Monday, May 12, 2014

YOUTH ACE : PEMUDA & PERUBAHAN

So pagi tu , lepas breakfast , then bergerak ke Hotel Flamingo . Mak aihh, ramai benor. *Segan kau tau!* takde kawan :(

Lepas beratur untuk pendaftaran yang line panjang sampai berbelit line dia. Sementara tunggu tu, tiba-tiba mata aku menangkap seseorang ! Haha, Aiman Azlan ! Dua kali dia lalu ..

Takpalah, selesai pendaftaran , masuk dewan dia. Seriously memang luas and besor ! YELAH,, peserta 1500 orang. Ulang suara, 1500 orang ! Peserta lelaki 1/4 ja. Majoriti umur peserta dalam 18-21 camtu rasanya . Aku nih sebelum program dah bermula, otak aku mula proses dah . Bebetul rasa inspire tengok kewujudan YouthAce tu sendiri. Ingat senang nak jemput penceramah hebat-hebat and ingat murah ke nak sewa Grand Ballroom hotel di area Kuala Lumpur ? Tiga slide dengan lampu stage kat atas tu memang buat aku kagum. Audio pun puaihh hati haha. Dahla yuran pendaftaran murah je. Nampak tak usaha Team LangitIlahi ni memang usaha keras dan bermatlamat tinggi . ( weh dapat beg YouthAce, majalah Jom! dan ButtonBadge Youth Ace percuma kot! )

besaq kan besaq kan ?? style kan kan ?

Ok, cukup dengan intro . First sekali, Hilal Asyraf bagi talk, kira rasmi majlis sekali lah. Ups, sebelum tu never to missed out (sekali lagi, abaikan grammar aku) , The Ohsem & Masyuk Emcee, Aiman Azlan. Pergh , seriously very entertain dengan cara dia. Very funny yet still giving out islamic information. Senang kata, lawak yang ber'isi'. Memang tak kering gusi lah dengar Emcee cakap actually. Biiznillah atas usaha Emcee lah , trending #YouthAce2014 di Twitter dapat no .2 Malaysia haritu.

As YouthAce ni tema dia Pemuda & Perubahan. Hilal Asyraf ulangi ayat Al-Kahfi : 13 . " Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk "



Kita ni sebenarnya semua pemimpin. Aku teringat balik pesanan yang murabbi Maktab Mahmud Yan selalu terapkan yang setiap seorang adalah pemimpin. Paling kurang pun, pemimpin untuk diri sendiri. Hilal Asyraf keluarkan kata-kata Rib'i Amir " Allah telah hantarkan kami untuk keluar dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat dan .... " (maaf tak lengkap ayat ni sebab tak sempat nak salin ayat last dia)

Dan satu point yang actually memang sentap lah ! Hilal Asyraf tekankan " Kita sebenarnya terlalu BERHATI-HATI atau MALAS ? ". Kita ni berhati-hati sangat nak buat baik, nak berubah, nak ajak orang kepada kebaikan, nak tegur kesalahan kawan atau sebenarnya kita malas ?

    " Buat apa kalau kita pergi haji dan umrah 10 kali , sedangkan jiran sebelah rumah sedang berlapar ? Haji hanya wajib sekali dan umrah cumalah sunat, sedangkan membantu saudara semuslim adalah satu kewajipan."

   " Kita ni AGEN PERUBAHAN. Ingatlah Aslah nafsaka, Wadh'u Ghairaka. " Which it means, perbaikilah diri sendiri SAMBIL mengajak orang lain ke arah kebaikan. Sambil berubah, sambil tu kita try ajak orang lain sekali ke arah kebaikan. Nak tunggu diri sendiri perfect, memang wassalam lah sebab tiada manusia yang sempurna :)

    " Kita boleh ambil manfaat dari orang kafir, tetapi tak boleh jadi hamba kepadanya " - Faham-fahamkan :) sebab as for me ayat ni memang deep arh mesej dia kalau kita fahami betul-betul . Dan pesanan yang really really berharga buat aku, Dr. Ugi Suharto pernah beritahu kepada Hilal Asyraf bahawa Rasulullah SAW bersabda " Kalau terjadi Hari Kiamat dan di dalam tanganmu adanya sebiji benih, sekiranya mampu tanamlah ia ". At this time, bila aku dengar sabda Rasulullah SAW, aku macam ' Waa? Seriously ? '. Ye la bayangkan time Hari Akhirat, you see there is no possiblity yang benih tu akan tumbuh jadi pokok dah. Tetapi Dr. Ugi Suharto terang balik, " Kerana menanam benih adalah kerja kita, manakala hasilnya, tumbuh atau tidak tumbuh benih itu, adalah urusan Allah SWT. Begitu jugalah perjuangan dakwah tarbiah ni, tanggungjawab kita tanam benih , usahakan something, buat yang kita mampu dengan sebaiknya, tetapi hasil selepas itu kita serahkan sahaja kepada Allah SWT. Sebab selepas tu bukan lagi urusan kita, yang penting, kita dah buat terbaik, laksanakan amanah dengan bersungguh-sungguh.

