Saturday, June 12, 2010

Ulasan Novel Hilal Asyraf 2

   VT atau Volleyball Team adalah sebuah novel yang menerapkan sukan adalah ibadah pasti mengagumkan para pembaca dengan plot ceritanya!
   Hussam yang misteri secara tiba-tiba muncul di dalam kehidupan MATRI membawa segunung harapan yang besar. Siapakah dia?

   Kumpulan bola tampar yang berpecah-belah, tidak bersatu hati, ahlinya yang mempunyai ego tinggi, keras kepala, biadap, malas belajar sungguh menyusahkan hati para pendidik sehinggakan warden terpaksa memanggil Hussam untuk menghidupkan kembali kumpulan bola tampar yang seakan mati seperti mayat yang bernyawa sekaligus mentarbiyah jiwa-jiwa mereka.  

Tarbiyah bukan sebarang tarbiah!

   Hussam mempunyai tekniknya yang tersendiri dalam menghadapi 12 pelajar bermasalah. Ditambah dengan Asyraf, seorang pelajar yang melalui masa lalu yang memeritkan. Akhirnya, kumpulan itu memang berjaya dihidupkan kembali namun adakah mereka akan berjaya menggapai pingat emas dan piala kejohanan MSSP?
   Berdepan dengan SSNP yang memegang kejohanan selama 10 tahun berturut-turut dan kehadiran jurulatihnya yang licik, adakah mereka akan berjaya?

   Memakai pemberat di kedua-dua belah kaki, berlawan dengan kumpulan pelajar-pelajar Universiti dan kumpulan lagenda MATRI, di antara teknik 'super-duper' Hussam. Siapakah dia, mempunyai otak segeliga sebegitu?




    " Keimanan adalah paksi ". Itulah tema novel Sinergi yang sangat mementingkan keimanan dalam kehidupan seharian. Irfan, Rasyid dan para pemimpin komuniti pelajar Melayu berusaha menyebarkan kefahaman Islam dan Iman dengan lebih meluas.

   Disaster Five, lima ahli yang mempunyai IQ melebihi 190, membuat porak-peranda turut menambah seri ujian keimanan yang dihadapi pelajar-pelajar Melayu di Jordan.
    Erman yang amat pesimis dan mempunyai sesuatu hal yang perlu dilangsaikan dengan Irfan serta Secret yang licik, ingin melunaskan dendamnya terhadap Irfan menambah unsur saspens di dalam cerita. Kisah hitam di waktu silam menambahkan perit.

    Laman web digodam, terpapar gambar-gambar lucah, post-post berkaitan kesalahan buruk tiga ahli Disaster Five, gambar Irfan berpelukan dengan Sara Nasuha, pelajar perempuan yang diintip di dalam tandas, pernah satu ketika semua pelajar Arab tidak menghadiri kuliah dan pelbagai lagi kacau bilau menggemparkan bumi Jordan sekali lagi!

Paksi kejahatan atau paksi kebenaran yang akan memenangi hati-hati?

Ulasan Novel Hilal Asyraf 1


   Terasing mengisahkan perjanjian persahabatan antara dua hamba Allah iaitu Saifullah dan Zaman. Perjanjian yang telah dimaterai suatu ketika dahulu terbawa-bawa sehingga ke usia yang menginjak dewasa. Janji dahulu yang sentiasa muncul dalam mimpi seakan-akan membawa petanda.
   Saifullah benar-benar berusaha menyedarkan Zaman yang telah tergelincir dari jalan yang benar. Dia berusaha membimbing sahabatnya itu semula walaupun nyawanya dan keluarganya dalam ambang maut apabila terlibat dalam kumpulan kongsi gelap yang amat dikehendaki kerajaan Malaysia iaitu HOMURODAMA, berasal dari Jepun, negara Matahari Terbit.

   Adakah Saifullah akan berjaya menarik Zaman kembali?

    " Diproses daripada rumpun didikan yang sama namun produknya berbeza. Terasing membawa mesej, jangan mengasingkan diri daripada kawan yang soleh supaya tak terasing daripada hidayah Allah. Sungguh memberi kesan! " -Fatimah Syarha-

  Padan benarlah dengan tajuk novel ini, Terasing!




   Remaja Mulia mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah yang bernama Irfan Hakimi. Dia mempunyai peribadi yang tinggi. Dilantik menjadi ketua pengawas, rajin, pandai, menghormati orang tua, guru dan kawan, sabar apabila diejek-ejek oleh tiga sekawan.
    Watak tiga sekawan yang amat membenci Irfan menambahkan konflik kisah ini. Erman, pelajar genius yang biadap dan berlagak pandai serta Rasyid, pelajar bermasalah yang menghisap rokok namun rapat dengan Irfan turut menambahkan seri kisah ini.

   Irfan menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa. Mulanya, ayahnya meninggal kemudian mendapat keputusan percubaan UPSR yang teruk, penjaganya pula meninggalkan, digantung sekolah pula atas tuduhan mencuri duit sumbangan yang dikutipnya.


