Friday, March 12, 2010

CERPEN: Frenz.. Jiwa Menghidupkan.

   Pic by JohnyMarbelo on deviantART

   Perlahan-lahan aku menghembus nafas. Semoga jumaat ini, penuh barakah.
Aku pun keluar dari kereta kancil dengan bacaan bismillah.Aku lihat di dalam bangunan itu, sudah terisi dengan tiga orang sahabat lamaku.
   Aku melambai-lambai tangan kepada mereka. Segera mendekati mereka yang kucintai.

Aku memeluk seorang demi seorang. Semuanya berwajah ceria, kecuali seorang. Hassan, yakni sahabat baikku dahulu. Hatiku terkesan.
   Lalu, aku memaut bahunya. " Kenapa bro? Ada masalah? ", tanyaku dengan gaya prihatin.
" Ceh, muka aku ni bermasalah sangat ke? ", mulutnya mencebik, cuba melepaskan diri dari pautanku.
Aku tersenyum senang. Melihat sahabat yang kucintai atas dasar ukhwah kerana Allah memang sangat menyenangkan hati, melapangkan jiwa.
  
   Kemudian, kami berempat pun beriringan ke sebuah dewan kecil. Senyap-senyap kami duduk di ruangan tempat duduk belakang.
  Bekas guru sekolah rendah kami, Ustaz Aijaz sedang berucap dengan penuh semangat. Nampaknya, semangatnya mendidik jiwa para pelajar tak pernah pudar walaupun masa beredar dari hari ke hari.
 
    " Mukhayyam (perkhemahan) sekolah kita kali ini, disertai dengan senior antum. Yang sedang tersengih belaka di barisan belakang. ", maklum Ustaz Aijaz bergurau
   Para pelajar mengalih pandangan ke arah belakang. Teruja. Melihat generasi terawal sanggup datang meluangkan masa.

   "Popular kita hari ini ", kata Halim selamba. Aku tersengih sahaja mendengar bicaranya.
Halim memang suka bergurau dan mengusik sedari dahulu lagi.

...........................................................................................................................

  
   " Eh, kau dah banyak berubah ye Akmal. Dulu kau jahil sungguh bab agama, sekarang aku lihat kau ni alim betul ", Zhuffar berbicara. Dia memang jenis 'cakap lepas', kami dah lali dengan sifatnya.
   " Alhamdulillah.. ", balasku pendek.

Halim menyiku Zhuffar, Zhuffar menyiku tanganku. Aku mengangkat kening, kenapa?
   Halim dan Zhuffar menunjuk ke arah Hassan yang sedang termenung. Wajahnya sugul.

' Ya Allah, apakah ujian yang sedang melanda Hassan? ', gumam hatiku. 

Kami bertiga berpakat. " Hassan!! " "Ooo..Hassan!!"., Zhuffar memanggil Hassan dengan nada garang yang dibuat-buatnya.
Halim menutup mata Hassan. " Cuba teka siapa aku? ".
   " Sudahla Halim. Macam aku tak kenal suara kau. ", jawab Hassan.
   " Aiseh.. Aku ingatkan kau dah nyanyuk.Hehe.. ", sakat Halim sakan.

Tiba-tiba Ustaz Aqil memanggil Zhuffar dan Halim, meminta bantuan.
" Tata sayang. Jangan termenung lagi. ", Zhuffar pula mengusik. Hassan hanya mencebik.

   Aku merenung anak mata Hassan sambil menggenggam sebelah tangannya.
" Sahabat. Kongsilah masalah anta. ", pujukku. " Insya'allah, ana cuba bantu sedaya mungkin ".
Hassan cuba melarikan pandangannya dari melihatku. Riak mukanya mempamerkan kerimasan.

" Sahabat. Akhi. Allah sentiasa bersama anta. Ana sedia bersusah payah buat anta. "
" Jangan pendamkan masalah keseorangan."