Memang memang dan memang that is the best advice I ever received that day. Okey that is the end of Hilal's talk that morning. Lepas tu, Us Syaari Rahman penulis buku best seller Kuasa Kepimpinan Al-Fateh , yang telah tubuhkan syarikat sendiri iaitu Ibrah Paradigm Training & Consultancy.
" Dengan layar gergasi di tengah memaparkan slide saya, dua layar di tepi memaparkan wajah saya, dengan sistem bunyi luarbiasa, dengan wireless mikrofon yang memudahkan pergerakan, dengan 1500 anak muda dari serata Malaysia, saya katakan inilah program terbaik pernah saya hadiri " - komen Us Syaari di Instagram beliau tentang YouthAce 2014. Kemudian, Dr. Baharudin Suri pula bagi talk tentang Pemuda & Aktivisma. Walaupun penyampaiannya banyak tentang fakta, tetapi fakta memang mantap !

Dr. Baharudin Suri point out kata-kata Imam Hassan Al-Banna " Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda pemudi yang tidur tak lena kerana memikirkan masalah ummah ".

And then, FORUM PEMUDA INTELEK : TARUHAN MASA HADAPAN. Ahli panel dia Dr. Maszlee Malik dan Dr.Azizan Ahmad. Dr. Azizan gantikan Prof Agus Yusoff yang tak dapat menghadirkan diri atas sebab tertentu.

" Kita ada ramai graduan, tetapi tak pandai berhujah ! ". Intelektual ni maksud dia seseorang yang ada prinsip dan tau arah tuju dan sanggup berkoran untuk hendak mencapai visi dirinya.


Ada tujuh .. nak kata tujuh apa , aku pun tak reti terang. Maafkan aku -_- . Pertama, Pemuda & Prinsip. Kedua, Idea. Ketiga, Proaktif. Keempat, Kaya dengan Bahasa, Kelima, Kaya dengan Cara. Keenam, Progresif & Pandirisme. Dan ketujuh, Hasil Yang Produktif.

And thennnn, BUAL-BICARA : Aku Pernah Muda. Ustaz Dr. Zaharuddin (Us. Zaharuddin tuh! :D ) , Us Azlan Shah & Sister Rusni Tajari. " If by the age of 7, you haven't make something of yourself, you're useless ", - aku tak ingat mana satu ahli panel yang bagitau tentang ni, yang dibaca dari buku english. Terkejut jugak la kan, bayangkan umur 7 tahun je pun ! Tapi betul laa, muda bukanlah bermaksud tak perlu buat something yang useful and beneficial right ?  " Guru yang sebenarnya adalah mengajar anak muridnya berdikari tanpa gurunya ".

Ha ! Aku terkejut betul bila Us. Zaharuddin bagitau dia sebenarnya tak minat pun dengan mu'amalat. Tapi sebab time dulu-dulu, dia pernah dengar seorang ustaz ni bila ditanya hukum Riba & Interest. Ustaz tu tanya audience balik " Riba & Interest sama ke? ". Bila audience jawab sama, ustaz tu senang je jawab " Haram ". Like.. you know.. Without any further detail information and ilmu mendalam, sesenang tu jawab. So Us Zaharuddin nampak betapa perlunya untuk dia pakar dalam Mua'malat untuk kepentingan ummah. Dengan itu, Us Zaharuddin paksa diri untuk minat mu'amalat. Actually, I'm very impress dengan pengorbanan beliau sebab aku kalau tak minat, memang takmau belajar something yang tak minat tu haha.

Malam tu, ada Awards untuk contest yang Langit Ilahi dah anjurkan sebelum bermulanya YouthAce lagi. Dan, pidato dari Abu Ridhwan a.k.a En Razali Maarof, penasihat LangitIlahi. Pidato beliau memang betul-betul bersemangat. Konon sebelum tu, beliau cakap ' Maaf, dah lama tak pidato nii.. ' , sekali bila pidato, pergh semangat bukan kemain :D :D  Persembahan dari Mirwana , pergh aku fall in love dengan suara team nasyid Mirwana ni bila dengar live. Serious sedap ! Persembahan dari Mr.Bie yang tak boleh dilupakan hehe. Sebab Mr.Bie tak berapa sihat suara dia, boleh pulak dia pause menyanyi dan siap pause kan guitarist dia semata-mata nak minum air , and then sambung balik. Pertama kali aku tengok performer buat macam tu haha. Apapun syafakallah buat Mr.Bie, dia siap selfie atas stage *background audience* .. katanya ' nak selfiesh' haha. Sebenarnya, petang tu time aku nak pi kedai, aku bertembung dengan sorang lelaki ni baru keluar dari kereta, ambil beg ka apa entah. Dia tengok aku, aku pun lalu buat biasa je lah. Rupanya tulah Mr.Bie. Hehehe tak kenal lagi time tu.