Adakah Irfan dapat menghadapi segala cabaran ini?



   Relasi bertemakan persahabatan. Empat Paksi Kejahatan yang sentiasa mengganggu kehidupan Saifullah (watak Utama) telah meretakkan hubungan persahabatan di antara Saifullah dan Senior. 

    Mereka juga telah menimbulkan fitnah kepada Saifullah sehingga para guru asyik menyindirnya di dalam kelas. Malahan sahabat baiknya juga sehingga bertumbuk dengannya, Atiqah yang dicintai secara diam-diam pun turut marah padanya. Paling dashat, Empat Paksi Kejahatan tersebut sehingga nekad untuk membunuh!

Apakah yang menghasut fikiran mereka?

Begitu pelbagai ujian ukhuwwah yang menimpa padanya untuk menunjukkan apakah maksud 'sahabat' yang sebenarnya.. Adakah Relasi akan membawa Saifullah ke lembah 'putus asa'?

Buruknya .. Sombong & Ujub !

Salam semua..

 
Pic by *UdonNodu on deviantART

     Para hukama' mengatakan : "Tidak akan kekal kekuasaan yang disertai dengan kesombongan"

Malah, Allah S.W.T berfirman..


    "Itulah nanti Akhirat, kami adakan untuk orang-orang yang sombong di muka bumi dan membuat bencana.."


    " Nanti Aku palingkan daripada ayat-ayatKu orang-orang yang sombong di muka bumi tanpa kebenaran.." (Al-A'raf:146)


   Pernah Abdullah bin Salam berjalan di pasar membawa seikat kayu. Dikatakan padanya; "Apa yang kau bawa itu? Bukankah kau telah kaya?"

Apa yang dia jawab? "Aku ingin membuang kesombongan dariku!".

     Lihatlah mulianya orang yang tidak sombong!


Rasulullah juga bersabda "Ada tiga perkara yang menyebabkan binasa: Terlalu bakhil, memperturutkan hawa nafsu dan menyombongkan diri."

 Sungguh, melihat hadis dan ayat al-Qur'an, betapa buruknya perbuatan sombong..

   Pada pendapat anda, adakah perbuatan sombong itu menguntungkan?

Sudah tentu, tidak, bukankah?
Orang yang sombong pasti tidak akan disukai masyarakat, mereka akan disisihkan..dicemuh..diejek..dipandang hina dan pelbagai lagi sifat negatif masyarakat akan lakukan terhadap mereka.

Jadi, adakah sikap sombong menguntungkan? Bahagiakah kita jikalau dipandang hina oleh masyarakat dan jiran-jiran? Seronokkah jika jiran tidak mempedulikan kita di saat kita memerlukan pertolongan?

Siapa akan kata ya? Siapa?

  Ana ingin petik se"suku" dari surat Hassan Al-Basri kepada Umar bin Abdul Aziz..

" Amma Ba'd. Sesungguhnya dunia ini adalah sebuah rumah yang busuk. Sesungguhnya bukanlah rumah tempat berteduh. Adam diturunkan ke sini sebagai seksaan. Takutlah padanya wahai Amirul Mukminin. Bekalan untuk Akhirat adalah meninggalkannya. Kaya harta bererti fakir kepadanya. Setiap waktu ia membunuh. Menghina orang yang memuliakannya. Membuat fakir orang yang mengumpulkannya. Ia racun yang diteguk oleh orang yang tidak mengetahuinya, hingga ia mati olehnya. Hendaklah di situ engkau sebagai orang yang hendak mengubati lukanya. Menahan sedikit kepanasan takut bencana itu berpanjangan. Sabar atas pahitnya ubat, kerana tidak ingin sakit berlama-lama. "


   Owh, bahayanya dunia!

Ok, berbalik kepada kesombongan. Ada satu lagi sabda Rasulullah yang ana ingin utarakan..

" Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya ada kesombongan sebesar biji sawi. Dan tidak masuk neraka orang yang dalam hatinya ada iman sekecil biji sawi"

Juga..

Abu Hurairah ra berkata: "Telah bersabda Rasulullah s.a.w: "Allah SWT berkata: "Sombong itu selendang-Ku dan keagungan itu sarung-Ku. Siapa menentang-ku dengan salah satu darinya, Ku-buang dia ke Jahannam dan Aku tidak mempedulikannya."

Ah, ini ada beberapa syair.. Fahamilah..

   Malhab bersyair: Kuhairan orang yang membanggakan rupanya.
                                Dulu ia air yang menjijikkan.
                                Kelak, segala kecantikan itu
                                menjadi bangkai busuk di kuburnya.

Khalaf Al-Ahmar bersyair: Ku mempunyai teman cinta dunia.
                                         Banyak kesalahan dari kebenaran ia ada.
                                         Lebih keras dari kumbang kelapa.
                                         Berjalan lebih sombong dari burung gagak.


Yang lain juga bersyair: Ku berkata pada orang sombong.
                                        Temanku mati tidak boleh kembali.
                                        Wahai orang yang dihadang kematian.
                                        Mengapa tak mahu merendahkan diri?

