Sunday, November 21, 2010

Invictus : Great Words!

    Ingatkan tidak mahu update blog ini sehingga selesai tugasan saya tetapi mata sendiri yang rimas melihat blog masih tidak diupdate.


   Cuti sekolah kali ini, tidak mempunyai banyak peluang untuk merehatkan diri. Jadual benar-benar padat.
Teringat seorang Ustaz berkata : "Banyak melakukan maksiat salah satunya berpunca daripada mempunyai banyak masa yang terluang".
Herm, benar juga. Kalau kita sibuk mana ada masa untuk bermaksiat dan berjiwang, bukankah?



    Jiwa saya semakin tenteram apabila cuti sekolah bermula. Bukanlah kerana salah di sekolah namun banyak masa untuk berfikir di rumah berbanding di sekolah. Mana taknya, di sekolah mana ada waktu untuk bersendirian. Ya tak?
    
busy bee by ~SAMLIM on deviantART


     Lagipun, banyak kenalan internet seakan memberi dorongan (maksud saya, secara dalih..mereka tidak menyatakan dan tidak berniat pun tetapi saya sendiri terdorong dengan tulisan-tulisan mereka). 


Siapa berani kata semua kenalan internet adalah membahayakan. Tidak!! Bergantunglah anda peroleh email itu dari sumber mana. Jika sumber yang baik,InsyaAllah baik. Jika sumber yang tidak elok (bak kata ustaz Hanif:InsyaAllah) jadi tak elok dibuatnya.


Jadi, post kali ini berjurus kepada ucapan terima kasih buat sesiapa yang mengenali diri ini. (er, ayat cam ngapa gi ? )


    Kata-kata yang sempat disalin sewaktu menonton filem Invictus :


- Forgiveness represent the soul
-You vote me for the leader, so let me lead you
-We must exceed our own expectation
-Don't criticize without understanding
-I'm the master of my fate , I'm the captain of my soul
-This country is hungry of greatness
-Help will come, help will there


p/s: boleh ambil, namun sila letak sumber dari : Invictus

No comments:

Geo

free counters