Maaf la aku tak dapat terang secara detail apa yang disampaikan, nak tau and dengar secara langsung, beli lah CD yang LangitIlahi akan keluarkan nanti , rakaman secara langsung dari YouthAce. Hee :D

Btw, YouthAce 2014 ni memang program yang hebat sebagai langkah perubahan Pemuda dalam membina ummah. Aku sangat impress sebab team pemuda dah berjaya bina program suksess macam ni walaupun ada beberapa yang perlu diperbaiki, tapi weh ohsem kot program !

Tapi nak ceritakanlah, sebenarnya sebelum tu time kak aku hantar ke Hotel Flamingo tu, kak aku dah pesan, ' Jangan risau takda kawan, nanti buatlah kawan ' , kak aku siap ajar nak kata apa haha. Tapi aku.. biasalah memang tak reti nak peramah. So memang dalam dewan, aku just senyum je kat sebelah kanan kiri aku dari pagi sampai malam haha. Diorang pun tak tegur aku dan sibuk meyembang dengan kawan diorang jer. Aku, kalau orang tegur, aku layan la. Kalau orang tak tegur, aku pun dua kali lima lah tak tegur haha. Segan weh segan. Then time rehat tengahhari, aku boleh pulak buat kawan dengan makcik jual kedai. Nampak tak ? Senang je aku tegur dan menyembang dengan makcik-makcik,tapi dengan geng sebaya and lebih kurang, pergh memang dak lah haha. Aku siap tolong beli buku Hidup Penuh Erti by Hilal Asyraf dan Aiman Azlan untuk anak makcik tuh, siap tolong ambil sign Hilal Asyraf untuk dia.

Tapi time rehat nak dekat maghrib, aku pi makan kat Cafe Hotel Flamingo tuh, aku makan sengsorang lah cam biasa. Tapi time tunggu makanan yang punya lah lama lama dan lama nak siap, ada satu geng akhawat masuk. Dioarang duduk meja sebelah hadapan aku. Aku senyumlah kat sorang tu, dia senyum balik. Then aku terus tengok tempat lain, tapi aku perasan dia dengan sorang lagi kawan dia saling dok pandang-pandang. Dalam hati aku dah ' Janganlah tegur aku ! ' *maluuuu* , sekali memang diorang tegur aku suruh aku dok semeja dengan diorang. *Nampak sangat aku ni kesian keseorangan haha* .

Setelah berpuluh kali *hiperbola* aku menolak ajakan untuk dok semeja dengan diorang, akhirnya sebabkan kesungguhan diorang yang tak berputus asa, aku pun terpaksa lah berpindah ke meja sana dengan penuh keseganan. Bawa sekali dengan Iced Peach Tea and Waffle IceCream aku (pesan makanan ringan je sebab mahal oi!) pi meja sana. Sekali diorang tanya, aku jawab lah. Kekadang aku tanya pulak diorang. Kira dah maju lah aku, dulu orang tanya sepatah aku jawab sepatah haha. Tapi yang aku nak tergelak sebenarnya, diorang dok pass-pass tupperware ada sosej dalam tu, bekalan diorang bawak kot. Hehe :D Sebab makanan diorang lambat sampai, aku lepas dah habeh makan and duduk kejap, bila tengok jam macam nak dekat dah dengan majlis nak mula, aku nak minta izin nak pi dulu tapi rasa macam tak sopan pulak blah awal disebabkan diorang tadi jemput duduk sekali. Mujuq ada perasan aku tengok jam hehe. Aku pun last sekali bangun dulu, sebab aku jenis memang tak suka lewat bila ada aktiviti or majlis apa-apa.

Time nak balek tu, aku tolong tangkap gambar kawan ex-senior aku, time tu lah geng MrTheAllShared semua tengah turun tangga. Orang dalam video muncul live depan mata kot haha.

p/s : tak dilupakan, aku sempat bergambar dengan Aiman Azlan dan ambil signature beliau yeah! Signature Hilal Asyraf tak ambil, sebab dah pernah ambil dulu. So,, target kali ini Aiman Azlan lah haha.

p/s 2 :: haah, aku jumpa senior sekolah rendah dulu, Kak Fatimah Adilah. Dia nampak aku terus ' Ariffah!!! nada eksaited bukan kemain; haha pastu sakan nak tangkap gambar duorang. Time dah habes program, siap nak selfie dengan aku, terus aku tolak. Haaha malu lah selfie. Tangkap gambar cam biasa sudahh daa.

BTW, boleh baca artikel YouthAce 2014 " What's Next? ".   http://langitilahi.com/15928/

Jom jadi Agen Perubahan Ummah !

4 comments:

Simply Simple Person said...

Awwh.. Saya mohon share link blog ek.. ^^ senang.. Org tnya psal youthace, bg trus link blog.. Muehehe.. Salam ukhuwah..

Ariffah9 said...

Haha silakan insyaAllah wpun banyak tak lengkap information. Ini malas nak tulis pasal youth ace ke ? Keke :p

Salam ukhwah too (:

Anonymous said...

Orang yg hantar awak dan teman awak ke tempat daftar mesti comel orgnya kan...muahahahahahha

Ariffah9 said...

oh mai god !! :3

ada org perasan di sini ! :P

Geo

free counters