Friday, April 2, 2010

Siri 2: Explode.


   Tragedi yang berlaku setahun lalu meragut semua perasaan gembiraku. Diriku, perasaanku, fizikalku dijadikan mainan oleh syaitan durjana itu. Aku seakan-akan boneka. Yang tidak mempunyai harga diri.
 blue_assassin by *UdonNodu on deviantART

    Sejak itu, aku mula menjadi seorang yang agresif. Aku puas dapat membelesah dan membuli orang sesuka hati.. Tapi aku teringat kata Nasir semalam..
  
   “Ketenangan. Tidak pernah kau kecapi, bukan?”.

Ya, aku puas hati tetapi kenapa aku tidak pernah merasakan ketenangan?
Pedulikan!! Tiada siapa berhak mendapat ketenangan di dunia ini!!

   Kad berwarna hijau lembut yang diberi Nasir, kucapai. Aku membelek-belek.

Ahmad Nasir bin Huffaz.
019-*******

Oh, kad buatan sendiri rupanya tetapi memang kreatif dan menarik. 
   Simple saja kadnya tetapi seakan-akan ada aura menarik yang terhambur. Pelik juga ya..

   Aku menguap berkali-kali. Ah, mengantuk betul. Semalam tidur pukul tiga pagi disebabkan asyik memikirkan tentang Nasir. Apa perlunya aku berfikir tentang dia?
    Akalku mula megimbas kenangan lalu lagi. Peristiwa pahit seakan hempedu.

   “ Mak, nak tanya boleh? “, aku cuba kawal kemarahanku.

    Selepas aku ditampar dan ditengking hari itu, sifat panas baranku tidak pernah diam.
Sebetulnya, aku masih terkejut dengan perubahan sikap ibuku. Dahulu, ibu adalah seorang yang lemah-lembut, tenang dan sering tersenyum. Tiba-tiba perangainya berubah mendadak.

    Ibuku menyambut pertanyaanku dengan dengusan. “ Apa?!”, kasar ibu menjawab. Aku mengeluh perlahan. Ibuku benar-benar berubah.

   “ Kenapa, mak? Di mana ibuku yang dahulu? “, suaraku serak-serak basah.

 Dia tidak menjawab, mendiam sahaja.

Aku mengumpulkan kekuatan.

    “ Mak dulu seorang yang lemah-lembut.  Suka sangat senyum.. Kenapa mak sekarang dah berubah jadi macam ayah? Kasar , panas baran, degil, suka menghukum… “, kataku terhenti apabila ibuku menjerit; “Diam!!”.   
   
   Lagi, emak sudah mula ingin menengkingku. Apa salah aku? Perangaiku yang teruk? 
Tetapi, siapa puncanya?
Hatiku tidak puas.

   " Keluar dari dapur!! Jangan ganggu aku, budak! ", halau ibuku.
Aku terdongak kepala, betul-betul menghadap wajah ibuku itu. 
   " Jangan ganggu aku, budak??!!? ", perlahan aku mengulang kata-kata ibuku itu.
   "Mak gelarkan diri mak sebagai aku, dan panggil saya budak?? ", hatiku sakit. 

" Kenapa? Kau tu mulia sangatkah? ", sinis jawab ibu.

Hah?? Aku ini hina sangatkah di depan mata ibuku?

    Argh!!!!!!!

   Aku memandang langit di luar tingkap. Hilang pula mengantuk apabila memikirkan kisah-kisah lalu.
   Aku mengiring sedikit badanku yang sedang berbaring. Aku hendak tidur juga agar dapat menge’cas’ semula tenagaku.

…………………………………………………………………………………………

   Mataku meliar lagi. Memerhatikan orang yang dapat kujadikan mangsa. Hidupku tidak bukan adalah dengan menjahanamkan diri orang lain sebagaimana hidupku dijahanamkan.

   Tetiba bahuku ditepuk perlahan. Secara refleks, aku memalingkan badan dengan pantas sekali. Tanganku menggapai tangan yang memegang bahuku tadi, lalu kuputarkan. Kemudian, tanpa memberi peluang untuk orang itu pertahankan diri, kakiku pula bersiap-sedia ingin menendang perutnya.

   Tetapi.. Kakiku dipegang tangannya. Kejap sekali. Aku cuba melepaskan kakiku. Dia pun melepaskan pegangannya.

