Thursday, November 11, 2010

Syahadah, benarkah kita faham & hayati?

Sekolah telah mengadakan KPI (Kolokium Penghayatan Ilmu) bertemakan 'Syahadatain' selama 9-10-11 November 2010.

Izinkan ana berkongsi sedikit apa yang telah disampaikan oleh Ustaz Hamzah (bekas muallim sekolah rendah ana) dalam slot kedua beliau.

KANDUNGAN SYAHADATAIN


3 Perkara Asas - (Ikrar, Sumpah, Perjanjian)

    Ikrar adalah penyataan seorang muslim mengenai keyakinannya, penyataan ini sangat kuat kerana adanya ikatan dengan Allah. Kewajipan kita untuk menegakkan dan memperjuangkan apa yang diikrarkan.

     Sumpah pula adalah kesediaan menerima akibat dan risiko dalam mengamalkan syahadah. Muslim yang menyebut asyhad bererti bersiap dan bertanggungjawab. Pelanggaran terhadap sumpah ini adalah kemunafiqan.

    Perjanjian iaitu janji setia untuk mendengar dan taat dalam segala keadaan terhadap semua perintah Allah.

syahadah by ~artneqz on deviantART

Iman - (Perkataan, Membenarkan, Amal)

   Perkataan adalah ucapan yang bersamaan dengan kehendak hati dan diucapkan dengan penuh kebanggaan. Maksudnya, kita bersyahadah dengan ikhlas yang lahir dari hati dengan rasa yakin dan bangga.

   Membenarkan ialah mengesahkan dengan hati tanpa keraguan, yakin dan terima tanpa rasa berat. =Kita menerima islam tanpa ragu, rasa yakin dan tidak rasa terbeban dengan Islam.

   Amal terbahagi kepada empat.      -amalan yang bermotivasi
                                                               -amalan yang lahir dari hati yang faham
                                                               -amalan untuk mendapatkan redha Ilahi
                                                               -amalan yang dapat diteladani

Istiqamah - (Berani, Tenang, Optimis)

    Istiqamah bermaksud konsisten, tetap hati dan pendirian, teguh, tidak berubah dan tahan uji.

     Berani dengan sentiasa merasakan bahawa Allah adalah pembela serta tidak takut menghadapi cabaran hidup. Malah, bersiap sedia berjuang untuk menegakkan hak. Berani mestilah dengan yakin terhadap qada' dan qadar Allah yang pasti dan tidak takut kepada kematian.

   Tenang adalah sentiasa merasa tenang bahawa Allah adalah pelindung dan pemelihara.

    Optimis pula dengan meyakini bahawa masa depan adalah milik orang-orang yang beriman. Yakin bahawa Islam akan menang manakala kufur akan hancur. Segala amal dan perbuatan yang baik pasti akan dibalas dengan kebaikan. Kita mesti berasa yakin dengan kemenangan dan kejayaan Islam yang pasti akan berlaku di masa datang.
         
      

No comments:

Geo

free counters