Saturday, March 20, 2010

CERPEN: Darah Mengalir

 Hadapan rumah...
..melihat keadaan gawat di palestin..

  Hati Marfuz seakan dimamah, disayat, dihiris. Kelihatan darah mengalir membasahi bumi Palestin. Sekali lagi, ahli keluarganya terkorban. Ya Allah, kenapa ujianMu begitu berat?
   Ibunya sudah jatuh terlutut di hadapan mayat kakaknya sambil menekup mulut. Air matanya mengalir, kesakitan ibunya adalah kesakitan jiwanya juga. Dia mengurut-urut lembut bahu ibunya agar meredakan tekanan kesedihan yang menyelubungi.

Marfuz mengetap bibir. Marahnya memuncak. Kenapa tergamak sangat kau membunuh insan yang tidak berdosa? Ah, Israel Laknatullah!!

  " Ya Allah, mana saudara seAQIDAHku? "

Di mana mereka sewaktu saudara-saudara mereka memerlukan bantuan?


Di suatu sudut..
memegang dunia..

   Pap!! Zamir terkejut. Mukanya pucat melihat tiga orang yang sedang mengelilinginya.
" Bak sini PSP kau tu! ", seorang bersuara, mendesak. Zamir keberatan.
" Hah, degil ya?!! ", serentak kawannya pula bersuara terus merampas PSP yang dipegangya.
Muka Zamir merah, menahan perasaan.
   Seorang lagi hanya diam, sedang merenung tajam ke arahnya. Lagaknya seperti ketua mereka berdua tadi. Zamir menunduk, tidak berdaya melawan renungannya yang tajam.
Dia kenal mereka bertiga, yang bertubuh gempal itu Saleh. Bertubuh kurus itu pula Daud.Tarzim, dialah yang kelihatan seperti ketua, bertubuh sasa dan tinggi.
   Tiba-tiba Tarzim menumbuk perut Zamir. Mata Zamir membulat, mukanya mengerut.
Memandangkan ketua mereka mula membelasah, Daud dan Salleh mula bersemangat untuk mengikut serta. 

                         ......................................................................................................................

   Aku menutup video yang dipasang di laptop. Video yang menayangkan dua situasi umat islam itu menyedihkan diriku. Di saat saudara kita di Palestin sedang berjuang mempertahankan tanah air dan Masjid Al-Aqsa, umat Islam rata-ratanya sedang melakukan kejahatan.
    Membuli sesuka hati, menghisap dadah, melakukan maksiat, merokok, melepak, membunuh dan pelbagai lagi paksi kejahatan yang mula menyelubungi diri individu.

   " Ya Allah, kau teguhkan lah iman kami! ".
Aku risau suatu hari nanti imanku entah ke mana, aku terpesong ke arah mana. Kerana aku tahu, manusia tidak sama dengan malaikat. Iman turun naik, walau sehebat dan sealim mana pun seseorang itu, tidak semestinya dia akan mati dalam keadaan beriman.

    Malah, Allah sudah berfirman dalam kitab-Nya.
" Adakah kamu merasakan sudah cukup beriman, sedangkan kamu belum diuji? "

   Kembarku, Afrina sedang tidur lena di atas sofa, kadangkala mengeruh. Aku menggeleng kesal. Afrina selalu balik lewat malam ditemani dengan bau hanyir yang sangat kubenci. Arak.
    Air mataku menitis..Inilah dunia. Nafsu semakin membelit jiwa-jiwa insan yang dahagakan kesenangan dan kenikmatan di dunia. Sudah berbuih-buih mulutku menasihati kembarku itu, namun sepatah pun dia tak endahkan. Ibubapaku sudah bercerai, entah ke mana mereka pergi, tidak pernah mengambil tahu keadaan kami berdua.

   Aku lah yang menanggung segala kos keperluan hidup hanya dengan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat biasa. Aku amat sayangkan Afrina kerana dialah satu-satunya adik kembarku, keluargaku.

                       .................................................................................................................

   Telefon pejabatku berdering, segera aku mengangkat gagang. Terdengar satu suara dalam keadaan sedih :
     " Kak, maafkan Afrina. Rina dah tak sanggup hidup dalam keadaan melarat sebegini. Terima kasih banyak-banyak di atas segala jasa kak membesarkan Rina dengan susah-payahnya.Kawan-kawan Rina suka mengejek dan membuli Rina, Rina dah tak tahan lagi! Terima kasih dan minta maaf segalanya. Rina sayangkan akak... ", selesai dia mengucap kata-kata sebegitu, terdengar seseorang menjerit.
   Aku tersentap. Rina? Aku berlari terkocoh-kocoh pulang ke rumah. Mata-mata yang memandangku jengkel tidakku pedulikan.

Aku melangkah dahulu ke arah destinasi yang Afrina selalu menghabiskan waktu di situ untuk meuahkan hatinya dan menghilangkan tekanan. Setibanya di sana, mataku meliar-liar mencari kelibat Afrina.
   Tiba-tiba terdengar bunyi siren ambulans. Mataku dapat menangkap kelibat yang sedang melambai-lambai ke arah van ambulans tersebut. Aku bergerak ke arah sana, mana tahu Afrina ada di sana.

