Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Saturday, October 25, 2014

Bangla, siapa dia di pandangan kita ?



Beberapa hari lepas, aku dan a few kawan maahad , berusrah dengan Sir Azman .
 
 Sir ada cerita tentang kisah seorang bangla ni. Dia ni pekerja bina surau untuk sekolah. One day, Allah takdirkan dia dilanggar kereta depan sekolah, parah. Masuk hospital. So suatu hari ni, Sir ada baca tentang Benz Ali. Boleh google tentang siapa benz ali. Tapi sekali tu dia ada kata “ golongan agama ni bercakap tentang agama, tapi bila lalu kawasan setinggan boleh lalu saja buat tak tau. Tapi aku ni  pulak yang melawat dan tolong orang-orang susah di kawasan setinggan ! “. Ya, memang tak patut la nak kata salah bercakap tentang agama, but he have a point. Sir time tu kata macam “ uih macam dia kata kat aku ! “, memang terasa. Sir mengaku dia tersilap. Silap sebab tak ada seorang pun pi melawat bangla yang accident tu ! Parah kot. Cuba la kan, kalau pelajar sekolah yang accident, atau orang kampong accident, mesti ada orang melawat. Tapi disebabkan dia hanyalah seorang bangla, no one visits him ! Sedangkan dia lah yang tolong bina surau pulak tu . Then Sir pun pi jumpa ketua pekerja bina surau tu, rupa-rupanya teksi nak pi hospital RM200 ! Pi RM100, balik RM100 ! Ya Allah, that really is a big amount. So, sir pun bawa la ketua tu ikut sekali bawak pi hospital. Tapi, ditakdirkan Allah, sampai-sampai hospital, tak boleh melawat. Nak melawat lagi sebulan baru boleh. Sir pi jumpa ramai pegawai minta jugak nak pi melawat, kesian la bangla tu takda family kat sini, alone . At last, dapat jugak, 3 hari lepas tu boleh pi melawat. Alhamdulillah, so balik lah lepas tu, plan nak mai lagi 3 hari. Tapi Allah punya perancangan takdak sapa boleh jangka. Bangla esok tu nak balik dah negara dia. Tak dapat jugak jumpa dan melawat bangla tu. So at last, sekolah bagi bantuan kewangan kat bangla tu.
   Apa yang Sir nak sampaikan, kadang hidayah ni datang dari pelbagai arah. Sir tersedar kesalahan dia daripada kata-kata seorang yang tak percayakan agama ! Bukan nak kata Benz Ali tu bagus, tak ! Tapi kita takkan pernah tahu siapa yang akan sedarkan kita !

  In this life, actually kan, do you know , kita ni manusia banyak diuji dengan apa ? Sami’ wa basir. Pendengaran dan penglihatan. Banyak disebut di dalam al-qur’an. Dalam erti kata lain, audio dan visual .Amanah Allah, kita guna untuk lihat apa ? kita guna untuk dengar apa ? Tanya balik pada diri. Did we spend amanah Allah ni untuk jalan maksiat atau jalan yang Allah redha ? Just remember, semuanya bukan milik kita, tapi milik Allah. Clearly, Allah boleh tarik bila-bila masa yang Dia nak , dan of course kita takkan dapat haling walau sesaat. Kun fayakun !
   GERAKAN PEMIKIRAN. Mana tahu, takut-takut kita tengah syok dok hidup, rupanya orang lain dah berfikiran jauh. Tambah-tambah buat pelajar universiti,  hidup asyik dengan kuliah.Cubalah explore hidup, berfikiran jauh dan kritis. Hey,kita takkan rugi tahu ! Untung lagi lah wallaweyy , insyaAllah.

   And the HIGHLIGHT point here that I want to make, HIDUP ini UJIAN. Nak ke tak nak, tiada sesiapa yang akan terlepas dari ujian . Contoh kan, in exam week ,bila kita bangun tidur saja terfikir pasal exam. Buat apapun terfikir exam. Nak keluar jejalan pun macam berat hati sebab asyik fikir pasal exam ! tapi, pernah tak kita bangun-bangun tidur, terfikir hidup ini ujian ?! Seriesly, this life aint real kalau tak dapat apa-apa ujian. Sebab ujian lah yang akan toughen kan kita, akan handsome kan kita lagi, akan make us more cool, akan lebih tabah sabar ! Biarlah target hidup tu buat apapun, ingat hidup ni ujian, dan kita nak buat yang terbaik untuk Allah. INGAT, TARGET HIDUP NAK BUAT TERBAIK UNTUK ALLAH !

Friday, July 25, 2014

HAJIME ! Starting point beb .

Bismillah (:

Alhamdulillah dapat jugak menaip di sini, setelah masuk universiti, memang tak berkesempatan nak update. Ya know, AD's life memang busy gilaa . Since tak semua subjek ada final exam, so banyak lah projek kami dapat. Submission.. submission...submission .... last-last pakat jadi zombie. Stay up tak tidoq 2 hari pun ada :D

Okey, i'm gonna talk about HAJIME. Hajime , what's it ? Hajime ni perkataan Jepun, maksud dia 'permulaan'.

In the Japanese traditional martial arts such as karate, judo, aikido and kendo, it is a verbal command to “begin”. Hajime is also a common Japanese given name for males, although it is occasionally used as a surname.

