Sila baca sekali hadith dalam wallpaper tu ya.
klik pada gambar untuk dilihat dengan lebih jelas dan cantik.Haha,tak cantik pun.
Samihah, I dedicate this to you, wallpaper design sendiri,ok!
Sedikit sajak buat anti...baca lagi
Dulu, kita tak pernah bercanda
Kini,ditakdirkan duduk bersebelahan
Biarpun masih kekok
tetap saja cuba untuk berbual
Ditakdirkan juga
Bulan kelahiran sama
Menginap di daerah yang sama
Bezanya, kamu minat Sains
Aku minat Matematik
Sebagai rakan
Sebagai saudara
aku tidak mahu kita berdua
akhirnya jatuh ke lembah hina
Marilah kita berganding
meningkatkan diri
agar wasilah sentiasa memekar
melilit keharuman Islam
Rasanya kita benar-benar berkawan
tidak sampai setahun
Namun itu sudah cukup
untuk memunculkan
kepercayaan kepada dirimu
dalam sanubari hatiku ini
cukup.sudah cukup.
Terima kasih rakan.
Kadang bersamamu
ku dapat sesuatu yang baru
namun biarlah
'sesuatu' itu rahsia
Terima kasih
dapat menerima diri ini
yang sememangnya hina
maafkan salah daku
terima kasih segalanya.
Maaf kawan-kawan lain, wallpaper untuk antunna tiada pula. Special untuk kelahiran sama dengan bulan kelahiran ana. Ups,jangan jeolous..
Satu peringatan untuk di'muhasabah'kan bersama-sama ya. Umur makin meningkat, ajal makin menghampiri. Bersiap sedialah.
Manusia yang bijaksana adalah yang sentiasa mengingati mati dan bersiap-sedia menghadapinya.
"Seorang Mukmin (sejati) tidak akan terperosok ke dalam lubang yang sama dua kali"
(Riwayat al-Bukhari no.6133 dan Muslim no.2988)
Ana punyai masa silam, kalau demikian kita semua juga, moga tidak jatuh dalam lembah kehinaan lagi. InsyaAllah.
p/s: saya tahu, 'budak hari lahir' 10 oktober ni bukan jenis buka blog ana.Tak kisahla. Nanti kawan lain, mesti ada buka.
Untuk tatapan mata yang selesa, kena ada saiz besar. Saiz kecil memang tidak nampak cantik (begitulah insan baru belajar)
No comments:
Post a Comment