Thursday, July 22, 2010

Bengkel Terakhir Hilal Asyraf

Jom! Sertai Bengkel Penulisan Fiksyen Islami & Pengurusan Blog Hilal Asyraf, anjuran Galeri Ilmu Sdn. Bhd(GISB).. 23 & 24 Julai ni, cepat!
           

Ini ulasan dari Encik Zakaria Sungib, editor kanan merangkap Editor Perolehan (Novel) di Jabatan Buku GISB, yang turut menyertai bengkel ini sebelum ini.


Setelah mengendalikan dua bengkel penulisan fiksyen Islami sebelum ini, novelis muda Hilal Asyraf akan berkongsi ilmu dan tip-tip berharga dalam penulisan fiksyen, khususnya penulisan novel Islami, dalam bengkel ketiga dan terakhir sepanjang percutian musim panasnya di Malaysia.

Bengkel itu akan diadakan di Alor Setar, khusus untuk novelis dan calon novelis di utara tanah air. Tarikhnya 22 & 23 Julai (Sabtu & Ahad). Tidak kurang daripada 20 orang dijangka menghadiri bengkel ini.

Dalam bengkel sebelum ini, Sdr Hilal Asyraf berkongsi perkara-perkara yang saya yakin tidak akan diperolehi dalam mana-mana bengkel penulisan novel yang lain. Modul bengkel ini adalah asli daripada beliau, berdasarkan pengalaman menulis beberapa buah novel. Dalam usia 21 tahun, beliau sudah mempunyai lima buah novel Islami yang diterbitkan termasuk VT, Sinergi dan Remaja Mulia. Ada ura-ura untuk mengadaptasi novel-novelnya kepada drama bersiri.

Peserta akan diajak berkongsi rahsia bagaimana novel-novel beliau mampu 'menyihir' pembaca (meminjam istilah Kang Abik). Beliau akan mendedahkan kaedah yang mudah dan jelas bagaimana merangka jalan cerita yang sentiasa mengundang rasa ingin tahu pembaca, di samping memasukkan nilai tarbiah secara bertahap-tahap, dari bab ke bab, dan bagaimana memanfaatkan 'kertas watak' untuk menggerakkan watak-watak yang hidup serta berkesan.

Bengkel ini mempunyai slot latihan, yang memberi peluang kepada peserta melatih kemahiran mengarang. Dan ada satu slot yang tidak kurang menarik dalam bengkel ini. Slot yang hanya mampu diisi dengan baik oleh pengendali blog yang blognya dikunjungi ribuan pelawat setiap hari.

Slot itu adalah tentang pengurusan blog. Sdr Hilal akan berkongsi tip-tip mengurus blog dengan berkesan dan 'mesra pelawat', berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan laman blog langitilahi.com yang kini dikunjungi lebih 3,000 hingga 4,000 pelawat sehari dan pernah mencapai hit 10,000 sehari. Tip-tip yang beliau berikan dalam pengurusan blog ini juga mudah dan jelas, berserta contoh-contoh paparan laman blog sebenar.


Apa hubung kait blog dengan novel atau cerpen? Juga akan dikongsi oleh Sdr Hilal.


Saya menjangkakan bengkel dua hari yang diadakan pada 26 & 27 Jun lepas lebih longgar daripada bengkel ekspres sehari pada 12 Jun. Rupanya jangkaan saya silap. Bengkel dua hari itu lebih padat dan lebih mantap. Insya-Allah bengkel seterusnya akan semakin mantap dan semakin berkesan.


Selepas bengkel terakhir di Alor Setar, mungkin dua atau tiga tahun lagi baru Sdr Hilal Asyraf akan berpeluang mengendalikan bengkel seumpamanya di Malaysia. Ini peluang bagi calon-calon novelis untuk mendapatkan panduan yang jelas dan praktikal dalam menghasilkan novel Islami, atau saya lebih suka menamakannya 'novel tarbiah'.


Sdr Hilal, seperti juga Sdr Pahrol Mohamad Juoi, komited untuk membantu melahirkan penulis dan novelis berjiwa da'i dan murabbi. Sdr Hilal Asyraf berpegang pada prinsip yang jelas dalam menghasilkan karya fiksyen Islami yang mampu menjernihkan dan menyuburkan jiwa.


