“ Tash “.
Tash yang sedang memandang kosong ke arah meja hadapan
mereka, beralih pandangan pada rakannya yang juga berada di hadapannya.
“ Hurm ? “.
“ Kau ada masalah
? “, tanya Faryna.
Tash tersengih, “ Apa kau merapu? “. Suapan nasi diteruskan.
Mereka berdua baru sahaja tamat latihan silat petang tadi.
Faryna mengerutkan dahi, “ Kau ada masalah kan? Kenapa
kau tersesat di tengah jalan raya sesak yang penuh dengan mamat rambut punk
hisap rokok ? “
Tash tersedak. “ Apa punya gaya bahasa kau pakai? Alien
.. atau robot ? Cubalah tapis sedikit. “. Tangannya mencapai straw pada gelas
yang berisi jus epal. Mengarut betul Faryna ini, sikit punya baiklah mereka
berdua tengah duduk di dalam restoran Afi Nur, dikatakan tersesat di tengah
jalan raya pula.
“ Betul apa. Kau
tu dah macam tenggelam dalam dunia sendiri, sedangkan restoran ni punyalah
bising mengalahkan pasar tapi aku tengok muka kau punyalah kosong. “, Faryna
buat muka ‘innocent’ seakan ayat yang diungkapkan tadi tiada unsur-unsur pelik
langsung.
“ Kejap. Apapun
kau punya anologi , hipotesis dan segala apapun pasal muka aku, apa kaitan
dengan mamat punk hisap rokok pulak? “, Tash mengerutkan dahi.
Faryna ketawa.
“ Apa ? Gelak
pulak budak ini. Kang aku tonyoh muka dengan sambal baru padan muka “, Tash
buat muka tidak puas hati.
“ Bukan apa,
tadi kau kerut dahi nampak macam orang tua. “, Faryna terus menyakat.
Tash menjengil mata. “ Kau ni.. kan ! Eii. “.
“ Yela yela
sayang. Nanti merajuk pulak. Bukan apa, kau kan tak suka lelaki rambut punk dan
lelaki hisap rokok. Aku nampak kau ni macam ada satu masalah besar, yang kau
tersekat dalam tu, dan penuh dengan unsur kegelapan .. aroma jahat mengelilingi
kau. “, terang Faryna dengan penuh penghayatan.
“ Faryna. “,
ucap Tash sepatah.
Faryna mengangkat kening. Apa?
“ Kita singgah
klinik kejap lepas makan. Aku rasa nak bawa kau jumpa doktor. Mengikut firasat
hati aku, kau ada penyakit sewel “.
Papp!!
“ Oii sakit la !
“, Tash merungut. Main tampar-tampar lengan pula kawan aku ini.
“ Padan muka !
Sapa suruh kata aku sewel. Kau tu yang tak reti tapis mulut.. “, Faryna
mencebik manja. Tash ketawa sahaja, Faryna ini sudah mula merajuk. Kawannya ini
memang kuat menyakat orang tapi juga kuat merajuk. Tak faham betul dia.
Tash tersenyum
kelat. Huh.. that memories. Faryna, kau sanggup tinggalkan aku kan? Kau
biarkan aku terkapai-kapai sedangkan kau berpaut pada tali yang teguh.
Dia mengeluh entah buat kali ke berapa. Headphone di sebelah
dicapai, lagu berkumandang, dipasang lagu The Fighter dengan volume
tertinggi. Tash membaringkan diri di atas padang. Mata dipejamkan.
If you fall pick yourself up off the floor (get up)
And when your bones can't take no more (c'mon)
Just remember what you're here for
Cuz I know Imma damn sure
Aku
jatuh, tapi kenapa aku tak pernah bangun sendiri?
Give em hell, turn their heads
Gonna live life 'til we're dead.
Give me scars, give me pain
Then they'll say to me, say to me, say to me
There goes the fighter, there goes the fighter
Here comes the fighter
That's what they'll say to me, say to me, say to me,
This one's a fighter
Give em hell, turn their heads
Gonna live life 'til we're dead.
Give me scars, give me pain
Then they'll say to me, say to me, say to me
There goes the fighter, there goes the fighter
Here comes the fighter
That's what they'll say to me, say to me, say to me,
This one's a fighter
Faryna’s
act.. yeah, do gave me scars and pains. But fighter? No I am not.
'Til the referee rings the bell
'Til both ya eyes start to swell
'Til the crowd goes home,
What we gonna do kid?
'Til the referee rings the bell
'Til both ya eyes start to swell
'Til the crowd goes home,
What we gonna do kid?
What am I
gonna do? Huh.
Tiba-tiba dia terasa headphonenya ditarik perlahan.
“ Tash ? “.