" Ya Allah! Afrina!! "

                         .................................................................................................

 Aku menangis. Kak Dina masih setia di tepi, dialah orang yang menelefon ambulans serta yang melambai-lambaikan tangan pada van ambulans tersebut.
   " Terima kasih ya kak.. ", ucapku dalam keadaan pilu.
    Dia mengangguk-angguk sambil mengukir senyuman manis.

Seorang doktor keluar dengan wajah keruh, merisaukan diriku. Aku meluru mendapatkannya.
   " Kembar cik dapat diselamatkan.."
   " Alhamdulillah..", aku berasa lega.
   " Tapi keadaannya masih tidak stabil.. ".
Selesai berbincang dengan doktor tersebut, aku melakukan sujud syukur. Terima kasih, Ya Allah!!

                               ..........................................................................................

   Malam ini, aku menemani Afrina yang masih belum sedar di hospital. Aku sudah membaca yasin entah ke berapa kali. Malah, aku bersungguh-sungguh melakukan tahajjud, solat hajat serta ku panjatkan doa' bertimbun-timbun.
    Sewaktu aku baru tiba dari membeli sebotol air kosong di kedai hospital, baru dua minit duduk terdengar suara Afrina mengerang. Aku segera menekan butang kecemasan.
Sementara menunggu jururawat tiba, aku menghampiri kembarku lalu memegang tangannya erat.
   " Rina..sa, sayang kak..", ujarnya masih lemah.
   " Berehatlah adik.. Kakak pun amat menyayangi adik.. Bertahan ya, jangan tinggalkan akak ", balasku kepada adik kembarku itu.

Jururawat pun tiba. Apabila mereka tidak dapat mengawal keadaan, mereka memanggil doktor. Seorang doktor pun tiba dalam keadaan tergesa-gesa. Aku berdoa' agar semuanya baik belaka.
              "Ya Allah, jangan kau tarik lagi seorang insan dalam kehidupanku.."

   Lima minit berlalu, doktor itu memalingkan tubuhnya menghadapku.
   " Maaf cik. Kembar cik tidak dapat diselamatkan lagi.. ", kata-kata doktor itu membuatkan aku terjatuh longlai.

                    .........................................................................................................

   Entah kenapa, aku menghubungi Kak Dina. " Kak, Afrina dah meninggal ", kataku teresak-esak.
Selang beberapa minit berlalu, Kak Dina tiba di perkarangan hospital.

" Kak, kenapa Allah kejam sangat? ", kataku mengejutkan Kak Dina.
" Saya dah sungguh-sungguh berdoa' dan berhajat pada -Nya. Kenapa ini balasannya yang saya terima? ", sambungku lagi.

" Adik..sabar. Setiap musibah ada hikmahnya tersendiri ", pujuknya lembut.
" Kenapa kak??!! Dulu ibubapa saya dah cerai dan tinggalkan kami berdua begitu saja. Saya dah cukup sabar tempuhi ujian selama ini. Kenapa sekarang Allah tarik pula Afrina dan membiarkan saya terkontang-kanting keseorangan ?? ", kataku panjang lebar.

   " Adakah kamu merasakan bahawa kamu sudah cukup beriman? ", kata-kata Kak Dina membuatkan diriku tersentak.
   " Sedangkan kamu belum diuji dengan ujian yang sebenar-sebenarnya? ", sambung Kak Dina lagi dengan tegas. Matanya memandangku dalam. Aku menunduk. Aku sudah terlupa firman Allah yang sering kupegang selama ini.
   " Jangan pertikaikan takdir yang Allah sudah tentukan ke atas kita.Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya ". Maafkan aku , Ya Allah!!
    " Mungkin apa yang kamu sukai itu adalah perkara buruk manakala yang kamu benci itu adalah perkara yang baik? ", pesan Kak Dina lagi dengan lembut tetapi tegas.

" Maafkan ana kak.. ", perlahan kumohon maaf.

   Jadi petang itu, aku dan Kak Dina melawat kubur Afrina, kembarku yang kucintai sepenuh hati. Orang kampung sudah selesai menguruskan jenazahnya.

   Aku berdoa' agar Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Aku berasa kesal pada diriku kerana tidak berjaya mengubah tabiat Afrina yang suka meneguk arak. Malah, kematiannya berpunca dirinya yang hendak membunuh diri.
   Aku berharap ada sesuatu yang Afrina amalkan kebajikan kerana Allah. Semoga Allah mengampunkannya. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang.
Aku juga tidak lupa solat taubat atas keterlanjuran kataku tadi.

3 comments:

naimul firdaus said...

salam..

best cerpen ni.kamu memang berbakat, tapi masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki.
apapun moga Allah redha dengan kamu.

Ariffah9 said...

wslm. alhamdulillah.
ya, ana msih ada klemahan..
syukran..
Ameen. Smoga Allah redha pda kamu juga~

Ariffah9 said...
This comment has been removed by the author.

Geo

free counters