 Terkebelakang sedikit diriku apabila kumelihat tuan empunya tangan itu.

  “ Yo,bro. Assalamua’alaikum.. “, dia memaut leherku erat. Tenang rasanya tetapi…

Aku menolak kasar. Dia tersengih sahaja.

   “ Dah sarapan? Mari ana belanja.. “.

   “ Tak payah, Nasir. Jangan buat baik pula.. “, dingin ku membalas.

   “ Kalau kau tak mahu Nasir heret kau ke gerai makan, bagitahu nama kau dulu ,” kawan di sebelahnya menyampuk.

   Nasir menyiku kawannya itu. “ Ada ke patut aku nak heret dia? Ish, ish… “, dia menggeleng-geleng.
   Mereka tertawa senang. 
‘Bahagianya nada gelak…’, gumamku dalam hati.

   “ Kau tak mahu bagitau nama kau? “, Nasir bercakap lembut. Nadanya seperti mengharap sahaja.
   Aku cepat-cepat menggeleng.

“ Baik. Kalau aku panggil kau Muhammad? “, Nasir terus bertanya.
Aku mengangkat kening, nama depan aku ada Muhammad juga.
   “ Lantak kat kaulah.. “, ujarku perlahan.

   Aku ingin berlalu. Langkahan kakiku bergerak. Apabila jarak agak jauh sedikit, Nasir meneriak nama ‘Muhammad’.. Aku berpaling. Dia dan kawannya sedang melambai-lambai ke arahku.

   Nasir menjerit lagi tetapi dengan lebih kuat. Mungkin ingin aku mendegar setiap bibit-bibit katanya dengan jelas.
   “ Jumpa lagi, Insya’allah. Semoga meninggalkan lubang hitam yang kesepian."..

Lubang hitam yang kesepian?
Eh?

Thursday, April 1, 2010

Aku tak peduli.

  Assalamua'laikum w.b.t..
Rindu nak post artikel di sini..^^
Semalam dah habis exam..
   Sewaktu selesai jawab paper Tarikh Islam, ada masa lagi.
Ana terfikirkan sesuatu perkara ..

..Nafsu yang tak habis-habis menjerut diri..


   Nafsu makan, nafsu tidur, nafsu main, nafsu berbelanja, nafsu kelamin, nafsu memiliki harta kekayaan, nafsu memberontak.. Serta pelbagai lagi nafsu yang tak dapat disenaraikan.. 
   Pendek kata; 'Nafsu Dunia'.

 Syaitan pula tanpa jemu terus menghasut kita tidak henti-henti. Pernah seorang lelaki bertanya kepada Hassan Basri..
   " Wahai Abu Sa'id (gelaran Hassan Basri), adakah syaitan itu tidur?".
   Sambil tersenyum, Hassan Basri menjawab; " Kalau syaitan itu tidur, nescaya kita semua boleh berehat ".

Lihat. Syaitan tak pernah tidur kerana bersungguh-sungguh ingin mengheret kita bersama dengannya di neraka.
  Strategi syaitan begitu pelbagai. Kalau dia tidak berjaya membuatkan kita melakukan kemungkaran, dia pesongkan pula hati kita dengan menimbulkan perasaan riya', ujub saat kita melakukan amal ibadah. Licik bukan?

Hari ini ana baru baca surat khabar kelmarin, 1 April 2010. Banyak surat khabar yang ayah ana beli. Salah satunya Metro.
  Apa tajuk besar dia?

7 wanita dicekup bersama 32 lelaki

Khalwat 
ramai-ramai

>Seramai 39 pelajar, 7 daripadanya wanita, dihadapkan ke Makhamah Rendah Syari'ah Shah Alam semalam atas tuduhan berkhalwat. Kesemua mereka berusia antara 17 hingga 30 tahun dituduh melakukan perbuatan tidak bermoral dalam sebuah bilik hotel pada jam 2.10 pagi.

