Aku sedih. Melihat Junior Master Chef Australian, program kanak-kanak dalam satu program menjadi chef. Kagum melihat kepandaian mereka. Sekecil-kecil umur 8 tahun pun ada.
Aku sedih bukan apa. Cuba lihat apa yang Malaysia sediakan program untuk kanak-kanak atau remaja. Idola Kecil? Tom-tom Bak? Bintang Kecil? Dan lain-lain yang aku sendiri tidak berapa arif.
Ok, ada juga seminar, kem motivasi dan lain-lain lagi yang disediakan untuk kerohanian tetapi aku ingin fokuskan pada apa yang majoriti rakyat Malaysia fokuskan dan lebih minati. Apa yang banyak ditayangkan sekarang ini.
Akademi Fantasia, Lirik apa ntah serta banyak lagi. Inikah Malaysia?
Sewaktu melihat program Junior Master Chef tersebut…
Ayah : Ha, kan bagus program macam ini. Malaysia tahu hiburan, artis saja.
Kakak : Itulah. Comel tengok diorang ni, hebat-hebat pula.
Aku cuma terangguk-angguk, tersenyum sahaja mendengar komentar.
Tekad aku ingin menulis novel remaja makin kuat, Ya Allah kau bantulah aku. Berikanlah sedikit keluangan masa untuk aku menulis. Saya paling risau dengan niat menulis. Takut terpesong, AllahuRabbi peliharalah niatku.
Entah. I’m speechless.
Saya mengajak anda semua untuk mendoakan bimbingan anak-anak kecil, remaja daripada terlalu terdedah dengan perkara yang tidak sepatutnya, especially hiburan. Dan, moga saya sendiri terpelihara.
Marilah, kita sama-sama berusaha untuk membangunkan Islam kembali.
Pantun yang saya ciptakan (schoolwork BM), tema bebas:
Lemah sedikit bab pantun-pantun ini, huhu..:
Tengah malam makin kelam,
Abu menderma terkikir-kikir,
Punya Dilema Melayu-Islam,
Kurang fikir kurang zikir.
Cuma berbaik depan ibu,
Sambil mulut bermanis tebu,
Senang-senang kaki bergoyang,
Tersenyum manis mengerah orang.
Ali penat bermain kata,
Suaranya bagaikan permata,
Punya hasrat Negara membangun,
Minda-minda sudahkan terbangun?
Pergi warung minta tapai,
Sambil menunggu berangan-angan,
Anak muda terkapai-kapai,
Cepat-cepat hulurkan tangan.
Hati makin meragu-ragu,
Takut terjajah dengan lagu,
Mahu bijak tak mahu padah,
Sedang hiburan menjadi wadah.
Junior Masterchef Australian
p/s: seronok lihat rakyat Mesir, w/pun merusuh tetap menunaikan Solat Jumaat dan tidak meninggalkan solat lima waktu.
Sentiasalah doakan mereka dan keadaan di Mesir.
p/s: seronok lihat rakyat Mesir, w/pun merusuh tetap menunaikan Solat Jumaat dan tidak meninggalkan solat lima waktu.
Sentiasalah doakan mereka dan keadaan di Mesir.
No comments:
Post a Comment