Assalamu'alaikum semua. Alhamdulillah dah habis exam hari ini. Seronok betul tengok kawan-kawan.. Saya cuma terkenangkan pelajaran deeniyah yang akan ditinggalkan mula selepas ini :(
Tambah-tambah Tauhid. Saya memang gemarkan Tauhid, dalam plan selepas SPM nak cari kelas Tauhid untuk sementara [sebab saya cadang tak mahu ambil course Deeniyah]
Ok, artikel kali ini sebenarnya untuk penyertaan 'segmen'? yang dipromosikan oleh tuan blog ni ha, akhi Naimul Firdaus. Sebenarnya, saya tak berapa gemar sertai perkara-perkara sebegini tetapi saya tertarik bila perlu mengulas tentang 'Hamba Zaman Sekarang'[HZS].
Jadi, di sini saya tidak pun ada rasa hendak 'menang'. Apa, tipu? Betul lah.. Saya cuma nak ulas tentang HZS.
Setelah mengumpul kekuatan, akhirnya saya update juga.
Maaf, minggu ini mungkin masa saya 'down'. Perkara lumrah. Ujian dari -Yang Esa.
Benar seperti kata Syed Qutb "Jalan ini tak dibentangi dengan permaidani merah, juga tidak ditaburi bunga-bunga tetapi jalan ini ditaburi duri-duri terpacak ".
Ukhwah. Satu perkataan yang biasa didengari.
Bukanlah saya di sini hendak mengulas apa maksud ukhwah. Cuma ingin berkongsi sedikit cebisan pengalaman. Ukhuwah nampak lebih mudah di alam maya berbanding alam realiti. Namun ukhuwah lebih bermakna pastinya di alam realiti kerana kita bersama dengannya, hidup dengannya, berkongsi dengannya.
Sejujurnya, saya dahulu menolak dan pandang benci pada rakan-rakan saya yang kelihatan bermasalah. Malah, mereka pernah dilabel ‘gang bermasalah’. Saya terasa seolah-olah mereka ini punca masalah tanpa menyedari bahawa siapalah diri ini yang hina. Astaghfirullahhalazim..
Semakin dimamah usia (macam umur 50 an pula rasanya), saya semakin sedar pandangan saya salah. Dan, dengan izin Allah penyesalan saya masih belum terlambat. Mula Tingkatan 2, perangai saya mula berubah tanpa saya sedari. Ubahlah pandangan nescaya sikap akan turut berubah.
Buktinya?
“ Ariffah, dulu aku rasa macam nak buang je hang dalam sungai. Sekarang, aku sayang hang “, kata ketua kelas sewaktu Form 1 yang mana aku selalu protes arahannya dahulu.
Awalnya, saya dapat ketahui : “Ariffah tu alim-alim kucing”. Fuh, memang terobek hati saat itu walau mulut masih tersenyum dengan riak muka yang selamber. Sekarang, orang sama yang komen kata terus pada saya “ Ana tengok anti ni tak macam kami. Macam umur 20 camtu, anti ni matang. Macam orang besar pun ada. “
Kekal mujahadah di jalan dakwah bukan senang tanpa penghayatan tarbiah.
Jangan mengharap terlalu tinggi daripada saya. Jangan menilai saya dari blog ini. Saya di alam blog dan alam realiti bukan saya yang sama. Bukan bermakna saya hipokrit, tidak. Tetapi, medan alam maya untuk memperingati diri saya sendiri.
Perangai saya agak 'gila-gila'. Saya seorang yang agak degil. Suka study-last minute. Dan, jiwa saya pemberontak.[Memberontak secara senyap dan sedikit 'nakal' sahaja, tidaklah sehingga kurang ajar] Kisah saya memberontak dengan para senior dan guru, sudah ada dalam lipatan sejarah. Uh, jangan risau. Saya tetap menghormati guru. Tanpa mereka, siapalah saya.
Saya cuma mengharap, jangan menilai saya melalui penulisan. Saya juga insan biasa. Selalu jatuh dan saya akan tetap terus bangun. Saya selalu salah dan akan memperbetulkan diri.
Tak perlu lah nak ungkit kebaikan-kebaikan saya. Saya dapat berbuat baik kerana saya diberi kesempatan. Saya masih belum pernah 'kais pagi makan pagi kais petang makan petang'. Saya dikurniakan Allah senang 'alert' untuk terjaga tidur. Belum pernah merasai bagaimana penderitaan orang yang susah bangun yang berusaha susah-payah untuk bangun malam.
Belum merasai lagi rasanya bagaimana dengan dikatakan "Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt.” Saya rasa, ujian saya setakat ini masih di bawah level-level rendah biarpun terasa begitu berat untuk menghadapinya.
Saya belum menghayati lagi proses tarbiah. And I am searching for it. Saya belum merasa kesusahan yang benar-benar tersempit. Saya hanya memahami, tetapi tidak benar-benar mengerti bagaimana kehidupan orang yang datang dari keluarga bermasalah.
Saya cuma pernah, dan selalu berasa susah untuk kekal istiqamah di jalan mulia ini. Selalu sahaja tersungkur jatuh. Penguat saya cuma Allah. Dorongan saya hanyalah taujih dari murabbi saya.
Jujurnya, saya selalu terasa lemah dan rendah diri melihat para aktivis yang giat aktif di sana-sini. Saya cemburu. Saya harap saya begitu. Dan, harapan tanpa usaha adalah sia-sia. Saya tahu itu. Saya benar-benar perlukan doa anda.
Cukup itu sahaja setakat ini.
Jangan mengharap dari saya.
Oh ya, sebelum terlupa. Buat guru-guru secara rasmi atau tidak, saya titipkan ucapan 'SELAMAT HARI MURABBI'. Syukran ala kulli hal.
Sejak-sejak ini, biarpun kekadang terasa beban bila study last minute, deeniah pun hafaz last minute. Esok exam, tengahhari/petang baru nak mula hafal. Hehe. Biarpun macam tu, tetap terasa seronok bila periksa. Sebelum ni jangan haraplah, kerja menjerit dalam hati "Malasnya periksa!!". Well, saya sendiri pun tak tahu kenapa.
Pic by~Lephisto Design on deviantART
Tapi, jujurnya terasa tak mahu hadapi exam kali ini [pulak dah??] (tapi nak juga exam..), bukan apa... sebab biasanya exam pertengahan tahun bagaikan percubaan PMR pertama (secara tidak rasmi) [walaupun ada terselit deeniah] bagi Tingkatan 3, maka keputusan peperiksaan ini akan guru-guru nilai siapa yang bakal dapat 9A or 8A or anyelse. Uh, tak berapa gemar. Bila ada yang menilai. Memang la penting untuk sekolah, cuma pendapat individu (:
Huu, maka selepas ini, ustaz-ustaz yang tidak mengajar subjek PMR , tidak akan masuk kelas lagi. Sedih ): Selepas ini, akan tumpu untuk subjek PMR sahaja. Ustaz yang masuk cumalah ustaz yang mengajar B.Arab sahaja. [Nak belajar Tauhid lagi!]
Anyway, pray for my results. :)
Oh ya, jangan tiru tabiat study last minute saya. Amaran keras! =D
Tarikh Menjelang : 7 OGOS 11 & 3-7 OKT 11. Pengharapan Berakhir : 25 DIS 11