Tuesday, May 25, 2010

Jiwa saya rasa Kosong!


Assalamua'laikum semua..
   Hari Sabtu, Isnin-Khamis, Isnin-Khamis , sepanjang 9 hari (dalam tempoh menggunakan 2 minggu) adalah hari exam. (Peperiksaan Penggal 1)

   Ramai kawan ym saya tahu saya ini orangnya sibuk. Tapi, sejak-sejak ini seakan-akan kesibukan itu telah diganti dengan berfikir, fikir, dan termenung! Saya telah banyak mengabaikan hal-hal lain..

   Saya suka melihat tumbuhan-tumbuhan hijau, langit, bulan , (tengok matahari??), dan ciptaan-ciptaan Allah. Bila ada masalah, saya akan termenung dan melihat langit dan tumbuhan tersebut kerana saya akan rasa tenang dan bebas. Tetapi yang peliknya, kali ini saya lihat itu semua bukan disebabkan masalah atau konflik apa-apa. 

   Baharulah saya perasan, jiwa saya ini terasa kosong! 

Kosong!  

   Bermakna, memang diri saya ada masalah tanpa disedari.. 
 Entah kenapa, saya tiada tenaga untuk post di sini (setelah sekian lama menyepi). Saya kira sebab jiwa saya kosong! 
   
   Sepanjang ini, saya hanya memikirkan satu kalimah..

... Iman ... 
   Saya benar-benar terasa, adakah iman saya bermasalah?
Ya, saya tahu iman seseorang itu tidak akan sesempurna sehingga tahap Rasulullah S.A.W , Abu Bakar As-Siddiq.
   
  Sewaktu exam Feqah, saya adalah orang yang terakhir sekali keluar dari dewan (for the first time). Saya benar-benar terasa kecewa dengan jawapan saya. Kebanyakan ta'arif saya sudah hafal tetapi apabila menjawab kalimah yang pendek pun saya sudah lupa!

   Sedangkan saya sangat minat Feqah! (dan Math)

    Teringat pula kata-kata kawan ana di kantin ( sedang menghafal isi-isi ) selepas ana katakan betapa beruntungnya Imam Syafi'e yang dapat menghafal setiap kalimah pada sesebuah kitab dengan hanya sekali baca tanpa tertinggal satu huruf pun!

" Suatu hari Imam Syafi'e hanya dapat mengingati sebelah muka surat sahaja, tapi sebelah lagi dia tak berjaya untuk mengingatinya. Kemudian, dia pun bertanya kepada gurunya, Imam Malik. Kata Imam Malik, muhasabahlah diri, mungkin kamu ada melakukan maksiat ", ujar kawan ana.

" Imam Syafi'e pun kembali insaf, mungkin dia ada melakukan dosa-dosa tanpa disedarinya.", sambung kawan ana lagi.

   Jadi, saya yakin dosa-dosa yang makin menggunung itulah yang menyebabkan saya semakin tidak dapat mengingati fakta-fakta dengan baik!

   Saya terasa betapa jiwa saya ini kosong dan bermasalah. Maka, tolonglah saya.

Bantulah saya.
Doakan saya.

Moga Allah redha atas kita semua~

4.30 a.m,
di dalam bilik.

Friday, May 14, 2010

CERPEN: Kursus Blog


    “ Gambatte Yuk! “, tepuk rakannya.

   “ Thankz sis..”, Wardah tersenyum lemah.

Kumpulannya ke hadapan, memperkenalkan diri dan ahli kumpulan.

   “ Ana harap kita semua dapat tajdidkan niat dengan menggunakan blog nanti. Gunalah ia supaya kita dapat menyebarkan kefahaman Islam “, pesannya sebelum kembali tempat duduk.

  Giliran kumpulan rakannya pula memperkenalkan diri. Semangat betul rakannya itu, dia tersenyum senang.

   Setelah mereka belajar asas etika-etika di internet, mereka perlu buat persembahan secara berkumpulan pula.

    Selesai beberapa kumpulan membentangkan hasil kreativiti mereka,
“ Ha, siapa pula nak ke depan? ”, tanya urusetia.