Haa tudiaa karate judo semua ada. Cool !
Aku sebenaqnya buka satu artikel kat LangitIlahi.Com , under Fotografi segmen, tajuk Hajime ! Terus zappp tertarik dengan word yg sounds cool, and yet the meaning is ohsem ! :D

So apa yang aku nak cakap tentang 'Hajime' ni ? As aku baru masuk alam university, this is the real starting point of challenges ! Dugaan time kecik-kecik, sekolah dulu just mehhh, picisan cuma. Tapi aku tak menafikan ujian dulu-dulu lah yang membentuk diri aku sekarang. Yes, it worth a lot , but that just a tiny dugaan beb.

Aku sendiri yeah bersyukur masuk university yang not have an Islamic surrounding like UIA, (even dok UIA pun kena kuat).. why I'm glad ? Yes, because bila aku dok sini, masuk dalam masyarakat, baru aku sedar betapa jahilnya kita semua. KITA, bukan mereka, itu bermaksud diri AKU JUGA. Got it ? *Angguk*
Dulu memang maklum betapa dunia luar, banyak masalah tapi bila masuk bergaul sendiri, rasa sendiri, baru betul-betul tersedar how jahil ummah. Itu belum lagi aku masuk tempat-tempat yang even more teruk.

Pernah ada satu kisah, ada kafir nak serang satu negara ni, sebelum tu dia terserempak dengan seorang budak-budak sedang menangis. Dia pun tanya " kenapa kau menangis wahai budak ? ". Budak tu jawab " Aku menangis kerana terlupa membaca Al-Qur'an " - ( tak silap aku sebab ni la ). Dengar-dengar tu terus orang kafir tadi tak jadi nak serang negara tu. Sebab dia maklum negara tu tak akan mampu dikalahkan. Tapi tahun lepas tu, orang kafir tu datang lagi, dia berjumpa lagi dengan seorang budak sedang menangis. " Wahai budak, mengapakah kau menangis? ". Tahu apa budak itu jawab ? " Permainan aku hilang ". Dan lepas tu, orang kafir tersebut terus serang negara tersebut. Dan memang negara tu kalah.

Nampak tak, nampak tak ?

The saddest thing that I realized at the moment , apa yang paling teruk adalah, apabila fikiran masyarakat penuh dengan CINTA lelaki perempuan. Kau tau, cinta tu macam terlalu agung. Yes, cinta memang agung, tetapi cinta manusia tak seagung mana, seriously said ! Sikit-sikit bergaduh, sikit-sikit curang, sikit-sikit romantik, sikit-sikit dating, sikit-sikit jeolous cam pa gi. Sampaikan sesenang nya couple, bila lelaki baru kenal kata ' jom couple ? ', sesenang tu si perempuan setuju. Like, what the? Cubalah mahalkan diri sikit -_-' Tu tak kira bergaduh dengan kawan berebutkan lelaki. Ada jugak yang lepas break up, beberapa hari lepas tu couple dengan orang lain pulak dah. Dan, paling tak boleh blah, bila ada couple sebab rasa tak ada boyfriend girlfriend ni macam tak lengkap. Like pfftttt....

Ramai orang kata, bila  masuk universiti, perasaan nak couple tu makin kuat bila orang sekeliling pakat couple. Tapi alhamdulillah, aku makin tawar hati dengan couple bagai ni sebab aku sendiri penat dengar kisah-kisah cinta , perempuan ditipu lelaki, perempuan curang dengan lelaki. Dan sebab lain, sebab asyik-asyik dengar pasal cinta, sampai aku naik muak. Boring kau tau, sampaikan dah tahap ' booooorinngggg '.



Sunday, April 6, 2014

KAHWIN . Ape, kahwinnn ?!?

Wewit, Ariffah nak cakap pasal kawen ?

Ye, kenape . tak caye ? Haha. Bab kahwin ni bukan untuk orang yang dah kahwin saja, betoi dak ? Bak kata akhi Hilal Asyraf, pendidikan pasal rumah tangga ni kena dididik dari awal lagi, supaya orang faham erti perkahwinan yang sebenar. Supaya dapat prepare diri siap-siap , so nnti dapat la prevent dari jatuh dalam lubang buaya. Eh ?

Alhamdulillah aku bersyukur jadi adik kepada 5 kakak dan 4 abang dan anak kepada sepasang Mr.Zauj & Mrs Zaujah, so buatkan aku banyak observe pasal peri-pentingnya rumah tangga [ayat aku :3 cam pa lagi]. Haa todiaa, ada orang usya rumah tangga hampa, todia todia ! :p Aku usya gak rumahtangga dalam movie or drama. Dan, dari pembelajaran buku teks sekolah yang nampak jer cam tak penting also ceramah tazkirah kadang yang terselit pasal kahwen. Dan lagi paling penting, aku banyakkan pembacaan hasil tulisan Us. Hasrizal (SaifulIslam.Com) , Aiman Azlan, Hilal Asyraf, Us. Pahrol Juoi dan lain-lain yang aku dah lupa (spesies nyanyuk sikit). Pergh yang aku mention tu semua pemikiran diorang heibat kut Subhanallah.