Astaghfirullah.. Ana beristighfar serta menggeleng-gelengkan kepala sebaik sahaja terbaca tajuk tersebut.
   " Sesungguhnya daripada Allah kita datang, dan kepada Allah jugalah kita kembali" (Al-Baqarah:156)

Ayat yang ana suka. Kita datang dari Allah, dan kembali juga kepada Allah, yakni mati..
   Allah telah menciptakan kita, memberikan nikmat-nikmat-Nya kepada kita yang tidak terbilang. Malah, meminjamkan anggota tubuh badan kepada kita.
   Tapi, apa yang kita balas. Adakah dengan bersyukur pada-Nya atau mengingkari-Nya?

Kemudian, ana lihat pula muka surat sambungannya. Ada pula tajuk di bahagian bawah. 
'Ditangkap basah di rumah kongsi'.

Ana sangat-sangat kesal melihat situasi begini. Tapi, kesal sahaja tak berguna bukan?
  Maka, mari kita sama-sama mencegah kemungkaran. Bergeraklah, di atas jalan-Nya.


UMMAH, SAUDARAKU..
Isilah dunia di tangan,
Akhirat, sisip di hati,
Nescaya, hidupmu tenang,
Tidak gelisah berbelah bahagi.

Hidup - mati.
Dari Allah - kembali kepada Allah,
Jadi, masihkah kita hendak..
Mengingkari -Nya.
Pilihan di tangan kamu,
..Pilihlah..


.:: SYAITAN ::.
...laknatnya Allah pada Mu...

Pergi engkau,
Aku benci hidup dengan arah mu..
Aku tak mahu!!
..Jangan heret aku..

Biar engkau tercari-cari tuan,
tapi aku tak mahu,
aku terkapai-kapai mencari cahaya.

Tapi, aku sedar..
Kau tak akan putus asa...
Menghasut dan menghasut.

Maka, aku akan terus bergerak..
Bergerak dan bergerak,
Menghadap arah cahaya Ilahi!!

Sunday, March 28, 2010

Siri 1: Explode.

   Assalamua'laikum..
Yeah, semalam dah dapat buku Sinergi dan Langit Ilahi 2. Syukran my brother! Pesan kat dia sebab dia belajar di KL, baru balik pagi kelmarin. Pergi ambil kat stesen bas..
   Maaf, dah lama tak buat artikel tentang pengisian. Harapnya cerpen-cerpen yang ana buat, turut ada sesuatu yang bermakna..Huhu..

pic by =ftourini on deviantART
kucing pun pandai bersabar bila melihat 'makanan'nya

    Pistol kupaut. Tangannya menggeletar, aku tergelak besar. Aku suka melihat orang yang ketakutan. Biar mereka rasakan.
   Aku tiada gang bersama, hanya bersendirian di dunia. Guruku, ibubapaku, keluargaku, sahabatku..semuanya membenciku kerana aku adalah penimbul huru-hara.Di mana aku berada, tidak akan senyap tempat itu melainkan kekacauan yang aku timbulkan.

' Kamu ni sungguh tidak berperasaan. Sakit hati dan fizikal orang lain, kamu tidak fikir, hah?! ', kata wardenku tidak berlapik.

' Sungguh, sampah masyarakat! ', kata-kata warden itu lagi memberi refleks padaku terus bangun dari kerusi untuk keluar dari bilik kaunseling. Bilik yang mula dipenuhi aura membunuh.

   Kata-kata itulah yang makin membangkitkan rasa jahat pada diri ini sehingga sekarang.

' Bodoh! Anak derhaka.. Kau ingat diri kau tu dah sampai tahap dewa hah!! Bodoh, bodoh!! ', kata ayahku suatu masa dahulu.

Aku tidak faham dengan dunia ini. Apabila mereka tidak menghormati hak-hak kita, kenapa perlu berbaik dengan mereka? Tidak adil.
   Ya, dalam hidup aku hanya dipenuhi dengan ke'tidak adil'an.

Mulut mereka hanya tahu mengutuk, dan persalahkan aku 100%. Adakah pernah mereka mendekati aku dan menyelami masalah sebenar aku. Jawapannya, tidak!
Tiada siapa tahu, berdas-das tembakan kata sinis untukku itu menyebabkan emosiku semakin pecah dengan ketara sehingga aku benci melihat kebahagiaan orang lain. Lalu, timbullah sifat negatif bertan-tan.
  
   Seorang lelaki dewasa di hadapanku ini, sedang berlutut. Memohon belas padaku. Ah, aku pasti dia tidak ingat siapa aku!

