Monday, September 27, 2010

Impian & Cita : Dalam Dilema.

    Impian dan harapan aku seringkali berubah semasa sekolah rendah. Biasalah, pemikiran masih belum matang.

Ada sahaja cita-cita yang menjengah di pemikiranku. Namun, tatkala usia menginjak 13 tahun, cita yang kuimpikan dahulu sudah tidak kuminati lagi. Aku mula hidup tanpa impian, matlamat ku makin kabur!

   Hanya yang jelas, harapanku dan usaha untuk menjadi penulis masih tetap sama. Tinggal cita utama sahaja masih belum ada.

impian besar kabur, impian kecil jelas

   Akhir tahun 2009,aku mula fikir banyak hal namun masih belum ada yang benar-benar menarik hati dan jiwa agar berusaha ke arah sesuatu yang diimpikan. Tiba tahun 2010, aku fikir, aku tidak seharusnya begini! Hidup tanpa matlamat adalah sesuatu yang tidak patut bagi seorang muslimah. Maka, perancangan demi perancangan mula terlakar di dalam benakku dan coretan.



   Semakin lama, aku mula menjumpai impian yang serasi dengan minatku. Oh, kini dalam fikiranku mulai penuh dengan pelbagai rancangan dan pelan tindakan.Terlalu melimpah, ini parah!
  Aku tidak boleh terlalu larut dalam impian sahaja, pelajaran tidak patut kuabaikan begitu sahaja.

    Aku mula fokus pada pelajaran namun prestasi ku pada pelajaran makin merosot, ramai rakanku makin cemerlang dalam pelajaran. Tahun lepas, jika Si A itu tidak dianggap sebagai cabaran, maka tahun ini Si A itu adalah cabaran bagi setiap pelajar. Prestasinya meningkat mendadak! Bukan seorang dua sebegitu, malahan ramai.

    Jadi, aku mulai memasang target. Tidak boleh terus begini, tidak patut aku ketinggalan sedangkan PMR hanya tahun hadapan sahaja..

  Ingatkan impian yang ingin kukecapi hanya boleh diletakkan dalam fikiran begitu sahaja, namun sangkaanku meleset sama sekali. Selagi aku tidak membuat perancangan rapi dan mencatatkannya di dalam 'Buku Perancangan', aku masih rasa gelisah, tidak puas hati, akan terfikir sepanjang masa. Sudah tentu menganggu!

    Aku pun menyediakan satu buku tebal, untuk kuiisikan perkara-perkara yang benar-benar penting dalam hidup- Pelajaran, Jadual, Matlamat, Visi&Misi dan lain-lain.

   Jadi, perkara pertama kuiisi adalah biadota ku : - Maklumat ringkas diriku, cita-cita, matlamat, visi dan misi, harapan, subjek ku minati dan target. Semuanya secara ringkas. Akhirnya tandatangan, sudah pasti kena ada! :)

Kemudian, peraturan untuk tahun 2011 pula. Selepas itu, senarai nama bengkel atau seminar yang pernah kuikuti. Dan kemudiannya, senarai buku yang dibaca (versi tahun 2011) . Dan muka surat seterusnya, yang tidak berapa kugemari tapi perlu ada iaitu Examination Zone! Dan ada juga biadota Syeikh Yusuf Al-Qardhawi.

  Kemudian, aku menggunakan 4 muka surat yang mengandungi Matlamat Hidupku. Matlamat Jangka Panjang dan Jangka Pendek. Tidak perlulah aku senaraikan matlamat-matlamatnya di sini. Terlalu privasi.

   Muka surat akhir sekali (setakat ini) , adalah jadual harianku untuk tahun 2011. Ni kena istiqamah neh..

Wowh, siap.

  Kini barulah aku dapat menulis dan belajar dengan tenang.

    Satu perkara lagi yang perlu ku atasi dengan semangat yang kuat, iaitu perasaan 'malas' ! Sangat penting untuk dibuang..

   Tiba-tiba, tidak berapa lama selepas beberapa hari.. ibubapaku berbincang perihal diriku di pejabat sewaktu aku berada di sekolah.

   Di rumah, mereka menyatakan impian dan harapan mereka terhadapku. Aku menelan air liur, oh aku tidak terkata. Ujian-Mu sungguh tidak diduga datang pada waktu yang tidakku bersedia kerana semangat impianku masih belum lesap dalam sanubari ini. Masih membara.

   Aku memberi alasan, menolak secara berdalih. Namun, ibuku menolak tegas dengan bicara lembut. Ayahku pula memberi pandangan yang agak bernas untuk masa hadapanku ada harapan yang mereka impikan.

