Thursday, February 24, 2011

Cerpen: Peace dan Tampar?

Peace!    


Dapp!!

   " Hoi, kenapa tampar kepala aku ni? Tak pasal-pasal je.. ", marah Alif.

   " Dah tu, kenapa kau buat peace? Simbol freemason tau! ", marah Danir pula.

Alif menghela nafas. Sungguh la, ramai terpengaruh...Ramai obses dengan freemason!

    " Danir.. jangan obses sangat boleh tak? Freemason memang dah pengaruh ramai orang..", Alif menggeleng-geleng.

    " La..betul la. Tak elok buat peace! Simbol freemason tu.. ", Danir masih bertegas.

    " Ok fine! Tampar kepala orang dan buat gaya peace, mana lebih teruk? ", Alif membalas. Dia memperbetulkan mejanya.

Danir terdiam.

   " Rasulullah tak bagi tampar kepala orang kan? ", uji Alif  lagi.

Danir masih terdiam.



   " Danir.. Freemason tu jahiliyah kan? ". Danir mengangguk, respons pada soalan Alif.

   " Dan, lebih banyak lagi jahiliyah kat dunia ni. Jangan pandang macam Freemason tu sahaja jahiliyah. Hakikatnya, hiburan, lagu, maksiat semua tu pun jahiliyah. Yang kau dengar lagu-lagu cinta jiwang tu pun salah satu jahiliyah. Lebih baik kau berhenti dengar lagu tu dahulu sebelum fikir-fikir bab Freemason.. ", sedas Alif beri tazkirah 'free'.

Danir terasa juga, memang dia layan lagu-lagu jiwang pun.

   " Tapi, bukankah kita perlu tahu isu semasa? ", mata Danir menuntut jawapan.

Alif menepuk dahinya. ' Aiseh, kawan aku sorang ni.. ', rungut hatinya.

    " Sejak bila aku larang kau ambil tahu pasal Freemason nieh? Suka hati kau la nak ambil berat pun, cuma jangan terlalu melampau sudah la. Masih banyak ilmu perlu kita tuntut tahu! Ambil tahu, ambil tahu juga tapi jahiliyah surrounding kita jangan lupa sisihkan! ", Alif mengambil pensel, mencatat entah apa atas sehelai kertas.

    " Jahiliyah surrounding? Maksud kau apa? ", tanya Danir, terkebil-kebil matanya.

    " Erm..maksud aku. Jahiliyah sekeliling kita, atau lebih tepat benda lagha yang kita pandang remeh-temeh ni. ", Alif menutup sedikit catatannya apabila mendapati Danir menjeling.

   " Cakap sedikit benda lagha apa tu? ", gesa Danir.

   " Kau tengok TV? Kau buka channel apa? Ada kau buka rancangan hiburan? Menyanyi, menari, drama entah apa-apa... Itulah salah satu jahiliyah yang banyak mempengaruhi hidup manusia sekarang ni. Dalam kau sibuk-sibuk usya Freemason mungkin hal ini kau terlepas pandang. Hakikatnya, Freemason sendiri yang mencucuk umat Islam agar fokus pada hiburan duniawi... ", kertas dilipat, sudah selesai ditulis.

Danir terdiam lagi. 'Alamak, memang aku lah tu yang terpengaruh', monolog hatinya.

Alif menghulurkan kertas yang dilipat tadi pada Danir.

   " Aku cau dulu! Nak tanya apa-apa lagi, sambung lain pulak noh..Wassalam.. ", Alif bangun dari kerusinya, lalu keluar dari kelas.

Danir mengangguk. Menerima huluran kertas tersebut, dan terus membukanya sebaik sahaja Alif selangkah di luar kelas.

Peace! [relax, peace aku peace keamanan tahu!]

   ' Aik, biar benar budak nie. Yang nie je dia tulis... ', Danir menggumam.

Dibelek-beleknya kertas tersebut.

Oh, ada sedikit catitan di belakang helaian kertas.

Danir, 
FREEMASON = JAHILIYAH. Betul.
JAHILIYAH = FREEMASON. Bukan. Tak tepat.
Hakikatnya, banyak lagi benda lain adalah Jahiliyah. 

Peace lagi! [Lukisan simbol peace]

Alif Cool...
{TandaTangan}

Danir tersengih. 

Alif suka sungguh menggunakan ayat 'hakikatnya' dan 'peace'.

Apapun,
Terima kasih sahabat.

Sungguh, terima kasih.

Tuesday, February 22, 2011

Syeikh Mesir

Pagi tadi, ada majlis bersempena Maulidur Rasul. Syeikh Mesir yang datang.