Kalau dah namanya perempuan (tambah bila sekolah menengah), cakap pasai kawen ni memang takkan terlepas punya lah. Konpem ! Memang la kadang ada yang tak minat pun nak cakap pasal kawen, tapi pot pet kengkawan pasal kawen, terdengar gak la kan ? Pehtu, ter join sekali ye dok ? :p Haha, mengaku kaih ! [ Laki pun apa kurang :3 ]

Ok. Aku mula. Merapu banyak dah ni. Serious talk , kahwin ni bukan part saya-suka-awak & awak-suka-saya , then finish ! Tak. Nehi. No way. La'. tapi kahwin ni paling utama nak kena tekankan adalah TANGGUNGJAWAB. RENSPONSIBLE. AMANAH. As for me la kan, kawen is really really a BIG thing. BIG with capital B.I.G. Bukan setakat kenduri kahwin sehari. Bukan setakat bina hubungan (or in english relationship) dengan partner saja tapi dengan family partner sekali. Ado faham ?

sweet :3

Dahla bila dah kahwin ni, kena sharing moment together-mether with your 'soul' for the rest of life. Ulangsuara. Rest of life. Living together ... not just for a few year ! Tapi orang muda zaman sekarang (bunyi cam aku dah tua -_-') kerja target nak kahwin awal. Dah tu guna alasan ' Islam galakkan kahwin awal '. Alasan tu lah dok push kat mak ayah hampa suh bagi restu hampa kawen awal , kan kan ? Kat sini, aku bukan nak condem orang kahwin awai ..ofkos la dak. Ada ja yang kahwin awal tapi gempak best :) Tapi sebelum kerja nampak nak kahwin tu muhasabah diri dulu. AM I PREPARING ENOUGH ? yes ? Really ? Really ?!!?


Saturday, February 8, 2014

To be strong , Nak jadi KUAT woi !


“ Ariffah ! Update la blog. Nak baca tulisan dari hati Ariffah. Tak update nanti, ana bagi penumbuk satu maaa.. “, kata Najah kat aku. Keke aku bohong ja ayat last penumbuk tu. Kawan aku ni mana la nak bagi penumbuk kat orang (aku lain laa .. eh?).

   So sebabkan my friend who I called her ‘cute panic girl’ (sebab dia suka gelabah tapi comel).. Melalut je aku (-_-“) selalu tanya banyak soalan kat aku camna nak jaga hati, nak jadi kuat macam tiger(?), patut tak buat macam ni macam tu. And that is why I decided to write about ‘Kekuatan’.
  Ni berdasarkan pendapat sendiri. No offence ~ Tegurlah kalau ada silap di mana-mana. ;D

SURVEY DEFINISI ‘ORANG YANG KUAT DARI SEGI EMOSI’

   Kali pertama aku buat survey untuk update blog haha. Dah maju kot! :p … Aku sms tanya kat rakan-rakan dan cikgu. (:

“ Bila musibah datang, even kematian orang tersayang, dia mampu bertahan, senyum dan redha. Dan semua tu tak jadi halangan untuk dia terus melalui hari-harinya dengan normal. “-Nurina Izzati.

“ Orang yang berupaya tahan SABARnya walau dalam any circumstances..kena ‘kata’ ka, musibah ka, kena tuduh ka, sedih ka, MARAH ka, semua pakai SABAR as agen penguat! Even tengah happy pun kena sabar tau.. for me sabar is everything! Peace :).”-Teacher Shai

" Orang kuat ni dia mampu bertahan bila orang sekeliling memperlekehkan dia hanya sebab fizikal dia ataupun mental. Contoh macam orang kurang pandai, orang kurang cantik di kalangan orang cantikk. Dia mampu tahan perasaan dia ditindas akibat diskriminasi yang manusia wujudkan hanya kerana berbeza dari mereka. Manusia selalu pandang dan expect kesempurnaan daripada orang lain walhal depa taktau takdak manusia yang sempurna."- Samihah. (ayat last dia pakat loghaaat kedah :p)

“ Dia dapat tahan marah, dia tak mudah give-up dengan apa-apa pun, dia cepat sejuk bila termarah, dia mudah maafkan orang. Dia boleh terima bila orang tegur dia. Banyak sangat.. ni apa yang ana tengok apa yang ada pada kawan-kawan dan orang sekeliling. “-Haziqah

“ Orang kuat dari segi emosi tu, sedih dia perit dia, dia tanggung sorang-sorang ..tak luah kat orang len kot? Depan orang elok ja tapi di sebalik muka dia tu tersimpan kedukaan, keperitan yang tak tertanggung. “-Khairun Najah.

“ Hmm..maybe orang tu pandai menyembunyikan perasaan..kalau dia sedih or ada masalah orang len tak nampak sangat laa. Orang macam tu payah sikit nak cari. Yang hanya akan marah pada orang yang bersalah pada waktu yang sangat sesuaii, dan emosi tu takkan terbawak-bawak kepada orang lain. Kira tak kena tempias laa sebab emosi ni payah nak jaga, dia mungkin ada kaitan dengan ego jugak laa “.-Farzana.

“ Bila seseorang masih mampu untuk berfikiran matang dan stabil mahupun dia tengah dilanda ujian yang maha besar. Dia takkan ambil keputusan sambil lewa dan dia takkan ikut nafsu dalam membuat keputusan. Orang yang kuat emosi dia akan menghadapi sesuatu dengan tenang dan Allah akan selalu ada dalam setiap neraca keputusan dia. “-Rubiatul.