Nota: Sekurang-kurangnya tiga novel terbaru Hilal Asyraf akan muncul di gerai Galeri Ilmu pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di PWTC pada Mac tahun hadapan, insya-Allah. Ini belum termasuk kumpulan cerpen yang manuskripnya sudah berada di tangan editor. Bagaimana beliau dapat menulis novel-novel dan cerpen-cerpen tarbiah yang sedap dibaca dalam tempoh yang singkat? 'Kunci'nya mudah saja dan akan turut beliau kongsikan dengan peserta bengkel beliau.
Sumber : sini

Thursday, July 15, 2010

Diari : Wahai insan yang disayangi..

    Terkadang dalam kesibukan melakukan kerja bersama rakan menguji diri. Siapa yang tidak terasa diuji apabila rakan tidak memahami?

Untuk difahami, memahamilah..

Barangkali salah ana juga, yang tidak cukup memahami rakan. Lantaran itu, mereka tidak berdaya untuk memahami konsep yang dibawa dan dipegang ana..

     Sejak sekolah rendah lagi sehingga sekarang, ana cuba untuk menyesuaikan diri dengan semua rakan. Kadang sukar juga, kerana cara berfikir lain dari lain.. Plus, ana bukan seorang peramah malah jenis tak reti untuk bergaul. Bila dah kenal lama, barulah pandai untuk bersenda gurau, itupun kadangkala mati idea!

apabila terasa keseorang dalam membawa kefahaman islam, percayalah Allah bersama!
   
    Di sekolah, dalam kelas tingkatan dua banat.. ada sahaja segelintir insan yang membahagikan kepada kelompok-kelompok. Pelajar bermasalah dan tidak.

Apa pula yang ana anggap? Sebagai satu generasi, sesaudara islam bahkan sama-sama sebagai hamba Allah yang serba kekurangan, bukankah sepatutnya hati kita satu? Tidak membahagikan manusia ini di kelompok mana dan manusia ini di kelompok yang lain pula..

Tidak patut!

   Ana berusaha untuk berkawan dengan semua orang.. Sama ada dia terlibat dalam sejarah hitam atau tidak, takkan kita hendak sisihkan dia? Kadang pergi ke kantin, bilik guru, pejabat dan beraktiviti dengan individu berlainan. 

 Tapi bila tiba masa, contohnya destinasi ana ke pejabat hendak cari Sir bersama dengan Si A. Bila sampai, lihat-lihat Sir tak ada ataupun sibuk. Pulang kembali ke kelas, kemudian datang kembali bersama Si A beberapa kali sehingga akhirnya barulah selesai urusan.

   Bila asyik keluar kelas dengan Si A ni, rupanya ada mata yang memandang dengan cemburu!

Maaf rakan, takkan nak ajak orang lain memandang Si A itu pun hendak berurusan perkara yang sama.

   Sehingga suatu hari kata-kata yang menusuk ke dalam kalbu terbit keluar dari bibir dua orang rakan dalam waktu yang berbeza :

" Yalah, ana sedar ana ni siapa, tak layak berkawan dengan anti! Yala, BFF (Best Friend Forever) anti tu lebih layak kan? ".



Bila cuba untuk menjelas, dia bersuara lagi : " Takpa-takpa. Ana sedar diri ana sapa, siapalah ana kan? Pi lah kawan dengan dia ".

   Insan seperti ini, apabila saat itu, ana rasa lebih patut diam. Hendak perjelas, dijawab cepat-cepat pula dengan balasan katanya..jadi diam sahaja lah kan?


will us try to understand each other?

 Oh Pemimpin!

  Setiap orang pasti ada kesalahan tersendiri kan? Tak lepas juga dengan pemimpin..

Oh pemimpin yang kuhormati!

   Bukan apa, ana terasa seakan golongan yang pernah membuat masalah dahulu seakan tidak dipertimbangkan untuk menerima jawatan-jawatan.

   Ana dapat input daripada novel Sinergi, ditulis oleh Hilal Asyraf.

  Para kepimpinan di sekolah memimpin sekaligus berdakwah bukan? Ya, itu ana tahu.

