Thursday, April 14, 2011

CERPEN : Family Prob.

Assalamu'alaikum. 

Cerpen kali ini saya guna bahasa interaksi. Er, mean.. bukan bahasa baku macam sebelum-sebelum ni. Sekali-sekala tukar gaya bahasa. :)

p/s: Maaf kalau ada broken english. Actually, ikut gaya bahasa Hlovate.

Then, enjoy!

~ * * * * * ~

Anak tersisih ke dia?

Itu yang tercatat atas kertas contengan di hadapannya kini. Pen di tangan masih setia tergenggam.

   “ Tak mahu bersyukur ada ibu bapa, huh? “, satu suara menyapa gegendang telinganya.

Dia mengetap bibir. That's it! Salah satu sebab kenapa dia tidak suka berkawan. People always like to judge.

it will takes time, right?

Pen di tangan disimpan elok-elok di dalam poket seluarnya. Sudah jadi tabiat, membawa pen ke mana-mana. Kertas-kertas kosong yang berselerakan disusun kemas. Dia bangun, menggalas beg hitam-Nike-nya dan beredar.

   “ Heyya…tak beradab. Blah macam itu aje “, suara tadi lagi.

Tak peduli. Buat apa? Buat apa mahu kisah dengan orang lain kalau dah ibu bapa sendiri buat anak macam kisah-tak kisah jerk. Tak-tak, wrong statement kut. Tak kisah langsung.

Jalan-jalan. Ternampak satu keluarga di taman rekreasi. Bercanda. Mengusik. Ah, nampak ada ibu tengah membelai-belai rambut anaknya sambil tersenyum.
Mata dah terasa hangat. Agak-agak sempat tak dia merasa kebahagiaan macam itu sebelum dia pergi-untuk selamanya?

   “Qalbi, sempat tak agaknya”, gumamnya rendah, bawah kesedaran.

Terasa lapar pula. Langkahan dibelokkan ke 7-eleven. Masuk-masuk dengar bunyi ‘ding-dong’. Dia terhenti sejenak. Kalau dia nak pasang loceng macam itu di depan pintu rumah boleh tak? Kalau mak ayah balik bolehlah dia sambut. Ha-ha. Funny. Matanya dijuling ke atas.Cara kau cakap tu macam lah diorang akan sedar+nampak kewujudan kau.

Mujur tak ramai orang kat sini. Dia benci tempat sesak+penuh ramai orang. Roti gardenier kismis satu bungkus dan sebotol mineral dicapainya lalu langkahan dihalakan ke kaunter.

Selesai bayar, dia berpusing terus. Pukk!


“ Allahu..akbar. “, automatik satu lafaz terkeluar dari bibir seorang gadis di hadapannya.
Dia sudah kecut perut. Nampaknya bungkus roti gardenier putih milik gadis itu sudah ‘selamat’ dilenyek. Dia cuba menenangkan diri

   Ok,ok. Sangka baik. Relaks. Gadis ni jenis sabar kut.


Tatkala itu, baru dia tersedar di tangan kirinya terdapat sebuah buku ‘CHANGING FOR GOOD’. Matanya mengecil, tampak tertarik. Buku itu dibelek-beleknya.

A revolutionary six-stage program for overcoming bad habits and moving your life positively forward ’.

   “ Kak, are you ok? “, suara gadis di hadapannya menyentakkannya.
Qalbi terkedip-kedip mata. How come dia boleh terlupa yang dia sudah terlanggar orang-dan orang itu terjatuh?

   “ Er, sori? “, rasa bersalah mencuit-cuit hatinya. Gadis di hadapannya bertudung krim labuh bersama jubah hitamnya yang tampak manis. Warna hitam. Her favourite colour.
   “ Eh kak, tak apa-apa kan ni? “, gadis itu bertanya lagi.

Dia pelik. “ I-am-ok. Kamu tu ok tak? Maaf sesangat, tak sengaja. And, sorry again that I did’nt help you bangun pun. Interesting with this book “. Alamak, dia terlupa lagi. “ Ups, buku kamu eh? “.
Gadis itu mengangguk. Senyuman terukir di wajah gadis itu.

   “ Saya Ulya, kak? “, huluran salam disambutnya teragak-agak. “Qalbi. Dan, roti kamu tu? “, muncung bibirnya menunjukkan ke arah roti yang dipegang Ulya. Ulya memberi isyarat ‘tak-apa’. Dia masih tak faham. Kenapa Ulya ini terlalu baik?

Dia dah pun langgar agak kuat, dan Ulya jatuh sementara dia ok je dan roti Ulya yang belum dibayar itu terpenyek [mestilah kena bayar juga roti tu], tambah lagi dia tak tolong langsung Ulya bangun. Kenapa dia baik? Kenapa, bukan mak ayah dia yang macam ni….?

