Thursday, November 3, 2011

DIARI: Serangan Teknologi !

Handphone yang dijadikan telefon rumah berdering. Saya angkat, mata sempat melihat skrin, beberapa angka tertera.


   " Ini Sakinah ya? "  Saya menafikan. Sakinah mana pula? Saya tidak kenal sesiapa nama Sakinah...


   " Oh, jadi awaklah yang curi telefon Sakinah ya? ".  Ya Allah, saya tak ambil telefon sesiapa. Handphone ini mak saya bagi untuk telefon rumah.


Dia ketawa. Seakan memperlekehkan saya, kerana handphone pemberian mak.


   " Awak bagilah balik telefon Sakinah. Kesian dia, dia miskin ". Ya Allah, jangan main tuduh. Sakinah pun saya tak kenal.






   " Saya di Shah Alam. Awak di mana ni? ". Saya di Yan, Kedah.

   " Tak pernah dengar pun nama Yan. Ini mesti kampung, tak famous ". (Astaghfirullah. Rasa geram juga.)  Eh, ramai orang datang. Siap ada air terjun, Titi Hayun.


   " Saya tak main lah sungai, saya mandi Swimming Pool ". Suka hatilah. (Malas saya bertekak)


   " Eh, awak ada abang tak? Nak kenal boleh? ". Tak boleh.


   " Kenapa? ". Islam tak bagi. ( huhu, pesimisnya saya jawab, sebab saya tengah geram )


   " Saya  bukannya nak mengurat pun. Nak kenal-kenal saja ". Kenal-kenal sikit pun, akan bawa ke arah bahaya yang lebih besar. Benda yang kecil dan remeh-temeh lah akan bawa kepada kemungkaran yang lebih besar. ( free-free dia kena tazkirah se-das, huhu )


   Tersekat-sekat, saya tak dengar dia cakap apa.






   " Oh, Islam tak bagi. Ambil telefon orang tak apa? ". Ya Allah, Islam pun tak bagi main tuduh.


   " Nama awak apa? Ariffah? ". Ariffah Shukri. Saya bagitau nama ni, kiranya saya tak takutlah. Saya tak curilah...


   " Eh?? Ariffah yang saya kenal tu ke? Anak Dr. Shukri yang kaya tu? ". Ya Allah... ( sudah geram betul )


   " Eh awak bagilah balik telefon ni. Kesian kat Sakinah ". Ya Allah, awak tak percaya ya? Sekarang cakap dengan mak saya. Mak saya yang bagi handphone ni.


   " Ha tak apa. Awak ingat saya takut? ", balasnya berlagak berani.


Saya pun bagi handphone pada mak saya. Mak saya muka pelik juga , saya cakap lah orang ini tuduh saya curi handphone kawan dia. Baru letak di telinga, mak saya gelak.


????


" Kakmin la ", ujar mak saya sambil memberi semula handphone pada saya.


Mata terbuka luas. Handphone dicapai ; " Kakmin !!!!! ", jerit saya. Kakmin, merujuk kepada kakak saya.


   Buat saspens saja, kakak saya rupa-rupanya. Nombor baru dia la kut. Saya ambil serius, sebab saya memang pernah kena 'serang' . Konon-konon saya 'pihak ketiga' dalam rumahtangga.


    Isteri dia serang ; " Oh, inilah kerja awak! Pikat suami saya, Haniff! ".  Eh?? Pelik juga saya. Saya tidak kenal sesiapa bernama Haniff, melainkan ustaz di sekolah, Ustaz Haniff. Sudah kahwin juga, isterinya berpurdah. Dan, nombor ustaz pun saya sudah save, ini bukan nombor ustaz. Sebab isteri yang ini, dia call guna handphone suami dia.


   Selepas beberapa kali call, dan sms. Setelah penat memaklumkan, saya pelajar sekolah menengah, tinggal di Kedah. Akhirnya dia akur, minta maaf.


Saya hanya mampu membalas SMS " Semoga Allah merahmati rumah tangga akak "


Memang penat, menghadapi situasi orang yang main tuduh. Dan, tuduhan itu sedikit pun tidak ada kaitan dengan diri kita! MashaAllah, memang menguji kesabaran kita!


Meskipun kali ini, sekadar gurauan daripada kakak saya. Saya berasa terpukul. Bukan dengan gurauan itu, tetapi kerana saya dapat merasakan kesabaran saya hanya secebis sahaja. Sekiranya handphone tidak diberi kepada mak saya, dan kakak saya itu terus berpura-pura.. mungkin saya sudah keluarkan ayat perli.


Astaghfirullah, mari kita bermuhasabah semula.. tahap kesabaran kita di mana?

4 comments:

http://wardahmerah1416.blogspot.com/ said...

sapa la 2....
kan dah dpt tazkirah free...

Ariffah9 said...

kak ana la .. kakmin!

Majdah Shukri said...

Hahaha..terbaikklah..nak gelak sungguh2 ni..

Ariffah9 said...

haha.. kakmin mmg BAIK , with the CAPITAL BAIK. ni mesti kkmaj bosan, tak pernah mncemar duli mai blog adik dia sorang ni.

Geo

free counters