Justeru dalam berdakwah, pendakwah perlu membuatkan mad'u rasa dihargai. 

   Ana sendiri lebih banyak dosa dan salah, namun bukankah pesan Rasulullah ; "sampaikan ayatku walau sepatah?"

   Mad'u yang berasa dihargai, insya'allah akan terbuka hatinya dengan lebih luas untuk menerima kefahaman islam.. 

Untuk dihargai, menghargailah..

  Rasulullah sendiri pun tidak pernah merendahkan orang lain sedangkan dirinya terlalu mulia berbanding dengan kita. Baginda adalah kekasih Allah!

   Wahai pemimpinku, ini bukan andaian ana semata-mata. Ana sendiri pernah mendengar seseorang meluahkan perasaan ; " Mereka dah pegang jawatan tinggi dapat lagi jawatan. Sedangkan ana, hurm..siapa lah ana? ".

    Apabila berasa tidak dihargai, lebih sukar untuk membuatkan mereka bersama bergerak menyebarkan islam dengan ikhlas.. Betul bukan?

Insan yang bersalah ataupun pernah melakukan kesalahan tidak patut disisihkan, marilah kita bersama-sama membimbing mereka, bersama dengan mereka..menjalinkan ukhwah.. 

Tugas kita bukan menghukum tetapi mengajak dan menyeru ke arah kebaikan..

Hargailah mereka!

Sisih atau bersama? 

Rugi atau untung?

Maafkan diri ini, yang banyak kesalahan..

Thursday, July 8, 2010

Diari : Masa mendesah, memutar segalanya

   Masa bergerak, mendesahkan manusia-manusia, insan-insan yang bening matanya.

Aduh! Ayat sastera hentam-kromonya gitu?

gambar, simbol apa ini agaknya?

    Melihatkan kakak ayah saya yang menziarahi, sakit-sakit. Timbul rasa kagum, biarpun sakit tetap datang menziarahi walau untuk seketika, oh!
    Saya mengurut-urut kakinya, mulutnya mengaduh. 'Allahhuakbar' sentiasa meniti di bibirnya.

Ah, saya tersenyum senang.

   Allah, Allah, Allah!

*    *   *   *   *    *

  Sekolah akan adakan pertandingan. Pertandingan apa ya?

Memasak, menggubah bunga, mereka bentuk bahan buangan, teh tarik.

  Rasa-rasanya, saya memilih apa?

   Haha, memasak! Saya sendiri tergelak memikirkan pilihan itu. Mana tidaknya, jika ditanya kepada guru-guru, muallimah saya sewaktu sekolah rendah dahulu.. Masak, oh antonimnya dengan diri ini!

Sejujurnya, dahulu jika bahagian memasak, terasa malas. Tapi, itu dahulu!

   Masa yang berputar, mengubah keadaan. Makin lama makin minat! 

Sebabnya? Saya akan menggeleng, entah kenapa secara tetiba sahaja meminatinya. Huuu,pelik.

p/s: Sanah Helwah Cikgu Sue! Moga umur yang dipanjangkan itu, diredhai Allah S.W.T...

Katakanlah Ameen buat yang membaca..

huu..lawak la gambar! pemukul telur kek neh..

*    *   *   *   *   *

    Sir Azman, ada mengisahkan bekas pelajarnya dahulu dalam usrah. Berubah dari rugged (kata Sir, tetapi komen rakan saya, rasanya lelaki sesuai brutal kot?) menjadi seorang yang alim. Berjubah, berserban.

    Tetapi, dengan takdir Ilahi, dia sudah meninggal akibat kanser hidung, kalau tak silap!
Saya tidak mahu lah mengisahkan tentang dirinya, lantaran tidak berapa benar-benar maklum akan kisah hidupnya.

Kawan saya tetiba mengatakan ' Eh, bukan dia ke yang nama 'al-khalis' kat laman maktab mahmud yan tu? '

Saya mengungkit bahu. Entah, saya tidak tahu!

" Ada, gambar pakai jubah, serban, bertongkat tu! ", kawan saya mengungkap lagi.

  Kemudian, akal saya secara mengejut terbayangkan sebuah blog, ada gambar kecil, tidaklah berapa jelas, tetapi masih tahu lelaki berserban dan berjubah sedang memegang tongkat.

