But, i just really love this cerpen, about skate !
Enjoy reading , and take ibrah ! :)
Bukk! Alva menyeringai. Tangannya menekap perut.
Dia terjatuh melutut.
Saat itu, dia seakan perasan satu lembaga yang sedang mengintip.
Dan, dia rebah.
*****
Makaha pantas menaip sms.
“ UnderG C16,
Adite Team belasah seseorang. Roger. “.
Mata Makaha meliar kawasan sekeliling. Dia
mesti berhati-hati agar tidak terserempak ahli Adite Team. 7 minit berlalu,
susuk tubuh badan Enigma masih belum kelihatan. Secara tidak semena-mena
bahunya dipegang dari belakang. Makaha berpusing dan menghala penumbuk ke
belakang, bersiap mempertahankan diri. Namun gerakannya terhenti di udara.
“ Huh, kau rupanya! “, Makaha
tersengih.
Enigma mengguris sedikit senyuman. Ollie di sebelah serius. Lantas
mereka bertiga memecah masuk ke dalam lembah C16. Misi bermula.
*****
“ Eergh.. “, Alva
perlahan-lahan membuka mata dalam kepayahan.
“ Jangan bergerak, kesan ubat
masih belum terserap sepenuhnya “, kedengaran suara menegur di sebelah.
Alva terkejut, dia pantas memaling ke kiri. Seorang yang berbadan tegap,
memakai jaket hitam beserta dengan hud kepala sedang membaca al-qur’an. Sebelah
bawah kaki kiri lelaki tersebut, terdapat ‘skate’.
Pemandangan yang sangat...pelik .
“ Si..siapa kau? “.
“ Aku Enigma. Nama kau, Alva?
“.
“ Aku? Err..ya. “, teragak-agak
Alva menjawab. Bagaimana orang ini mengetahui namanya? Dia memandang
persekitaran bilik. Walaupun bilik tersebut sedikit kusam, ia tetap kemas.
Dinding hanya kosong, tiada hiasan mahupun poster. Kipas yang berputar perlahan
membuatkan Alva sedikit berpeluh.
Tiba-tiba Makaha menjenguk. “
Kau dah sedar? Alhamdulillah.. “. Seraya itu sebuah senyuman terguris di
bibirnya.
“ Aku di mana? “, Alva cuba
turun dari katil perlahan. Kali ini, Enigma tidak bersuara apa-apa, dia
membiarkan sahaja.
“ Tempat kami, G7. Kami
selamatkan kau tadi. “, Makaha menjawab pantas.
“ G7? Enigma? “, memori Alva
berputar-putar, semacam ada sesuatu yang tersingkap di ingatan dalamnya.
Dia membulatkan mata, dia pasti
kini. Pasti! “ Enigma. BOTY?
“,matanya merenung wajah Enigma. Enigma mengangguk selamba. “ Kau! Enigma!
Kenapa tak beritahu awal-awal? Aku hampir tak mengecam kau tahu? “, Alva
kelihatan teruja bertemu kembali kawan lama yang dikenali dahulu ketika BOTY; Battle Of The Year – perlawanan
sedunia, salah satunya skate.
Tiba-tiba Alva senyap, dia
meragui sesuatu. “ Bukankah kau obses dengan Zephyr Team? Tony Alva? Jay
Adams? Stacy Peralta? Dulu bukankah poster mereka yang tertampal
merata-rata? Kenapa dinding kau kosong, hambar? “.
Enigma senyum. Diam. Melihatkan Enigma tidak menjawab, Alva bersuara
lagi : “ Dan sejak bila kau pandai pegang al-qur’an? “. Serentak dengan soalan
itu disuarakan, Enigma menerima panggilan telefon. Dia meminta diri sebentar.
Makaha menghulurkan gelas air
kosong kepada Alva.
“ Eeerr. “.
“ Panggil aku Makaha “.
“ Oh okey. Makaha, Enigma masih
skate? “, nada Alva sedikit risau.
Makaha mengangguk. Alva sedikit lega. “ Apa yang sudah terjadi pada
Enigma? Dan, al-qur’an? “.
“ Kau dah rasa sihat? Perut
masih sakit? “, Makaha tidak menjawab soalan Alva.
Enigma masuk kembali, dengan wajah marah.
“ Kau keluar, Alva. Keluar dari
sini! “, Alva terkejut dengan kemarahan Enigma secara tiba-tiba.
“ Ollie! “, Enigma memanggil
tegas. Ollie tiba ke dalam bilik pantas.
“ Kau dan Makaha bawa pulang
Alva. Awasi dia, jangan biar dia terlepas. Selagi aku belum panggil kau berdua
pulang, jangan lepas dari mengawasi dia. Faham? “.
Ollie memandang Makaha, meminta penjelasan apa yang sedang berlaku.
Makaha hanya menggeleng, dia juga tidak faham.
“ Enigma! Apa kena dengan kau
tiba-tiba sahaja? Apa salah aku? “, Alva menuntut penjelasan.
“ Alva, kau diam! Aku tersilap
dahulu, aku tidak sepatutnya kenal kau! “, jawapan Enigma menyentak Alva. Dia
terdiam sebentar. Makaha dan Ollie turut terkejut dengan perubahan Enigma.
“ Kenapa dengan kau? Hah?!? “,
Alva bangun dan menarik baju depan Enigma. Dia bengang dengan kata-kata dan
sikap Enigma.
“ Pergi! Bawa dia pergi dari sini sekarang! “, Ollie dan Makaha
menurut arahan Enigma walaupun mereka agak terpinga dengan sikap kasar Enigma.
Mereka percaya Enigma mempunyai sebab tersendiri. Enigma yang mereka kenal
bukanlah jenis yang mudah melenting tanpa bersebab.
*****
Levis menendang pintu.
Dia terkejut melihat Enigma sudah bersedia berdiri di hadapan pintu yang
baru dirobohnya. Kelihatan tenang sekali.
“ Kau keseorangan? “. Enigma
menjawab pertanyaan Levis dengan anggukan.
Levis terseringai ,” Kau sudah bersedia? Permainan akan tamat di sini,
Enigma. “.
Enigma pula tersenyum, “ Tidak. Permainan baru sahaja bermula. “.
Levis mendengus. Taktiknya hendak melemahkan minda musuh tidak berjaya.
“ Kau hendak dengar tawaran
aku? “, tanya Enigma tenang, sedikit pun tidak terganggu dengan cubaan Levis
hendak mempengaruhinya sebentar tadi.
Levis sekadar menambah dengusan kasar. Enigma menyambung, “ Berdamai
sahaja, bebaskan diri kau dari semua ini. “.
Ketawa kuat terlepas dari mulut Levis. “ Kau bergurau? Berdamai? Jangan
haraplah! “, serentak itu Levis memulakan serangan. Enigma mengelak dan mengelak
dengan serangan bertubi-tubi Levis.