Friday, July 25, 2014

HAJIME ! Starting point beb .

Bismillah (:

Alhamdulillah dapat jugak menaip di sini, setelah masuk universiti, memang tak berkesempatan nak update. Ya know, AD's life memang busy gilaa . Since tak semua subjek ada final exam, so banyak lah projek kami dapat. Submission.. submission...submission .... last-last pakat jadi zombie. Stay up tak tidoq 2 hari pun ada :D

Okey, i'm gonna talk about HAJIME. Hajime , what's it ? Hajime ni perkataan Jepun, maksud dia 'permulaan'.

In the Japanese traditional martial arts such as karate, judo, aikido and kendo, it is a verbal command to “begin”. Hajime is also a common Japanese given name for males, although it is occasionally used as a surname.

Haa tudiaa karate judo semua ada. Cool !
Aku sebenaqnya buka satu artikel kat LangitIlahi.Com , under Fotografi segmen, tajuk Hajime ! Terus zappp tertarik dengan word yg sounds cool, and yet the meaning is ohsem ! :D

So apa yang aku nak cakap tentang 'Hajime' ni ? As aku baru masuk alam university, this is the real starting point of challenges ! Dugaan time kecik-kecik, sekolah dulu just mehhh, picisan cuma. Tapi aku tak menafikan ujian dulu-dulu lah yang membentuk diri aku sekarang. Yes, it worth a lot , but that just a tiny dugaan beb.

Aku sendiri yeah bersyukur masuk university yang not have an Islamic surrounding like UIA, (even dok UIA pun kena kuat).. why I'm glad ? Yes, because bila aku dok sini, masuk dalam masyarakat, baru aku sedar betapa jahilnya kita semua. KITA, bukan mereka, itu bermaksud diri AKU JUGA. Got it ? *Angguk*
Dulu memang maklum betapa dunia luar, banyak masalah tapi bila masuk bergaul sendiri, rasa sendiri, baru betul-betul tersedar how jahil ummah. Itu belum lagi aku masuk tempat-tempat yang even more teruk.

Pernah ada satu kisah, ada kafir nak serang satu negara ni, sebelum tu dia terserempak dengan seorang budak-budak sedang menangis. Dia pun tanya " kenapa kau menangis wahai budak ? ". Budak tu jawab " Aku menangis kerana terlupa membaca Al-Qur'an " - ( tak silap aku sebab ni la ). Dengar-dengar tu terus orang kafir tadi tak jadi nak serang negara tu. Sebab dia maklum negara tu tak akan mampu dikalahkan. Tapi tahun lepas tu, orang kafir tu datang lagi, dia berjumpa lagi dengan seorang budak sedang menangis. " Wahai budak, mengapakah kau menangis? ". Tahu apa budak itu jawab ? " Permainan aku hilang ". Dan lepas tu, orang kafir tersebut terus serang negara tersebut. Dan memang negara tu kalah.

Nampak tak, nampak tak ?

The saddest thing that I realized at the moment , apa yang paling teruk adalah, apabila fikiran masyarakat penuh dengan CINTA lelaki perempuan. Kau tau, cinta tu macam terlalu agung. Yes, cinta memang agung, tetapi cinta manusia tak seagung mana, seriously said ! Sikit-sikit bergaduh, sikit-sikit curang, sikit-sikit romantik, sikit-sikit dating, sikit-sikit jeolous cam pa gi. Sampaikan sesenang nya couple, bila lelaki baru kenal kata ' jom couple ? ', sesenang tu si perempuan setuju. Like, what the? Cubalah mahalkan diri sikit -_-' Tu tak kira bergaduh dengan kawan berebutkan lelaki. Ada jugak yang lepas break up, beberapa hari lepas tu couple dengan orang lain pulak dah. Dan, paling tak boleh blah, bila ada couple sebab rasa tak ada boyfriend girlfriend ni macam tak lengkap. Like pfftttt....

Ramai orang kata, bila  masuk universiti, perasaan nak couple tu makin kuat bila orang sekeliling pakat couple. Tapi alhamdulillah, aku makin tawar hati dengan couple bagai ni sebab aku sendiri penat dengar kisah-kisah cinta , perempuan ditipu lelaki, perempuan curang dengan lelaki. Dan sebab lain, sebab asyik-asyik dengar pasal cinta, sampai aku naik muak. Boring kau tau, sampaikan dah tahap ' booooorinngggg '.





Dan paling aku susah nak terima, mencarut dan cakap perkara tak senonoh tu dah jadi daily routine ! Hour routine ! Kesian kat aku, terpaksa dengaq benda-benda tak elok :'( Aku macam nak jerit " Diammmmm!! Sudah-sudah mencarut! Sudah-sudah loqlaq! ". BUT I know things ain't flowing right just with us screaming crazily protest the wrong thing. No, maybe it'll even go worse.

HAJIME ! So, bermulanya aku sebagai pelajar universiti.
Adalah permulaan aku untuk belajar menjadi 'kuat' tanpa pantauan murabbi lagi.
Adalah permulaan aku untuk belajar menerima hakikat dunia sebenar.
Adalah permulaan aku untuk striving more hard untuk mengubah diri ke arah lebih baik, dan mengajak orang lain sama !
Adalah permulaan untuk aku lebih serius seseriusnya planning how to bantu ummah.
Adalah permulaan untuk aku bergelut menjaga ikhtilat.