   Saya terkejut, itukah? Lantas, memasang niat untuk membuka blognya kembali sejurus pulang ke rumah nanti.
Nah, sekarang dah tiba di rumah. Bila buka blognya, ternyata benar itulah dia!
Ada pengumuman berkenaan admin blog yang sudah kembali ke rahmatullah..

Al-fatihah..

   Yang lebih mengharukan, arwah meninggal pada 2 Julai, iaitu hari Jumaat. Pukul 2.50 petang.

Tidak berniat di hati ini, untuk saja-saja mengisahkan berkenaan bekas pelajar 'putera' Maktab Mahmud Yan. Cumanya berminat dengan corak perjalanan hidupnya..

   Siapa yang tidak beruntung? Meninggal di dalam keadaan beriman,pada hari Jumaat yang barakah hendaknya, di kala sakit tetap berusaha menulis dan menjual kitab-kitab agama!

    Kita belum tentu lagi mati dalam keadaan beriman (na'uzubillah) . Moga hendaknya , hidup dan mati kita sentiasa dipenuhi dengan bibit keimanan.. Insya'allah, Ameen!

Friday, July 2, 2010

Tema Usrah : MALU

   Assalamua'alaikum..

Intipati yang ana dapat dalam usrah soghir: MALU

Malu. Siapa yang tidak pernah merasa malu? Oho, mustahil..
Malu nak buat salah, malu juga kan? Aha, betul tidak? 

Muslim anime-best club by ~bekkouche

Ada jenis-jenis dia. Malu fitrah dan malu yang dibentuk. Malu Fitrah berasal dari sifat semulajadi kita manakala malu yang dibentuk timbul kerana kesan dari beriman kepada Allah.

   Apa langkah-langkah nak menjaga malu ni?

1. Jaga kepala dan pancaindera

    - Maksudnya seakan menjaga pancaindera seperti mata, iaitu menundukkan pandangan. Jaga tangan dari mencuri , jaga mulut dari mengata dan berbagai contoh lagi.

2. Jaga perut dan anggota

    - Jaga perut ni macam makan hanya makanan yang halal.

3. Ingat Mati

   - Ingatlah maut iaitu mati ataupun ajal. Apa yang mati dapat dikaitkan dengan malu adalah malu dengan Allah, merasakan diri masih banyak dosa sedangkan ajal kan datang menjemput bila-bila masa.

Kata hikmah : Orang yang bijaksana adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersiap-sedia menghadapinya.

4. Tinggal perhiasan dunia

   - Zuhud. Terutamanya perempuan, tidak berhias terlalu melampau-lampau sehingga menarik perhatian lelaki ajnabi (yang boleh dikahwini) dan mengundang fitnah.

    Dari segi istilah, malu bermaksud sifat dan akhlak yang tersemat di dalam jiwa dan boleh membangkitkan seseorang untuk menjauhi sesuatu yang buruk yang boleh menghalang dari cuai menunaikan hak mereka yang berhak. Amacam, panjang tak? =)

Sapa tak faham. Feel free to ask, okey?

selingan~

Seperti biasa, sibuk dah sebati dalam diri. Namun, lebih ramai lagi yang sibuknya berganda-ganda dari diri ana di bumi fana ini, kan?

   Minggu lepas dah start berlatih untuk persembahan 'Phantom Of The Opera'. Folio KHB pula bertimbun dengan table akaun penuh bermuka-muka surat. 23&24 Julai pula ada Bengkel Penulisan Fiksyen Islami dan Pengurusan Blog. 27 kena persembahkan persembahan Phantom Opera dah.. Setiap petang, kelas tambahan. Cuti hujung minggu, ada kelas tambahan.

   Semalam, ada usrah di sekolah (best, suka usrah soghir ni!).

Pagi, petang, malam, hujung minggu tetap pi sekolah. Macam pelajar asrama pula gaya.. Bertambah dengan latihan phantom, kena banyak kali hadir lagilah di asrama.

   Kawan-kawan siap kata " Ala, dok asrama sajalah. Kan senang.. ".

p/s: sekolah rendah dah dok asrama, nak gak berasa berulang kan? hehe..

ana ada kawan sekolah rendah dulu, tak silap ana dari tadika ke tahfiz 1 entah, sampailah form 2 sekarang..tak pernah berulang. woha!

