Thursday, March 24, 2011

Istimewa: Khas for Nurina.

Nurina Izzati

Saya sejujurnya akan tersengih setiap kali memikirkan bagaimana ukhuwah kami terbina. 
Ariffah & Nurina. 
Sedap tak agaknya kombinasi nama kami berdua?
Sudah, mengarut.=)

Bengkel Penulisan

Sebelum menyertai Bengkel Penulisan Non-Fiksyen & Pengurusan Blog bersama Hilal Asyraf (2010), saya sememangnya tidak mengenali sama langsung dengan Nurina. Begitu juga dengan dia. 


~internet connection~

Erm, waktu itu umur kami berdua 14 tahun. Ya, umur saya dan dia sama sahaja. Cuma, dia dilahirkan 6 bulan awal dari saya. Jadi, saya lebih muda lagi dari dia. Hehe, ukhti tak marah kan? :)

   Sepanjang berlangsungnya bengkel, saya tak berbual dengan Nurina. Saya dan dua orang kawan lagi duduk di meja hadapan sekali sementara dia duduk di barisan meja kedua tapi jarak di antara kami agak jauh. Dia agak di hujung sebelah kiri, saya di hujung kanan sekali.

Wednesday, March 23, 2011

Suka. Suka. Pengasihnya Dia.

Uh, ada yang minat artis nampaknya. [Geleng-geleng+kesal]. 
Er, ada faedah kah? [Geleng lagi+yakin]

Okey, maaf la post tak diupdate. Sekarang mode exam.
Sudah selesai 12 paper. Tinggal, 3 paper lagi. Bersambung, Ahad ini pula. 
Doakan.

bukan kelas saya, cilok dari ~OhToast

Berlainan daripada sebelum ini, kalau minggu peperiksaan sahaja saya mengeluh. {ish-ish}.
" Kenapa kena ada exam? ". Sedangkan, dah sedar pun kebaikannya.
Tapi, sekarang saya bersyukur adanya peperiksaan.
Dengan menghafal subjek diniyah, 
Tauhid+Tarikh Islam+Hadith+Feqah+Tafsir
rasa senang, walaupun agak keras berusaha untuk hafal bagi melekat betul-betul di kepala.
tahu rasa bagaimana?
rasa lapang
rasa terisi.

Alhamdulillah,
Allah mengabulkan doa hamba-Nya ini

Diminta adanya program kerohanian selepas exam
Namun, diberinya sewaktu peperiksaan.

Perkara ini, mencelikkan jiwa saya.
Ternyata, Allah itu Maha Pengasih!

:)

Friday, March 18, 2011

Try to still stand! Yeah.

Perasaan saya sepanjang cuti ini terlalu bercampur-baur.

Tak tertafsir.

Ah, saya makin lemah dari semasa ke semasa.

Cuti ini, saya tidak pergi ke mana-mana. Hanya ke pejabat ayah, dan hantar ayah ke lapangan terbang. Yang lain, hanya terperap di rumah. Sedar tak sedar, Sabtu ini, esok adalah hari terakhir cuti.

Kenapa saya tak ikut program-program kerohanian? Itu, saya sendiri tak terkata. Alasan mungkin. I just, just got how my situation turn to be.

ambil dari blog siapa ya?(lupa)

Jiwa saya makin lemah. 

Sebab itu, dah lama saya biar post tidak diupdate. Saya sendiri tiada kekuatan.

Huu, kuat Ariffah kuat! 

Saya ulang-ulang baca : ini

Hurm, bangun Ariffah! Buat tindakan! Doakan saya..


What is most important is to stay strong,
cope with the hard times that seems so long,
the world may seem black for you,
but the other side of the sun is still shining for you,
difficulties arise in the lives of us all,
Stand firm and do not make that fall!
Whenever we feel down, we must stand…
source: Ameen Misran


Semoga, selepas minggu peperiksaan ini, sekolah kembali aktif dengan program-program pengisian jiwa! InsyaAllah, Ameen!

P/S: Memikirkan Jepun, membuatkan saya risau. Ah, dunia kini benar-benar di akhir zaman. Sehinggakan aurat pun boleh dibuat main. 

Friday, March 11, 2011

CERPEN: Berubah. Takes time.

