Friday, March 11, 2011

CERPEN: Berubah. Takes time.

Maaf, cerpen kali ini tak banyak aksi atau scene-scene. Tak berapa sihat, demam. Cerpen ini ditujukan kepada dua sahabat tersayang, birthday girl March ini. :)

Terimalah...

Want ballons? Just take it, special for you..

Aku terasa sakit. Pedih.

Kenapa mereka susah sangat nak terima perubahan?

Salahkah aku kalau hendak berubah?

Air mata menitis. Setitik demi setitik. Tiba-tiba bahuku terasa disentuh lembut.
Aku mengangkat mukaku. Oh, Farihah.

   “ Kenapa diorang payah sangat nak terima kita? Aku tau, kita ni bukannya baik. Tapi, baik sangatkah mereka nak hukum kita begini? “, rungut Farihah. Jelas terpamer riak kecewa di wajahnya.

Aku menggeleng. Tidak tahu hendak menjawab apa. Sendiri pun masih tertanya-tanya perkara yang sama.
Aku memeluk Farihah. Kami berdua menangis, sungguh terasa berat dugaan.

*****

   “ Tak payah la anti jadi pengacara ye? “. Izah menolak tawaranku.
   “ Eh? Kenapa pula? “.
   “ Ana takut anti tak jaga pandangan nanti..tengok lelaki je “.

Dush. Perit. Aku hanya berpusing, meninggalkan dia tanpa bercakap sepatah pun.
Dia pun sama? Orang kepercayaan senior dan guru-guru, beginikah sikap dia?

   “ Well, kalau dah Izah, yang terkenal alim pun tak percayakan aku. Mesti orang lain yang biasa-biasa pun tak akan percayakan aku dan Farihah. “, aku mengeluh seorang.

Badan terasa lembik. Tepatnya, lemah longlai.

   “ Oi, buat apa duduk situ. Nak usya lelaki ke? “, Sarah jerit padaku.

Ya Allah, seorang lagi. Aku tak terniat pun.
Ya Allah.. terasa sungguh. Pedih. Sakit. Terkilan. Perit.


   Tanpa mempedulikan Sarah, aku bangun dan naik ke tingkat atas untuk masuk ke kelas.

Aku mengambil tempat di sebelah Farihah, yang sedang membaca buku The Phantom Of The Opera. Dia menutup buku setelah perasan akan kehadiran aku.

   “ Mereka cakap lagi, perkara sama? “, tanyanya.

Aku sekadar mengangguk. Sudah letih hendak komen.

Farihah mengusap lenganku. Seakan memujuk. “ Macam mana dengan pengacara majlis nanti. Jadi? “.
   “ Tak. Izah kata, takut aku tak jaga pandangan. “.

Farihah mengusap mukanya. Riak terkejut.
   “ Izah…dia cakap macam tu? “, Farihah meletakkan dagunya di atas meja. Merenung jauh.
Aku mengangguk, sekadar mengiakan.   

   “ Yo, assalamualaikum. “.
Aku dan Farihah memandang orang yang menyapa. Salini rupanya.

   “ Nah, surat cinta. Hihi.. “, Salini menepuk bahuku.

Keningku terangkat. Surat cinta?
Kami saling berpandangan. Farihah mengangkat bahu, tanda tidak tahu apa-apa.

   “ Nak tak ni? “, Salini bersuara lagi. Tangannya menghulurkan satu sampul surat.
Kami masih kaku, tidak bergerak seinci pun.
   “ Korang diam, dan I take it as yes? “, Salini meletakkan surat itu di atas telapak tanganku. Lalu, dia beredar.

Aku segera membukanya.

Salam sayang,
Aku secret admire korang. Hehe, relax relax. Ni Salini lah, aku.

I just one to say a lil bit things. Aku faham bagaimana waktu yang korang lalui. It was tough right? Aku tahu korang cuba berubah. Well, berubah perlukan pengorbanan.
Aku sendiri pun dah pernah laluinya. Aku faham, bukan senang.Memang sakit, tambah lagi waktu tu aku seorang diri sahaja. Tiada siapa menghulurkan bantuan. Sebab tu, aku tak mahu perkara yang sama berulang pada korang.

Aku cuba sentiasa di sisi korang, bila masa pun. :) Peace!
Masyarakat ni,memang susah nak terima perubahan. It takes time. Korang berusahalah terus berdiri, insyaAllah suatu masa nanti orang akan faham.

Okeh?
Wassalam.

Surat itu kulipat kembali. Salini yang menyambung kerja sekolah di meja belajarnya, kupandang dalam. Terharu.

