Friday, May 11, 2012

Hanya di dalam

Aku sedang membina diri.

Jiwa ku sememangnya rapuh, mudah berkecai. Tinggal aku bertahan dengan sedikit sisa keberanian.
Bawah tarbiah dan proses pendidikan yang berbeza, jelas menunjukkan sikap tahanan diri yang sebenar

Ternyata sukar untuk hidup di bumi asing itu.

Menekan fizikal, juga emosi.

Yang di luar tidak akan memahami. Hanya yang di dalam mengerti betapa peritnya jalan memimpin.

Maafkan aku sudah lama tidak menyinggah di teratak sepi ini. Ku cuma mampu memandang sayu dan mengilas sedikit sahaja.

' Ini bukan masanya ', ku peringatkan diri.

6 comments:

Ya Habibi said...

Assalamu'alaikum wbt.

Wahai adek yang manes,
semoga kamu bertahan di sana.

Sungguh, ada saat-saat dalam hidup ini yang kita akan teruji dengan sesuatu yang kita tidak akan pernah sangka; malah mungkin tidak seindah yang pernah kita bayangkan dan kita angankan.

Tapi, bukankah Allah Ta'ala bekerja secara rahsia? Pastinya, Dia ada perancangan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Tinggal, kita kena kuat untuk mengharungi hari-hari yang mendatang dengan pelbagai cerita yang berbeza-beza.

Hope you're okey in there.
Have faith.

Your sis-in-deen,
Ya Habibi.

Ariffah9 said...

Allah Taala bekerja secara rahsia :)

InsyaAllah, memaksa diri untuk bertahan, demi kebaikan :D

Syukran sis for your words ..

Kadang-kadang ujian yang kita sangka pun kita tak mampu kan?

ms17 said...

Setiap ujian yang dikenakan ke atas diri kita semuanya mampu kita hadapi. Tiada yang tidak mampu.
Ketahuilah, Ujian dan Dugaan adalah suatu nikmat yang dihijab seketika sehingga kita jumpa solusinya. Mungkin kamu rasa pelik sekarang, tapi cuba fikirkan semula ayat ini setelah kamu berjaya melepasi ujian dan dugaan tersebut. Inilah yang menyebabkan sahabat2 Rasulullah s.a.w sangat cintakan ujian dari Allah.

wallahu'alam

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum,

wah apa perkembangan kini? Ya insya Allah orang tarbiah tidak mudah luntur dalam suasana baru.

Yildirim Fateh said...

Update tuan blog. Bulan 8 dah nie. ^^

Ariffah9 said...

haha, will be :0 thanks for reminder .

Geo

free counters