Friday, October 8, 2010

ZIKIR Tanpa FIKIR

Manusia perlu mengenal Tuhan. Caranya- ada 2.
FIKIR dan ZIKIR.

    Jalan pertama ialah FIKIR pada ayat-ayat Allah yang direnung dan diperhati.
    Jalan kedua pula adalah dengan ZIKIR pada ayat-ayat Allah yang dibaca.

Zikir sukar membawa khasiatnya kalau manusia berzikir tanpa berfikir biarpun zikir adalah jalan yang tinggi pada mendampingi Allah.

Itulah pesanan HAMKA.


   Beliau mendidik umat Islam agar menjadi manusia yang rajin berfikir, kerana manusia perlu berfikir. Kalau tak berfikir, dah tak jadi manusia. Huu..Bit scary.

Fikir yang menyampaikan kepada zikir, kita menjadi insan yang Muslim.

Membaca Murabbi Cinta hasil nukilan Ustaz Hasrizal (kepingin nak ke bengkel penulisan beliau, malangnya telah dibatalkan ), ana baru tahu satu kisah kehidupan manusia di benua gelap bernama Eropah.

  Selepas kejatuhan Empayar Greco-Roman, kuasa istana dan gereja bersekongkol mendominasi manusia. Waktu tu, manusia didoktorinkan bahawa berfikir,keinginan untuk tahu dan menyoal adalah dosa. Kombinasi antara fikir, keinginan untuk tahu dan bertanda tanya untuk tahu dan bertanda tanya itulah yang mendorong Adam menjamah buah larangan, lalu terjebak ke dalam original sin.

   Sebab tu, jadi larangan berfikir??

  Lalu massa dibunuh pemikiran mereka. Haram bertanya soalan! Dan akibatnya, bila berhenti berfikir, jadilah mereka haiwan yang dicucuk hidung ditarik tali. Zaman GELAP Eropah.

   Menakutkan! Dilarang berfikir, ana hairan betullah.. Macam mana nak tahan dari bertanya soalan. Hu, ana ni kalau bab tanya soalan , sangatlah best!

Contohnya- zikir tanpa fikir:
  " Anti ni bila hendak berdakwah? Asyik dengan mengkaji bintang, bulan, awan, dan lain-lain lah . Tak reti-reti nak berjuang betul-betul?"

    Bukankah kejadian langit dan bumi sendiri terdapat di dalam al-Qur'an?


    "Tidakkah kamu berakal untuk memikirkannya"
    (Al-Baqarah: 76)

No comments:

Geo

free counters