Sunday, November 20, 2011

Kecewa dengan .

Maafkan aku. Tetapi aku kecewa, dari dalam lubuk hati.

Dia mempertekankan dan membicarakan hal tentang Bid'ah , tetapi tidak mengutamakan solat awal waktu ...

I am disappointed too . ( yeah, 'too' has meaning as well )

Thursday, November 3, 2011

DIARI: Serangan Teknologi !

Handphone yang dijadikan telefon rumah berdering. Saya angkat, mata sempat melihat skrin, beberapa angka tertera.


   " Ini Sakinah ya? "  Saya menafikan. Sakinah mana pula? Saya tidak kenal sesiapa nama Sakinah...


   " Oh, jadi awaklah yang curi telefon Sakinah ya? ".  Ya Allah, saya tak ambil telefon sesiapa. Handphone ini mak saya bagi untuk telefon rumah.


Dia ketawa. Seakan memperlekehkan saya, kerana handphone pemberian mak.


   " Awak bagilah balik telefon Sakinah. Kesian dia, dia miskin ". Ya Allah, jangan main tuduh. Sakinah pun saya tak kenal.






   " Saya di Shah Alam. Awak di mana ni? ". Saya di Yan, Kedah.

   " Tak pernah dengar pun nama Yan. Ini mesti kampung, tak famous ". (Astaghfirullah. Rasa geram juga.)  Eh, ramai orang datang. Siap ada air terjun, Titi Hayun.


   " Saya tak main lah sungai, saya mandi Swimming Pool ". Suka hatilah. (Malas saya bertekak)


   " Eh, awak ada abang tak? Nak kenal boleh? ". Tak boleh.


   " Kenapa? ". Islam tak bagi. ( huhu, pesimisnya saya jawab, sebab saya tengah geram )


   " Saya  bukannya nak mengurat pun. Nak kenal-kenal saja ". Kenal-kenal sikit pun, akan bawa ke arah bahaya yang lebih besar. Benda yang kecil dan remeh-temeh lah akan bawa kepada kemungkaran yang lebih besar. ( free-free dia kena tazkirah se-das, huhu )


   Tersekat-sekat, saya tak dengar dia cakap apa.


Ulasan Ringkas : Kilauan Emas

   Ya, mungkin agak terlambat untuk mengulas tentang isu ini. Bukannya saya baru tahu tentang Program Kilauan Emas ini tetapi baru terpanggil untuk mengulas serba-sedikit.

   Tak dinafikan, pembentukan generasi kini (anak-anak muda), sedikit sebanyak dipengaruhi oleh ibu bapa. Kali pertama saya terdengar untuk program ini, saya hanya mampu menggeleng. Sudah jauh kita pergi! 

  Sudah terlalu banyak galakan buat anak muda agar menceburkan diri dalam bidang yang cukup melalaikan. Sememangnya tidak terkira program-program 'khas dan istimewa' untuk anak-anak muda. Tidak cukup dengan semua itu, diwujudkan pula program untuk warga 'emas' !



   Tidak hairanlah kenapa generasi muda terus hanyut, sekiranya yang mendorong adalah lapis-lapis para ibu bapa. Malah, ibu bapa sendiri turut 'menayangkan' diri dalam arus yang sama! Sememangnya ibu bapa bukan faktor yang patut dipersalahkan 100%, tetapi ia adalah salah satu faktor kuat yang mempengaruhi generasi yang masih teroleng-oleng mencari arah. ( termasuk saya )

Dan, turut memilukan. Bukan sekadar yang bergelar 'ibu bapa' menyertai Kilauan Emas, malah yang sudah bergelar 'nenek, tok wan' juga turut menyertai! Astaghfirullah...

Sewaktu muda, bila ditegur membuat kemungkaran, katanya ; " Dah tua nanti saya bertaubatlah.. ". Tetapi, sekarang? Sudah tua lebih sakan =_='

   Maaf andai ada ulasan saya yang tersilap atau khilaf. Tegurlah saya, saya juga generasi yang perlukan bimbingan dan teguran !

Geo

free counters