Wednesday, May 25, 2011

New Era Slave!

Assalamu'alaikum semua. Alhamdulillah dah habis exam hari ini. Seronok betul tengok kawan-kawan.. Saya cuma terkenangkan pelajaran deeniyah yang akan ditinggalkan mula selepas ini :(  
   Tambah-tambah Tauhid. Saya memang gemarkan Tauhid, dalam plan selepas SPM nak cari kelas Tauhid untuk sementara [sebab saya cadang tak mahu ambil course Deeniyah]


Ok, artikel kali ini sebenarnya untuk penyertaan 'segmen'? yang dipromosikan oleh tuan blog ni ha, akhi Naimul Firdaus. Sebenarnya, saya tak berapa gemar sertai perkara-perkara sebegini tetapi saya tertarik bila perlu mengulas tentang 'Hamba Zaman Sekarang'[HZS]. 
   Jadi, di sini saya tidak pun ada rasa hendak 'menang'. Apa, tipu? Betul lah.. Saya cuma nak ulas tentang HZS.
Berkenaan "Hamba Zaman Sekarang". 



AMARAN : Ini juga sebagai PERINGATAN buat saya, bukan sekadar anda semua, para pembaca. Ya? :)
   Saya tidaklah boleh nak ulas berdasarkan pengalaman. Kenapa? Baru hampir 15 tahun saya hidup di dunia, masih belum melihat ‘dunia yang sebenar’. Jadi, saya pesan siap-siap ni. Ulasan saya berdasarkan pembacaan [sama ada buku atau internet], taujih [nasihat] dan perkongsian dari para murabbi saya dan cebisan pengalaman dari ibu bapa serta berita-berita masyarakat tentunya.
Salah dan silap, tegur sahaja. Ya?
   REMAJA,  
   Saya juga remaja. Cakap-cakap ni pun sebagai amaran buat saya. Saya mungkin bertuah (bersyukur…) kerana berada dalam lingkungan ‘tarbiah’. Sekolah saya sekolah agama, yang benar-benar membumikan agama dalam sekitar. Saya tak pernah masuk sekolah kebangsaan sejak kecil lagi. [Memang akan kena kejutan budaya kalau tiba-tiba masuk sekolah yang prasarana lengkap dan mewah..hehe] Sekolah rendah pun, sekolah tahfiz. Ok, maaf, masuk topik balik. ^^
  Saya tidak terdedah kepada budaya ‘couple’. Alhamdulillah.. Sedih melihat kes buang bayi dan seks yang makin berleluasa di Malaysia sekarang. Terlalu teruk sehingga mencecah ribuan. Kebanyakannya, adalah pelajar yang bertudung, sekolah agama pun ada saja. Seperti kata Imam Ghazali, ilmu tanpa amal adalah gila. Ilmu tidak membuatkan seseorang itu menjauhi maksiat.
  Jadi, saya minta sangat-sangat agar sesiapa jangan meng’halal’kan sesuatu yang ‘haram’ apabila melihat pelajar agama buat.
Aku tengok budak agama pun ‘couple’. Apa kes aku tak boleh buat lak??”. 
Dan, jangan putus asa dengan tarbiah Islam semata-mata tengok sekolah agama buat dosa.
Sekolah agama pun teruk. Buat apa susah belajar agama? “. Tolong jangan.
   Itu salah orang itu. Bukan salah Islam. Tidak sesekali. Islam sempurna. Syumul.
   Seperti mana ayat Al-Qur’an yang sememangnya ‘familiar’. ‘Dan janganlah kamu menDEKATi zina’. Bermula dengan pergaulan bebas, kemudian couple dan akhirnya kecundang dalam pelukan nafsu. Tak lama lepas tu jadi pembunuh pula, janin merata-rata terbiar. Tepi jalan, dalam lubang tandas, dalam tong sampah dll. Maksiat membuatkan manusia kehilangan sifat kasih sayang dan belas kasihan.
   Remaja-remaja kalian (termasuk Ariffah Shukri!), tidak malukah kita, Usamah bin Zaid dipilih Rasulullah untuk memimpin pasukan Islam semasa umur 18 tahun. Apa sangat yang kita dah sumbang pada Islam pada umur yang sama?
   Ungkap Al-Qardhawi : “ Apakah aktivitas remaja puteri kita saat ini seperti aktivitas perempuan salafus solih yang sibuk menghafal Sahih Al-Bukhari / Sahih Muslim, meriwayatkan hadith, mengikuti majlis taklim sehingga salah seorang di antara ulama’ ada berkata “ Seorang Muslimah yang solehah, Fulanah bt Fulan..berkata padaku begini ?!” [Uh, terasanya..huhu T_T]
   UMUM,
   Saat Sultan Al-Fateh Berjaya membuka Konstantinopel, meruntuhkan kekuasaan Bizantium Romawi sewaktu umur 23 tahun, apa yang sudah kita kecapi dan mem’beri’ pada umur yang sama?
Asma’ bt Abu Bakar, berani mempertaruhkan diri pada bahaya semasa ke gua thur semata-mata untuk menghantar makanan pada Rasulullah dan bapanya, S. Abu Bakar. Kita?


