Sunday, March 9, 2014

Cerpen : " Tash. Kita Alien."

   “ Tash “.
Tash yang sedang memandang kosong ke arah meja hadapan mereka, beralih pandangan pada rakannya yang juga berada di hadapannya.

   “ Hurm ? “.

  “ Kau ada masalah ? “, tanya Faryna.

Tash tersengih, “ Apa kau merapu? “. Suapan nasi diteruskan. Mereka berdua baru sahaja tamat latihan silat petang tadi.

Faryna mengerutkan dahi, “ Kau ada masalah kan? Kenapa kau tersesat di tengah jalan raya sesak yang penuh dengan mamat rambut punk hisap rokok ? “

Tash tersedak. “ Apa punya gaya bahasa kau pakai? Alien .. atau robot ? Cubalah tapis sedikit. “. Tangannya mencapai straw pada gelas yang berisi jus epal. Mengarut betul Faryna ini, sikit punya baiklah mereka berdua tengah duduk di dalam restoran Afi Nur, dikatakan tersesat di tengah jalan raya pula.

   “ Betul apa. Kau tu dah macam tenggelam dalam dunia sendiri, sedangkan restoran ni punyalah bising mengalahkan pasar tapi aku tengok muka kau punyalah kosong. “, Faryna buat muka ‘innocent’ seakan ayat yang diungkapkan tadi tiada unsur-unsur pelik langsung.

   “ Kejap. Apapun kau punya anologi , hipotesis dan segala apapun pasal muka aku, apa kaitan dengan mamat punk hisap rokok pulak? “, Tash mengerutkan dahi.
Faryna ketawa.

   “ Apa ? Gelak pulak budak ini. Kang aku tonyoh muka dengan sambal baru padan muka “, Tash buat muka tidak puas hati.

   “ Bukan apa, tadi kau kerut dahi nampak macam orang tua. “, Faryna terus menyakat.
Tash menjengil mata. “ Kau ni.. kan ! Eii. “.

   “ Yela yela sayang. Nanti merajuk pulak. Bukan apa, kau kan tak suka lelaki rambut punk dan lelaki hisap rokok. Aku nampak kau ni macam ada satu masalah besar, yang kau tersekat dalam tu, dan penuh dengan unsur kegelapan .. aroma jahat mengelilingi kau. “, terang Faryna dengan penuh penghayatan.

   “ Faryna. “, ucap Tash sepatah.

Faryna mengangkat kening. Apa?

  “ Kita singgah klinik kejap lepas makan. Aku rasa nak bawa kau jumpa doktor. Mengikut firasat hati aku, kau ada penyakit sewel “.
Papp!!

   “ Oii sakit la ! “, Tash merungut. Main tampar-tampar lengan pula kawan aku ini.
   “ Padan muka ! Sapa suruh kata aku sewel. Kau tu yang tak reti tapis mulut.. “, Faryna mencebik manja. Tash ketawa sahaja, Faryna ini sudah mula merajuk. Kawannya ini memang kuat menyakat orang tapi juga kuat merajuk. Tak faham betul dia.

   Tash tersenyum kelat. Huh.. that memories. Faryna, kau sanggup tinggalkan aku kan? Kau biarkan aku terkapai-kapai sedangkan kau berpaut pada tali yang teguh.
Dia mengeluh entah buat kali ke berapa. Headphone di sebelah dicapai, lagu berkumandang, dipasang lagu The Fighter dengan volume tertinggi. Tash membaringkan diri di atas padang. Mata dipejamkan.

If you fall pick yourself up off the floor (get up)
And when your bones can't take no more (c'mon)
Just remember what you're here for
Cuz I know Imma damn sure

Aku jatuh, tapi kenapa aku tak pernah bangun sendiri?

Give em hell, turn their heads
Gonna live life 'til we're dead.
Give me scars, give me pain
Then they'll say to me, say to me, say to me
There goes the fighter, there goes the fighter
Here comes the fighter
That's what they'll say to me, say to me, say to me,
This one's a fighter

Faryna’s act.. yeah, do gave me scars and pains. But fighter? No I am not.

'Til the referee rings the bell
'Til both ya eyes start to swell
'Til the crowd goes home,
What we gonna do kid?

What am I gonna do? Huh.

