My favourite author?
Book of a Wizard by ~st30 on deviantART
Faisal Tehrani, Hlovate, Hilal Asyraf, Ramlee Awang Murshid, *Ustaz Hasrizal, Abdul Latip Talib.
Then, Habiburrahman El-Shirazy, Fatimah Syarha, Dr. Farhan Hadi.
Jom ulas sedikit berkenaan penulisan mereka..
Faisal Tehrani
Ana mula kenal penulis Faisal Tehrani ni sejak syarikat penerbitan Al-Ameen bagi hadiah buku Tuhan Manusia dan Detektif Indigo kepada ayah ana untuk ana.
Buku yang dah baca, Siri Detektif Indigo, Tungguh Teduh Dulu, Tuhan Manusia, Karya Nan Indah.
Buku yang paling best,mantap adalah Tuhan Manusia. Novel ni berkenaan bagaimana seorang adik menghadapi ke'murtad'an abang dia. Ada perbincangan, diskusi berkenaan kristianisasi,falsafah,pluralisme. Kiranya, pertembungan fikrah Dunia Barat dan Dunia Islam. Ilmu sebegitu dijadikan novel, suatu kisah. Novel sebegini yang ana amat amat minat. Tak pernah bosan diulang baca.
Dari beliau, ana belajar banyak ilmu 'istimewa' kerana beliau adalah penulis yang suka mencabar pembaca. I really like it.
Siapa yang baca novel beliau pasti akan mengakui novel Faisal Tehrani tak akan terlepas dari ilmu mutiara yang sangat memenuhi di dalam jalan cerita.
Hlovate
Terdetik fikiran ana nak baca novel dia sejak Hilal Asyraf kata 'Hlovate ni macam sifu ana dah'.
Bila baca novel dia, wow. Speechless.
Novel Hlovate bukan sembarangan, memang bahasa berterabur kalau nak ikut skema penulisan. Novel beliau sangat menyelami perasaan seorang manusia.
Novel yang ana dah baca - Aa+Bb , Versus, 5 Tahun 5 Bulan, Rooftop Rant. Versus dan Rooftop Rant memang sangat membantu kita memahami ragam manusia. Tak keterlaluan kalau dikatakan pendakwah juga perlu baca Versus dan Rooftop Rant , senang nak fahami mana-mana mad'u yang bermasalah.
Dari hlovate, ana belajar ragam dan jiwa manusia. Seorang skater, seorang yang terperangkap dalam 'family macam strangers' and others.
Hilal Asyraf
Mula baca novel beliau sejak terjumpa novel Terasing dekat Alor Star, mula-mula memang tak kenal tapi bila lihat link 'www.langitilahi.com' yang ada kat novel tu terus teringat Langit Ilahi yang pernah buka di internet.Cuba beli, sinopsis pun macm best je tengok. Selepas tu terus ketagih beli bila jumpa novel Hilal Asyraf.
Buku yang dah pernah baca- VT, Sinergi, Terasing, Remaja Mulia, Relasi, Langit Ilahi 1, Langit Ilahi 2. Tengah mencari-cari Langit Ilahi 3, menanti Takdir dan Hero.
Dari beliau, ana belajar apa yang perlu ada pada sikap dai'e yang sebenar, sikap para pemimpin yang sebenar. Tak lupa juga, kita tidak boleh menghukum seseorang begitu sahaja biarpun seburuk mana seseorang itu.
Kesimpulannya, buku beliau memang sangat diperlukan pada masa kini untuk manusia mengerti hakikat sebenar kehidupan dan Islam secara mudah faham.
Book by ~blindmanphoto on deviantART
Ramlee Awang Murshid
Novel R.A.M ni ana baca bila kak ana beli. Sangat sesuai untuk orang yang ketagih novel cinta, fahami kembali erti cinta sebenar. Cinta yang suci bagaimana.
Memang novel thriller habes, jalan cerita memang tak terduga, bahasa pun kemas.
Tapi, tak reti nak komen banyak,cukup kata plot novel ni mantap!
Ustaz Hasrizal
Hanya 1 buku yang ana pernah baca iaitu Murabbi Cinta.
Sangat bagus untuk orang yang dah dewasa sebenarnya dan yang dah berumah tangga. Tapi tak apa. Untuk lebih memahami cinta sebenar dan kendalikan , boleh je untuk semua umur.
Yang membuatkan ana minat bukunya, cara penulisannya amat menarik. Buku motivasi @ tazkirah yang sangat menarik. Gaya penyampaian bersahaja dan agak lucu juga, namun tetap penuh informasi . =)
Siapa yang selalu bosan dengan buku-buku ilmiah, boleh jadi ketagih membeli buku beliau yang seterusnya.
Abdul Latip Talib
Penat kalau nak list novel islam sejarah beliau yang pernah dibeli. Kalau empat Imam Mazhab tu, memang dah ada semua. Kalau Khulafa' Ar-Rasyidin belum ada semua. Kalau para sahabat tu banyak la. Sultan al-Fateh pun ada. Perang Badar dah ada, Perang Uhud belum.
Setakat ini, novel Pak Latib ni lah yang paling menarik gaya penyampaian cerita berkenaan sejarah zaman Nabi. Sampai yang tak minat pasal semua tu, jadi peminat setia.
Habiburrahman El-Shirazy
Novel yang dah baca- Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta bertasbih 2, Bumi Cinta.
Kalau dari beliau pula, ana belajar tentang fitnah perempuan, cinta syari'e, al-azhar. Lebih kurang yang berkaitan macam tu la.
Sesuai sangat untuk orang yang ketagih tegar novel cinta yang tiada pengajaran, fahami cara mengendalikan cinta agar cinta tidak bercambah dengan dosa.
Fatimah Syarha
Daripada novel kak Fatimah ni, dapat tahu cara berdakwah.
Novel yang ana pernah baca- Tautan Hati, Palestin Tak Pernah Gentar, Syabab Musafir Kasih, Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul.
Novel first yang dibaca ialah Tautan Hati. Mula baca di rumah kawan sekolah rendah dulu (dia yang suggest) bila bermalam di sana. Dah novel tebal sangat, tak sempat habiskan sebab tu kakak kawan punya.
Bila dah balik, mula tercari-cari novel tu di kedai buku. Akhirnya jumpa juga..
Paling ana faham bila dah baca novel kak Fatimah ni adalah ketabahan perjuangan seorang dai'e. Sukar, sangat sukar.
Dr. Farhan Hadi
Tergerak nak baca novel ni sejak sembang dengan senior pasal novel Fatimah Syarha. Senior lah yang bagitau pasal novel 'Denyut Kasih Medik'.
Selepas tu, apa lagi, kerja cari novel tu. Akhirnya, dapat juga..beli online. Punya kemaruk!
Dapat disimpulkan perkara paling asas dalam novel tu, adalah, walau sesibuk mana kena juga berusaha menyampaikan sesuatu (berdakwah) dan kena berani melawan perkara yang haram.
The Book by *colorrs on deviantART
* * * * *
Oh ya, buku lain yang best. The Choice-Ahmad Deedat dan buku-buku Syeikh Yusuf Al-Qardhawi. =)
p/s: Oh ya, duit boleh pokai juga dibuatnya bila dah jumpa buku, asal pergi mana mesti tercari-cari kedai buku. Banyak guna duit sendiri, so kena pandai fikir juga buku yang betul-betul penting. Kalau bawa duit banyak tu, banyak tu jugalah habis dengan beli buku. Huu..
No comments:
Post a Comment