Saturday, April 24, 2010

Lirik Sendiri . Hoo..

   Artikel kali ini hanyalah lirik lagu yang ana reka. Tak tahulah sama ada sesuai dikatakan lirik atau tidak?

waa..nak mp3.
Hati, Jiwa, Bersatu.
Membentuk satu simfoni,
Menggerakkan perasaan meliar,
Pecah dan meletup,
Menyakitkan lagi agoni yang sedia ada.

Bertahan ummah,
Tugas musuh islam memang menyerang,
Bangunlah ummah!
Kita berjihad dan bangun,
Bergeraklah ummah!
Jangan kita diam
atau kita hanya ingin..

Melihat dan berehat,
Maka benarlah akan rosak jiwa itu,
Letup dan pecah,
Dengan kesakitan nafsu.

Siri 4: Explode

 Death Race by ~sigma19 on deviantART

   " Oho, jangan kau berani bermain di medan bicaraku ", amaran keras dari Nasir.
   " Kau tak layak untuk memberi amaran padaku! ", lelaki itu menjerit marah.
   " Maka, Allah S.W.T pastinya layak! ", yakin sekali nada Nasir.

Lelaki itu mula menyerang..

                                                   *         *         *         *       *

   Celaka! Ada yang mengekoriku.
Aku memecut lagi sedaya mungkin walaupun aku tahu kereta kelisa ini pasti kalah di tangan kereta sport di belakang itu.
   Terdengar deringan telefon bimbitku. Siapa pula ini? Kalut kucapai telefon bimbitku itu.

   " Assalamua'laikum Muhammad. Kau selamat? ".
Oh, Nasir.
   " Maksud kau? ", ku menduganya.
   " Aku tahu ada orang kejar kau. Kau di mana ni? ".

Hanya Nasir sahaja yang dapat membantu aku. " Aku di..... ".

                                               *         *           *         *        *

   Nasir mencari-cari telefon awam di R&R itu. Nafasnya masih termengah-mengah, kesan dari pergelutan sebentar tadi. Alhamdulillah, Allah yang Maha Penyayang membantunya.
   Aha, jumpa pun.

   " Assalamua'laikum Syamil. Kau kena tolong aku. Muhammad dalam bahaya! ", Nasir memberitahu dalam satu nafas sahaja.
   " Tenang-tenang. Kau dan Muhammad berada di mana? ".
   " Aku di R&R ....., dia pula di .... Ada orang mengekorinya. ".
   " Baik. Ana akan usahakan ke sana. Enta tunggu situ dulu ya ", Syamil mula tampak kerisauan.
   " Syukran Syamil. Wa'alaik. ".
   " Afwan. Wa'alaik.", kedua-dua gagang telefon diletakkan serentak.

                                                    *         *         *        *          *

   Kereta sport kilat itu melanggar keretaku. Ah, cari nahas! Berkali-kali aku dilanggar.
Aduh, macam mana ni? Kalau keadaan berterusan begini, aku memang akan nahas jawabnya!
   Sekilas mataku sempat melihat cermin sisi. Eh?

                                                   *         *          *       *         *

    " Mujur enta ada. ". Nasir mengucapkan tahmid kesyukuran kepada Ilahi.
   " Allah juga sebaik-baik penolong ', Syamil merendah diri. Nasir tidak menafikan kata sahabatnya itu.

   Syamil mematikan bicara, ingin fokus pada pemanduan. Dia melanggar kereta sport hitam di hadapannya dengan berhati-hati. Langgaran yang tidak terlalu kuat.
   " Jaga-jaga Syamil. Usahakan agar tiada nyawa sesiapa yang akan melayang.. ", pesan Nasir.
   " Insya'allah.. ".

" Allahhuakbar! Syamil, dia nak brek secara mengejut tu! ", Nasir memberitahu cemas.
   Namun, Syamil kelihatan tenang sahaja. Dia membelok keretanya penuh kemas dan cantik. Sepantas kilat, dia kembali mengejar kereta sport hitam yang secara tetiba memecut itu.

  " Syamil! Kereta Muhammad.. ", Nasir memanjatkan doa' agar tiada apa-apa yang buruk akan berlaku.

                                                    *            *           *           *          *

   " Muhammad! Kau selamat? ", Nasir cuba menarik tangan Muhammad yang lemah itu.
   " Ya Allah! Muhammad pengsan. ", Nasir menggunakan segala kepakaran rawatan yang dipelajarinya.

   Tetapi tidak berjaya.
Nasir menghela nafas; " Ini perlukan doktor pakar.. ".

