Monday, September 27, 2010

Impian & Cita : Dalam Dilema.

    Impian dan harapan aku seringkali berubah semasa sekolah rendah. Biasalah, pemikiran masih belum matang.

Ada sahaja cita-cita yang menjengah di pemikiranku. Namun, tatkala usia menginjak 13 tahun, cita yang kuimpikan dahulu sudah tidak kuminati lagi. Aku mula hidup tanpa impian, matlamat ku makin kabur!

   Hanya yang jelas, harapanku dan usaha untuk menjadi penulis masih tetap sama. Tinggal cita utama sahaja masih belum ada.

impian besar kabur, impian kecil jelas

   Akhir tahun 2009,aku mula fikir banyak hal namun masih belum ada yang benar-benar menarik hati dan jiwa agar berusaha ke arah sesuatu yang diimpikan. Tiba tahun 2010, aku fikir, aku tidak seharusnya begini! Hidup tanpa matlamat adalah sesuatu yang tidak patut bagi seorang muslimah. Maka, perancangan demi perancangan mula terlakar di dalam benakku dan coretan.

Saturday, September 18, 2010

Allah masih ada dan kekal ada


Tuhan,
Aku tidak berdaya,
Untuk mengadu pada yang lain,
Aku bukanlah,
Sang Pengadu domba.

Syukur Engkau mengujiku,
Agar mematangkanku,
Kelak dewasa,
Namun, aku manusia biasa,
Yang bisa jatuh.

Tatkala,
Aku memendam rasa,
Ada yang sudi menanya,
Maaf, ku tak bisa berkongsi,
Lantas mengirim maaf.

Atas takdir-Mu,
ada insan yang mengingatkan.
Kita masih ada Allah
aku terdiam
lantas aku menangis

Oh, Engkau mengutus dia
untuk mengingat kewujudanMu
yang sentiasa di sisi
tidak meninggalkan hamba-hambaNya

Aku insan hina
Dengan kerdilnya
Menitip kemaafan dan kesyukuran
Buat semua insan
Yang mengenaliku


Segunung
Ampun dan taubat 
Ku sembahkan
Terimalah
Wahai Tuhan
Yang Maha Agung


Puisi dari sanubari hati,
ini bukanlah puisi rekaan,
tapi terbitnya dari hati,
lantas apa dayaku menghalang?

Geo

free counters