Thursday, September 29, 2011

Kata Maaf Itu

Sebelum menduduki PMR , izinkan saya berkongsi sedikit ...

   " Jom teman ana jumpa 'beliau' sat ", saya mengajak seorang rakan .
   " Nak buat apa ? ", dia berhenti sebentar membuat latihan .
   " Nak minta maaf . Ana ada buat salah sebelum ni ".

Percayalah . Hidup tanpa kemaafan memang tidak menyenangkan . Jiwa terasa gelisah , tidak tenteram. Itulah apa yang berlaku pada saya .

Kenapa saya ingin memohon maaf ?

1) Setiap kali saya terpandangkan 'beliau' dari jauh , cuma sudut suara hati saya berbisik " I am sorry for all stupid thing that I've done ". Ya, tidak terlafaz .. cuma hati bersuara .

2) Peperiksaan . Ini bukan sebab utamanya, tetapi inilah penggerak agar saya membina kekuatan untuk pergi memohon maaf. Saya tidak mahu ada satu 'hijab' ketika peperiksaan yang membuatkan saya tidak mampu untuk menjawab soalan dengan baik . Nauzubillah min zalik . 

3) Utamanya , 'beliau' lah yang banyak memberi mutiara-mutiara ilmu . Tanpa disedari, kadang-kadang sehingga ada yang saya amalkan dalam rutin harian . Sungguh .

4) Beliau , berilmu tinggi. Mungkin sahaja mulia di sisi Allah, insyaAllah. Tetapi .. saya ? bermasalah dengan 'beliau' ? 

by Langit Ilahi.Com ~

   Namun, perjalanan untuk memohon maaf bukanlah satu perkara yang mudah . Itu sememangnya diakui . Kali pertama saya pergi , saya berpatah balik. Hati masih tidak kuat. Kali kedua, ketiga, keempat ... semuanya gagal. Kerana 'beliau' ada bersama dengan rakan-rakan... tidak berani saya untuk menyingkap sedikit 'what-is-going-on' pada rakan-rakannya. Ya, saya masih hamba yang khilaf.

Takdir Allah mengizinkan 'misi' saya berjaya , pada kali kelima. Itupun hampir-hampir peluang melayang. 

Dan, saya tahu.. reaksinya mudah. Pasti 'beliau' akan memaafkan. Tetapi itu bukan soalnya. Sebab 'beliau' tahu apa kesalahan saya. Soalnya, saya sudah memohon maaf. Yang lain, biarlah Allah yang menilai.

   Apapun, pengakhirannya... membuatkan saya terasa seperti satu beban sudah hilang. Ya, lega ! Jiwa benar-benar terasa tenteram. Dan, saya tersenyum. Sudah lama rasanya saya tidak senyum yang lahir dari lubuk hati.

Benarlah, nilai kemaafan itu merawat jiwa !

Thursday, August 25, 2011

PENGUMUMAN : Blog Ini

Saya memohon maaf atas kesepian blog ini . Heh , nampaknya seperti tidak terurus sahaja kan ? ( =_= )

   Maaf beribu maaf .

Izinkan saya untuk terus menumpukan diri untuk PMR yang bakal tiba tidak lama lagi. [ Uh , risau ]

Bila tiba masanya , insyaAllah , saya akan kembali bergiat aktif di sini . Mungkin tidak dalam masa terdekat , kerana selepas PMR belumlah tiba masa untuk bersantai-santai dan berlenang . Saya masih punya plan dan perancangan yang menunggu untuk dilaksanakan . Tengoklah bagaimana keadaannya .

Dan , target saya agar appereance blog ini berubah . Bukan setakat template , tapi doakan juga agar wacana-wacana saya terus ' hidup ' dengan lebih matang dan penuh makna !

Tidak ada gunanya untuk kita terus berada di takuk lama , perlulah terus bersemangat dan bergerak lebih jauh . Bukankah begitu ? (:

Apapun , selamat menyibukkan diri dengan amalan-amalan ibadah di malam-malam terakhir Ramadhan + Malam Raya . Jangan lepaskan peluang yang sungguh bermakna ini ! Sanggupkah tunggu untuk tahun hadapan pula ?

Uh , tidak .

Thursday, August 4, 2011

Lubuk Hati..

Sungguh.

Sungguh.

Kesyukuran dipanjatkan pada Maha Berkuasa.

Sungguh, aku tersenyum.

Ramadhan... buatkan jiwa aku tenang..

Bukan 'ketenangan' yang hanya sebagai 'umpama'.

Memang sebelum Ramadhan, Syaaban a.k.a Julai.. aku tak berapa betul. Aku dalam cengkaman terseksa, diseksa, menyeksa! Sungguh merana..
Chewwah! :p




Ya Allah, hamba-Mu ini sangat gembira dengan kehadiran Ramadhan.

Sedikit pesanan : " Janganlah jadi insan Ramadhani, tapi jadilah insan Rabbani " - Syeikh Qardhawi.



Banyakkanlah bertadarrus dan fahamkan ayat suci al-Qur'an! :)


Selamat menyucikan diri! 

Saturday, July 23, 2011

3.38 pagi

3.38 pagi
Aku menghirup nafas
Terbau rasa segar

TRIAL. 7 Ramadhan.

Saturday, July 9, 2011

I Stand!

I Stand By My Belief

You know what, I feel like crying to see this video. Not a weak cry.

Gembira kerana ramai yang berani memperjuangkan kebenaran! Unite together.

Sedih kerana masih ada manusia yang pemikiran belum terbuka. Pemikiran yang tersempit disempitkan!

Hanya hendak memperjuangkan keadilan, apa lagi yang hendak dihentam?

Even my familly went there. (:

Geo

free counters