Kerana, aku adalah seorang Muslim. Seteruk mana muslim tersebut, dakwah adalah satu kewajipan ! Percayalah, pelajaran memang no.1 tetapi dakwah bukan no.2. This is very deep as for me :')

No one, at the starting point terus cemerlang. Jadi kita semua, bila kita dah rasa macam banyak buat dosa sekarang ni. Percayalah belum terlambat lagi untuk berubah. Seteruk mana dosa kita, sejahat mana kita, Allah itu lebih hebat dalam mengampun. Maha Pengampun kan Allah tu ? :D
Aku tahu, nak berubah tu perit, sangat perit. Tapi believe it or not, Allah akan permudahkan hati-hati yang ikhlas berubah kerana-Nya. PERMULAAN untuk berubah, perlahan-perlahan lah, dan istiqamah. Tiada sapa yang terus perfect and success in the beginning. We learn first, then we achieved. Tapi, that HAJIME, that starting point tu lah PENTING gila amek kau ! Haaa ayat over :p Kau tahu kenapa HAJIME tu penting macam pa gi ? Sebab bila kita decide at starting point tu untuk berubah ke arah lebih baik, jalan yang kita akan nampak semuanya baik-baik. Walaupun dugaan dush dush kedababomm mai teruk mana, sebelum tu kita dah pernah mengharap pengakhiran yang baik. Tinggal sama ada kita kuat tak untuk bangun semula lepas ter'jatuh'.

Tapiii cuba bayang , kalau kat starting point, kita target nak buat jahat, target nak buat maksiat. Jalan yang kita dah nampak tu semua jalan-jalan penuh maksiat. Cahaya tu susah nak masuk sikitt. Kadang cahaya maii pun, kita boleh elak dan terus jalan ke arah kegelapan. Sedih kan :'(

" Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan setiap manusia itu apa yang diniatkannya, barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, barangsiapa yang berhijrah kerana dunia untuk habuannya, atau kerana perempuan untuk dinikahinya, maka hijrajnya akan ke arah apa yang dihijrahkannya " - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Begitulah, seperti yang termaktub di dalam hadith. Kita dengan apa yang kita niat ! Kalau kita berubah, kita buat baik sebab nak tarik perhatian lawan jantina, maka itulah apa yang akan kita dapat. Effect dia? Hati tetap kosong. Hati mati. Mungkin kita baca al-qur'an, kita sedekah, kita solat, kita minum coolblog *eh?* , tapi kita tetap rasa kosong. Kenapa ? Cuba check balik, atas sebab apakah kita buat semua tu? Sebab adat orang lain buat kita buat ? Sebab nak menunjuk ? Atau apa ?

Situasi 1 : Sekawan lelaki berjalan. Kawan " wei hensemmm ". Blurhhh. " Setiap kali lelaki lalu, tu lah yang keluaq dari mulut hang ". Sekawan lelaki lain lalu lagi. Aku terus tunjuk arah lain. " Weyy apa tu?? ". Kawan kalih dan tanya " benda pa? ". Aku " takdak pa haha ".

Situasi 2 : Aku boh gam kat lengan kawan aku. Kawan " weiii ! hang wat pa? ". Aku " Saja, kalau hang takmau kena serangan gam aku, baik hg tarik lengan baju turun bawah "*gelak jahat* TUTUP AURAT :p

Situasi 3 : Aku " weh nasi minyak wehh . nasi minyak ! ". Kawan yang couple " jangan la malu arr ! ". Direct to the point aku cakap " then what the point of couple, kalau tanak kahwin dengan dia? "

Situasi 4 : Kawan nak mencarut " Anak ha.... " , aku terus sambung cepat-cepat " anak halal ! "
   Kawan nak mencarut lagi " ba... " , aku sambung " babun ? "

Senang kata, berkawan dan dok sini, kena pandai tegur berlapik, tegur dalam bergurau, dan tegur direct. Apply in various situation insyaAllah :)

Last but NOT LEAST, Jangan lupa, ingatlah, terus mendoakan Palestine. #SupportGaza #GazaUnderAttack

6 comments:

Nurina Izzati said...

ana patut cuba aplikasikan tips2 anti.. oh yeah..

Ariffah9 said...

sama-sama kita berusaha..oh yeah..

insyaAllah :D

Unknown said...

'hajimemashite' is kind of greeting :) like 'hello'!

and one thing that good about japanese, the words has it's own philosophy.

saja menyibuk...sebab pernah ambil bahasa jepun masa kat ukm hahaha...

Ariffah9 said...

so am I using the wrong word ? or hajime really means starting point and u just want to state the meaning of hajimemashite ? err, pening hehe.

neway thanks for the info :)

yeah the word itself has it own meaning

Unknown said...

LOL just nak cakap maksud hajimemashite dan kaitan dengan hajime...sebab dalam hajimemashite tu ada hajime.

jadi ya, memang hajime bermaksud 'permulaan'. sebab tu bila tegur orang yang baru kenal, guna 'hajimemashite'.

maaf memeningkan hahaha.

Ariffah9 said...

Oh haa okay. Got it !
Baru faham :D

Geo

free counters