   " Kau nak tahu tak? Sifat belas aku adalah sifar! Tahu? Hahahaahaha.. ", saja aku ingin menakutkannya.
Aku memijak-mijak tangannya, membelasahnya sepenuh hati, membalas dendam kembali.

Kemudian, aku pergi.

Pap!! Aku tergamam.
" Kau itu syaitan bertopengkan muka manusia! Kenapa teruk sangat perangai kau!?! Anak sial!! ", jerkah ibuku. Ibuku yang dicintai bertukar kepada ibuku yang kubenci.
  Tak sangka. Ingatkan ibu nak 'back-up' aku diherdik ayah. Namun,hampa.

Aku merengus. Kenapa aku perlu ingat kembali peristiwa tersebut?Tragedi pahit semuanya pada waktu silam.

   Aku mengambil sebatang pen dan sehelai kertas, lalu bergerak duduk di balkoni.
Tanganku bergerak dan menulis sendiri. Pantun yang muncul dari jiwa, secara spontan.

Mensisihkan diri.
    Puas hati aku. Dalam kekasaran jiwaku, aku bersastera. Entah kenapa, aku ini mempunyai hati yang sangat sensitif. Pada zahirnya, memang diriku hanya menampakkan kekasaran dan kekerasan hati. Seakan-akan memiliki hati yang tidak berperasaan.

   Aku masuk kembali ke dalam.

                             ................................................................................................. 

   Puasku melampiaskan nafsu dengan membelasah habis tiga orang. Tiba-tiba munculnya seorang pemuda saat aku baru hendak beredar pergi.
   Mukanya tampak risau. Dia seakan tidak mempedulikan diriku, cemas memeriksa tiga sekawan yang kubelasah sebentar tadi. 
    " Hei,kamu.", aku menghayunkan penumbuk ke arahnya. 
Dapp! Aku tersentak, membulatkan mata. Tanganku ditampan dengan tapak tangannya. Malah, mukanya tidak menggambarkan kesakitan.

   Penumbuk ku tidak pernah tewas. Tapi, pemuda ini...

 " Ketenangan. Tidak pernah kau kecapi, bukan? ", soalannya menjerut diriku. Soalan apa ini?

   Baru dia mendongak kepalanya memandangku. Matanya merenung tajam sehingga ku dapat rasakan renungannya menerobos ke dalam organ badanku.
Aku tidak peduli dengan soalannya, terus mencuba nasib. Menendangnya pula.

   Dia mengelak. Memandangku dengan senyuman.  Aku cuba sedaya mungkin. Lagi dan lagi, aku cuba menjatuhkannya. Letih sudah menghinggapi tubuhku. Tapi tetap tidak berjaya.

  " Kau tak takut dengan aku? Aku tidak pernah tewas. ", ku cuba kawal nafasku. Pemuda itu hanya mengelak seranganku sahaja dari tadi. Tidak pula, dia membalas.

   " Allah ", dia membalas pendek. Aku mengulang katanya kembali ; " Allah?".
" Allah bersama denganku. Aku tidak nampak sebab kenapa aku perlu takut dengan hamba-Nya.".
" Kau dan aku. Sama saja, hamba Allah. Aku hanya takut dengan penciptaku ", suaranya tenang.

  Aku terdiam. Dia mula membantu kawan-kawannya. Menelefon seseorang, mungkin meminta bantuan. Pemuda itu memangku kepala salah seorang sahabatnya; "Sabarlah..".

" Kenapa kau terlalu sayangkan kawan kau? ", reaksiku hairan.

" Dia bukan kawanku. ", balasnya, terkejut aku.
" Dia adalah sahabat aku. ", reaksi pelik pula terpapar di wajahku.

" Ada beza kah? ",

" Ya. Sahabat, di mana kala senang, bersama. Malah, di kala susah, tetap bersama. Apabila sahabatnya menuju ke arah lembah kehinaan, dia tetap bersama berusaha mengajak ke arah kebaikan tanpa jemu. Sahabat juga apabila sahabatnya berjuang menegakkan kebenaran, dia menyokong sepenuhnya dan turut membantu.", terjeda aku mendengar penerangannya.

   " Pergilah dari sini. ", katanya. Ah, kenapa semua membenci aku. Pemuda ini pun menghalauku.