Maaf, cerpen kali ini tak banyak aksi atau scene-scene. Tak berapa sihat, demam. Cerpen ini ditujukan kepada dua sahabat tersayang, birthday girl March ini. :)

Terimalah...

Want ballons? Just take it, special for you..

Aku terasa sakit. Pedih.

Kenapa mereka susah sangat nak terima perubahan?

Salahkah aku kalau hendak berubah?

Air mata menitis. Setitik demi setitik. Tiba-tiba bahuku terasa disentuh lembut.
Aku mengangkat mukaku. Oh, Farihah.

   “ Kenapa diorang payah sangat nak terima kita? Aku tau, kita ni bukannya baik. Tapi, baik sangatkah mereka nak hukum kita begini? “, rungut Farihah. Jelas terpamer riak kecewa di wajahnya.

Aku menggeleng. Tidak tahu hendak menjawab apa. Sendiri pun masih tertanya-tanya perkara yang sama.
Aku memeluk Farihah. Kami berdua menangis, sungguh terasa berat dugaan.

*****

   “ Tak payah la anti jadi pengacara ye? “. Izah menolak tawaranku.
   “ Eh? Kenapa pula? “.
   “ Ana takut anti tak jaga pandangan nanti..tengok lelaki je “.

Dush. Perit. Aku hanya berpusing, meninggalkan dia tanpa bercakap sepatah pun.
Dia pun sama? Orang kepercayaan senior dan guru-guru, beginikah sikap dia?

   “ Well, kalau dah Izah, yang terkenal alim pun tak percayakan aku. Mesti orang lain yang biasa-biasa pun tak akan percayakan aku dan Farihah. “, aku mengeluh seorang.

Badan terasa lembik. Tepatnya, lemah longlai.

   “ Oi, buat apa duduk situ. Nak usya lelaki ke? “, Sarah jerit padaku.

Ya Allah, seorang lagi. Aku tak terniat pun.
Ya Allah.. terasa sungguh. Pedih. Sakit. Terkilan. Perit.

Tuesday, March 8, 2011

Peringatan BUAT DIRI

" Jikalau cintakan masalah, maka jangan merungut apabila masalah menimpa "

" Bila tidak mengetahui kesahihan sesuatu berita, jangan terus menghukum "

" Berkat ilmu terletak pada guru jua, jangan terus memberontak "

" Hati yang keliru, yang membenci, jangan terus dilayan berlebihan. Mungkin tindakan salah akan berlaku "

Ego terus membelenggu.
- Ariffah9

Wednesday, March 2, 2011

Salah Sangka. Jangan.

Dia.

" Itu mesti dia nak tayang muka depan lelaki. "

Saya terdiam sahaja di sebelah. Begini fikiran dia? 

* * * * *

" Kawan ketawa senang je nak cari. Susah nak jumpa kawan menangis " Geleng.

" Kawan yang susah nak cari nie, kawan yang ingatkan kita selalu kepada Allah ". Ini, saya angguk.

* * * * *

Dia lagi.

Memandang rendah pada golongan yang dilabel 'masalah' dan selalu bersangka buruk pada mereka.

Saya tak faham.

Sudah cukup 'bersih' kah dirinya untuk memburukkan insan lain?

Tak, di khalayak ramai ini saya bukannya hendak memperkatakan hal dia namun untuk kuseru pada yang lain, jangan sesekali kau anggap orang-orang yang belum bersedia mengamalkan 'fikrah' ini, darjat mereka lebih rendah.

Bagiku tidak. Kita tidak layak menilai.

Tambah, saya lebih banyak pelajari daripada mereka erti kehidupan dan erti rakan.

" Aku terharu. Terima kasih banyak-banyak.." - Bila kita menghargai mereka. Mereka juga mempunyai perasaan.

" Aku terasa. Aku terasa. Aku terasa.." - Bila kita menuduh mereka. Mereka sentiasa me'miliki' perasaan.

* * * * *

Kau tahu, warna itu macam-macam. Manusia lagilah, pelbagai ragam. Kan?

Faham atau tidak artikel ini?

Kalau tidak faham, sila nyatakan. Akan saya tuliskan artikel lain yang lebih terang lagi bersuluh. Ahha tidaklah. Nanti saya buat lain artikel dengan gaya penyampaian yang lebih mudah difahami [pendek kata, jarang untuk disalahfahami]. 

Itu pun kalau anda nyatakan. Hee :)

Geo

free counters