   “ Anti pergilah. Kita tak boleh tunjukkan sekolah agama jadi terakhir sekali. “, ujar Wardah.

   “ Aik, ana dulu? Kenapa tak kumpulan anti je pi? “, balas rakannya.

Wardah hanya tersenyum. Rakannya, Zainatullukma mengalah. “Baiklah, demi sahabat”.

    Zainatullukma mengakhiri persembahan kumpulan dengan ; “ Lu Fikirlah Sendiri “.
Terkejut Wardah, berani betul kawannya seorang ini. Dia tergelak sendiri.

    Selepas itu, kumpulannya pula. Hati Wardah berdebar-debar sedangkan rakannya seorang lagi yang akan bercakap menerangkan hasil kerja mereka. Bukannya dia.

   “ Norehan, cakap jangan over deras dan semangat sangat. Tenang, tenang. “, bisiknya perlahan memandangkan mereka berada di hadapan.

   Namun, kelihatannya rakannya itu sudah tenggelam dalam dunia ‘semangat’nya. Kelihatan semua hanya diam sewaktu pembentangan mereka.

   Mereka kembali ke tempat duduk. Kata Zainatullukma, ada kumpulan kata ‘macamlah mereka ni baik sangat’. Wardah mengeluh, dia tidak mahu sebegini. Dia mahu ukhwah mereka mesra , ini tak. Tidak kenal tiba-tiba timbul persengketaan.

    Wardah teringat perdebatan tadi. Ada kumpulan buat etika-etika di internet, salah satunya ‘Katakan Tidak Pada Web Lucah’. Mereka kelihatan lebih banyak menyalahkan lelaki.
    Wardah dan Zainatullukma pula cuba menerangkan semua tu tidak boleh persalahkan lelaki 100%. Malah, lelaki juga adalah pemimpin dan ketua keluarga. Tetapi entah bagaimana seakan timbul konflik salah faham pula.

   “ Zai, kalau ada guru-guru kita datang sekali, ana rasa kuat lah sikit “, keluh Wardah.

   “ Wardah, kita ada Allah. Jangan lupa, Allah sebaik-baik penolong “, nasihat Zai lembut.

   Dia seakan tersedar dari lena, lupa akan hakikat bahawa Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya.

Mereka diberi t-shirt hijau kecil. Wardah adalah seorang yang sangat menghargai pemberian orang, menggesa agar semua rakannya pakai sahaja. Akhirnya, mereka pakai juga tapi di bahagian dalam turut memakai t-shirt labuh muslimah.

    Petang itu pula, ada program cari check point. Malangnya, kumpulan terpaksa bercampur dengan pelajar lelaki.

    “ Haih, masalah betul. Nasib baik dah bagitau Sir keadaan kita terpaksa bercampur “, Norehan bersuara.
   “ Relax la. Kita jaga adab sudah, buat macam kat sekolah “, ujar Zubaidah selamba.

Zainatullukma dan Wardah hanya mengangguk dan menggesa semua agar bertindak pantas. Pelajar sekolah agama tidak boleh lambat, nanti orang akan pandang serong pada agama.

   Tiba sesi bergambar, setiap sekolah wajib ke hadapan untuk bergambar.

“ Maaf kak. Sekolah kami tak boleh berdiri-diri dekat macam ni. Maaf ya.. “, Wardah cuba terang dengan lembut, supaya urusetia itu tidak terkilan.

   Urusetia itu tersenyum ; “ Tak apa. Berdiri saja, jangan rapat-rapat sudah “.

 “ Macam nilah. Peserta lelaki di hadapan, perempuan di barisan belakang. Boleh? “, cadang jurugambar yang kami gelarkan ‘paparazi’ kerana 24 jam mengambil gambar.

   Mereka mengangguk lega.

Wardah tersenyum senang. Dia dan rakannya amat menyukai dan menyenangi dengan para urusetia. Urusetia kelihatan sangat menghormati mereka sebagai pelajar agama. Malah urusetia-urusetia di situ semuanya lawak dan ‘sporting’.

   “ Hush, termenung apa tu? Jom kita bermaaf-maafan, dah nak balik dah. “, Zai memecahkan lamunannya.
  
