* Last night, talks with my bro at the car. Such a long time.~In the journey to take my mum at airport. *
Dahulu , saya sengaja merendahkan markah sesuatu subjek kalau-kalau selalu 'dihentam' guru subjek tersebut.
Kini, keadaan masih sama. Guru menengah pula. Asyik mencari salah saya apabila masuk ke kelas.
Saya tidak faham kenapa. Tetapi, yang saya tahu, kini saya cuba buktikan pula saya akan dapat markah tinggi. Alhamdulillah, kedua-dua subjek yang diajarnya saya berjaya mendapat 'A'.
Sehingga sekarang, saya tidak faham. Apa salah saya? Baik, biarkanlah dia dengan dunianya. Tidak mahu ambil kisah [walaupun saya sendiri cuba mengelak daripada berurusan dengannya].
*Tetap bersyukur dikelilingi murabbi-murabbi yang sporting dan rajin menyampaikan ilmu.*
- Biarpun kita tahu dianggap rendah, jangan cuba merendahkan diri lagi. Buktikan yang kita bukan seperti disangkanya dan terus berjuang dan meningkatkan diri.
Mengharapkan bahagia sebagai pengakhiran bukanlah sesuatu yang salah. Namun, berpijaklah pada realiti yang bahagia itu tidak berkekalan. Melainkan, hati kita sememangnya bergantung sepenuh+penuhnya pada Dia, Yang Maha Membolak-balikkan hati. :)
Cukuplah Allah bagiku. Like this words.
1 comment:
Ya! Itulah hakikat :) punya mehnah, punya tribulasi, dan pasti, solusinya juga punya... dan ia berada dalam kuasa Ilahi, milikNya~
Post a Comment