Thursday, June 24, 2010

Oh! Manusia bukan malaikat..

   Assalamua'alaikum w.b.t.

Ho, ana baru balik dari lawatan. Sungguh, banyak kenangan dan pengajaran yang baik untuk kehidupan.

Sebelum bertolak, fikiran ana sudah berbisik
" Kalau lah tiada pengajaran yang ana nampak atau dapati, sia-sia sahaja lawatan ini ".

   Tapi, alhamdulillah. Ternyata, Allah Yang Maha Terpuji itu amat mengambil berat pada hamba-hambaNya.

Buat pihak-pihak yang tertentu mengalami kesukaran atas tindakan ana, maaf ana hulurkan dan tadahkan. Moga Allah membayar usaha-usaha kalian atas kesukaran yang dialami.

   Wahai pembaca, katakanlah Ameen.


   Dalam perjalanan, di dalam bas, fikiran ana berfikir tentang pelbagai hal. Perkara yang sering berputar-putar dalam kehidupan, memaniskan dan memahitkan. Oh, sudah tentu banyak yang memahitkan. Kehidupan pasti tiada yang memaniskan memanjang, bukankah?

   Baca majalah Solusi, kemudian ambil pensil dan mencapai sebuah buku untuk menulis artikel di dalam blog. Rugi pula kalau sia-siakan masa. Selepas siap, sambung pula baca buku '50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia'. [Best buku ini, ada tokoh-tokoh yang ana kagumi =) ]

Oklah, berbalik kepada artikel blog.
   ~Peganglah dunia, jangan sematkan di dalam hati~ 

   Pernahkah anda lihat insan-insan yang dahulunya bertudung labuh, berserban, berjubah, memberi tazkirah dan penyampaian penuh berhikmah, tetapi kini sudah berubah penampilan dan tingkah-lakunya?

    " Dulu bukan main pedas ceramahnya, sekarang dia pun dah mula 'couple'. Cakap tak serupa bikin! "

    " Eleh, dia pun dua kali lima saja. Dulu tudung labuh, sekarang tudung sampai nampak leher. Blah la! Tazkirah orang sangat, diri pun tak ter'tazkirah'. Kan dah lingkup! "

   Seringkali terdengar cemuhan sebegitu. Namun adilkah untuk kita menghukum manusia sebegitu? Sisihkan mereka, pandang hina, umpat dan sindir mereka.. Adilkah tindakan sebegitu, adilkah??

   Bila fikirkan, manusia yang berubah ke arah keburukan ini ternyata lebih hebat dikutuk daripada manusia yang asalnya, dari dahulu hingga sekarang berperangai busuk, tidak senonoh. Benarkan?

   Kadang, yang bernampilan sopan dan menutup aurat keseluruhannya tidak berperangai baik pula. Dah elok pakai tudung labuh tetapi suka mengumpat, berbuat bising tidak kena tempat!

Golongan sebegini juga selalunya hebat dikutuk!

  Sedarkah wahai manusia, mereka ini bukan malaikat?

Mereka ini juga manusia biasa yang tetap akan berubah. Sama ada, berubah menjadi lebih baik atau buruk. Yang pastinya, tahap keimanan mereka bukannya meningkat setiap masa.

   Fakta nya, mereka bukan malaikat!

   Jadi, marilah kita bersama-sama berlapang dada menerima sikap mereka. Terimalah kekurangan diri mereka, kerana diri kita juga tetap ada kurangnya..

Jangan sisihkan mereka, dekatilah mereka. Selami masalah-masalah yang dihadapi individu tersebut.

   Apa kata, kita bersama-sama menarik mereka kembali ke jalan yang benar? Pasti ada kelebihan, daripada mengumpat dan memandang rendah, tidak ada kelebihan bukan?

Manusia, pasti ada salah silapnya..

Mari, rapat kan ukhuwah bersama.

p/s: Oh, sudah lama tidak menulis dengan sepenuh hati! Maka benarlah dan sungguhlah, lawatan semalam begitu bermakna..

Geo

free counters