Pisau tajam itu tercucuk pantas. Darah merembes-rembes keluar, memercik ke arah baju putih bersihnya. Namun, tidak dipedulikan.
" Ustaz, ana minta ma..maaf. Ana dah sedar, sa..salah ana. ", kata Azif bergetar, tersekat-sekat. Mungkin menahan kesakitan yang amat.
Ustaz Zid memangku kepala murid kesayangannya itu, bahunya terenjut-enjut. Menahan sebak.
" Mengucap akhi.. ", sambil Ustaz Zid mengajarnya mengucap.
Akhirnya, nyawanya telah berpisah dengan jasadnya yang sedang kaku.
" Innalillahhi wa'inna ilahi raji'un ", Ustaz Zid terima dengan redha biarpun dirinya terlalu sedih.
Tiba-tiba Azif melambai-lambai tangan padanya. Eh, bukan dia dah meninggal?
Atau ini suatu petanda, bahawa dia akan menuruti langkah pelajarnya itu?
Seseorang menampar meja di hadapannya. Dia terkejut.
" Ehem, ehem. Tidur pulak. ".
Cikgu Syakir rupanya.Dia tersenyum kelat. Peristiwa silam yang sangat menyedihkan. Dia tak sangka pelajarnya yang nakal dan dibencinya dahulu sanggup menyelamatkan nyawanya.
Sejak tragedi itu, dia bertekad akan menyayangi semua pelajarnya walau seteruk mana pun perangai mereka.
" Tu, pelajar Form 1 nak jumpa Ustaz. ".
Dia mengangkat kening dua kali. Kenapa?
Cikgu Syakir mengangkat bahu. Tak tahu.
Perlahan-lahan dia bangkit, kepalanya terasa berat. Mungkin disebabkan memikirkan tradegi sedih itu.
Dia mengukir senyuman ke arah pelajar Form 1 itu. Muka pelajar itu tampak gelisah.
Ustaz Zid mengusap rambut pelajar itu.
" Anta nama apa? ", perlahan dia bertanya. Ustaz Zid masih baru di sini, jadi masih tidak mengenali semua orang.
" Daud ", suaranya hampir sama perlahan dengan Ustaz Zid.
" Kenapa Daud? Tampak gelisah saja.. ".
" Abang Syukur buli kawan ana. Kawan ana takut nak bagitahu ustaz. ", terangnya lambat-lambat. Kelihatan takut sahaja.
Syukur. Pelajar Form 4 Rock, nampaknya masalah baru pula timbul. Ustaz Zid menghela nafas, melepaskan beban hembusan nafas.
" Okey. Anta balik dulu kelas. Insya'allah, ana akan buat sesuatu. ", kembali dia mengusap kepala Daud.
Ustaz Zid sebetulnya tidaklah terlalu terkejut dengan perkhabaran itu memandangkan perangai kelas Form4 Rock agak teruk. Dia duduk kembali di tempatnya, memikirkan dan merancang pelan untuk menumpaskan Syukur. Menumpaskan egonya.
........................................................................................................................................................................
Syukur dan rakannya menghisap rokok. Berkepul-kepul asap menaungi kaki jalan tersebut.
Ustaz Zid menahan nafas, dia ingin berbicara dengan Syukur.
Tiba-tiba dia ternampak kelibat sebuah geng sedang menuju ke arah Syukur dan rakan-rakannya. Lagak mereka seperti gangster yang ingin membalas dendam. Ustaz Zid membaca doa' serta beristighfar agar Syukur dan yang lain tidak diapa-apakan. Dia tidak jadi melangkah, ingin melihat apa yang akan berlaku.
" Heh, hutang kami tak lunas-lunas lagi! Kali ni, memang nak kena!! ", seorang bersuara. Mungkin ketua geng Gangster tersebut agaknya.
Syukur dilihat hanya diam. Merencana sesuatu. Mungkin.
Tiba-tiba serangan dimulakan. Geng Syukur kelihatan sudah bersedia, kembali melawan. Ustaz Zid yang sedang memerhati beristighfar beberapa kali dalam hati.