*****
always willing to help you all 

Aku pandang Izah. Masih terasa sakit di hulu hati, namun kupendam. Majlis berjalan seperti biasa, namun tetap ku terasa janggal.

   Dahulu, di pentas itu aku selalu tercalon sebagai pengacara bagi pihak muslimat. Jarang sekali aku sekadar menjadi penonton. Namun, sejak rahsia aku dan Farihah yang berhubungan dengan pelajar lelaki terdedah, kami sering dipandang hina. Sehingga, banyak tugas dan amanat dijauhkan dari kami.
Ya, di sekolah kami, kami dilarang untuk berhubung dengan pelajar berlawanan jantina tanpa urusan penting.

    Walaupun, kami cuba berubah menjadi baik. Cuba untuk tidak berbicara berkenaan pelajar lelaki. Cuba menjaga pandangan. Cuba sibukkan diri dengan tugas tetapi tidak mampu kerana mereka yang jauhkan tugas dari kami.

Mereka masih tidak menerima kami.

   Tiba-tiba pandangan gelap. Eh?

   “ Cak! “, Salini menarik tangannya yang melindung mataku sebentar tadi.

   “ Kenapa muka sekupang saja ni dua-dua orang…”, mulutnya dicemburutkan. Sengaja.

Aku tersengih. “ Hodoh la kau buat camtu.. “, usikku.

Dia tergelak. “ So, what is the matter? Masih tak biasa dengan persekitaran? “.

Aku dan Farihah tersengih, tanda membenarkan.

   Salini menarik kerusi dan duduk di sebelah kami. “ Batu kan kalau lekuk sebab air menitis, air menitis berapa kali eh? “.

Aku pelik. “ Kenapa kau tanya tentang ni tetiba saja? “.

    “ Jawab je la. “   Aku pun jawab “ Entah, mesti menitis banyak kali.. “.

Salini mengangguk. Tersenyum dan berkata “ Macam tu jugak kalau berubah. Bukan setakat seminggu dua orang akan terus terima, it  will takes time, it will. Macam batu, air menitis banyak kali barulah batu lekuk kan? “.

Aku terkesan dengan katanya, sungguh.

   “ Tapi, kenapa? Kenapa aku kena lalui semua ni? “, aku menunduk.

Salini menarik tanganku, dan memegang erat. “ Ujian Allah tu tanda Allah sayangkan kau. Allah uji kita atas kemampuan kita. Jadi, percayalah yang kau mampu hadapi semua ni. Try to still stand, okay? “.

Aku mengangguk lemah. Tetapi, terasa sedikit kekuatan seakan menyalur ke dalam tubuhku dengan genggaman tangan Salini. Terasa nyaman dan tenang.

Sarah memanggil Salini, ada urusan sedikit. Namun dapatku baca riak wajah Sarah, seakan tidak senang dengan Salini kerana berbual dengan kami. Aku kisah apa.

   Sebelum beredar, Salini memeluk kami berdua. Terasa hangat.

Live on beb! “, dia menepuk bahu kedua-dua kami.

Kami mengangguk. Salini pun beredar.

“ Salini! “, jeritanku mematikan langkahnya. Dia berpusing.
Thanks! “, ucapku.
Dia tersenyum manis. “ Not big deals..see ya! “.

Aku dan Farihah mengangguk.

   Farihah membuka sehelai kertas.

“ Eh? Kau dapat mana ni? “.
“ Entah, baru perasan ada atas ni. “.

Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul, our heart to make us whole, sends us pain so we can be stronger, failure so we can be humble, illness so we can take better care of ourselves and takes something away from us so we can learn the value of all we have.
( Ana sentiasa pegang kata-kata ini untuk terus berdiri. Well, each people have their past time, right? And, ingat. Perubahan ke arah kebaikan itu adalah mulia..teruskan sayang. Ana uhibbukum fillah, jiddan jiddan. )

Kami tersengih. Salini terbaekk!!

*END*

Oh ya, dan Nurina. Kata-kata terkahir itu juga khas untuk anti. Sama-sama kita berjuang menegakkan syariat! :) Memang sama-sama kita hadapi dugaan, tapi kita teruskan berdiri sama-sama ya. Izinkan ana jadikan anti sebagai salah satu penguat, selain -Nya? :)


p/s: berkenaan air menitik dan batu lekuk, perumpamaan itu diambil dari novel Hilal Asyraf 

1 comment:

red said...

Owhhh... kamu demam??? semoga cepat sembuh... Neway, kamu mmg berbakat menulis cerpen... ade style tersendiri

Geo

free counters