil-kecil mereka dedahkan dengan ini, sini kecil-kecil tahu tayang hiburan sahaja!

Friday, January 14, 2011

Puisi: Saat Penamat

Aku datang dari benua
entah terperosok mana
misi ku cuma satu
mengajak manusia
untuk ikut Tuhan kita
siapa Dia, itu Allah
untuk ikut ikutan kita
siapa dia, itu Rasul

Dalam diri aku
punya khilaf menggunung
tapi berbekalkan
pesanan dia, Rasul
aku tak betah berdiam
biarpun ada jiwa lain bergerak
mengapa aku pula
yang jadi pemerhati

tidak.
tidak akan kubiar
diri bermalasan
berehatlah bila tiba
ajal menjemput
itu saat penamatnya.


15 Jan 2011
12.19 a.m
Bilik Study

Thursday, December 30, 2010

CERPEN: Back to Fitrah

Ah, dah lama rasanya tak menulis cerpen. Haii..berhasrat mahu jadi penulis tetapi latihan cerpen jarang sekali. Apalah, diri ini.


Saya : Malam ni, ana nak post cerpen. Lama tak tulis cerpen.
Nurina : Bagusla. Ana pun dah lama tak baca cerpen anti.
Saya : Hehe


Kalau nak tahu, Nurina ini sangatlah rajin menulis cerpen-cerpen di blognya. Bukan macam saya...haha. Dulu setiap sabtu, lama-lama berbulan pula tak menulis. 


BACK TO FITRAH


Entah. Hati aku tak senang. Biarlah, aku doakan kebahagiaannya.


   " Rohaizat ", bibir mungilnya menyebut namaku.

Aku berpaling. Tersenyum, wanita ini lagi. 

   " Ah, sahabatku Olivia. Ada apa? ", aku menyahut panggilannya.

Olivia mengambil tempat duduk di sebelahku tanpa dipelawa. Dia meramas kedua-dua tapak tangannya.

   " Huh, tanda ini lagi. Kau mahu bincang lagi ya? Perkara apa pula..".

Olivia ketawa perlahan. Sungguh ayu dia.

   " Macam biasa, Rohaizat. Apa kau tak bisa bicara sama aku lagi? ", gesitnya nakal.

Aku tersenyum lucu. Minah salih ini sudah pandai menyelit sedikit bahasa indonesia. Entah dari mana dia belajar.
Sejak mahir berbahasa Melayu, dia kalut mempelajari bahasa lain pula. Katanya, kalau dia boleh berbahasa Melayu kenapa tidak bahasa lain pula?. Aku tersenyum sahaja tika itu.

   " Aku makin pening baca al-qur’an yang kau hadiahkan pada aku “, Olivia menyebut perlahan. Walaupun dia ateis, dia rasa perlu untuk menghormati kitab agama. Dia tahu setiap orang ada pegangan tersendiri. 

Monday, October 11, 2010

ULASAN : Favourite Author (update 1 author more)

My favourite author? 

 Book of a Wizard by ~st30 on deviantART


Faisal Tehrani, Hlovate, Hilal Asyraf, Ramlee Awang Murshid, *Ustaz Hasrizal, Abdul Latip Talib.

 Then, Habiburrahman El-Shirazy, Fatimah Syarha, Dr. Farhan Hadi.

Jom ulas sedikit berkenaan penulisan mereka..

Wednesday, October 6, 2010

Dunia kupandang

Aku pandang dunia ini
Tidakku jumpa kesyumulan
melainkan dalam Islam

Aku pandang dunia ini
Tidakku jumpa keindahan
melainkan indahnya Islam

Aku pandang dunia ini
Tidakku jumpa indahnya kesirnaan sesuatu
melainkan setelah
munculnya agama Islam

Wednesday, August 25, 2010

CERPEN: Ibu, kenapa aku?

 Cerpen ini ana reka , dapat semangat daripada cerpen Faisal Tehrani yang bertajuk 'Talang'. 

    Mungkin sukar nak jumpa remaja minat novel beliau disebabkan bahasanya agak tinggi tapi menurut Faisal Tehrani, beliau mahu pembacanya mendapat ilmu yang baru , sama ada dari segi bahasa atau pengisianya malah suka mencabar pembacanya. Owh, saya suka bab mencabar-mencabar ni!

   Novel Faisal Tehrani cukup bagus, pembaca akan dapat melihat ilmu beliau sungguh tinggi serta faham bahawa sebelum menulis novel, beliau akan membuat research@penyelidikan terlebih dahulu agar fakta yang 'disuap' kepada pembaca tidak salah.

He is the one of my favourite writers!