    Oh, aku sungguh lemah bila berhadapan dengan keluarga. Jika dengan kawan malah dengan guru, aku masih boleh memberi pandangan dan pendapatku sendiri dengan tenang. Tetapi bila berhadapan dengan keluarga...Ya Allah, lemahnya hamba-Mu ini!

     Aku tahan emosiku, cuba tersenyum di hadapan ibubapaku. Mereka pun kembali menyambung tugas mereka tanpa menunggu jawapanku secara pasti. Mana tidaknya, aku diam sahaja, tidak terkata , tidak mampu untuk berbicara!

     Hari itu, aku tidur agak awal. Tidak dapat melakukan kerjaku dengan baik,perkara itu asyik mengganggu. Sebelum tidur, aku solat istikharah dahulu, memohon petunjuk dari Maha Esa. Sebelum melelapkan mata, agak lama juga aku berfikir perkara tersebut. Kesedihan memang melandaku. Tidak tahu kenapa, padahal ini baru permulaan. Sedangkan aku masih belum mengorak apa-apa langkah lagi. Aduhai, manusia!

    Esoknya, perkara tersebut masih terbawa-bawa sejak sebelum menjelangnya subuh sehingga ke sekolah! Hatiku masih belum tenang, fokusku dalam kelas kembali terganggu. Ah, sekali lagi!  Sehinggakan, tercetu soalan dariku kepada seorang ustaz. " Ustaz, cita& harapan ibubapa dengan cita & harapan diri sendiri, yang mana lebih perlu diutamakan? ".
    Namun Alhamdulillah, walaupun ada perkara lain difikirkan, aku masih dapat ambil input dan pengajaran guru-guruku dan dapat menangkap semua makna bahasa arab di dalam kelas namun perkara tersebut masih belum terhenti mengganggu benakku.

Tidak boleh jadi! Aku perlu bermusyawarah agar pelajaranku tidak terganggu.


   Kembali dari sekolah, aku ke pejabat ayahku untuk menyelesaikan satu hal. Di situ, aku online ym. Seperti biasa, apabila diriku menghadapi masalah.. aku pasti memohon pandangan dan pendapat pada beberapa rakan kenalan internet.


   Di alam nyata, memangku tidak mengenali mereka. Namun, atas rasa agama, aku percayakan mereka. Email mereka bukannya kudapati pada sebarang laman, semuanya dari sumber yang dipercayai.

Seperti biasa, mereka yang lebih dewasa dariku memang punyai pandangan yang bernas. Membuka pemikiranku. Mereka tidak lokek untuk meluangkan masa untuk memikirkan masalahku. Sungguh, aku terhutang budi dengan mereka! Setiap kali aku mohon pandangan pasti ditunaikan.. terharu dibuatnya!


" ... Katakanlah: 'Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? 'Sesungguhnya hanya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran."
(Surah al-Zumar 39: 9)


Moga Allah membalas jasa kalian dan mengabulkan doa' dan impian kalian! Katakanlah Ameen buat yang membaca..

   Alhamdulillah, aku kembali dapat berfikir secara rasional. Jiwaku kembali tenang. Syukur dipanjatkan pada-Mu, Ya Allah. Terima kasih kerana tidak meninggalkan hamba-Mu ini terkontang-kanting dan terima kasih kerana mengutuskan mereka di dalam hidupku. Ya Allah, Ya Rahim - Engkaulah tempat ku bergantung.

SYUKRAN JAZILAN!
  
p/s: mungkin apabila ramai tahu berkenaan apa yang kuiimpikan, ramai akan mengatakan ini bukan suatu masalah yang berat. tapi bagiku tidak.


Aku manusia
Yang masih mentah
Tatkala aku kegundahan
Tuhan tak pernah meninggalkanku
Cuma aku kadang teralpa

Tuhan menyedarkan diriku
dengan pelbagai cara
menguji hamba-Nya ini
agar kelak tidakku 
mudah berputus asa

aku bukan manusia
yang seringkali mengadu pada manusia
hanya pada-Mu tempat kuluah rasa
pada manusia, cuma ku minta
pandangan dan pendapat
kerna aku bukan insan
yang cepat memahami
erti dunia

maka Tuhan mengutuskan ku
ramai insan yang hebat
untuk membantuku memahami
takdir ditetapkan Ilahi
kun fayakun
maka terjadilah apa yang diingini-Nya

Tidak cukup terima kasih
biarpun seluas lautan
segagah gunung-ganang
sebanyak semut
hanya ku tahu
erti syukur ini
datang dari jiwa

-Ariffah Shukri-
-Malam dan pagi-
6.38 am
20 Syawal 1431

No comments:

Geo

free counters