Tiba-tiba dia terasa headphonenya ditarik perlahan.
    “ Tash ? “.



Tash membuka mata. Dia tidak berhalusinasi bukan? Faryna ? Bukankah Faryna sepatutnya berada di Mesir?

   “ Tash. Aku ni, Faryna “, perempuan berjilbab labuh itu bersuara perlahan.
Sah !

“ Kau.. kau buat apa di sini? “, tanya Tash teragak-agak.

Faryna tiba-tiba memeluknya erat. Tash hanya membatu, masih terkejut. “ Aku minta maaf Tash. “, kedengaran esakan kecil di sebalik ungkapan maaf tersebut.

Tash menolak tubuh Faryna. “ Aku tanya kau buat apa di sini? You’re supposed to be in Mesir. And don’t you think that you’re not belong to be here? “, kasar Tash bertanya.

   “ Aku balik cuti. I know that I don’t deserve to be here, but still I’m deeply sorry “, Faryna memegang tangan Tash dan mengusapnya perlahan. Ingin menyampaikan rasa maafnya. Faryna faham sangat maksud Tash yang dirinya ‘don’t belong here’ tu bermaksud tak patut berada dalam pandangan Tash.

   “ You ! Go away with your dead sorry ! “, Tash mengemas barangnya dan mula bangkit berdiri. Gila apa kau Faryna datang sini . Just shuh, I hate to see you !
Faryna tidak berkecil hati dengan kata-kata Tash. Dia sedar dia sudah melakukan kesilapan besar. Dia tinggalkan Tash keseorangan sedangkan dia bersama dengan sekumpulan yang lain.

Tash memasang kembali headphone di kepalanya. Dia tidak mahu mendengar suara Faryna. Buat apa dengar suara pengkhianat? Faryna terus mengekori Tash walaupun Tash berjalan seakan dirinya tidak wujud.

   “ Tash, give me a chance.. can you ? “, Faryna sedikit menjerit untuk menyaingi lagu yang berkumandang kuat pada headphone.

   “ Tash!! “, Faryna menjerit lagi apabila melihat Tash sedikit pun tidak memberi reaksi terhadapnya. Mata-mata yang memandang tidak dipedulikan lagi. Ini soal dia dan Tash, peduli apa dengan orang lain.

   “ What?! “, Tash membalas dengan oktaf suara yang sudah meninggi. Mahu tidak mahu, dia terpaksa berdepan dengan Faryna juga. Headphone di kepala sudah dilurutkan ke bawah.

   “ Aku tahu aku salah. And, I am very sorry.. really sorry. Boleh kau dengar apa yang aku nak cakap dulu? “, Faryna memohon belas, dia tidak sanggup lagi untuk membiarkan Tash keadaan sebegini.

Tash mencerunkan matanya, “ Damn you Faryna ! Kau tinggal aku , dan semudah itu kau minta maaf ? Sorry man, huh! This all suck ‘ya know? “. 
 
   “ Bahasa, Tash. Bahasa. “, Faryna menggeleng.

   “ Heh. Mind your own language, not mine. Kalau nak buat tazkirah sekarang, lebih baik kau blah ! “, Tash bersumpah seranah di dalam hati apabila bas tidak lagi-lagi tiba.
Faryna beristighfar di dalam hati. Sabar Faryna, sabar. Kau kena mengalah. “ Tash, aku mengaku aku bersalah tinggalkan kau tapi aku.. aku takut aku tak kuat kalau aku terus kawan dengan kau masa tu. Tapi Tash !! Aku tau tanggapan tu salah, aku dah sedar Tash. Aku tak patut tinggal kau, aku patut ajak kau sekali. But Tash, that was the past. My bad too. “

Tash menghela nafas berat. Dia tahu setiap manusia tak pernah terlepas dari kesalahan. But either all of this is not really easy to be acceptable for. Melihatkan Tash senyap, Faryna mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya dan menyerahkannya kepada Tash.