Sambil meletak tapak tanganku ke atas dadanya, ku pesan:
" Anta jiwa ana, yang menghidupkan suasana hidup ana"
 
Aku berlalu pergi. Ingin membiarkan dirinya memikirkan kata-kataku. Aku melangkah ke arah juniorku, adik-adikku.Sengaja mahu berbual-bual dengan mereka dan menyelit serba sedikit tazkirah.Generasi muda perlu dididik jiwa mereka dari kecil lagi supaya hati mereka mudah dibentuk.

   " Abang Akmal, ana tak suka la sahabat ana yang suka sembang ngan perempuan. Macam mana ya? ", Efri meminta pendapatku. 
   " Adik kena faham maksud sahabat. Sahabat, yang mana apabila dia menghampiri jurang neraka, kita tarik dia kembali ke jalan yang benar. Sahabat, yang mana apabila kita berjuang di jalan kebenaran turut mengajaknya ke arah kebaikan.".
   " Jangan asingkan sahabat kita. Mungkin sahabat adik tersalah memilih jalan jadi tugas adik adalah membawanya kembali ke jalan yang benar ", pesanku berhati-hati.
   " Beratnya tangggungjawab tu.. ", katanya sambil mengerutkan wajah.
   Aku tersengih: " Adik sanggupkah lihat sahabat adik terus selamanya berada di dalam kancah maksiat? ". Efri menggeleng cepat-cepat.

Kemudian, aku menerangkan lagi tentang sahabat panjang lebar namun dengan bahasa yang mudah supaya Efri mudah faham dan jelas.

   Dia mengucapkan terima kasih atas peneranganku. "Ingatlah, cintai sahabat melebihi diri sendiri", pesanku padanya sebelum dia beredar pergi.

   Aku terkejut. Rupa-rupanya Hassan mendengar semua yang aku perbualkan bersama Efri.
 Dia hanya memandangku sayu.

......................................................................................................................

   Setiap khemah, terdapat dua orang yang 'hirasah' iaitu berjaga malam. Mereka akan bertukar-tukar giliran mengikut jadual. Setiap orang yang berjaga wajib memeriksa kawasan sekeliling dan membaca Al-Qur'an serta mengejutkan kawannya yang bertugas selepas itu. Pada pukul 5.00, semua perlu bangun untuk melakukan solat tahjud berjemaah.
   Aku sengaja berjaga untuk melihat pewaris generasi umat islam akan datang. Setelah memastikan semua menjalankan tugas, aku mengambil wudhu'. Ingin bermunajat pada -Nya.

   Dalam sujud, aku berhajat agar Allah membantu menyelesaikan masalah sahabatku yang tercinta. Selesai solat, aku berdoa'. Merintih, menangis. Hatiku tersentuh melihat Hassan dalam keadaan sugul. Aku berdoa' dengan bersungguh-sungguh agar Allah bantu dalam setiap urusan kehidupannya.

   Tiba-tiba seseorang meluru memelukku. Siapa?
Ya Allah, Hassan! 
 Dia menangis di atas ribaanku.Menceritakan masalahnya serta memohon maaf atas kedinginan layanannya terhadapku. Aku membelai rambutnya, selayak seperti memujuk kanak-kanak pula.

Katanya, dia terharu mendengar semua kata-kataku kepada Efri petang tadi. Dia juga tersentuh melihatku berdoa' bersungguh-sungguh demi dirinya.

   ' Terima kasih Ya Allah! Sesungguhnya kau Maha Mendengar ', bisik hatiku , amat bersyukur.








  

 

2 comments:

naimul firdaus said...

salam..muqaddimah cerpen yang menarik..idea macam nak sama dengan sinergi bab 11,betul tak?
ana teka ja..hehe
apapun kita sama-sama tengok macam mana cerita ni terus berlangsng,insyaAllah!

Ariffah9 said...

wslm..
syukran2..
cerpen ni nmpk tergantung ke?
huhu..ana ingat xmau buat brsambung..
klu nmpk tergantung, nk kna sambung plk..

sinergi? mcm cerpen A.I.E kot..
ana amik definisi sahabat , cerita hntam.. haha...

Geo

free counters