Seronok. Tersenyum dalam hati. Ceria di luar.

As-Syeikh Asyraf Hamid Al-Hasanain. :) Beliau berceramah di dalam Bahasa Arab, dan penterjemah kami ialah pengetua kami sendiri, Ustaz Abdullah Haron.

Erm, beliau berucap berkenaan dalil yang mengharuskan pujian ke atas Rasulullah. Setelah berceramah, beliau dan sahabatnya melakukan burdah, pujian kepada Rasulullah s.a.w.

" Jangan kamu memuji aku seperti orang Nasra memuji Nabi Isa. Pujilah aku dengan sesuatu yang benar. Jangan seperti Nasrani yang mengatakan Nabi Isa anak Tuhan. Nescaya, itu bukan pujian! "

Pesanan: Kalau tidak mengetahui sesuatu itu, katakan sahaja tidak tahu. Usah berbohong dengan fakta yang menipu.

Wednesday, February 16, 2011

Bebas dan Hirau


Fenr : " Kau pernah rasa nak bebas? "
Yesr : " Pernah. Somehow, kita akan rasa juga perkara tu.. "
Fenr : [Sambil mengangguk] " Ya betul.. tapi, bila fikir balik walau seronok tapi tak bahagia "
Yesr : [Turut mengangguk] " Erm, kenapa tetiba tanya ni? "
Fenr : " Salah? "
Yesr : [Menggeleng] " Tak, tapi macam something happens "
Fenr : [Senyum kelat] " Nothing. "
Yesr : " Tengok gaya sudah tahu. Cerita la "
Fenr: " As usual, I won't. You know me right? I am private people. Sometimes, bukan semua perkara boleh diluahkan "
Yesr : " Ok, I got it. Terserah. "
Fenr : " Thanks faham. Anyway, walau nak bebas macam mana sekalipun. Kadang, bila fikir balik rasa macam nak sumbang pada ummah banyak-banyak. "
Yesr : " Tak sanggup lihat orang Islam berpecah dan berhibur bermaksiat ya? "
Fenr : [Merenung jauh] " Betul. Kalau sampai bila pun nak mengharap orang lain, lebih baik kita bergerak dulu. Lagipun, amalan kita dikira kan? Dan, hati ni memang pedih kalau tengok manusia lalai. "
Yesr : " Kau tak rasa diri kau pun lalai? " [Ayat menguji]
Fenr : " Aku pun lalai. Sebab itu, kena sibukkan diri agar tak lalai. "
Yesr : [Angguk puas] 

Yesr memeluk Fenr sambil berbisik ; " Kau kena terus berjuang, sahabat. Kalau aku tak lama hidup kau kena teruskan berjuang. Ini amanah. "

Fenr membalas pelukan. Terasa hangat. Air mata sudah mengalir." Kau jangan cakap macam tu. Aku pun sama, kalau aku tak sempat hidup lama, kau sambung juga perjuangan ini dan didiklah pewaris."

" Kematian itu hakikat. Kau jangan risau.. "

Fenr mengangguk. Dia tahu dan sedar. Namun, kalau kematian itu melibatkan orang yang tersayang, memang perit.

Dia teringat satu kata 

" Orang yang bijaksana adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersiap-sedia menghadapinya "

Dia tersenyum, bangga mempunyai sahabat yang sentiasa mengingati mati.

pascaskrip: cerita di atas adalah rekaan namun ambil sahaja iktibar jika ada.

Friday, February 11, 2011

Steps Down Finally!

Akhirnya. Hosni Mubarak STEPS DOWN!

Abang sulung saya , tiba-tiba kecoh satu rumah " Mubarak turun! Mubarak turun! ". Pecut terus ke ruang anjung, ya benar sekali! Terpapar besar tajuk di Al-Jazeera " MUBARAK STEPS DOWN ". Semuanya sama di BBC dan CNN.


Masa di Mesir, dalam kiraan maghrib dan di Malaysia lebih kurang pukul 12.05 tengah malam.

Saya terus on laptop dan sebarkan pada semua rakan ym. Hee :)

Mahu bukti?

Laman web CNN, terpapar tajuk besar : "Egypt is free! Egypt is free!".

Klik pada nama web di bawah  untuk ulasan seterusnya:
CNN
BBC
Al-Jazeera

Tinggal, pemerintahan yang diganti. Mungkin Omar Suleiman? Bagaimanakah pimpinannya pula nanti?

Tuesday, February 8, 2011

Cintakan Masalah, Anda?