Zun Nun al-Misri pula bersyair: Wahai orang sombong keterlaluan.
                                                Kita adalah selonggok tanah.
                                                Kehidupan ini hanyalah permainan.
                                                Setiap langkah menuju kematian.



Bagaimana? Masih mahu sombong?


p/s:   Cuti ni penat sehh..>> jogging, susun pokok-pokok(habis kena angkat pasu-pasu) , kemas bawah bilik tamu (bakal rumah ayam buat sementara) , balik rumah lama, bakar sampah (malam-malam tu..), pagi jogging lagi, then bakar sampah lagi (ana sorang je jaga api, best! habis bau asap..), cabut rumput, cuci lantai tempat parking kereta, kemas-kemas dalam rumah lama tu..


  Apa motifnya kemas rumah yang tak duduk dah? 


Mestila nak tarik perhatian orang yang tengok-tengok rumah supaya berminat nak beli tengok rumah bersih-bersih nii..


  Dan..apa motifnya ana gitau kat orang semua ni? Who cares, haha..

Sunday, June 6, 2010

Tidak ada penerangan


  " Tak elok lah kau buat begini. ", tegur Sirah.
   " Kau tegur aku. Tapi, kau lupa dengan diri kau!", balas Fatin degil.
   " Maksud kau? ", Sirah ternyata tidak mengerti.
   " Kau dah lupa perangai kau dahulu? Ingat kau tu bagus sangat, hidup macam aku ja! Tapi, kau lebih teruk, berlagak baik!. Alim-alim kucing, huh! ", ujar Fatin kasar.

  Sirah terkedu. " Kau tak akan faham, Fatin! ".

Fatin mencemuh.

  " Baiklah..aku pergi dahulu. Siapa lah aku ini? ", Sirah meninggalkan Fatin tepinga-pinga.

   Hatinya luka. Dia tahu Fatin tidak bersalah tetapi dirinya yang bersalah, menimbulkan situasi di mana masyarakat akan salah faham..

   Cerpen ini terhenti setakat ini. Tidak akan ada sambungan. Kerana cerpen ini membawa pengertian yang besar buat diri ana. 

   Ana pernah ditegur seseorang bahawa menulis blog lebih baik memuaskan hati pembaca. Maka, wahai pembaca sekalian, maafkan ana kerana cerpen yang ternyata terlalu pendek ini benar-benar terhenti setakat ini saja..

Tuesday, June 1, 2010

Isu Kembali Hangat

   Kejadian 30 Mei 2010, semua orang hangat memperkatakan isu Kejadian Kapal Marmara Mavi.

Kapal yang menghantar bantuan-bantuan ke Gaza tanpa membawa apa-apa senjata walau untuk mempertahankan diri.

Tapi, lihatlah. Zionis Israel itu.

Tidak pernah jemu menyerang dan melawan kebaikan. Mereka itu tahu seluruh negara sedang memerhatikan Konvoi ke Gaza tersebut, namun tanpa hiraukan keadaan tersebut, mereka tetap menyerang.

Malah, dengan berani dan biadapnya, menuduh umat islam yang terlebih dahulu menyerang!

"Mereka itu pengecut! Menyerang kapal tanpa memiliki apa-apa senjata di dalamnya", mungkin ada yang berkata begitu.

   Saya yakin, sekalipun kapal itu membawa senjata atau tidak, Zionis Israel itu tetap akan menyerang.

Kerana, tugas mereka adalah melawan kebaikan.

    Kelmarin, saya mendengar radio Ikim Fm, bicara di antara Ustaz Zamri, krew Ikim Fm bersama dengan Tuan Haji Salahuddin Syuib, Setiausaha Pengerusi LifeLine4Gaza.

   Katanya kelmarin, mereka berhasrat untuk menghantar memorendum kedutaan Amerika untuk campur tangan dalam menghentikan tindakan Rejim Zionis Israel pagi tadi.

   Katanya lagi, kapal Marmara Mavi diserang dalam pukul 11.30 pagi, waktu Malaysia oleh angkatan laut Israel.

   Tuan Haji menyeru agar Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan ucapan rasmi mengutuk tindakan biadap Zionis Israel.

   Pada jumaat ini, 4 Jun 2010 akan diadakan perhimpunan aman besar-besaran di KL selepas solat Jumaat. Beliau berharap agar seluruh umat Islam berdoa' untuk Konvoi Gaza tersebut.


   Saya dan kamu semua, KITA harus sedar akan tanggungjawab masing-masing sebagai umat islam.

  Israel tidak takut untuk membunuh dan menyerang kapal-kapal tersebut. Hal ini kerana, dunia sudah mengizinkan mereka berlaku kejam ke atas Palestine. Setakat beberapa kapal, apakah mereka akan risau?

  Sebagai umat Islam, sedarlah! Saya menyeru kepada diri saya, sedarlah! Sedarlah wahai saya!

Sedarlah wahai kita semua..

Geo

free counters