Friday, April 23, 2010

Pedang masa menetak kita.

Assalamua'alaikum..
   Tadi ana baru membelek-belek buku 'Pengurusan Masa Menurut Islam' yang ditulis oleh Syeikh Yusoff Al-Qardhawi. Maka, saya ana terpanggil untuk berkongsi bersama di alam maya.

 Killing Time by ~funchick202 on deviantART

Memastikan setiap masa mempunyai amalan

   Asmu'i pernah meriwayatkan bahawa beliau melihat seorang perempuan di suatu kampung sedang memegang tasbih sambil berzikir. Tiba-tiba, perempuan itu berhenti daripada berzikir, lalu ia bersolek.

Beliau lalu bertanya " Di manakah tasbih dan kenapa ini (berhenti untuk bersolek)? ".
   Lalu, perempuan itu menjawab di dalam suatu syair bermaksud:
    " Bagi Allah S.W.T, tidakku sia-siakan sebahagian dari hidupku, begitu juga tidak akan aku habiskan sebahagian hidupku untuk kelekaan dan kekosongan ".

   Daripada jawapan di dalam syair tersebut, baharulah beliau mengetahui bahawa perempuan itu adalah perempuan solehah, ia bersolek untuk suaminya.

Lihat. Perempuan itu menunaikan kewajipannya. Kewajipan kepada Allah serta suaminya. Setiap saat berlalu, tidak akan disia-siakan dengan perkara melekakan serta perkara yang tidak berfaedah.
   Bagaimana dengan masyarakat sekarang?


Pandangan yang betul terhadap masa

  Pandangan Islam yang betul terhadap masa ialah, merangkumi tiga masa;
   1) Masa lepas
   2) Masa kini
   3) Masa hadapan.

   Lihatlah para rasul dan nabi, para sahabat, para imam dan ulama'. Mereka telah meninggalkan kita sejarah yang banyak, bermula dari keilmuan, kesenian dan sebagainya. Maka, apa kewajipan ke atas kita?
   Jawapannya= Menyesuaikan segala kesenian dan keilmuan mereka itu, supaya sesuai dengan realiti generasi sekarang.

Anda nampak atau belum?
   Ilmu terdahulu --> Mengkaji ilmu --> Menyebarkan ilmu.

Ilmu dahulu yang kita perolehi, kita kaji dan cuba memudahkan dan menyesuaikannya pada waktu kini, untuk disebarkan sehingga ke generasi akan datang dan seterusnya.

 Dahulu, kini dan akan datang. Menarik bukan?


PENUTUP: Mari berdisiplin.


  Ya. Ana menyeru kepada semua terutamanya pada diri sendiri.
Teringat pula bacaan ayat-ayat Al-Qur'an oleh naqibah usrah. Surah Al-Asr, yang tidak asing lagi di kalangan kita.

1.Demi Masa.
2.Sungguh, manusia berada dalam kerugian.
3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

Mari kita mendisiplinkan diri. Adakah perkara ini merugikan?

Sunday, April 18, 2010

Siri 3 : Explode.


   Maaf, atas kelewatannya. Dan juga maaf beribu-ribu atas ketidak hadiran apa-apa cerpen pada Sabtu yang lepas. Tak perlulah dinyatakan atau disenaraikan sebab-sebabnya kerana ana tak mahu ianya dijadikan alasan.
 
by ~greenleaf-elfy on deviantART

Nasir membrek kereta secara mengejut. Kelihatan beberapa paku bertebaran di jalan raya. Namun, ternyata dia telah lambat apabila kedengaran bunyi seakan letupan kecil.
  
   “ Ah, tayar meletup pula. “, dia menggeleng-geleng.
Dia keluar dari kereta lalu memeriksa keadaan kereta Kancil hitam miliknya.

   Nasir memandang keadaan sekeliling. Lengang dan sepi. Dia cuba mencari-cari papan tanda iklan tarik kereta. Tiada.
Manalah tahu, ada syarikat tarik kereta ingin mengaut keuntungan dengan cara sebegini.

Dia tersenyum. Masalah yang dihadapinya pasti cabaran dari Allah untuk menguji keimanannya. Dia memang suka akan masalah, mencabar diri.

   “ Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan.Bantulah hamba-Mu yang lemah ini.. ".

   Dia teringatkan telefon bimbitnya. Segera menyelukkan tangannya ke dalam poket.
Allahhuakbar!! Bateri habis pula..

Sambil menunggu mana-mana kenderaan melalui jalan tersebut, Nasir membaca dahulu al-ma'thurat. Dia sememangnya sudah dapat menghafal al-ma'thurat dengan baik. 