Setelah Ulya membayar barangnya, mereka ada bercakap-cakap sedikit. Rupa-rupanya mereka berdua ni satu taman saja. Ulya dah pun beri ‘pas hijau’ untuk dia pinjamkan dulu buku ‘CHANGING FOR GOOD’ tersebut.



* * * * *

For every complex problem there is an easy anwer. –H.L Mencken

Kalau manusia yang cakap macam tu kat dia, memang dia terasa nak je hempuk orang itu. Qalbi, ini buku lah… Tetapi, penulis dia tetap je manusia.

It is not unusual for self-changers to spend years telling themselves that some day they are going to change.

Dada dah terasa berbuku.

 You know your destination, and even how to get there, but you are not quiet ready to go yet. Many people remain stuck in the contemplation stage for a very long time.

Dia menelan air liur.

Knowledge is power.

Agaknya berapa lama dah dia mengabaikan ilmu? Sengaja dia mengabaikan pelajaran kerana hendak menarik perhatian. Kut-kut mak ayah boleh lah marah dia. Teorinya betul, diorang marah tetapi… sebab malu ada anak macam dia ni yang menjatuhkan air muka diorang yang berpangkat tu. Lagi la dia sengaja merosotkan pelajarannya lepas tu.

Sekarang pula mak ayahnya sudah tidak mahu ambil kisah lagi.  Dia pernah la dua minggu sebelum exam hari itu dia pulun sungguh-sungguh sehingga keputusannya dari merosot mendadak cemerlang. Tahu apa respon mak ayahnya?
Speechless jek. Rutin macam biasa. Keluar rumah memanjang, kadang tu tak balik bermalam-malam. Tahu dia terasa macam apa?

Anak terbuang..

   “ Assalamualaikum, Kak Qalbi.. “, ada suara menyapanya. Macam pernah dengar tapi ingat-ingat lupa.

Sejak bila ada orang suka-suka menyapanya, huh? Dia sengaja bawa buku yang tengah dibacanya sekarang keluar, nak hirup udara segar. Kat rumah tu ada jek mak ayah, agaknya masih tidur diorang pagi-pagi cuti macam ni. Kalau terjaga nanti alamatnya meletus lagi la rumah tu dengan pot-pet-pot-pet bergaduh antara mak-ayah. Dan lastly, dia juga turut terjebak. Melawan mak ayahnya. Dia rimas dengan suasana tu.   

   “ Sengaja cari angin eh baca kat sini? “, suara tadi terdengar lagi. Betul lah ada orang tengah cakap dengan dia.

Laaa, Ulya rupanya. Tanpa sedar, tergaris senyuman di wajahnya. Walaupun hambar, pun kira cukuplah. Bukan senang untuk dia tersenyum.

   “ Thanks ye for this book. Love it. “, Qalbi tetiba terasa senang dengan Ulya. Gadis yang tiga tahun lebih muda darinya.

Ulya dah pun duduk di bangku taman di sebelahnya. Tak ramai orang pun awal-awal pagi macam ini. “ Kak memang suka baca kat luar rumah ye? “.

Matanya dicerun pada Ulya. Gadis itu memakai t-shirt labuh paras lutut dan seluar trek malah kekal dengan tudung labuhnya. Sweet je tengok.  

   “ Nak lari dari rumah kut. “, selamba dia menuturkan.

Spontan Ulya menoleh muka padanya secara drastik. “ Kenapa? “.

Nak cakap ke tak? Ala, redah je la. Dia rasa dia dah pun ‘suka’ gadis muda ini. Suka dalam konteks rasa ‘senang dan terbuka nak cakap apa-apa’.   “

   “ Family prob. “, rumput dikuis-kuisnya dengan hujun selipar merah-hitamnya. Sikit je colour merah kat kasut dia tu pun.

   “ Mak ayah tu macam tak kisah je kat anak tunggal diorang ni. Balik-balik tidur takpun perang besar! Memanjang keluar rumah. “, sambungnya lagi.

   “ Agak-agak rumah tu jadi hotel je kut. Tempat tidur, makan kekadang “,gumamnya rendah. Namun, Ulya tetap dapat menangkap butir bicara tersebut.

   “ Salahkah kalau cakap, yang kita benci ibu bapa kita? After a-long-time they treat me like this…?? “.

   “ Takpe ke, saya cerita macam ni? “, bergenang mata. Dia tak berani nak gelar dirinya sebagai ‘kak’ even Ulya panggil dia ‘kak’.

