Potensi. Ramai tertanya-tanya ,' apa jer la potensi yang ada kat aku nih? '. Terutamanya golongan remaja.
Macam kawan aku, selalu sangat , " Ana ni lemah, tak ada apa-apa kelebihan. Tak macam orang lain, semua ada kelebihan masing-masing ". Time awal-awal bila ada orang cakap camtu, memang aku pujuk la. " Allah cipta manusia tu berbeza, mesti ada kelebihan tertentu kat diri anti. Tinggal anti jeee nak usaha ke tak bawak keluar potensi yang ada tu. InsyaAllah ada aih dan bla bla bla ". Tapi bila orang yang sama dok ulang cakap benda sama sama sama dan sama, apa aku balas ? " Haishh.. ulang benda yang sama ! Nak kena luku dak? Keistimewaan ni.. semua manusia ada. Cuma ada orang tak nampak dan tak gilap lagi. Jangan lupa toreh berus sabun softener cuci tonyeh sikiit bagi nampak apa benda jeng jeng yang tersembunyi dalam diri tu amboih! Ulang lagi, nak kena ni ! ". Dia pun tersengih je la.
Tapi semua ni buatkan aku terfikir, mesti ramai lagi orang kat luar sana, yang masih terkial-kial dok pening cari kelebihan diri dan dok merungut dan mengeluh tentang diri sendiri yang terasa cam hambar je..
Bila difikirkan balik, kalau nak potensi ni menyerlah, first thing adalah kena bina karakter diri. Uish, camna tuh ? Yelah kalau dulu hidup cuma fikir pasal nak makan apa, nak pakai baju apa, nak melepak kat mana, fikir pasal artis, minat kereta apa , fikir pasal kahwin , dah tiba masa untuk ubah mindset. Apa kata cuba fikir benda berat sikit ? Jangan risau, kepala takkan jatuh aih walaupun berat. Cuba fikir pasal macam mana aku nak bantu ummah, apa lagi yang aku boleh ubah diri aku to be better as in term of Muslim dan bla bla bla. Alamak ! Kenapa, rasa tak bersedia lagi ? Come on man ! Sedangkan bagi aku bila dah cecah umur 17 tahun, bukan sweet seventeen tapi tough seventeen. Remaja , bukan masa semata-semata untuk berseronok.
Tak apa, perlahan-perlahan nak berubah pun tak apa, asalkan ada peningkatan. Jangan pulak berubah drastik, tapi tak kekal lama mana pun. Bila kita cuba untuk bina karakter diri, sambil-sambil tu kita cari potensi diri. Kalau dah nampak potensi diri, kita asah lagi, gilap lagi bagi lagi ohsem dan power. Jangan mudah nak berpuas hati :) usaha habis-habisan bagi diri ni dapat bagi yang terbaik untuk diri, keluarga, bangsa, negara dan agama. Acheewwah :D
Ada orang yang terer bercakap depan khalayak ramai, kalau kita tak pandai, jangan la rasa lemah sangat.
Ada orang pulak yang terer menjahit, kalau kita tak pandai, jangan la merungut (aku jeles kot orang boleh jahit baju sendiri T_T haha )
Ada orang terer bab IT, kalau kita tak pandai, jangan la rasa macam diri tu nothing.
Ada orang terer menulis, kalau kita tak pandai, relax bang banyak lagi kelebihan diri yang boleh cungkil !
Ada orang terer menyanyi, kita menyanyi ja sekali walaupun sumbang. Haha gurau k gurau.
Time tingkatan 4, kali pertama aku dilantik jadi naqibah. Memang..ya Allah , taktaulah nak jadi apa. Bayangkan lah, aku ni tak peramah, tak reti bercerita, kena pegang usrah ? Contoh, kalau setiap naqibah dapat bahan yang sama, orang lain boleh bagi talk guna bahan tu untuk handle usrah selama 30 minit, tapi aku 15 minit dah habis cerita. So sebab tu, aku sedar aku kena usaha lebih, cari bahan lebih, kena brainstorming nak buat apa bagi usrah menarik .
Bila handle usrah sebelah group usrah kawan aku, pergh dengar kawan aku tu cerita, cekang gila. Dia cerita penuh menarik, intonasi semua cukup, time tu memang aku rasa macam lemah. Tapi aku kena sedar, setakat rasa lemah tapi tak ada usaha, memang no meaning lah. Dengan tu, setiap kali sebelum usrah, aku kena cari game yang best, dan bukan setakat cerita cakap macam biasa ja, tapi buat forum kecil, dan bagi surat and anymore lah.
Ha , kelemahan kita bukan untuk kita terus down dan ada di bawah. Tapi untuk kita perbaik kelemahan kita. Dan cari benda lain yang akan boleh up-kan kita. Tak semestinya bila kita tak pandai something, that is the end of the world. Believe it kalau kita tak boleh nak buka pintu depan kita, panjat je dinding yang halang tu. Walaupun usaha kena lebih, benda tu tak akan merugikan kita. Malah, bagi kita lebih hebat dari orang lain insyaAllah :)
Ingatlah, Islam tak pernah nak sekat potensi kita. Sapa kata orang yang tak amik bidang agama, tak boleh bantu agama ? Boleh je. Takkanlah bila barat dah berjaya dalam bidang professional, kita nak dok diam ja dan kata ' Alahh.. kita kena terer dalam bidang agama je '. Islam tu syumul, islam tu kehidupan. Terer lukis ? Boleh je nak sumbang arah Islam...lukis sesuatu yang orang boleh muhasabah ke arah Islam. Terer buat game ? Boleh je nak powerkan Islam dengan game tu. Terer main skate ? Apa kata ajak orang muda yang skate tu ke arah Islam ? See ? Everything boleh kita buat ke arah Islam, tinggal diri kita nak atau tak saja.
Yeaaaahh !! Let be the best. Best among the best insyaAllah :D :D
2 comments:
Rindu nak usrah :'(
Me too 😠eh perenggan last sy tu cam kempen rahmatan lil alamin je hehe
Post a Comment