“ Dia banyak bersabar dan mampu mengawal minda dia apabila marah. Then sentiasa memohon pada Allah supaya emosi dia sentiasa terjaga. Pointnya seorang yang banyak bersabar sebab sabar ni kadang-kadang boleh kata di mulut tetapi tidak pada perbuatan hehe. “- Fathiah.

“ Bagi aku, orang yang kuat tu orang yang sabar, tahan nafsu amarah dan lain-lain la. Dan tak semestinya kuat tu dari segi zahir ja, batin kena jugak. Orang yang kuat jugak thabat dalam ‘track’ yang betul. “- Hidayah.

“ Orang yang kuat tu.. extremely sabar ketika extremely marah atau sedih. Ni definisi aku berdasarkan pengalaman. “.-Nabilah.

“ Bagi aku orang yang kuat ni boleh tahan rasa marah. Boleh pendam rasa marah dan sedih tu kemudian dia luahkan semua kat Allah. Rasa yang paling kita susah nak control tu rasa marah la. Sebab time tu rasa macam nak meletup. Jadi sesiapa yang pandai kawal, dia memang hebat “.-Mirza.

BAGI DIRI AKU, ORANG YANG KUAT TU ADALAH..
   Aku ni jenis suka observe orang. Bukan style usya tu, tapi perhati orang tu bila jadi macam ni, apa tindakan yang dia akan ambil. Cara hidup, camna dia interaksi dengan orang lain dan lain-lain la. Sesetengah orang bila hadapi masalah, dia akan menangis. Jadi apa-apa, dia akan menangis dulu dan lepas tu baru dia fikir apa nak buat. Certain people pulak jenis akan lari dari masalah, ada yang pendam semua masalah dan cover dengan senyuman dan keceriaan dia sampai orang lain tak sedar langsung dia ada masalah, even masalah besar. Ada pulak yang jenis ada masalah terus muhasabah dan fikir apa dan macam mana nak settle kan masalah. Jenis yang mengadu dan cerita semua masalah kat orang pun ada. Ada yang jenis stay cool ja, yo brader whats up!
Erk ?

Anyway, that’s people. Banyak ragam. Tak kisahla kan ? Yang penting, tanya diri kita .. apa yang aku buat bila aku ditimpa masalah?

   Bagi aku laa.. orang yang kuat ni bila dia dapat diuji, dia tak akan mudah give-up dan tak akan lari dari masalah. Pertama sekali, dia akan bersangka baik dengan Allah,redha dan bersyukur sebab Allah bagi ujian kat dia.. Bersyukur? Yes, sebab dengan ujian yang dia terima tu lah akan buatkan dia lebih kuat. Aku sendiri perhati orang yang dapat banyak ujian ni lagi kuat hati dia nak banding dengan orang yang sentiasa senang dalam hidup. Dan, orang yang kuat ni dia akan muhasabah.. ‘ Mungkin aku ada buat dosa..sehingga aku diuji macam ni ‘.

   Bila dia dapat masalah, dia tak akan susahkan orang lain untuk tolong dia melainkan terdesak. Bila diuji dengan benda besar, dia akan minta pertolongan Murabbi dan tak buat ‘stupid thing’ . Orang yang kuat ni even diuji dan diuji, dia dapat ‘fake’kan smile dia macam nothing happened. Dia akan ambil masalah tu sebagai batu loncatan untuk dia lebih matang dan kuat dalam harungi hidup yang sememangnya lumrah akan diuji. Dia akan sentiasa berhusnuzzon, bukan senang nak husnuzzon tau ! Dan, orang kuat tidak akan sesekali memandang hina orang yang lemah :D

 najah bagi gambaq ni kat aku hehe

      Orang kuat jugak bila kena something yang unfair (tak adil) terhadap diri dia, dia akan bangun dan perbetulkan apa yang terjadi. Dia juga lebih rela dirinya terluka dari keluarga atau rakan dia terluka, dia akan amalkan sikap ‘Ithar’. Ithar adalah peringkat tertinggi dalam ukhwah iaitu sentiasa bersangka baik dan melebihkan rakannya terlebih dulu dari diri sendiri. Orang kuat ni bila sampai masa nak maafkan orang, walaupun susah dia akan cuba jugak untuk memaafkan secara perlahan-lahan. Bukankah Nabi Muhammad S.A.W pemurah dengan kemaafan (;

      Dan yeah.. macam Hidayah kata. Orang yang kuat bila dia mampu thabat (kekal) atas ‘track’ yang betul. Walaupun orang tu kena uji macam-macam dengan permainan dunia ni, lastly dia tetap mampu berdiri teguh walaupun beberapa kali tergoncang jugak diri tu. Shake oo shake o yeah. Macam air shake la kan? Chocolate shake, Banana Choc shake, Coppucino shake, Oreo shake.. Bila kena goncang shake-shake, lepas tu jadi super sedap dari sebelumnya. Macam tu lah hidup kita, kena goncang dulu dengan beberapa ujian, baru lah boleh betterkan diri.
 
CARA NAK KUAT ?

   Tapi.. kena ingat kita, rakan-rakan kita, jiran sebelah depan belakang atas bawah, mak ayah, abang kak adik, pakcik kayuh basikal pi masjid, makcik jual roti canai, kak jual top-up, bro repair moto, adik kita yang menangis kena paksa berenang tengah-tengah laut, semuaaaa kita adalah manusia.