Walaupun perisai Geng Syukur kelihatan ampuh namun geng yang satu lagi berganda-ganda kuat nampaknya. 10 minit yang berlalu sememangnya amat meresahkan Ustaz Zid. Tiba-tiba Syukur tersembam jatuh.
Dia bangun kembali. Tiga kali terjatuh, tiga kali dia bangun berdiri semula.
Namun waktu kali keempat Syukur ditendang jatuh, lawannya tidak ingin membazir masa.
Ustaz Zid perasan lawannya itu mengeluarkan pisau tajam kecil dari celah zip jaketnya. Tanpa melengahkan waktu walau sesaat, dia berlari ke arah Syukur.
" Argh... ", terdengar suara mengerang.
Ustaz Zid melihat muka Syukur yang berkerut. Syakir luka!
Darah menitis keluar.. Rupa-rupanya telinga Syukur sudah hilang sebelah.
Lawannya tidak mempedulikan Ustaz Zid yang secara tiba-tiba muncul. Kelihatan seperti dia masih mahu menyerang Syukur.
" Allahhhh!!! ", sekali lagi darah membasahi jalan itu. Syukur tersentak, Ustaz Zid?
"Bodoh! Kenapa selamatkan aku? ", suaranya kasar disertai sendu-sendu. Dalam marah, dia kesal. Dalam marah, dia juga sedih.
Ustaz Zid tersenyum, mungkin senyuman terakhir buat pelajar yang dicintai sepenuh hati.
" Kerana kamu jiwa ana, yang menghidupkan hidup ana ", kata Ustaz Zid terketar-ketar sambil cuba memegang dada Syukur.
'' Aslim Taslam'', pesannya ringkas sambil menyentuh dada Syukur.
" Kirim salam cinta kepada semua Form 4 ", kata Ustaz Zid lagi.
" Ustaz, apa Ustaz merepek ni? ", panggilan Ustaz daripada Syukur membuatkan Ustaz Zid tersenyum senang.
" La ila ha illallah. Muhammad Rasulullah ", begitu susah kelihatan Ustaz Nik Nazidi mengucapnya. Akhirnya, tercabut jua nyawanya.
Syukur meraung tak tentu hala. Inikah seorang guru yang amat dibencinya.
Telah menyelamatkan nyawanya dan sanggup mengorbankan nyawanya sendiri???
" Kerana kamu jiwa ana, yang menghidupkan hidup ana "
Syukur masih ingat kata-kata Ustaz Zid itu.
" Aarrrrrrrggggggggggggghhhhhhhhhhhh!!!!!!! ".
Alhamdulillah, siap juga akhirnya Cerpen Aslim Taslam ini. Kenapa dinamakan dengan Aslim Taslam? Aslim Taslam=Serahkan diri pada Islam, (Allah).
Agaknya tajuk ada kaitan tak dengan cerita ni?
Aslim Taslam 1 = http://ariffah9.blogspot.com/2010/02/cerpen-aslim-taslam.html
Aslim Taslam 2 = http://ariffah9.blogspot.com/2010/02/cerpen-aslim-taslam-2.html
5 comments:
salam..cerpen ni bagus..terus berusaha dan anti akan capai kecemerlangan yang dicari.insyaAllah
tapi tajuk jenuh pikiaq pun tak nampak perkaitan dengan cerita
wallahu'alam
wsalam,
Alhamdulillah..
Ameen3. Insya'allah~
ha2. ana amik mula2 pun sebab bunyi sedap. ana fikir jgk mcm mana nak msuk dlm crita ni..tp xjadi2..
Syukran jiddan~
salam..best sangat2..saya sampai dah keluar air mata..nanti saya pun nak buat blog saya sendiri..insyaAllah..
salam
asfina_azfira, wslm. alhamdulillah..
Truskn berusaha mmbuat blog ke arah menyebarkan ilmu..
Chayo' nehh!
p/s: terharu. smpai keluar air mata?
Anonymous, wslm.
Post a Comment