Tuesday, February 8, 2011

Cintakan Masalah, Anda?

Bila ada yang bertanya tentang hati dan perasaan, saya cuma mampu merenung sebentar dan menjawab dengan berat hati. Dalam hati, saya ketawa sakit.

Apa? Ketawa tapi sakit?

Ya.

Saya cintakan masalah tapi semestinya masalah itu menyakitkan. Orang kata, masalah itu kembar kita. Tak, saya yang reka ayat itu tapi mana tahu ada juga orang cakap begitu?

Maaf. Maaf kepada yang bertanyakan kesihatan saya, saya jawab baik-baik sahaja.
Hendak kata berbohong, tidak rasanya. Kesihatan fizikal memang saya berterus-terang namun kesihatan mental jangan harap untuk saya menjawab.

Mungkin ada juga saya meluahkan masalah pada rakan-rakan namun selalunya itu masalah yang tidak berapa besar buat saya walaupun tetap melukakan hati.

Ah, ayat pelik? Biarkan saja.

Saya akui, peristiwa yang melukakan hati saya susah dilupakan, walaupun tahun demi tahun berlalu, ingatan itu tetap kemas tersemat dalam minda. Sebaliknya, peristiwa gembira begitu mudah saya lupakan. Pelik.

makin banyak berkawan, masalah timbul? bahagia apa. 



Kepala saya pernah dijahit, saya masih ingat perasaan saya tika itu. Saya dihempas ke luar pagar, saya masih ingat rentetan peristiwa itu.Saya demam di Mekah sewaktu kecil-kecil dahulu sehingga tidak dapat ikut ke Gua Hira’, saya ingat saya hingga dibawa ke hospital.

Muallim memberi taujih (nasihat) tentang perlakuan salah saya, saya masih jadikan sebagai pedoman. Saya dikutuk oleh ramai pelajar lelaki, saya masih ingat. Saya disisihkan senior kerana menegur perlakuan mereka, saya masih ingat juga. Saya dituduh tanpa mendapatkan pembelaan, saya masih ingat perasaan terluka saya.
Dan, pelbagai lagi.

Tetapi, jangan risau. Saya sentiasa berusaha untuk memaafkan insan itu.

Biasalah, manusia banyak kesalahan. Oh, dan saya sendiri banyak salah.
Dan mungkin, dalam banyak-banyak masalah yang berlaku adalah berpunca dari saya sendiri.

Saya bukan jenis manusia yang suka mengadu pada sesiapa, saya lebih banyak memendam sendiri. Saya boleh kata, tiada sesiapa yang mengenal diri saya yang sebenar hatta keluarga dan rakan-rakan sendiri. Oh, ustaz kasyaf? Itu saya sendiri pun, wallahhua’lam.

Kenapa saya hingga berani berkata begitu? Kerana saya memang banyak privasikan kehidupan saya. Tak, bukan bermaksud saya ini menyendiri. Jujur saya cakap, saya jenis berkawan dengan sesiapa pun. Kalau bising, siapa? Kadang, itulah saya.

Kalau satu kelas sunyi sepi sewaktu guru tiada, saya akan berhenti sebentar menyiapkan kerja. Mengangkat muka, memandang seluruh isi kelas (duduk di belakang sekali, lambat ‘cup’ tempat). Dan, tiba-tiba membuat bunyi pelik dengan kuat. Kemudian, rakan saya di sebelah pasti menyambut dengan bunyi pelik juga. Pecah ketawa rakan-rakan.

Saya, macam orang lain. Bercampur kawan, tak kira siapa dia. Cuma, masalah saya lebih banyak disimpan. Tak diluah kepada sesiapa.

Kalau sakit fizikal, saya tak makan ubat (jenis pil). Tunggu saja sehingga sembuh. Bukan kerana tak suka tetapi risau ada kesan sampingan. Kalau ada yang bagi ubat baru saya makan. Mahu saya cari ubat sendiri? Maaf.

Kalau sakit emosi, robek jiwa, saya senang mengubati sendiri. Suka memandang pokok-pokok, bintang, bulan, burung berterbangan tinggi, langit (mahu pandang matahari, tidak terdaya), cukup memandang boleh menjadi penawar sedikit pada hati.



I guess nobody knows me, except The One. Allah S.W.T.

Kecuali, kalau masalah itu betul-betul menyesakkan diri, saya akan menjadi seorang pendiam. Tidak bergaul dengan rakan. Waktu itu, saya selalu berfikir apa hikmah tragedi? Namun, kalau emosi tak stabil jawapannya sukar diperolehi.

Tetapi, saya yakin setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya.

Memang tiada luah pada manusia, namun luah pada Tuhan. Cukup.

Sentiasa, percaya Allah tahu yang terbaik buat hamba-Nya. Sentiasa, percaya Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya, tidak meninggalkan kita terkapai-kapai.

Ya, tidak dinafikan. Saya pernah terlupa kerana terlalu dihimpit masalah, tiba-tiba Allah mengutuskan seseorang memberi peringatan.

Ingatlah, Allah itu sentiasa ada dan bersama

Dan, selepas itu, saya terus terkedu. Ah, saya jadi lupa. MashaAllah.


Allah knows what’s best for us, so why should we complain? We always want the sunshine, but He knows there must be rain. 

Saya cintakan masalah, memberi pengajaran dan pengalaman yang begitu bermakna. Anda pula?

Cup! Saya tahu, Rasulullah diuji dengan lebih mencabar.



1 comment:

Anonymous said...

nice quote 3rd last paragraph....

Geo

free counters