    Nama pun manusia. Ada masa kita jatuh. Tapi bila jatuh tu la masa untuk kita bangkit semula. Macam kata-kata yang aku pernah tulis kat buku Fathiah time Form 5 dulu.. ‘ Merasakan lemah, bukan titik penamat kita tapi titik untuk kita take a new breath, muhasabah dan bangkit dengan lebih super power ! Sebab? Sebab muslim tu ohsem :D’.

    Kadang bila jatuh tu la masa untuk berubah dengan lebih baik. Sebab bila pernah merasa saat ‘jatuh’ tu, bila kita bangun kita akan rasa ‘aku dah takmau jatuh macam tu’.. dengan tu kita akan lebih strive to be better.

   But the question is.. macam mana nak jadi kuat, atau macam mana nak kekalkan kekuatan tu?

   Kalau anda tengah baca entri ni malam-malam, pi tidur dan bangun buat tahajud ! Go go ! :D Hehe, the point is, banyak-banyaklah bersujud pada Allah. Mengadu, menangis, berharap, bertawakkal semuanya pada Allah. Bila kita serahkan hati pada Allah, insyaAllah Allah akan kuatkan hati kita. Beristighfar lah banyak-banyak [ pesanan untuk diri aku jugak! Haish istighfar lah selalu.. malas sangat..hamboihh! ]. Dengan istighfar tu lah, hati akan lebih bersih dan memudahkan urusan kita di dunia ini.

     Banyak-banyak kan buat solat hajat agar Allah kuatkan diri. Dan juga jangan doa untuk diri sendiri saja, doa lah untuk orang lain sama (: Bukankah lebih indah begitu? Sweet gitu. ;D

   Dan pesanan Murabbi yang paling aku ingat adalah amalkan Ma’thurat pagi petang setiap hari. Jangan tinggal! (kena katuk diri sendiri nii sebab dok struggle lagi nak istiqamah baca Ma’thurat huhu kadang dok tinggal -_-‘). Macam mana nak kekal kuat? Letakkan segala pengharapan pada Allah dan berjinak-jinak lah dengan tarbiyah. InsyaAllah tarbiyah lah yang akan kuatkan diri kita.
Biarlah walaupun kita rasa diri kita ni kena struggle dari orang lain untuk hadapi permainan dunia, it is better than rasa ‘syok’ dan terangkat dengan permainan dunia.

   Aku sendiri kadang (bukan kadang tapi selalu.. huhu) rasa nak tumbuk beg pasir tu lepas geram. Haish! Kita semua manusia ada weakpoint (titik kelemahan) tersendiri tapi tu tak bermakna untuk give-up, time tu la untuk kita contohi orang yang lebih kuat, dan semestinya mencontohi Rasulullah S.A.W. Ye kan? Smile (:

Bukan mudah untuk menjadi kuat. Normal la kan. Bukan mudah nak bina fizikal mantap, bukan nak mudah nak jadi pemimpin. So, nak jadi kuat pun is not an easy thing la. Nak dapat something yang ‘wow’ kena la sedia berkorban . That’s it ! Berkorban.

Najah kata kat aku .. ' Anti macam metal. Walaupun hujan renyai sekalipun hujan lebat, anti tetap tahan dari karat '. Haha like like. Entah paperrr like -_-'

[ Sesungguhnya aku takut nak hadapi dunia luar. ~Wuu. ]
[Juga, sesungguhnya aku tak kuat dan sedang berusaha ke arah kekuatan.]

-Dan ya, orang yang kuat tu , bila dia mampu untuk tahajud setiap hari ! Tu baru ohsem (; - Ariffah9


Thursday, July 11, 2013

Post Ringkas : Are U Wearing Hijab to Oversea ?

AMARAN AWAL : Mind my grammar and the 'rojak'. Ikut hati je nak tulis. Hee. :D

That day, I went to Just Speak! , English Camp for SPM Students.

Salah seorang dari fasi, it just happened that she knew - yang saya pernah ke oversea.

With a suprise and innocent face, she asked," Are you wearing hijab to overseas ? Tak buang tudung? ".

Ok, kali pertama saya dapat soalan macam tu, terkejut. But well, berlagak selamber.

With a calm face, saya pun angguk. She asked again, " With this kind of hijab? "- dia maksudkan tudung labuh. (:

Angguk lagi.

-Case closed.-

- Ok, I don't even know that there are people thinks that to fly to er, english countries like UK, US, Australia and others -kena buka tudung? Suprising!

I don't blame her or anyone. Ok, maii nak bagitauu.

Orang putih, most of them excited when they knew we are from Malaysia ! Huu, bangga kut. Hahaa.
And, they are just super duper find with muslimah wearing Hijab. And, white people are more friendly than Malaysian? Uish, jangan marah. :D

Ok, pernah je bila Ayah fly ke oversea, proses jadi susah sikit sebab atas nama 'Muhammad'. Tak tahulah kan? But to think of that, kalau dah jadi mehnah dan tribulasi orang Muslim atas nama 'Muhammad' pun kena tahan, so what with wearing Hijab? Pakai tudung tu satu obligation, so whatever happens, just wear it okay :)

p/s: Kalau di United Kingdom, senang sangat nak jumpa perempuan berpurdah ^,^






Friday, April 12, 2013

Running Dakwah 1.0


Akhir tahun 2012, saya dan rakan dikehendaki merancang aktiviti atau program yang hendak dilaksanakan pada thaun 2013. Saya, Rubiatul, Maryam, Fatihah merancang aktiviti bawah Badan Dakwah & Kebajikan. Rakan-rakan lain ada yang berbincang aktiviti bawah Badan Asrama dan Badan Sukan Dan Rekreasi.