   “ Naa, it is ok. Chill out. “, Ulya membalas pendek. Dia sengaja biarkan insan bernama Qalbi ini meluahkan rasa. Sometimes, people need to express their feeling.

“ Ulya. “

“ Ya. “

   “ Ulya rasa kan, memang orang selalu pandang seorang anak ini saja yang bersalah? Memang ibu bapa ingat diorang ada kuasa ‘veto’ nak tentukan dan anggap anak ni macam apa? “. Aicet. Macamlah dia tau Ulya ni tak akan salahkan dia.

  “ Kak. Dalam islam, ibu bapa tak ada kuasa ‘veto’ sebenarnya.Tanggungjawab ada la. Allah mengamanahkan anak pada ibu bapa untuk mendidik anak-anak kenal Allah, penuhi hak-hak anak. “.

   “ So, parents kan yang salah? “.

   “ Kalau anak tak hormat pun kira salah. “, Ulya tersenyum. Dia tidak mahu Qalbi marah.

   “ What… “, balasan Qalbi dipotong cepat Ulya.

   “ Anak tak hormat tu kiranya balasan Allah terhadap ibu bapa tu la. Tapi ni semua juga ujian untuk anak tu. Kalau dia kuat maka dia akan sabar. Tetapi ibu bapa tu tetap tak akan terlepas dari pertanyaan Allah kelak. “.

Air mata Qalbi dah menitis sedikit. Stop la Qalbi! Don’t ever cry again… You had promise to yourself kan? Pesannya pada diri sendiri.



   “ Kak pernah cuba berbaik-baik dengan ibu bapa kak? “, Ulya memberanikan diri bertanya.
Betul la budak ni… Kalau orang lain dah lama aku bangun blah camtu. Tapi, dengan Ulya ni…entah, rasa ok je dia cakap apa pun.

   “ Dah lama saya elak dari diorang. Buat sakit hati jerk kalau tengok muka beku-non-feeling diorang tu. Dulu saya selalu usaha macam-macam nak tarik perhatian diorang tapi tak berkesan pun. Dah penat menagih kasih-sayang diorang tu. Really, seriously dah penat. “, dia sedikit mengeluh.

   Ulya mengusap lengannya. “ You know what, we were in the same condition. About family. “.

Qalbi berubah riak muka. “ Iye? ”. Biar betul budak ni, muka tak nampak macam ada masalah langsung.
 Ulya angguk.

   “ Then, Ulya buat apa to face the situation? “, tanya Qalbi straight to the point.

   “ Sabar je la. Fikir yang semua ni sebenarnya Allah nak uji kita dan Allah sayangkan kita. Dalam surah al-ankabut ada tulis yang Allah tak akan biarkan kita mengaku beriman sebelum diuji. Dan, redha. Redha tu penting, redha terhadap segala yang Allah takdirkan. Memang la things are easier said than done. Tapi itula kenyataannya. “, Ulya tersenyum pahit.

   “ Tipulah kalau Ulya kata Ulya tak rasa sakit. Tapi, Ulya percaya yang Allah sentiasa bersama-sama hamba-hambaNya. Allah tak akan tinggalkan kita keseorangan. Bila kita dekatkan diri dengan Allah, insyaAllah kita akan rasa lebih tenang. “, Ulya memandang langit kebiruan.

Qalbi terasa sesak. Berapa lama dah dia tinggal solat? Bukan setakat mak ayah dia tak tegur dia, sekali dengan mak ayah dia pun tak solat rasanya.

   “ Dan, Ulya selalu ikut usrah. Baca buku-buku ilmiah, tak kiralah buku islam, buku english asalkan ilmiah. Kita akan dapat isi sedikit kekosongan dalam jiwa kita. Mungkin Allah dah sediakan benda terbaik buat kita masa akan datang? Bersangka baiklah pada Allah.. “, Ulya memandang Qalbi.

Kepalanya ditunduk. Kenapa dia baru nak sedar semua ini sekarang?

   “ Ulya…”

   “ Yes again? “.

   “ Tolong ajar saya solat.. “. Dia  menunduk.

Ulya tersenyum. Dia nampak ada potensi untuk gadis yang lebih tua dari dirinya ini untuk berubah ke arah lebih baik.

   “ Each people have chance to change, rightio? “.

Ulya mengangguk senang.
Chance to change.

p/s: ada sedikit info diambil dari novel VT-Hilal Asyraf dan kata-kata dari Rooftop Rant-Hlovate. Plot cerita hakciptaan sendiri :)

2 comments:

Nurina Izzati said...

salam..
cerpn nie memang best la..
buat ana teringat pda something..
thanks ya ukhti
atas pengajaran

Unknown said...

nice..suka cara hampa tulih..kami kena banyak belajaq lagi..=p

Geo

free counters