" Tidak lama lagi bantuan akan tiba. Lebih baik kau pergi, dari tertangkap. Ini kad aku, ambillah. Aku lihat kau mempunyai beban yang berat. Semoga Allah izinkan aku berkongsi masalah kamu juga ", bicaranya seakan mengeluarkan aura harmonis.

Terdengar bunyi kenderaan mendekat. " Ambillah ", desaknya sambil menghulurkan sekeping kad.
Aku ambil juga kad itu. " Pergilah..Mereka makin mendekat. ".

   Hairan aku dibuatnya. Aku membelasah kawannya, tapi dia menyuruhku pergi agar aku tidak tertangkap.
Apakah ini?

" Sekejap ", katanya sambil memegang bahuku. Dia menghulurkan tangan.
Aku kaku sebentar, kemudiannya menyambut hulurannya. 
   Dia menarik tubuhku, merapatkan pada badannya. Aku menolak, reaksi terkejutku. Siapa dia hendak memelukku, sedangkan sejak aku remaja tiada siapa yang pernah mendekatkan diri padaku. 
   Namun, kehangatan kemesraannya terasa.

  " Maaf, mungkin kau tidak biasa ", dia memohon maaf melihatkan reaksi tak senangku.
   " Aku Nasir. Kau?".
   " Aku ? ".
   " Aku adalah anak anjing. ", gilirannya pula tersentak.
   " Kerana aku dilahirkan seekor anjing. Yang membiarkan aku merana. ", jawabku lalu berlalu begitu sahaja.

Bersambung.. Nantikan sambungannya.
Semoga Allah permudahkan~

p/s: Paper Feqah selesai hari ini. Lega. Alhamdulillah..

Friday, March 26, 2010

PANTUN : Spontan, tapi my feveret.

   Minggu lepas adalah minggu yang mencabar. Mencabar emosi, sebab ianya melibatkan pengorbanan murid pada guru..


 Terimalah serangkap sahaja pantun..25/3 : 8.02 a.m.

Eksplodnya emosi,
Memecahkan hati,
Munculnya agoni,
Mensisihkan diri. 
.::Simple but is my favourite::.

   Jadi, terciptanya pantun spontan. Ana main tulis saja, tak sangka belakangnya abjad sama, 'nya' dan 'kan' kat belakang perkataan pertama pun tersusun..

   Makna di sebalik pantun tu, sangat mendalam yer.. Yela, ana ni berjiwa sastera sewaktu tengah ber'emosi'. Haha..
     

Wednesday, March 24, 2010

..::Award Beszz::..

   Salam, balik-balik sekolah, ana pergi check tempat nak tempah t-shirt untuk dihadiahkan kepada guru-guru. Alhamdulillah, sangat senang hati.Murah dan sangat dekat dengan rumah.
   Kemudian, buka blog pula, ada seorang insan anugerahkan anugerah untuk ana. Alhamdulillah, sekali lagi senang hati.
Terima kasih Ya Allah atas segalanya!!

Syukran jazilan kepada kak tasbih cinta atas anugerahnya. Seperti kak, ana pun sangat-sangat terharu.Terharu jiddan-jiddan.  Ini task yang ana perlu selesaikan:

 1. Thank and link the person that gave you the award.
2. Pass this award to 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic
3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
4. State 7 things about yourself.

   Okeh, first task dah complete. This is for second task:
Kena bagi special award utk 15 insan. Terimalah... 

wake-up  
~ ~ We Are Khalifah of Allah ~ ~  
"Halaqah Borneo"
Kepada pengunjung dan followers blog ini ^ ^

Tahniah ya kepada yang menerimanya..
Tugas last sekali, -->> state 7 things about you

1. Seorang banat yang belajar di sekolah agama bercawangan.
2. Minat matapelajaran Mathematic!!
3. Suka membuat karangan BM dan BI ( story essay )
4. Suka dengar cakap-cakap Jepun dan Arabic.
5. Berminat mendengar kritikan yang membina (bukan perli).
6. Seorang yang berharap agar Allah meredhai penulisan ini.
7. Ingin menyiapkan novel cepat-cepat dengan penuh berilmiah.

p/s: nak pergi KLIBF 2010 , huhu..
      sbnrnya award ana bgi lebih dari 15 blogger..huhu

   Wa'alaikumussalam, semoga Allah redha~

Geo

free counters