  “ Ibu, kakak nak keluar main boleh? “, pinta Hidayah,mukanya menagih simpati.

   Ibu menggeleng, mukanya mencerut. Rimas dia dengan permintaan anak perempuannya itu yang macam-macam.

   Hidayah mencebik. Lagi-lagi permintaannya ditolak. Kalau adik lelakinya itu semua boleh. Geram betul dia.
   
Terdengar pintu berkerut dari arah ruang tamu. Adiknya sudah balik.
    “ Faiz. Kau ke mana tadi? “.

Friday, August 6, 2010

CERPEN: True Hold

Ha, cerpen menjengah juga akhirnya di dalam blog ni!
   Cerpen ni ana buat sewaktu sesi latihan menulis cerpen dalam bengkel penulisan. 

Sudi-sudilah kritik..

So, enjoy!

pic by siren 2k4 on deviantART

   Pedang dihunus ke arah langit, simbolik bagi kemenangan pihaknya. Pedang itu berkilau, kesan dari cahaya matahari yang memancar terik, terasa kulit seakan disambar api. Suasana medan peperangan di ‘gurun maut’ itu tambah memeritkan lagi insan-insan yang berada di sekitar itu. Mayat dan darah sudah simfoni dengan tempat itu.

   Namun, Panglima Hourvard sudah lali. Dia menyeringai puas, mencerunkan matanya ke arah sekitar.
    “ Bully Joe, we win again! Hahaa..”, berdekah-dekah ketawanya. Bangga menyelinap ke seluruh perasaan apabila kemenangan sudah berada di dalam genggaman. Rakannya, Bully Joe tetap berwajah kelat, lagaknya serius sepanjang masa. Tidak pernah tersenyum.

* * * * *

   Faisal mengetap bibir dari jauh. Hatinya sakit, seolah-olah dicucuk dengan duri-duri tajam. Pedih!! Kenapa begini?
    “ Syeikh Fahmi, kenapa kau meninggalkan kami semua? Kini, pihak Islam tidak akan menang lagi tanpa kamu, wahai ‘pendekar berbisa’..”, hatinya bermonolog.

Jiwanya gundah, tidak yakin lagi kemenangan akan menjadi milik tentera Islam. Faisal termenung panjang, menyesali akan syahidnya rakannya yang selama ini dianggap menjadi pencetus kepada kemenangan pihak Islam.

   Tiba-tiba bahunya ditepuk..” Hai manusia, apa yang sedang kamu menungkan?”.
Pendekar Helmi mengambil tempat di sebelahnya.

   “ Fahmi..” terlontar satu bibit nama dari bibirnya. Pendekar Helmi tersengih, dia faham apa masalah yang dihadapi Faisal.

    “ Kau salah, Faisal”, kalimah pendek itu membuatkan kening Faisal terangkat. Apa salahnya, tetiba je?

   “ Aku pergi dulu..”, Pendekar Helmi bergerak pergi, ingin melihat para tenteranya yang tercedera.

   “ Wei, apa salah aku sehh?!! “, jerit Faisal. Namun Pendekar Helmi tetap terus melangkah, tanpa menoleh..

Faisal mengeluh. Apa salahnya?

* * * * *

Ya Allah huya Allah
We are servant ya Allah
Lailaha ilallah
Muhammadurrasulullah

Nasyid yang didendangkan seorang remaja yang berusia 15 tahun menarik perhatian Faisal. Hatinya terhibur dengan kelunakan suara remaja tersebut.

Let Allah be your guiding right
We got conscious day and night
You will be precious in his sight
If you follow his guiding light

   Makna nasyid tersebut menjengah pemikirannya. Dia faham maknanya tetapi akalnya belum menyedari ada maksud yang mendalam di sebalik nasyid tersebut.

Allah..
You created everything
We belong to you
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank you
Alhamdulillah..Alhamdulillah

   Suara garau pula menggantikan pendengarannya. Garau ya, tetapi tetap merdu.
Dia berpaling..Oh,Pendekar Helmi rupanya.

   “ Kau faham makna nasyid ‘Servant’ budak tu nyanyi dan nasyid Maher Zain aku nyanyi tadi? “, soal Pendekar Helmi selepas memberi salam.
Faisal  mengangguk.

   “ Kau sedar tak apa salah kau?”, soalannya dibalas dengan gelengan Faisal.
   “ Cuba kau hayati maksud nasyid tadi..hayati dan fahami, bukan sekadar fahami! “, saran Pendekar Helmi.

Faisal mengerut wajah. Apa kaitan nasyid tadi dengan kesalahannya?
Namun, dia menurut jua. Terngiang-ngiang kembali kedua-dua nasyid tadi.