   Setengah jam berlalu membuatkan peluh mencucuri lehernya. Namun, Nasir tetap sabar. Allah sudah berfirman bahawa kekadang sesuatu perkara yang kita sukai adalah tidak bermanfaat dan sebaliknya. Sesuatu ujian dan dugaan itu, pasti ada hikmah di sebaliknya. Insya'allah.

    Beberapa kereta berlalu namun tiada sesiapa yang mahu berhenti. Mungkin mereka takut akan ditipu. Nasir cuba bersangka baik.

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapannya. Pemandu kereta kelisa hitam itu keluar dengan memakai cermin mata hitam. Lama juga Nasir merenung pemuda tersebut.
   Muhammad!!

Nasir tersengih. Mungkin ini hikmahnya. Dapat berjumpa dengan Muhammad bermakna dapatlah dia lebih mengenalinya.

   Aku memberi isyarat agar Nasir memasuki keretaku. Dia menurut sahaja. Aku pun memulakan perjalanan.

   “ Terima kasih “, ujarnya pendek.
   “ Jangan salah faham pula! “, balasku. Nasir tersengih sahaja. Pelik aku dibuatnya.
   “ Kereta kau tu, pandai-pandailah urus sendiri. Kalau hilang bukan salah aku”, aku mengingatkannya.
   Dia mengangguk tenang.

“ Tolong berhenti di R&R boleh? Ana nak solat maghrib dahulu. ”, pintanya padaku.
Aku mendengus. Menyusahkan orang betul!
   Entah kenapa, aku tetap menurut. Kereta kuparkir berdekatan dengan surau di R&R seperti yang dipinta.

Dia melangkah keluar. Tetapi sempat berpaling.
   “ Jom!”, ajaknya.
   “ Pergi mana? “, tanyaku malas. Apa lagi yang dia nak?!!
   “ Pergi surau. Dating dengan Allah. “, berusaha mengajakku.

Kata-katanya menggelabahkan diriku. Apa perlu aku buat? Ah, benci!!
   Aku mengambil keputusan untuk tidak bangun dari kerusi kereta. Biarkan dia!

Akhirnya, dia berlalu pergi selepas menepuk bahuku perlahan. Aku menghembus nafas kelegaan.
    Mataku tertancap pada sehelai kertas. Aku membuka lipatan kertas itu berhati-hati.

“Pendakwah itu ibarat pohon berbuah. Jika dilemparkan batu kepadanya, dia membalasnya dengan buah-buahan” Hassan Al-Banna

   Err..Siapa Hassan Al-Banna?? Ah, ini pasti kepunyaan Nasir.
 
   Tiba-tiba kedengaran ketukan bertalu-talu di tingkap keretaku. Alamak! Aku mengundurkan kereta secara mengejut, memecut kereta keluar.

Maafkan aku,Nasir!
Akulah punca tayar kereta kau meletup.

Aku pergi dahulu.

…………………………………………………………

   Nasir berjalan tenang. Lega rasanya setelah dapat berjumpa dengan kekasih yang abadi.
Dia bermuhasabah kesilapan-kesilapan diri serta mengingati mati sambil berjalan.

   Sambil-sambil itu, dia mengingati kembali hadis-hadis yang telah dihafalnya.

    Dia masih ingat kata-kata gurunya sewaktu di tingkatan dua. Kata-kata yang dipegangnya kejap sehingga ke hari ini..

“ Barangsiapa yang menempuh jalan ke menuntut ilmu, maka Allah mempermudahkan jalan ke syurga. “.
   Oleh sebab itu, dia sentiasa menanamkan rasa cinta terhadap ilmu agar dia dapat belajar dengan penuh khusyuk dan tenteram. Barulah senang hendak difahami dan ‘masuk’ ke dalam kepala.
   Paling penting sekali, matlamatnya hendak ke syurga. Satu matlamat yang besar bagi dirinya. Maka, dia perlu berusaha keras malah berganda-ganda dari orang lain.

   Adakah dengan bermalas-malasan, hanya dengan sepintas angin atau sepetir kilat dapat masuk ke dalam syurga?
                                         .........................................................................

Eh? Mana kereta Muhammad? Dia sengaja tinggalkan akukah?
   Nasir cepat-cepat beristighfar. Dia cuba husnuzzon (bersangka baik).

“ Selemah-lemah iman adalah dengan bersangka baik “.

  ‘ Mungkin dia pergi memarkir kereta di tempat yang lebih selesa’, bisik hati Nasir.

