Ini post draft yang tersimpan lama. Fahamkan sendiri.
" Ariffah.. tak apa. Jangan pedulikan kata diorang. ", pujuk Si A.
Saya terangguk-angguk, memegang bahunya, mengucapkan terima kasih.
" Ana takut la adik-adik usrah ana banyak jenis masalah ", kesal Si B.
Secara melawak, saya membalas " La...anti tocher je diorang ".
" Kalau nak sedarkan diorang, anti kena fahamkan dahulu diorang. Secara hikmah ", kata Si A.
" Haah, kalau nak bincang masalah diorang, jumpa personal. Supaya tak memalukan dia. ", sambut Si C pula.
Saya menyampuk, tidak lagi bergurau. Mula serius. " Betul. Manusia ada ego tersendiri. Sikit tercalar, susah nak pulihkan. Guna pendekatan hikmah..".
Dalam hati, saya tersenyum hiba dan gembira. Mereka faham kerana mereka lalui dan saya sendiri pernah laluinya.
Mereka pernah dihukum tanpa diadili. Tanpa pendekatan secara baik, mereka dimarah dan diherdik serta disindir. Membuatkan ego dan maruah mereka tercalar. Saya suka kalau pemimpin menggunakan pendekatan baik dan secara berhikmah.
Konon, cakap baik-baik itu 'pengecut' sedangkan bila ditanya siapa tokoh, dijawabnya Rasulullah. Namun, apakah teknik Rasulullah berdakwah yang sangat lembut, tegas dan penuh kasih-sayang itu dicontohi?
No comments:
Post a Comment