Fikir-fikir, tetiba saya mendapat idea ," Jom kita buat Running Dakwah? "- Nama diambil sempena Running Man :)

| Running Dakwah |

Tempat : Sekitar kampung Maktab Mahmud Yan (MMY)
Tarikh : 5 April 2013
Peserta : Semua pelajar putri MMY

Jadi, aktiviti apa sebenarnya Running Dakwah ini?

Herm, macam ini: Setiap kumpulan usrah perlu ke 5 buah rumah dan edarkan risalah. Risalah apa? Risalah berkenaan 1) Tutup Aurat [fokus pada tudung]  2) Sumber rezeki  3) Solat

Alhamdulillah, adik-adik seronok ;) Dan, reaksi yang diterima dari penduduk kampung juga positif. Sampai yang nak buat menantu pun ada, hahaha.

 Running Dakwah (RD) kali pertama, kami sekadar beri risalah. Kalau makcik-makcik nak tahu tentang risalah, baru kami terangkan. Lebih kepada banyak bersenyum. Dan, kalau ada penduduk yang perlukan pertolongan, kami tolong. Jemput minum? Tolak beberapa kali dulu, baru terima kalau dipaksa masuk juga ^^

Target UTAMA RD 1.0 : Merapatkan hubungan pelajar MMY dengan penduduk kampung.

Objektif : Mendedahkan realiti dunia dakwah kepada pelajar.
                  Merapatkan hubungan pelajar dengan penduduk kampung.
                  10 pelajar Tingkatan 3 tidak malu bercakap di khalayak ramai.


Oh ya, kami pun ada beri sticker buatan tangan + 5 biji gula-gula untuk setiap rumah . Maaf gambar tiada, belum copy masuk komputer. ):



Tuan rumah tiada, jadi kami selit saja ;D


Friday, February 8, 2013

Remaja itu.

   Saya terjumpa luahan seorang adik . Izinkan saya berkongsi di sini :)

Apabila seorang remaja berminat dengan falsafah tatkala remaja lain sibuk dengan hiburan.. kakaknya menentang keras. Katanya, ulama' sekian sekian mentsabitkan haram. Maka, remaja itu menyatakan ' biar aku bertanya Ustaz di sekolah terlebih dahulu '.
   " Islam is hear and obey! ".. itu yang dipaksa ke dalam sanubari remaja itu. Tambah kakaknya lagi.. ustaz bukan ulama'. Remaja itu berdegil, baginya suatu maklumat yang diterima harus diteliti terlebih dahulu bukannya menerima secara bulat-bulat. Dan nyata, penerangan ustaz-ustaz lebih hikmah. Hukum falsafah itu berbeza menurut keadaan dan ustaz malah lebih meraikan remaja. Ulama' berkhilaf pandangan. Itu perkara lumrah. Al-hasilnya, remaja itu mudah menerima, tidak memberontak dan berlapang dada. 

Indahnya Islam hukum berubah mengikut keadaan. Itu yang remaja itu belajar.. bukan dari kakaknya yang seolah Islam itu tiada toleransi. Ya, Islam is hear and obey, tetapi menyampaikan, menegur secara berhikmah itu perlu. Siapa yang mahu jika dipaksa ?

   Apabila seorang remaja ditegur kasar apabila menyatakan bid'ah ada yang hasanah, kata seseorang... " bid'ah itu bid'ah . semuanya sesat ! ". Sedangkan ulama' berkhilaf.. sedangkan Islam meraikan perbezaan pendapat ulama'. Siapa kau yang hendak bertegas dengan memasamkan muka ?

   Apabila seorang remaja hendak berusrah, kakak-kakaknya mempengaruhi ibunya untuk menghalang. Remaja itu hanya mampu terduduk di sebalik pintu dan menangis mendengar hujah demi hujah yang meluncur keluar dari bibir mereka. Sedangkan mereka tidak tahu remaja itu ada kisah pahit yang perlu ditelan dan remaja itu benar-benar berubah. A lot. Mereka tahu, abang-abang, kakak-kakak tahu adik mereka banyak berubah.. mereka tahu! Tapi mereka tidak pernah peduli gelodak dalaman adik mereka yang dihadapi setiap masa. Mereka tidak tahu remaja itu melalui berbagai kisah pahit dalam proses menghijrahkan diri. Yang mereka tahu... adik mereka tidak skeptis seperti dahulu. 

Kononnya usrah mengganggu pembelajaran. Konononnya program-program kepimpinan mengganggu masa pembelajaran yang pada hakikatnya lebih membentuk diri remaja itu untuk masa hadapan bakal mendatang yang lebih getir. 
 Siapa mereka untuk cepat menghukum ?

   Apabila seorang remaja hendak menyatakan pendapat dan pandangan, kakak dan abangnya sering menyampuk dan mematahkan segala-galanya, mematahkan hujah-hujah. Apabila remaja itu hendak menyatakan pandangan, dia dihalang, ditentang, dipatahkan oleh ibu bapa. Sekalipun mengatakan ' kami ingin mendengar ' .. tapi mendengar hanya kerana ingin mempertahankan pendapat sendiri. Perlukah sebegitu?

