Friday, February 8, 2013

Remaja itu.

   Saya terjumpa luahan seorang adik . Izinkan saya berkongsi di sini :)

Apabila seorang remaja berminat dengan falsafah tatkala remaja lain sibuk dengan hiburan.. kakaknya menentang keras. Katanya, ulama' sekian sekian mentsabitkan haram. Maka, remaja itu menyatakan ' biar aku bertanya Ustaz di sekolah terlebih dahulu '.
   " Islam is hear and obey! ".. itu yang dipaksa ke dalam sanubari remaja itu. Tambah kakaknya lagi.. ustaz bukan ulama'. Remaja itu berdegil, baginya suatu maklumat yang diterima harus diteliti terlebih dahulu bukannya menerima secara bulat-bulat. Dan nyata, penerangan ustaz-ustaz lebih hikmah. Hukum falsafah itu berbeza menurut keadaan dan ustaz malah lebih meraikan remaja. Ulama' berkhilaf pandangan. Itu perkara lumrah. Al-hasilnya, remaja itu mudah menerima, tidak memberontak dan berlapang dada. 

Indahnya Islam hukum berubah mengikut keadaan. Itu yang remaja itu belajar.. bukan dari kakaknya yang seolah Islam itu tiada toleransi. Ya, Islam is hear and obey, tetapi menyampaikan, menegur secara berhikmah itu perlu. Siapa yang mahu jika dipaksa ?

   Apabila seorang remaja ditegur kasar apabila menyatakan bid'ah ada yang hasanah, kata seseorang... " bid'ah itu bid'ah . semuanya sesat ! ". Sedangkan ulama' berkhilaf.. sedangkan Islam meraikan perbezaan pendapat ulama'. Siapa kau yang hendak bertegas dengan memasamkan muka ?

   Apabila seorang remaja hendak berusrah, kakak-kakaknya mempengaruhi ibunya untuk menghalang. Remaja itu hanya mampu terduduk di sebalik pintu dan menangis mendengar hujah demi hujah yang meluncur keluar dari bibir mereka. Sedangkan mereka tidak tahu remaja itu ada kisah pahit yang perlu ditelan dan remaja itu benar-benar berubah. A lot. Mereka tahu, abang-abang, kakak-kakak tahu adik mereka banyak berubah.. mereka tahu! Tapi mereka tidak pernah peduli gelodak dalaman adik mereka yang dihadapi setiap masa. Mereka tidak tahu remaja itu melalui berbagai kisah pahit dalam proses menghijrahkan diri. Yang mereka tahu... adik mereka tidak skeptis seperti dahulu. 

Kononnya usrah mengganggu pembelajaran. Konononnya program-program kepimpinan mengganggu masa pembelajaran yang pada hakikatnya lebih membentuk diri remaja itu untuk masa hadapan bakal mendatang yang lebih getir. 
 Siapa mereka untuk cepat menghukum ?

   Apabila seorang remaja hendak menyatakan pendapat dan pandangan, kakak dan abangnya sering menyampuk dan mematahkan segala-galanya, mematahkan hujah-hujah. Apabila remaja itu hendak menyatakan pandangan, dia dihalang, ditentang, dipatahkan oleh ibu bapa. Sekalipun mengatakan ' kami ingin mendengar ' .. tapi mendengar hanya kerana ingin mempertahankan pendapat sendiri. Perlukah sebegitu?

   Remaja itu pernah dicemuh para senior satu ketika, dicemuh hampir seluruh banin rakan sekelas satu ketika, dipandang semacam rakan-rakan. Tiada siapa yang tahu, tiada siapa peduli.

   Mereka hanya menentang dan pandai berkata-kata, sedikit pun tidak memberi ruang untuk remaja itu bersuara dan memberi penjelasan. Siapa yang tinggal untuk mendengar hati remaja itu? Tiada, ya tiada.