   Wardah dan Zainatullukma bertembung dengan pelajar yang mereka berdebat sewaktu pembentangan kerja berkumpulan. Mereka berusaha meminta maaf, betul-betul berasa bersalah.
   “ Saya pun minta maaf. Mula-mula, kami memang terasa tapi bila fikir-fikir balik betul juga kata hampa. Mungkin cara kita berlawak tak sama. “, balasnya.
  
   Mereka berdua benar-benar merasa lega apabila pelajar itu sudah memaafkan mereka.
Kemudian, Wardah, Zainatullukma, Norehan , Zubaidah dan dua orang junior mereka bersama-sama pergi meminta maaf  dan berterima kasih pada urusetia.

   “ Terasa sedih pula nak berpisah dengan urusetia ,paparazi dan kawan-kawan. Semuanya sporting dan baik-baik. “, luah Norehan.

  “ Doa lah agar kita dapat ke peringkat seterusnya. Bolehlah berjumpa lagi, dapat eratkan ukhuwwah lagi. Betul tak Wardah? “, pujuk Zubaidah.

   Wardah serta Zainatullukma mengangguk-angguk.

Semoga perjuangan ini dapat diteruskan. Ameen.

* http://broadbandutara.com/ - web akhi Izwan Ismail. 
** nama watak telah ditukar kepada nama guru sekolah rendah ana. ^^

Perbicangan hangat di YM

   Assalamua'alaikum w.b.t.. Moga pagi jumaat ini membawa berkah dalam kehidupan seharian kita.Insya'allah..

 Masalah ukhwah, masalah berdakwah :-


Leaf IV by =sa-cool on deviantART



“ Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah  kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah di antara kamu mengumpat sebahagian lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.” (Al-Hujurat:12)

Lihat, Allah sudah susun dengan susunan yang begitu teratur.

Pertama, jauhilah buruk sangka. Kedua, jangan mencari kesalahan orang lain. Ketiga, jangan mengumpat orang lain.

    Dengan berbaik sangka kepada seseorang, kita akan dapat menjauhi dari tercari-cari kesalahan dan ke'aiban orang lain. Malah, paling penting dapat menjauhi daripada mengumpat keburukan orang lain sekalipun ia benar.

   Sesungguhnya aturan Allah itu amat indah, bukan?


   Cuba kita lihat Rasulullah s.a.w , yakni Qudwah terbaik kita. Lihat bagaimana pendekatan baginda, dakwah baginda, sabar baginda yang akhirnya dapat membuka hati jiwa-jiwa manusia bahawa Islam itu sangat indah. 

Lihatlah, baginda menarik manusia dengan lembutnya tanpa memerlukan kekerasan. Tanpa tengkingan, sepakan, tamparan. Sesungguhnya, baginda benar-benar Kekasih Allah. 

    Jadi, kita sama-samalah sebagai insan biasa, insan lemah terus berusaha menggandakan usaha. Ramai yang memberi alasan ' alaa.. Nabi tu ma'sum(tiada dosa), takpalah. '.
   Pernah anda terfikir, disebabkan Nabi ma'sum lah, kita yang banyak dosa ni kena gandakan usaha, kan?

Qudwah Qabla Dakwah ( Menjadi contoh sebelum berdakwah) =)

   Dan, berdakwah itu ada strateginya dan perlu dirancang. Bukan main dakwah tanpa hala tuju, itu bukan dakwah yang sebenarnya.
   Seseorang yang ingin berdakwah perlu ada caranya. Dia perlu senaraikan dahulu sesuatu masalah tu, bagaimana nak atasinya, apa kesannya di masa akan datang dan banyak lagi perkara yang perlu difikirkan. 

Bukan main terjah saja nasihat orang itu ini.

Kemungkinan orang itu ada masalah, jadi perlulah selami dan fahami terlebih dahulu masalah yang melanda dirinya.

Menegur pula bukan dengan cara sindiran atau 'perli'an, tak semua orang boleh terima cara tu. Kalau kita kasar sikit, mungkin orang tersebut akan terus kecewa. 'Beginikah cara menegur orang?'