   Rantai. Tash membulatkan mata. This.. Rantai yang dihadiahkannya dua tahun lepas kepada Faryna sebagai tanda persahabatan mereka. Faryna.. masih simpan? Sementara itu, mata Faryna sudah bergenang air mata. Dua tahun lepas, dia tinggalkan rakan baiknya kerana dia takut dia tidak kuat untuk berubah. Tash dan Faryna memang kamceng betul dahulu, kaki lepak, kaki jamming, kaki ponteng, kaki fly, kaki cari pasal, semuanya berdua sehingga mereka digelar ‘The Troublemaker’. Satu ketika bila Faryna dijentik dengan nur hidayah, bila dia mula belajar untuk memakai tudung, dia memutuskan hubungan dengan rakan baiknya itu. Bukan dia tidak sedih tetapi dia takut dia akan berubah hanya untuk tempoh masa yang singkat. Orang kata, pengaruh rakan kuat, right? Tapi itulah silapnya, dia tidak pernah cuba untuk mengajak Tash turut berubah. Dia hanya berubah seorang diri dan biarkan Tash terus tenggelam dengan perangai lama. Dia.. lari.


Yo strangers .

   “ Kau tahu, dua tahun ditinggalkan begitu sahaja, is not an easy thing . Bukan semudah we chew a gum, ambil benda manis dan buang selebihnya. “,Tash sudah mula mengendurkan suaranya.

   “ Aku tahu. Yeah, things are easier said than done. Aku tahu aku tak akan dapat rasa sepenuhnya apa yang kau dah lalui selama ni, so aku minta maaf? “, Faryna memegang bahu Tash. Kejap.

   “ Tak semudah itu.. untuk lupakan semuanya “, Tash menggeleng. Perit. Selama ini dia mengikuti perkembangan Faryna di Facebook. Faryna sudah berubah tetapi tanpa dirinya. Gambar-gambar Faryna semuanya bertudung labuh, tersenyum riang dengan rakan-rakannya yang juga bertudung labuh. Status update semua islamik, seronok ikut usrah, pergi konferens bersama-sama naqibah la, jalan-jalan dengan family usrah la, mengaji kitab muniatul musolli la. Tapi dia? Dia kekal keseorangan di sini, kecewa ditinggalkan begitu sahaja.  Dan dia masih lagi free hair.

   “ Tash. Sebab itu aku di sini, aku mahu kau bersama dengan aku. Aku janji insyaAllah aku tak akan tinggalkan kau lagi. I am sorry girl “, lembut suara Faryna memujuk.
   Air mata Tash tidak dapat ditahan lagi. Faryna melangkah dan memeluk Tash, kedua-duanya teresak-esak menangis di dalam pelukan.
   “ I am sorry, dear “, berulangkali kata kemaafan itu diulang-ulang. 
The rest is... history.

*****

   Tash tersenyum. Faryna sudah kembali ke Mesir kerana cutinya sudah tamat. Namun hubungan mereka masih diteruskan melalui WhatsApp dan Facebook, dan kadangkala Skype.

Dia teringat perbualannya dengan Faryna di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

   “ Kau jaga diri okei. Jangan cepat down ye? I’m always here for you “, Faryna berpesan sambil menghulurkan air Hazelnut Chocolate yang dibeli di ChaTime sebentar tadi. Favourite Tash dari dahulu lagi.

Tash menyambut huluran rakannya itu. “ Thanks “.

   “ By the way, aku dah besar panjang, kau tu yang kemetot kena pandai jaga diri! “, ucap Tash selamba.

   “ Wei mulut, tak ada insurans betul “, Faryna menggayakan seolah-olah hendak menampar Tash dengan passport yang dipegangnya.

Tash mengangguk sakan ,” Mulut aku memang tak ada insurans la.. Kau tau mana, pandai betul kawan aku ni. Kenapa, kau nak tolong bayarkan insurans mulut aku ke? “.

Faryna menggeleng. Budak ni..heish. Loyar buruk bukan kemain. “ Tash “.

   “ Hrmm…? “

   “ Kau tau kan kita ni Alien? “, kata Faryna serius.

   “ Kalau tak silap aku, aku dilahirkan sebagai manusia. Er.. kau, alien eh? “, Tash melawak. Disangkanya Faryna hendak merapu.

   “ Hehe, ke situ pulak kau. Kau ingat hadith semalam kita revise sama-sama tu? Pasal ghuraba’? “.

Tash melihat ke atas. Gayanya apabila cuba mengingati sesuatu.
Ah! Jari dipetik. “ Yang Islam bermula dalam keadaan asing (gharib), dan akan kembali di anggap asing sebagaimana bermula. Maka beruntunglah orang-orang asing itu(ghuraba).Betul kan? “.

