Ye, kenape . tak caye ? Haha. Bab kahwin ni bukan untuk orang yang dah kahwin saja, betoi dak ? Bak kata akhi Hilal Asyraf, pendidikan pasal rumah tangga ni kena dididik dari awal lagi, supaya orang faham erti perkahwinan yang sebenar. Supaya dapat prepare diri siap-siap , so nnti dapat la prevent dari jatuh dalam lubang buaya. Eh ?
Alhamdulillah aku bersyukur jadi adik kepada 5 kakak dan 4 abang dan anak kepada sepasang Mr.Zauj & Mrs Zaujah, so buatkan aku banyak observe pasal peri-pentingnya rumah tangga [ayat aku :3 cam pa lagi]. Haa todiaa, ada orang usya rumah tangga hampa, todia todia ! :p Aku usya gak rumahtangga dalam movie or drama. Dan, dari pembelajaran buku teks sekolah yang nampak jer cam tak penting also ceramah tazkirah kadang yang terselit pasal kahwen. Dan lagi paling penting, aku banyakkan pembacaan hasil tulisan Us. Hasrizal (SaifulIslam.Com) , Aiman Azlan, Hilal Asyraf, Us. Pahrol Juoi dan lain-lain yang aku dah lupa (spesies nyanyuk sikit). Pergh yang aku mention tu semua pemikiran diorang heibat kut Subhanallah.
Kalau dah namanya perempuan (tambah bila sekolah menengah), cakap pasai kawen ni memang takkan terlepas punya lah. Konpem ! Memang la kadang ada yang tak minat pun nak cakap pasal kawen, tapi pot pet kengkawan pasal kawen, terdengar gak la kan ? Pehtu, ter join sekali ye dok ? :p Haha, mengaku kaih ! [ Laki pun apa kurang :3 ]
Ok. Aku mula. Merapu banyak dah ni. Serious talk , kahwin ni bukan part saya-suka-awak & awak-suka-saya , then finish ! Tak. Nehi. No way. La'. tapi kahwin ni paling utama nak kena tekankan adalah TANGGUNGJAWAB. RENSPONSIBLE. AMANAH. As for me la kan, kawen is really really a BIG thing. BIG with capital B.I.G. Bukan setakat kenduri kahwin sehari. Bukan setakat bina hubungan (or in english relationship) dengan partner saja tapi dengan family partner sekali. Ado faham ?
sweet :3
Dahla bila dah kahwin ni, kena sharing moment together-mether with your 'soul' for the rest of life. Ulangsuara. Rest of life. Living together ... not just for a few year ! Tapi orang muda zaman sekarang (bunyi cam aku dah tua -_-') kerja target nak kahwin awal. Dah tu guna alasan ' Islam galakkan kahwin awal '. Alasan tu lah dok push kat mak ayah hampa suh bagi restu hampa kawen awal , kan kan ? Kat sini, aku bukan nak condem orang kahwin awai ..ofkos la dak. Ada ja yang kahwin awal tapi gempak best :) Tapi sebelum kerja nampak nak kahwin tu muhasabah diri dulu. AM I PREPARING ENOUGH ? yes ? Really ? Really ?!!?
Sebelum sibuk sangat nak kawen, MAHALKAN DIRI dulu. Kita ni kan, dah banyak ke join program pembentukan peribadi dan minda ? Dah banyak ke buku ilmiah kita baca ? (Ke dok baca Gempak and komik cam aku ni?) Dah terer ke nak urus wang tu ? Isu semasa kita amek tau dok? (Ke amek tau isu peribadi orang lain jer?) Dah on the way prepare untuk jadi ibu bapa yang baik? Dah cer try test bina diri so nanti jadi suami or isteri yang ohsem? Takpayah la dok sibuk sangat ' Dia ni jodoh aku ker? Sweet nyer :3 ' ' Aku mimpi dia semalam weh !! Camner ni..mesti dia jodoh aku oh mai god ! ' ' Aku tengok muka dia terus rasa tenang semacam. Adakah ini petanda? ' Us Hasrizal ada kata , lebih baik, more better bagi peluang kat diri ni mengembara , tambah ilmu, matangkan jiwa sebelum sibukkan diri dalam kancah cinta. Ni tak sejak sekolah menengah dah sibuk frasa 'bakal imamku' 'bakal makmumku' ( bakal jenazah taknak pulak kan? ). Time mahasiswa lah patot amik pengalaman untuk jadi pemimpin dan bina ummah, siapkan diri jadi yang bermakna buat masyarakat, tapi sebaliknya sibuk pulak dengan asmara dan fantasi rumah tangga yang kononnya sweet sepanjang masa. Persediaan? Entah ke mana. Duduk la dulu, timba pengalaman dari sekeliling, orang-orang tua, kitab-kitab agama, penyampaian pasal rumah tangga. Jangan dok nak dengar apa yang kita nak saja, tapi apa yang kita perlu dengar tu lebih penting ! MAHALKAN DIRIMU. JANGAN MUDAH JATUH CINTA. Kadangkala, kita sibuk dengan mainan perasaan, kena 'sakat' sikit, jiwa gelabah. Padahai laaa, ummah perlukan kita untuk kuat dan gagah macam Hulk supaya kita mampu gerakkan ummah ke hadapan, not to the back ! Ni tak.. sikit-sikit kerja nak salahkan Freemason..padahaiii diri sendiri usaha habuk pun takde . Luls betul. [ Perenggan ni aku cilok kat buku Hidup Penuh Erti - Hilal Asyraf and ubahsuai sikit. Deep kan? ]
Sambung balik, pot-pet aku keh. Dah tu, alasan paling common lah. ' Aku nak kahwen awal sebab nak elak dari buat benda tak elok '. Ceyh, bukan kemain confident kau kan, kira alasan kau tu tough kan? Hello.. nak elak dari zina.. solusi dia bukan kahwin jer. Ada banyak je lagi solusi , tapi minda kau tu nampak kahwin je. Jangan ingat nak elak zina tu , lepas kahwin terus masalah tu selesai. Kenapa diri tu kalut sangat nak kahwin sebab takut buat zina? SEBAB sebelum tu kita takdak usaha nak 'menjaga' pun.
' Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat '.(Surah Al-Isra' : ayat 32)
See ? Allah berfirman jangan menghampiri Zina. Bukan jangan berzina. Kira jalan-jalan nak pi ke arah zina tu pun kita kena cantas dah. Jom check diri balik (termasuk aku) . Kita contact lelaki perempuan sebelum ni atas sebab yang betul-betul penting ke? Kita jumpa makhluk berlawanan jantina tu, bawa mahram yang kuat dak? Jumpa tu atas sebab yang concrete ke? Kita dah usaha jaga mata dari tengok gender lain dak? Pernah tak bila hati rasa terusik sikit, kita istighfar? Common guys, we all know the answer :') Allah, banyak khilaf diri ni T_T.
PERINGATAN. Rasa cinta tu memang fitrah manusia. Takdak sapa boleh lawan bila 'rasa' tu timbul kat hati. Kan ? Boleh ke kita ' shuh shuh kau cinta ' ? Tak kan? Kalau tolak fitrah tu memang Alien lah kau ! Haha. Kita raikan fitrah tu dengan syara' insyaAllah barakallah.
Apapun, jom check HDA. Hubungan dengan Allah. Sooooo important that we can never imagine how much important :') Kalau solat pun dok tangguh and tak buat, aduii la. Solat tu tiang agama. Kalau tiang agama pun dok terhuyung-hayang lagi, macam mana dengan tiang rumah tangga? HDM Hubungan dengan Manusia. Malas nak terang panjang. Tapi nak cakap sikit la kan, kalau sekarang kita dok huha huha lagi dengan lelaki perempuan, so what do you expect your partner akan ubah perangai bila dah kahwin? Wondering ~
Please. Restu mak ayah tobat penting ! Jangan cuba desak mak ayah suruh paksa bagi izin kahwin. Jangan cuba perangkap mak ayah bagi izin kahwin kalau mak ayah berat hati. Series, restu mak ayah ni akan bagi efek kat rumahtangga. Semua orang nak rumahtangga ohsem dan diberkati Allah kan? Smiiiiileee nampak gigi macam Adam comeii :D Ingatlah amanah mak ayah bagi kat kita, besarnya harapan mak ayah nak tengok kita berjaya and do excellent, tapi kita? Sebuk nak kahwin. Huhu .. Dan ingat, kahwin bukannya sepanjang masa indah dan bahagia. Maka bersedialah :')
Dan awak. (tolong jangan sesapa perasan.. awak untuk awak semua, umum k :p) Kalau sayang sangat dengan kekasih hati awak tu, jom tutup aurat. Tambah-tambah perempuan. Suami awak tu tanggung dosa awak tak tutup aurat tau ! Lengan baju jangan tarik :) pakai tudung jangan bagi jarang, jangan bagi nampak leher dan bla bla bla. :) Sayang suami kannn? Kekekeke.
Aku tulis untuk peringatkan diri aku :'( yang sentiasa leka. Sama-sama kita muhasabah dan muhasarawak keyh?
Sape yang dah terlanjur atau dah ter ter la ( ye ke 'ter'? o_O), Allah Maha Penyayang dan Maha Pemaaf. There is always a CHANCE for you untuk berubah. Sentiasa kau tau peluang untuk berubah dan bertaubat tu terbuka. Cuma nak dan taknak ja. Tiada istilah 'terlambat'. <3 Jangan takut orang mengata, sebab kita berubah bukan sebab orang lain kan? Susah tu memang, tapi ingat, nak masuk syurga tu pun bukan sesenang mana.
No harm. No offense. Tak ditujukan khas untuk sesiapa, tapi kepada umum, dan lebih kepada warning merah menyala giturh kepada diri sendiri. InsyaAllah. Kena toughkan diri lagi. tak jejak lagi ke alam realiti sebenar neh. T_T.
Apa yang salah, tegurlah secara berhikmah. Apa yang baik, hakikatnya semuanya datang dari Allah.
I am not trying to judge people but, lets together strive to be better hamba Allah ! ;) Kita dah tau semua ni kekedang tu, tapi manusia ni sentiasa kena diperingatkan.
Cinta itu mungkin , tapi MATI itu pasti . Adios u all !
2 comments:
Yup. Kahwin ni bukan isu main-main. Sebelum nak kahwin kena banyak buat perancangan. Bukan main redah aje. Bukan senang macam dalam drama@novel cinta. Bukan semua orang akan dapat happily ever after macam dalam kisah dongeng. Kahwin ni ibarat gerakan catur yang seterusnya. Nampak mudah tapi rumit. Tak boleh terburu-buru sangat. Silap langkah bila-bila masa aje kita boleh tewas. Harapnya makin ramai orang yang lebih terkesan dengan isu ni lepas baca artikel anti.
InsyaAllah nurina :)
betul kata anti, kahwin bukan bab enteng. kena be careful. ada perancangan tersendiri kena buat. dan perlu amek serius. serius dengan neraca islam ^^
macam Imaen, novel dia wpun pasai cinta, tapi ending dia tak semua happy sebab that is life. tak semua happy. reality bites isn't? tapi semuanya berhikmah :D
Post a Comment