   Hasilnya, remaja itu hanya memendam. Tidak pandai meluahkan masalah kepada sesiapa. Sebab itulah, menulis medan bagi remaja itu membebaskan minda. Remaja itu sehinggakan membenci 'harapan' dan membenci 'janji'. Remaja itu benci untuk menangis di hadapan sesiapa, dia hanya mampu mengalirkan air mata ketika keseorangan. Remaja itu lebih senang begitu. 

Kata remaja itu : " Aku tidak pernah menyatakan secara terus dalam luahan hati, tetapi kali ini biarlah.. Aku berterus terang namun masih berlapik. Jika menyelindung lagi, sehingga bila insan-insan tersebut akan terus alpa? Aku tidak kisah akan diriku, biarlah ia berlalu tetapi aku tidak mahu perkara ini akan berulang terhadap orang lain. Tidak sanggup."

5 tahun , itu lama. Tiada apa yang berbeza, masih kekal sebegitu.

Memendam itu ada side effect. Ada. 

Lagi, remaja itu berkata : " Bagi aku, sudah terlambat untuk mereka berubah tindakan [terhadap aku], aku cuma mahu mereka tidak mengulangi perkara ini terhadap anak mereka ".

6 comments:

. said...

maka, remaja itu harus tahu,
bahawa, aku ada disebelahnya..
sentiasa ada untuknya,
kerana aku sahabatnya......
maafkan aku, wahai remaja
kerana aku tidak ada untumu, saat kau memerlukan aku..

tapi, percayalah bahawa aku sayang akan dirimu :D selamanya...

Anonymous said...

sungguh ujian itu manis =)
pasti ada sesuatu yg mnyebabkn remaja itu diuji sebegitu.
Adakah cara remaja itu memenangi hati keluarganya sudah cukup berhikmah?
Jangan kerana yang sunah yg wajib berciciran.

dakwah trbaik = menangi hati
insyaAllah segalanya mnjadi mudah.
Innallahama'ana

Ariffah9 said...

Adat mereka, setelah ditulis panjang. tetap memandang yang itu. bahawa salah adik itu juga.

ahli keluarga lain tidak pernah salah. semuanya dibebankan ke bahu seorang adik.

bukankah ?

Anonymous said...

tanda Allah sayangkan hambanya bukanlah dengan melemparkan kesenangan, tapi semakin Allah sayangkn seseorang itu semakin banyak ujian yang akan Dia beri.
Lihatlah ulul azmi, antara nabi yang Allah paling sayang dan mereka juga lah antara yang paling berat ujiannya berbanding dengan nabi2 yang lain.

teruskan tersenyum dikala ujian membongkah :). Seberat mana pun ujian kamu pikul, sekuat itulah kamu sebenarnya.

bukankah ujian itu adalah nikmat?
STOP ask WHY and go FIND the SOLUTION.

Ariffah9 said...
This comment has been removed by the author.
Ariffah9 said...

saya macam kenal anonymous. :) tidak kisahlah.

ya, ujian adalah nikmat :)

itu kenyataan yang tak pernah saya sanggah, sungguh.


Sememangnya remaja itu dah diterapkan, perlu menangi hati dan dakwah dengan perbuatan daripada lisan. Siapa kata remaja itu tidak mencuba? Tetapi adakah ahli keluarga lain tidak perlu menangi hati remaja dalam pembentukan remaja ? Adakah ahli keluarga lain perlu menunggu untuk remaja menangi hati mereka?

Bagi saya, sekarang ni terlalu ramai kakak, abang, parents yang lupa bahawa mereka asalnya yang bertanggungjawab dalam 'pembentukan' remaja. Sememangnya salah remaja sekarang adalah salah diri sendiri, tapi perlu diingat hasil pembentukan..m.

So, komen ni dah dedahkan kebenaran ? Ingat nak berterus-terang dalam selindung, tapi akhirnya memang mendedahkan kebenaran..

and yes, he/she NEVER ASK WHY, he/she just want they to REALIZE. So that they won't do the same to others. To their children, or anybody else.

Can't he/she ?

Thanks anyway for the words :)

Geo

free counters