Bila ada yang bertanya tentang hati dan perasaan, saya cuma mampu merenung sebentar dan menjawab dengan berat hati. Dalam hati, saya ketawa sakit.

Apa? Ketawa tapi sakit?

Ya.

Saya cintakan masalah tapi semestinya masalah itu menyakitkan. Orang kata, masalah itu kembar kita. Tak, saya yang reka ayat itu tapi mana tahu ada juga orang cakap begitu?

Maaf. Maaf kepada yang bertanyakan kesihatan saya, saya jawab baik-baik sahaja.
Hendak kata berbohong, tidak rasanya. Kesihatan fizikal memang saya berterus-terang namun kesihatan mental jangan harap untuk saya menjawab.

Mungkin ada juga saya meluahkan masalah pada rakan-rakan namun selalunya itu masalah yang tidak berapa besar buat saya walaupun tetap melukakan hati.

Ah, ayat pelik? Biarkan saja.

Saya akui, peristiwa yang melukakan hati saya susah dilupakan, walaupun tahun demi tahun berlalu, ingatan itu tetap kemas tersemat dalam minda. Sebaliknya, peristiwa gembira begitu mudah saya lupakan. Pelik.

makin banyak berkawan, masalah timbul? bahagia apa. 

Friday, February 4, 2011

Luahan Hati: Hiburan tak habis-habis?

Aku sedih. Melihat Junior Master Chef Australian, program kanak-kanak dalam satu program menjadi chef. Kagum melihat kepandaian mereka. Sekecil-kecil umur 8 tahun pun ada.

Aku sedih bukan apa. Cuba lihat apa yang Malaysia sediakan program untuk kanak-kanak atau remaja. Idola Kecil? Tom-tom Bak? Bintang Kecil? Dan lain-lain yang aku sendiri tidak berapa arif.

Ok, ada juga seminar, kem motivasi dan lain-lain lagi yang disediakan untuk kerohanian tetapi aku ingin fokuskan pada apa yang majoriti rakyat Malaysia fokuskan dan lebih minati. Apa yang banyak ditayangkan sekarang ini.

Akademi Fantasia, Lirik apa ntah serta banyak lagi. Inikah Malaysia?


Sewaktu melihat program Junior Master Chef tersebut…

Ayah : Ha, kan bagus program macam ini. Malaysia tahu hiburan, artis saja.
Kakak : Itulah. Comel tengok diorang ni, hebat-hebat pula.
Ayah : Kalau kecil-kecil mereka dedahkan dengan ini, sini kecil-kecil tahu tayang hiburan sahaja!

Wednesday, February 2, 2011

Keadaan Terkini di Mesir. *Edit*

 Alhamdulillah, dapat juga bertanya pada pelajar Mesir sendiri.

Internet sudah dapat digunakan di Mesir.

Berkenaan khabar bahawa lapangan terbang di sana meletup tidak dapat dipastikan, berkemungkinan cuma terbakar sedikit atau sebaliknya. Wallahhualam.

Perintah berkurung masih lagi berkuatkuasa. Rakyat masih lagi merusuh, membakar bangunan dan muzium.

Khabar banduan terlepas adalah hampir 6000 (banduan Mesir bukan sembarangan). Berkenaan kes rogol di Iskandiarah (Alex), wallahhualam.. Pelajar Mesir sendiri masih tak dapat memastikan kesahihan berita tentang banduan dan kes rogol ini. Namun, banyak juga hebahan kes rogol ini adalah suatu penipuan dan ada yang berkata kes rogol berlaku di London. Cari sini

Ada banduan sudah dapat ditangkap kembali.

Setakat ini, Dumyat masih aman. Alhamdulillah.



Mereka (Pelajar Malaysia di Mesir) dalam proses akan dipindahkan ke Jeddah.

Mungkin, itulah salah satu hikmah. Dapat pergi ke Jeddah secara percuma.
Bukan peluang yang mudah didapati. :)

BOLEH LIHAT DI sini, senarai nama pelajar dan rakyat Malaysia yang BERLEPAS KE JEDDAH.
Apapun, kami di Malaysia sentiasa mendoakan keadaan di Mesir kembali aman dan memperolehi pemimpin baru yang adil. Tak lupa juga, sentiasalah bersama-sama mendoakan rakyat Palestin. 

InsyaAllah. Ameen. Sambutlah wahai pembaca.

Sama-samalah kita mendoakan mereka di sana. Doa adalah senjata mu'min :)

Punca Rusuhan : Menentang pemerintahan kuku besi Husni Mubarak.

Sumber info:  Azam Qr (Mesir), Danial Yarmouk dan Sadhil (Mesir).

Geo

free counters