Dia terjengul-jengul kepala mencari kereta Kancil hitam itu atau pemiliknya. Tiada.
   ‘ Atau Muhammad ada urusan lebih penting yang perlu dilakukannya? ‘, akalnya tertanya-tanya namun tetap cuba bersangka baik.

   Zapp!! Nasir cuba menarik genggaman tangan yang sedang menekup sebahagian wajahnya. Siapa pula ini?

   Pemilik tangan besar itu dan Nasir bergelut secara senyap. Tiada sesiapa yang mengeluarkan suara. Namun, terdapat juga setiap pasang mata yang lalu-lalang menjeling lalu beredar segera. Tidak mahu masuk campur.

   “ Kau siapa? “, bicara Nasir setelah berjaya bernafas dengan tenang.
   “ Kau jangan sibuk! “, balas orang yang telah tewas dengannya itu.

   “ Adakah kau menangkap Muhammad? “, teka Nasir.
   “ Siapa Muhammad? Oh.. yang suka membuli-buli orang itu? Haha!!! “,gelaknya biadap.
   “ Cepat! Beritahu aku. Di manakah Muhammad? “, Nasir menggesa lagi.
   “ Entah. Kenapa aku perlu beritahu pada kau? “, balasnya kasar sambil terseringai.

‘Oh, pandai pula bermain emosi dengan aku.’, Nasir tersengih.

*baru selesai kursus blog. tembakkan doa' untuk ke peringkat seterusnya di KL. Insya'allah,Ameen.

Tuesday, April 13, 2010

Masa = Waktu. Cukupkah bagi kita?

   Assalamua'laikum w.b.t..
Alhamdulillah, ana dah kembali ke alam maya dan sempat 'post' sesuatu di sini.
  Kebelakangan ini, terlalu banyak kerja.Maka, kesibukan ini mengetuk minda ana. Bagaimana orang lain yang lebih banyak kerja dapat menyiapkan kerjanya pada waktu yang tepat?

* Masa=Toki (Japan) *
 busy by~arseni on deviantART

Satu jawapan yang timbul dari akal ana: DISIPLIN.
Pula jawapan yang ana dapat apabila baca artikel di Langit Ilahi : JADUAL & ISTIQAMAH. sini
Dan Jawapan yang bagi ana paling berharga, didapati di dalam kelas Feqah : NIKMAT MASA.

   Masa itu adalah makhluk. Allah berhak memanjangkan waktu untuk orang yang dikehendaki-Nya. 

   Contohnya seperti Imam Ramli, hanya pada 1 malam, dia berjaya melakukan 1000 rakaat solat sunat. Subhanallah!! 
  Sayidah Nafisah pula dapat melakukan 100 rakat solat sunat serta khatam sebanyak 50 kali hanya pada 1 malam.
..Subhanallah , Masyaallah..

Mungkin ada yang berpendapat, tidak sempat untuk melakukan semua itu hanya pada satu malam.

Okey, ana bagi contoh ya untuk lebih jelas lagi..
   Si A seorang pelajar asrama. Dia perlu sampai awal di sekolah, tetapi banyak kerja yang perlu dibuat. Macam bertugas asrama atau seterika pakaian ke beratur nak sarapan ka. 
  Tetapi, Si A ni tetap nak bagi sempat juga membaca Al-Qur'an. Mula-mula, dia lakukannya memang agak kalut. Tapi, apabila dah lama buat camtu, dia seakan ada lebih masa. 
   Padahal waktu Si A dan pelajar lain tetap sama, tetapi pelajar lain tidak pula sempat buat semua tu.
   
   Kalau kita mengejar masa untuk melakukan amal soleh dan kebajikan demi Allah, tanpa sifat riya' mahupun takabbur, Insya'allah Allah S.W.T akan membantu kita dengan memberikan nikmat masa.

Adapun orang-orang yang mengisi hidupnya dengan perkara yang sia-sia, jika Allah tambahkan masa bagi mereka. Tentu mereka akan mengisi masa lebih itu dengan perkara yang sia-sia juga. Jadi, apa gunanya?

"..Dan Allah akan meninggikan orang yang beriman daripada kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat." (Al-Mujadilah:11)

Mahukah darjat kita ditinggikan oleh Allah?

* semua pengisian ini (insya'allah, adalah pengisian), 100% dari Ustaz Nasir yang mengajar Feqah termasuk contoh-contoh tersebut. Syukran jiddan atas curahan ilmunya walaupun tidak berkaitan dengan tajuk yang sedang dipelajari.

Geo

free counters