Nurina Izzati
Saya sejujurnya akan tersengih setiap kali memikirkan bagaimana ukhuwah kami terbina.
Ariffah & Nurina.
Sedap tak agaknya kombinasi nama kami berdua?
Sudah, mengarut.=)
Bengkel Penulisan
Sebelum menyertai Bengkel Penulisan Non-Fiksyen & Pengurusan Blog bersama Hilal Asyraf (2010), saya sememangnya tidak mengenali sama langsung dengan Nurina. Begitu juga dengan dia.
Erm, waktu itu umur kami berdua 14 tahun. Ya, umur saya dan dia sama sahaja. Cuma, dia dilahirkan 6 bulan awal dari saya. Jadi, saya lebih muda lagi dari dia. Hehe, ukhti tak marah kan? :)
Sepanjang berlangsungnya bengkel, saya tak berbual dengan Nurina. Saya dan dua orang kawan lagi duduk di meja hadapan sekali sementara dia duduk di barisan meja kedua tapi jarak di antara kami agak jauh. Dia agak di hujung sebelah kiri, saya di hujung kanan sekali.
Masih ingat lagi, pada hari kedua a.k.a hari terakhir bengkel, kami dikehendaki siapkan sebuah cerpen dalam masa yang singkat. Apabila tamat masa, sesiapa yang nak volunteer kan diri untuk terangkan sinopsis cerpen dialu-alukan.
So, Nurina ni one of the person yang turut bangun berdiri dan cerita tentang cerpen yang dibuat. [yang ni saya lupa dia cerita tentang apa]. Saya memang terniat nak bangun juga, tapi masih teragak-agak. Akhirnya, tak bangun-bangun. Tabiklah dengan keberanian Nurina!
Sewaktu rehat, {waktu solat dan makan}, saya perasan kehadiran dia, ingat lagi dia pakai baju apa tetapi sedikit pun tak tegur dia. Kak-kak Matri yang datang ada lah tegur, tu pun kawan yang mula dulu.
Er, saya ni jenis kalau tak kenal memang tak reti sembang. Sama juga dengan Nurina. So, the result is dua-dua tak saling menegur. Saya ni bising juga [tak adalah bising pun] dengan kawan-kawan tetapi dia senyap sorang-sorang. Hehe, kesian dia.
Bila waktu penutup bengkel, barulah saya pergi jumpa setiap peserta perempuan, minta nombor telefon, email dan blog [jika ada]. Rata-rata peserta dah besar pun tetapi saja minta juga. Ha, waktu tersebut sahajalah berinteraksi dengan dia, itupun dalam keadaan kalut-kalut sebab ada sesi bergambar.
Alam Maya
Bermula dengan sepatah dua kata di alam realiti, menjadi berpatah-patah kata di alam maya. Persamaan kami, masing-masing adalah seorang yang tidak peramah [tak reti sembang] di alam realiti namun peramah di alam maya.
Makin lama, ukhuwah makin rapat. Betul kan Nurina? Sila angguk. Aeceh, macam memaksa pulak!
Persamaan kami yang kedua pula, kami ini adalah private person. Chewah! Jenis susah untuk menceritakan masalah pada sesiapa.
Tapi, entah kenapa, bila dengan dia, saya rasa lebih terbuka. Sedangkan bersembang di alam realiti pun tidak..
Sehinggakan blog private saya pun hanya boleh dibaca dia seorang. Blog private dia pun saya boleh baca, tapi ada kawan dia yang lain lagilah. Tapi, kami dua orang sahaja yang peng'komen' tegar di blog-blog private.
Sehinggakan blog private saya pun hanya boleh dibaca dia seorang. Blog private dia pun saya boleh baca, tapi ada kawan dia yang lain lagilah. Tapi, kami dua orang sahaja yang peng'komen' tegar di blog-blog private.
Namun, bila dah nama private person, masing-masing ada masalah atau rahsia tersendiri yang tidak diceritakan. Perkara normal lah tu. Tapi, kira istimewa juga dia, banyak tahu masalah saya lagi berbanding kawan-kawan saya sendiri.
Kami juga saling nasihat-menasihati satu sama lain dan bergurau. Semestinya! :)
Kami juga saling nasihat-menasihati satu sama lain dan bergurau. Semestinya! :)
Tujuan artikel
Sebenarnya, sengaja hendak mengenang ukhuwah kami berdua. Sepatutnya, saya buat artikel ini pada 24 April 2011 tetapi diawalkan sebab..
sekarang Nurina berada dalam keadaan sedih.
Dia sedang diuji kesabaran, yang saya sendiri tidak tahu. Oh, tetapi tak kisah pun, itu hak dia hendak bercerita atau tak. Kadangkala, kami memang tak terkata bila masalah berat menimpa.
Melihat keadaan, saya dapat rasakan masalah berat sedang menimpa dia.
Nurina, sabar, sabar, sabar. Itu yang mampu ana pesankan, kerana mahu tak mahu pilihan kita adalah sabar selain cuba menyelesaikan masalah tersebut. Memang senang untuk ucap namun sukar untuk dilaksanakan. Righto?
Ana sendiri turut terasa bila anti bersedih. Sewaktu di sekolah, teringatkan anti. Ok ke tak? Masih sedih lagi? Ujian baru pula?
Tiada apa yang mampu untuk ana tolong anti. Sekadar artikel tidak seberapa ini ana tujukan pada anti. Anti sentiasa ada ana di sisi, InsyaAllah. Masih ramai menyokong anti, InsyaAllah. Dan Dia sendiri sentiasa menolong hamba-hambaNya. Ameen.
Yeah, ada hikmah behind semua ini. What to do is, just still stand! You can Nurina, I believe you can!
Just still stand
and keep living on
dont ever lose hope
or else I always by your side
I hope so..
Just close your eyes
the light always ready
to be with you
[10.15 p.m]
(: Smile.
pascaskrip: Nurina Izzati ni budak baik. Hihi.
No comments:
Post a Comment