    “ Dan kau akan faham bila kaitkan nasyid dengan kekalahan peperangan kita.. “.

Masa berlalu beberapa minit..

Suasana sepi memberi ruang kepada Faisal untuk lebih menghayati nasyid sebentar tadi. Angin panas menderu perlahan, menyapa wajah-wajah mereka.

   Faisal tetiba memeluk Pendekar Helmi. “ Arigato’ ya sadiqati!”, ucapnya penuh terharu.
“ Ana afham, afham! “.

   Pendekar Helmi tersenyum lega. Faisal sudah sedar, kemenangan dan kekalahan perang bukannya bergantung kepada Syeikh Fahmi. Biarpun sahabatnya itu adalah ‘pendekar berbisa’, pendekar yang tangkas, cekap, hebat dan berkarisma. Malah, tidak pernah tewas di tangan musuh sebelum syahid. Namun, kejayaan yang disandang mereka adalah atas pertolongan dan penyayang ‘Yang Maha Esa’.

    Dia, sahabatnya, tenteranya dan semua manusia hanyalah hamba Allah…” We are servant Ya Allah “..

Faisal menangis. Selama ini, dia meletakkan pergantungannya pada pautan yang salah! Dia alpa bahawa Allah yang menetapkan kesemuanya.

* * * * *

   “ Allahhuakbar!”, wajah Faisal bercahaya, semangatnya menaik mendadak.

Malah semangatnya lebih tinggi daripada sebelumnya, semasa berjuang bersama Syeikh Fahmi.

Pendekar Helmi di sisinya tersenyum senang. ‘Alhamdulillah…’

Peperangan bermula lagi!

* * * * *

   Bully Joe berwajah masam. Panglima Hourvard menyumpah seranah tak henti-henti.

   “ Ah!! Kita tak kalah! Tak kalah! “, jeritannya di luar kotak fikiran.

Matanya sakit melihat tenteranya hanya berbelas-belas yang tersisa. Matanya bertamah sakit melihat mayat-mayat tenteranya yang bergelimpangan. Darah-darah gelap yang terpancut dari dadanya tidak diendahkan. Jiwa dalamannya lebih sakit!

* * * * *

    “ Fanzuru, manusia yang berpaut pada pergantungan yang hakiki, pasti ada ganjaran yang menanti. Biarpun memakan masa dan tenaga..”, Pendekar Helmi bersuara.

   Faisal tersengih. Dia melakukan sujud syukur di atas tanah gurun yang gersang itu. Dia terasa betapa hinanya dirinya sebagai hamba, betapa kerdilnya diri di hadapan Allah. Sungguh, kesyukuran itu adalah kemanisan bagi hamba-hamba yang bertakwa.

Syukur, Alhamdulillah!!

Inilah perasaan hamba, seorang hamba Ilahi yang sebenarnya..

* * * * *

   Syeikh Fahmi terseringai dari jauh. Dia hanya melenyapkan diri sebentar.. Ingin melihat pergantungan manusia yang sebenar.

Dirinya atau Ilahi?



   

Sunday, June 13, 2010

CERPEN: Argh!! Siapa yang bersalah??

  Ana terlupa, kelmarin hari untuk buat cerpen. Maaf, selalu sangat terlewat 'post' cerpen. Aduss, maafkan diriku ini wahai pembaca!

  Cerpen ini ada pembayang sedikit seperti cerpen yang ana hantar untuk majalah sekolah. Ana pun tak berapa ingat, kisahnya bagaimana memandangkan dah lama hantar, tapi majalah sekolah belum siap dicetak sepenuhnya lagi. Rasanya, banyak berlainan juga kot..cerpen satu lagi best lagi kot. Entahlah, ana betul-betul dah lupa tapi yang ana ingat tajuk dia : "PANGG!! Aku seorang pemburu! ". Pelik? Lantaklah..

  Kata Sir, mungkin lepas cuti ni kot dapat majalah tu..( Ana ni lah tukang tanya tak bertauliah, beberapa kali. Biasalah, teruja , sebelum ni tak pernah buat majalah sekolah..hehe)

 Root Golem by~caramitten on deviantART

   Deen menembak. Tangannya yang gatal hendak menekan picu senapang sedangkan yang berlalu hanyalah bayangan yang bergerak pantas. Dia tertanya-tanya.

   Bayangan itu muncul lagi, seakan-akan kelibat seorang manusia pula. Deen hairan, dia berada di dalam hutan. Tidak mungkin ada manusia yang ingin bermain-main dengannya.