   Remaja itu pernah dicemuh para senior satu ketika, dicemuh hampir seluruh banin rakan sekelas satu ketika, dipandang semacam rakan-rakan. Tiada siapa yang tahu, tiada siapa peduli.

   Mereka hanya menentang dan pandai berkata-kata, sedikit pun tidak memberi ruang untuk remaja itu bersuara dan memberi penjelasan. Siapa yang tinggal untuk mendengar hati remaja itu? Tiada, ya tiada.

   Hasilnya, remaja itu hanya memendam. Tidak pandai meluahkan masalah kepada sesiapa. Sebab itulah, menulis medan bagi remaja itu membebaskan minda. Remaja itu sehinggakan membenci 'harapan' dan membenci 'janji'. Remaja itu benci untuk menangis di hadapan sesiapa, dia hanya mampu mengalirkan air mata ketika keseorangan. Remaja itu lebih senang begitu. 

Kata remaja itu : " Aku tidak pernah menyatakan secara terus dalam luahan hati, tetapi kali ini biarlah.. Aku berterus terang namun masih berlapik. Jika menyelindung lagi, sehingga bila insan-insan tersebut akan terus alpa? Aku tidak kisah akan diriku, biarlah ia berlalu tetapi aku tidak mahu perkara ini akan berulang terhadap orang lain. Tidak sanggup."

5 tahun , itu lama. Tiada apa yang berbeza, masih kekal sebegitu.

Memendam itu ada side effect. Ada. 

Lagi, remaja itu berkata : " Bagi aku, sudah terlambat untuk mereka berubah tindakan [terhadap aku], aku cuma mahu mereka tidak mengulangi perkara ini terhadap anak mereka ".

Wednesday, August 29, 2012

Back To Fitrah, YES!

Ok, disebabkan tuan blog ni komen :  Update tuan blog. Bulan 8 dah nie. ^^

Haha, yes saya sedar lama owh lamanya tak update blog ! Alasan tipikal : don't have enough time ! Ok, macam tipu. Bohong sangat kalau takda masa nak curi langsung kan ? Memang lah kalau disenaraikan kerja tu panjang , tapi people got to manage their own time right ?

Jadi, kali ini saya letaklah video yang saya hasilkan untuk Majlis Raya di sekolah. Ini bukan video ucapan ye ? Tengok-tengok lah ~ dan, er faham faham kan ! hehe



p/s : Saya dipilih jadi Unit Grafik untuk majalah sekolah. Doakan (:
p/s 2 : internet selalu tak betul, jadi tak semangat nak mengupdate. :p

Wednesday, October 26, 2011

NIKMAT TERBESAR : Melihat Wajah ALLAH S.W.T

Selepas PMR, Tingkatan 3 diwajibkan menghadiri Pengajian Kitab . Termasuk saya. Seronok juga :)


Ada 16 GOLONGAN MANUSIA YANG TIDAK DAPAT MELIHAT WAJAH ALLAH S.W.T


1.     Orang yang menjual agamanya untuk mengambil dunia
2.     Pemerintah yang menjauhkan diri daripada suka-duka rakyat
3.     Orang tua yang berzina ( tak bermaksud orang muda berzina terlepas )
4.     Pemerintah / Kerajaan yang suka berbohong
5.     Orang miskin yang takabbur (Bukan miskin harta sahaja.. tetapi miskin rohani)
6.     Orang yang tidak sudi menolong walaupun memberi seteguk air 
        ( MAKSUD: Jangan Kedekut )
7.     Pengundi Pemimpin kerana kebendaan
8.     Penderhaka Ibu Bapa
9.     Wanita yang menyerupai Lelaki
10.   Orang Lelaki yang Dayus 
        ( Lelaki yang membiarkan adik/kakak/isteri/anak buat kemungkaran )
11.   Pengamal budaya Kaum Luth ( Hemoseksual )
12.   Pengamal seks abnormal
13.   'Al-Mannan' [ Pemberi yang suka menungkit-ungkit pemberiannya ]
14.   Orang yang suka menunjuk-nunjuk kekayaan
15.   Penjual melariskan jualannya dengan cara berbohong / sumpah palsu.
16.   Isteri yang tidak berterima kasih pada suami


**Pemerintah ; kepada sesiapa sahaja. Bukan setakat Perdana Menteri , tetapi kita semua. Tidak kira Ketua Jabatan, Ketua Kumpulan, Ketua Kelas dan lain-lain , termasuk ketua kepada diri sendiri !


Adakah kita ada yang tergolong dalam salah satu golongan ini ? Renung-renungkan .. termasuk diri ini ...

Thursday, September 29, 2011

Kata Maaf Itu

Sebelum menduduki PMR , izinkan saya berkongsi sedikit ...

   " Jom teman ana jumpa 'beliau' sat ", saya mengajak seorang rakan .
   " Nak buat apa ? ", dia berhenti sebentar membuat latihan .
   " Nak minta maaf . Ana ada buat salah sebelum ni ".

Percayalah . Hidup tanpa kemaafan memang tidak menyenangkan . Jiwa terasa gelisah , tidak tenteram. Itulah apa yang berlaku pada saya .

Kenapa saya ingin memohon maaf ?

1) Setiap kali saya terpandangkan 'beliau' dari jauh , cuma sudut suara hati saya berbisik " I am sorry for all stupid thing that I've done ". Ya, tidak terlafaz .. cuma hati bersuara .