   Jika anda rajin baca kisah-kisah tokoh para imam. Imam Maliki, Imam Hanafi, Imam Hambali, Imam Syafi'e.
   Apabila ada orang bertanyakan tentang perangai Si Fulan ini ( fulan yang suka mencemuh dan melawan Imam tersebut) , beliau hanya akan diam. Hanya diam.
    Malah memuliakan si fulan tersebut di dalam majlis ilmunya, juga melarang anak muridnya dari terlalu memarahi si fulan tersebut. Sehinggakan pernah menyuruh anak muridnya meminta maaf pada si fulan tersebut.

   Lihat saja tokoh-tokoh Imam tersebut, mereka amat benci mengutuk dan memperkatakan keburukan orang. Mereka itu Imam yang bukan sebarang Imam, dibandingkan dengan kita?


   Umat Islam perlu saling menegur dan saling memperingati.

Jika ada saudaranya yang melakukan maksiat atau melanggar perintah-Nya, kita wajib menegur.
   Namun bukan dengan menegur dengan ' weih,hang tau tak hang buat tu semua salah! '.

 " (Ucapan mereka)menyebabkan mereka pada hari kiamat memikul dosa-dosanya sendiri secara sempurna, dan sebahagian dosa-dosa orang yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikit pun (bahawa mereka disesatkan). Ingatlah, alangkah buruknya (dosa) yang mereka pikul itu." (An-Nahl:25)

   Apa yang dirisaukan di akhirat nanti apabila saudara kita berkata dia jadi begini begitu sebab kita tak menegur dia. Jadi, kita ada hak untuk menegur. Tetapi menegur dengan cara yang sistematik.

   Kalau dia tetap tak terkesan dengan teguran kita, cubalah bawa orang yang dia hormati a.k.a segani untuk berbincang dan menegurnya.


   Lihatlah para Muhajirin dan Ansar itu.

   Kaum Ansar yang menawarkan tempat tinggal, menawarkan salah satu isterinya dan sanggup menceraikannya, menawarkan kekayaan. 
   Kaum Muhajirin pula yang tidak mengambil kesempatan, menolak tawaran-tawaran tersebut kerana malah berdikari.

   Ukhwah yang sungguh indah, sukar dijumpai di zaman ini..


“ Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama)Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersekutukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.”.(Ali-Imran:103)

Iman dan kefahaman sebenar tentang ukhwah akan mempengaruhi ukhwah seseorang.


1) Kekalkan persahabatan
2)Saling tahan rasa cemburu
3)Saling memahami
4)Saling mengalah
5)Saling memaafkan


Ukhwah itu akan menjadi begitu bermakna jika diisi dengan keimanan. =)

**Hasil perbincangan dari seorang pelajar menengah tinggi dan seorang pelajar Universiti di Mesir, dua pelajar universiti jurusan agama dan seorang pelajar Universiti biasa di Malaysia,  seorang pelajar Universiti di New Zealand, dan dua orang pelajar menengah di Malaysia.

      Sangat berterima kasih kepada mereka kerana sudi meluangkan masa dan meluahkan pendapat.

Ana bukanlah pengulas yang terbaik. Maafkan ana jika banyak info terlepas. Harap perbetulkan mana yang salah.




Thursday, May 6, 2010

Hari Palestin: Perhimpunan Perdana Palestin Malaysia, JD10 Dari Irbid Untuk Gaza

Membiarkan Gaza, apakah itu satu kebenaran? ~ Picture by sorcererssmyr of Deviant Art

    Gaza semakin hari semakin berdarah. Ummat pula semakin hari semakin parah. Orang bising kenapa tiada yang fokus kepada saudara-saudara seislam di Chechya, sempadan Thailand dan sebagainya. Namun apakah jika Tanah Suci Ummat Islam dirogol dan dicabul, dan ummat Islam tidak mampu bertindak dan bergerak menyelamatkan Tanah Suci itu, maka mereka akan memikirkan tempat-tempat lain?

    Di sini kita boleh mengukur urgensi dalam menyemarakkan kesedaran terhadap bantuan kepada Gaza dan pembebasan Palestina. Ianya ibarat ‘jumper’ untuk menghidupkan tenaga kesatuan ummah, lantas membela pula tanah-tanah berdarah yang lain.

Persoalannya, apakah kita memerhatikan dan menghulurkan bantuan?