   “ Yep, good girl. Kau tahu siapa orang-orang asing tu kan? Orang-orang yang strive ke arah kebaikan bilamana orang-orang lain semua tengah pulun nak buat dosa “, Faryna tersenyum lembut melihat Tash yang kelihatan manis sekali memakai shawl bidang 45. Dia cukup bersyukur Tash sudah mula menutup aurat.

   “ Yes I am aware of that. Aku tau kau nak cakap something kan? So the point is? “, Tash ni spesies suka orang cakap direct, tak perlu pembayang segala bagai.

   “ Senang kata, kau anggap je kita ni Alien. Bila orang buat baik, nak berubah ke arah benda baik ni, memang susah. There will be time bila ada orang akan kutuk kita, jauhi kita and other hurdles. Sebab apa? Sebab kita ni Alien. Orang pandang pelik bila masa tu semua orang tengah dah biasa dengan maksiat, tiba-tiba kita tolak benda tu. Ha, Alien lah tu noh? Tapi Alien yang ikut syari’at “, Faryna tergelak sendiri dengan penjelesannya.

Tash tersengih. Alien ikut syari’at huh? Faryna menyambung lagi, “ Back to the hadith, ‘ beruntunglah orang-orang asing tu ’. Ha see that? Alien macam mana pun, kena cemuh ka apa, kena kata hipokrit ka apa, kita ni beruntung tau. Let others do the talking, but we just continue to stand tough and spread da’wah “, panjang lebar Faryna menerangkan satu-satu pada Tash.

   “ Noted. I will try Faryna. Kau doakan aku key? “, Tash membalas pendek. Dia sebenarnya tak tahu nak mengulas apa. Dengar semua itu sahaja, dia sudah bersyukur.

   “ InsyaAllah. Apapun, aku minta maaf sekali lagi Tash. Aku…aku memang tak patut biarkan kau terkapai-kapai sedangkan aku pergi mencari pegangan teguh tanpa kau “, Faryna menunduk, rasa bersalah masih lagi menebal dalam dirinya.

Tash mengangguk. “ Aku pun, minta maaf jugak “.

Faryna bersalaman dan memeluk Tash erat. Sudah tiba masanya untuk masuk ke dalam perut kapal terbang. “ Semalam time kau tidur, aku letakkan satu video nasyid arab sekali terjemahan dalam handphone kau “.

   Bunyi mesej WhatsApp masuk mencantas memorinya.

Faryna.
Kau dah tengok nasyid tu?

Dia membalas. Dah. Syukran girl. Deep gila lah meaning dia.

Tash kembali memakai headphone, memainkan semula video nasyid Arab tersebut.
Orang-Orang Asing 8X 

Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah, 
Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup. 
Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah, 
Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup. 

Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang-orang yang zalim, 
Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina. 
Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang-orang yang zalim, 
Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina. 

Orang-Orang Asing 8X 

Kita tidak peduli dengan perikatan bahkan kita akan selesaikan untuk selama-lamanya, 
Kita tidak peduli dengan perikatan bahkan kita akan selesaikan untuk selama-lamanya. 
Maka marilah kita berjihad, kita bertempur dan kita berperang daripada pembaharuan, 
Orang-orang asing beginilah kebebasan di dalam dunia perhambaan. 

Maka marilah kita berjihad, kita bertempur dan kita berperang daripada pembaharuan, 
Orang-orang asing beginilah kebebasan di dalam dunia perhambaan. 

Orang-Orang Asing 8X 

Berapa kalikah kita memperingati masa tika hari kita bergembira, 
Dengan kitab Allah kita menghafaznya pagi dan petang. 
Berapa kalikah kita memperingati masa tika hari kita bergembira, 
Dengan kitab Allah kita menghafaznya pagi dan petang. 

Orang-Orang Asing 8X 

Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah, 
Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup. 
Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah, 
Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup. 

Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang yang zalim, 
Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina. 
Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang yang zalim, 
Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina. 

Faryna, I owe you big time !

Moral of the story : Dah berubah jadi baik, jangan tinggal buat taktau kat kawan. Peace !

No comments:

Geo

free counters