   " Ah! Aku peduli hapa! ", Deen mengejar kembali bayangan itu. Tanpa disedari, semakin lama dirinya masuk jauh ke dalam hutan. Apabila bayang-bayang itu menghilang setelah sekian lama Deen menanti, barulah dia tersedar. Dia mula mencari jalan keluar.

    Tiba-tiba kakinya tidak boleh bergerak. Kakinya seakan-akan dilingkari sesuatu.

   Akar pokok!

Huh? Dia hairan, apakah yang terjadi?

   Kesakitan yang menjalari kakinya membuatkan pegangannya lemah. Senapang terlepas. Deen sempat merungut-rungut.

   Tiba-tiba muncul satu kelibat manusia yang sedang gelak ketawa. Mukanya ditutupi dengan sehelai kain nipis. Samar-samar kelihatan wajahnya.

   " Sakit? Terimalah balasannya..", ujar manusia itu.

' Itu suara perempuan..', gumam hati Deen.

   " Siapa kau? Lepaskan aku!! ", persoalan dan permintaan dihamburkan sekaligus.

Deen cuba meronta-ronta namun akar yang melilit kakinya makin kejap melilit. Malah, akar itu mula menjalari badannya pula.

   " Lepaskan? Tidak sama sekali! Kau patut terima hukuman yang setimpal, iaitu mati! ", nada suaranya bertukar menjadi amarah.

   " Berdosa membunuh orang ", Deen membalas pendek. Dia tidak tahu apa yang patut diungkapkan sewaktu ini.

Perempuan itu gelak deras. " Dosa? Oh, kau buru haiwan selama ini tak apa pula? Tembak membabi buta. Aku hanya ingin menyelamatkan haiwan-haiwan yang tidak berdosa! Mereka tidak patut mati begitu sahaja! Aku adalah penjaga hutan ini, tiada sesiapa yang boleh larang.. ", panjang dia berhujah.

   Deen tersedar. Entah kenapa, kali ini hanya cepat tersentuh pula. Dia tiba-tiba berasa amat bersalah atas perbuatannya memburu sesuka hati selama ini.

   Tiba-tiba akar menjeratnya dengan lebih kuat, memecahkan lamunannya. Dia mengerang kesakitan. Sukar hendak bernafas.

" Terimalah!", perempuan itu menjerit.

" Tunggu! ", suara Deen dilepaskan lantang.

" Kau buat semua ini hanya kerana ingin menjaga hutan ini? ", Deen memberanikan dirinya bertanya.

   Perempuan misteri itu merenung anak matanya tajam lalu mengangguk keras.

   " Aku tahu aku bersalah. Maafkan aku, aku janji tidak akan buat lagi semua ini.."

   " Penipu!"

   " Wahai hamba Allah..", dia ingin mengatakan 'Wahai manusia' tetapi di benaknya terfikir juga akan kemungkinan yang berdiri di hadapannya adalah makhluk halus?

   " Matlamat tidak menghalalkan cara..", sambungnya. Kelihatan seperti kalimah yang dituturkannya itu menarik perhatian perempuan itu.

   " Aku tahu kau seorang yang baik, prihatin terhadap haiwan-haiwan di sini tetapi membunuh seorang manusia itu tetap berdosa! ", sambung Deen lagi.

   Akar pokok itu tiba-tiba terlonggar dan merenggang. Dia agak terkejut, takkanlah se'drastik' itu peremuan itu tersedar?

   " Pergi! Sebelum aku berubah fikiran! ", kata perempuan itu tegas, menambahkan kejutan mendadak padanya.

Deen kehairanan. Namun dia tetap bergerak pergi dan amat bersyukur kerana diberi peluang.

   " Terima kasih..", ucap Deen perlahan dan berlalu pergi.

    Perempuan itu melihat Deen berlalu dengan lirikan matanya. Dia kembali teringatkan kisah silamnya, betapa masyarakat hanya tahu mencacinya.
    Tidak pernah berbicara lembut dengannya, tidak pernah mengatakan dirinya baik jauh sekali hendak berterima kasih padanya. Malah, dirinya dianggap sebagai hamba mereka, diperkudakan sesuka hati.

   Namun, nasibnya tidak selamanya begitu. Dia bertekad melarikan diri memandangkan dirinya hanyalah sebatang kara, dia tidak perlulah risau sangat melukakan hati ahli tersayang.

   Memandangkan dirinya juga tiada saudara mara di mana-mana , dia bertekad hendak tinggal di hutan. Sejak kecil lagi, sememangnya dia rapat dengan haiwan.

   Tetapi, lelaki ini tidak seperti masyarakat kelilingnya dahulu..

Dia berasa akan kasihan hati lelaki itu. Kali ini, dia lepaskan...

Geo

free counters