2) Peperiksaan . Ini bukan sebab utamanya, tetapi inilah penggerak agar saya membina kekuatan untuk pergi memohon maaf. Saya tidak mahu ada satu 'hijab' ketika peperiksaan yang membuatkan saya tidak mampu untuk menjawab soalan dengan baik . Nauzubillah min zalik . 

3) Utamanya , 'beliau' lah yang banyak memberi mutiara-mutiara ilmu . Tanpa disedari, kadang-kadang sehingga ada yang saya amalkan dalam rutin harian . Sungguh .

4) Beliau , berilmu tinggi. Mungkin sahaja mulia di sisi Allah, insyaAllah. Tetapi .. saya ? bermasalah dengan 'beliau' ? 

by Langit Ilahi.Com ~

   Namun, perjalanan untuk memohon maaf bukanlah satu perkara yang mudah . Itu sememangnya diakui . Kali pertama saya pergi , saya berpatah balik. Hati masih tidak kuat. Kali kedua, ketiga, keempat ... semuanya gagal. Kerana 'beliau' ada bersama dengan rakan-rakan... tidak berani saya untuk menyingkap sedikit 'what-is-going-on' pada rakan-rakannya. Ya, saya masih hamba yang khilaf.

Takdir Allah mengizinkan 'misi' saya berjaya , pada kali kelima. Itupun hampir-hampir peluang melayang. 

Dan, saya tahu.. reaksinya mudah. Pasti 'beliau' akan memaafkan. Tetapi itu bukan soalnya. Sebab 'beliau' tahu apa kesalahan saya. Soalnya, saya sudah memohon maaf. Yang lain, biarlah Allah yang menilai.

   Apapun, pengakhirannya... membuatkan saya terasa seperti satu beban sudah hilang. Ya, lega ! Jiwa benar-benar terasa tenteram. Dan, saya tersenyum. Sudah lama rasanya saya tidak senyum yang lahir dari lubuk hati.

Benarlah, nilai kemaafan itu merawat jiwa !

Wednesday, May 25, 2011

New Era Slave!

Assalamu'alaikum semua. Alhamdulillah dah habis exam hari ini. Seronok betul tengok kawan-kawan.. Saya cuma terkenangkan pelajaran deeniyah yang akan ditinggalkan mula selepas ini :(  
   Tambah-tambah Tauhid. Saya memang gemarkan Tauhid, dalam plan selepas SPM nak cari kelas Tauhid untuk sementara [sebab saya cadang tak mahu ambil course Deeniyah]


Ok, artikel kali ini sebenarnya untuk penyertaan 'segmen'? yang dipromosikan oleh tuan blog ni ha, akhi Naimul Firdaus. Sebenarnya, saya tak berapa gemar sertai perkara-perkara sebegini tetapi saya tertarik bila perlu mengulas tentang 'Hamba Zaman Sekarang'[HZS]. 
   Jadi, di sini saya tidak pun ada rasa hendak 'menang'. Apa, tipu? Betul lah.. Saya cuma nak ulas tentang HZS.
Berkenaan "Hamba Zaman Sekarang". 

Thursday, May 19, 2011

PENGALAMAN: Ramai sudah mengulas 'ukhwah'.

Setelah mengumpul kekuatan, akhirnya saya update juga.
Maaf, minggu ini mungkin masa saya 'down'. Perkara lumrah. Ujian dari -Yang Esa.
Benar seperti kata Syed Qutb "Jalan ini tak dibentangi dengan permaidani merah, juga tidak ditaburi bunga-bunga tetapi jalan ini ditaburi duri-duri terpacak ". 



Ukhwah. Satu perkataan yang biasa didengari. 

Bukanlah saya di sini hendak mengulas apa maksud ukhwah. Cuma ingin berkongsi sedikit cebisan pengalaman. Ukhuwah nampak lebih mudah di alam maya berbanding alam realiti. Namun ukhuwah lebih bermakna pastinya di alam realiti kerana kita bersama dengannya, hidup dengannya, berkongsi dengannya.

Sejujurnya, saya dahulu menolak dan pandang benci pada rakan-rakan saya yang kelihatan bermasalah.  Malah, mereka pernah dilabel ‘gang bermasalah’. Saya terasa seolah-olah mereka ini punca masalah tanpa menyedari bahawa siapalah diri ini yang hina. Astaghfirullahhalazim..

Semakin dimamah usia (macam umur 50 an pula rasanya), saya semakin sedar pandangan saya salah. Dan, dengan izin Allah penyesalan saya masih belum terlambat. Mula Tingkatan 2, perangai saya mula berubah tanpa saya sedari. Ubahlah pandangan nescaya sikap akan turut berubah. 

Buktinya?

“ Ariffah, dulu aku rasa macam nak buang je hang dalam sungai. Sekarang, aku sayang hang “, kata ketua kelas sewaktu Form 1 yang mana aku selalu protes arahannya dahulu. 

Awalnya, saya dapat ketahui : “Ariffah tu alim-alim kucing”. Fuh, memang terobek hati saat itu walau mulut masih tersenyum dengan riak muka yang selamber. Sekarang, orang sama yang komen kata terus pada saya “ Ana tengok anti ni tak macam kami. Macam umur 20 camtu, anti ni matang. Macam orang besar pun ada. “
  

Geo

free counters