Sekelompok manusia di Malaysia dan Irbid Jordan nampaknya telah menyahut seruan pembebasan ini.

Membebaskan Palestina dari penjajahan yahudi, dan membebaskan jiwa dari hawa duniawi.

Allahuakbar!
Perhimpunan Perdana Palestin. Waktu di poster ini telah diawalkan ke 5.00 petang. Datang beramai-ramai!

Perhimpunan Perdana Palestin Malaysia

    Lifeline4Gaza di Malaysia akan mengadakan Perhimpunan Perdana Palestin di Stadium Melawati, Shah Alam.

    Dengan tema BERSATU UNTUK PALESTIN, program Perhimpunan Perdana Palestin ini akan bermula seawal 5.00 petang pada 08 Mei 2010, yakni esok.

Kehadiran masuk adalah PERCUMA!

   Kumpulan Nasyid seperti Shoutul Harokah dari Indonesia, Muadz&In Heart dan juga Raihan turut hadir memeriahkan suasana. Wakil dari IHH Turki yang menggepalai rombongan kapal ke Gaza tak lama lagi turut hadir membuat ucapan. Wakil-wakil NGO yang turut serta di dalam Lifeline4Gaza ini juga akan menyampaikan harapan.

Inilah dia peluang anda di Malaysia sana untuk bersama-sama bersatu dan membantu saudara-saudara keimanan kita di Gaza.

    Kita sentiasa bertanya apa kita mampu lakukan, apa kita mampu lakukan, apa kita mampu lakukan. Maka inilah dia antara yang anda mampu lakukan.

Meriahkan Stadium Melawati esok.

Gegarkannya dengan suara dan sumbangan anda.

Tunjukkan pada Israel dan konco-konconya.

Bahawa pembantu-pembantu agama Allah itu masih ada!

Ini peluang anda!

 Wahai warga Irbid, aku menyeru kalian!

JD10 dari Irbid untuk Gaza

Suasana di Irbid, Jordan juga turut panas lebih panas dari musimnya. Wakil-wakil Lifeline4Gaza di Jordan telah mula bergerak dan melakukan promosi sumbangan.

JD10, atau 10 Dinar Jordan untuk Gaza dari setiap warga PERMAI di Irbid sebagai bantuan dan sumbangan kepada rombongan Kapal yang ingin memecahkan tembok kematian.

Warga-warga Irbid yang tinggal dekat dengan perkhemahan-perkhemahan Palestina, yang sentiasa bersama dengan sahabat-sahabat Palestina di Universiti, yang berada dekat dengan Gaza ketika tanah itu dihujani Bom, yang sering sahaja mendengar khutbah-khutbah dan doa para imam untuk pejuang di Palestin.

Inilah dia masanya Warga Irbid. Tangan anda mampu dipanjangkan. Bantuan dari anda mampu disampaikan.

10JD yang biasanya habis entah di lubang tandas, entah di dalam CD Permainan, entah di pool atau alatan sukan, maka inilah masanya kita menjadikan 10JD itu untuk saham akhirat.

Pelajar-pelajar Irbid yang majoritinya mendapat biasiswa JPA dan MARA, pelajar-pelajar Irbid yang mampu menyara kehidupan mahal di Jordan, maka ini masanya memandang sebentar kepada sahabat yang terluka di sempadan negara, Palestina yang selama ini kita kata kita cinta, 10JD dari Irbid buat Gaza di sana.

Inilah masanya membuktikan.

Sama ada cinta kita benar, atau palsu solekan.

10JD Dari Irbib untuk Gaza! Mari kita buktikan!

Jangan kita sembunyikan tangan kita dari memberikan bantuan!

Bagi yang bukan di Irbid, dan tak mampu pula ke Stadium Melawati

Sentiasa terbuka peluang untuk hamba-hamba Allah yang cintakan kebenaran, bersama dan memberikan bantuan.

Jika jaringan keimanan itu tiada batas sempadan, maka begitu jugalah dalam melakukan amal kebaikan. Teknologi yang ada kita guna dengan semaksima mungkin untuk kebenaran.

Berikanlah sumbangan anda dengan memasukkan wang ke akaun Lifline4Gaza.

Nama Akaun: TABUNG PALESTIN HALUAN

Nombor Akaun: 5644 9020 8528

Bank: MAYBANK BERHAD

Mari, jangan banyak alasan. Jangan kata kita tidak mampu. Hakikatnya apakah kita tidak hendak atau mahu.

Pilihlah mahu membantu!
 Pencipta gambar ini berkata: Palestine is shot to the heart and no one cares to heal the wounds , our people in Gaza , may God be with you ~ Picture by SoDoXa of Deviant Art

Penutup: Jangan tergolong dari kalangan yang terbius dan terjajah jiwa

Walaupun Gaza dihentam bertubi-tubi, Palestina dikepung dan dipijak berkali-kali, mereka terjajah secara fizikal berhari-hari, namun ketahuilah mereka adalah yang merdeka jiwa dan hati. Lebih baik dari kita yang merdeka tanah tetapi masih terjajah dari pemikiran dan kehidupan diri.

Lihatlah bagaimana dunia arab terbius dengan jahiliyyah. Banyak negara besar seperti Jordan, Mesir, Lubnan, Syria, Arab Saudi mengelilingi Palestina. Tetapi tiada kepimpinan yang menyuakan bantuan.

Jangan jadi seperti mereka yang terbius itu. Jangan kata mereka arab mereka patutnya lebih faham. Tiada kemuliaan bangsa di dunia ini, melainkan kemuliaan Islam.

Sekarang, siapa mahu menjadi mulia?

Kalau saya, saya katakan saya. Saya mahu jadi mulia. Sebab itu saya menulis perkara ini, dan mengajak kalian bersama. Sama-sama kita menghulurkan bantuan, bergerak menjadi ajen perubahan dan menjalankan pembebasan semampu kita.

Kita mahu jadi hamba merdeka. Dan kita mahu saudara kita merdeka.

Jika kita berjaya di Gaza, maka tidak mustahil kita akan berjaya di Chechya, sempadan Thailand, dan banyak lagi tempat lain yang berdarah.

Tetapi kalau Tanah Suci pun ditinggalkan, apa lagi tanah-tanah lain?

Tepuk hati tanya iman.

Artikel dari Langit Ilahi . Moga Allah redha~

Sunday, May 2, 2010

Dugaan. Kelihatannya tiada henti.

   Assalamua'laikum w.b.t..

   Nampaknya tahun ini benar adalah 'tahun dugaan'. Begitu banyak dugaan yang dilalui, tetapi kita kena tetap berusaha menjalani kehidupan dengan terbaik, bukan?

destinasi masih jauh. bangunlah! jangan terus terleka..

   Teringat pula ayat Al-Qur'an;

    Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan  hanya dengan mengatakan,
“ Kami telah beriman”, sedangkan  mereka  belum diuji? ‘                                        (Al-Ankabut:2)

Ayat ini benar-benar menjadi kata peransang ana. Kalam Allah, pastinya indah dan sangat bermakna.

    Kadang-kadang terasa diri ini betul-betul lemah. Dugaan datang bertalu tetapi perlu diingati juga Allah menguji mengikut kemampuan hamba-Nya.

Aduhh.. semangatlah diri ini!! Chayo''!! 

    Wahai Ariffah dan pembaca mulia sekalian, ingatlah ada seorang lelaki meminta wasiat a.k.a pesanan dari Rasulullah S.A.W.. 
     " La Taghdop.. (Janganlah kamu marah)", pesan Rasulullah sebanyak tiga kali.

Lihat, sebanyak tiga kali. Bukankah itu tandanya sangat penting? Marilah kita berusaha mengawal emosi dan kemarahan diri.. 
Tenanglah. Tenang. Layak dengan sabda ini..

"Bertenang-tenang itu dari Allah dan bergopoh-gopoh itu dari Syaitan." - Riwayat Al-Baihaqi

**Dugaan itu kadangkala juga adalah nikmat.
** Benar-benar memerlukan kata nasihat dari anda semua. Pohon. Semoga Allah redha~       

p/s: terima kasih atas dorongan anda semua. terutamanya yang rajin memberi nasihat pada ana..

Geo

free counters