   Rata-ratanya, ramai yang lebih suka berborak kosong, bermain game melampau-lampau, berdating, melepak, merempit. Merapu lebih best bukan? Namun, seperti pesan Syed Qutb yang saya gemari “ Jalan ini tidak dihampari permaidani merah bahkan bunga-bunga tetapi ditaburi duri-duri terpacak “. Syurga tidak ternilai, kerana nilainya terlalu tinggi. Dapat masuk syurga pun atas Rahmat Allah. Jika hendak dikira amalan kita berapa lah sangat untuk mendapat nikmat yang besar dan KEKAL??
   Hendak sadaqah menjadi berat, nak berbelanja sakan senang je. Betul tak? Betul, betul, betul?? Saya ni boleh jadi boros bila jumpa kedai buku. O_0
Depan mata, saya sendiri boleh nampak betapa Bola memberi ‘impak’ yang besar. Sanggup kunci jam bangun pagi-pagi celik [baca:pagi2 buta] semata-mata nak tonton bola? Nak bangun Tahajud susah sungguh, liat yang amat!    
   Ha yang ini, saya pun tidak pasti mampu atau tidak. Amar ma’aruf, NAHI MUNGKAR. Kekuatan untuk melarang orang buat salah tu susah nak ada pada semua orang. Bukankah? Cuba, cuba…
Oh ya, ada pilihan ni. Dua saja la. Barangsiapa tak termasuk MENTAATI ALLAH pada masa muda, gabunglah dengan kelompok lain iaitu kelompok orang-orang BERTAUBAT {Al-Qardhawi}.
Saya pun tidak tahu artikel ini bertepatan dengan konsep ‘Hamba Zaman Sekarang’. Suka saya tinggalkan beberapa …….
“ Neraka dipagari dengan syahwat, sedang Syurga dipagari dengan amalan yang tidak disukai (kebanyakan manusia) “ (Riwayat Al-Bukhari No.6487 & Muslim No.2823)
“ Kebaikan itu adalah akhlak yang baik. Dosa adalah sesuatu yang meragukan di hatimu dan engkau tidak suka jika orang lain mengetahuinya “ (Riwayat Muslim No.2553)
“ Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya “ (Surah al-Nur 24:31)
“ Bersegeralah kamu dalam mengerjakan amal soleh, kerana kelak akan muncul fitnah sebagaimana gelap-gelitanya malam sehingga seseorang yang ketika di pagi harinya masih Mukmin, namun di petang harinya sudah berubah menjadi kafir; dan seseorang yang di petang harinya masih Mukmin, namun di pagi harinya sudah berubah menjadi kafir, lantaran rela menukar agamanya dengan kesenangan dunia “ (Riwayat Muslim No.118)
Baik, selesai ulasan tentang HZS. Untuk melengkapkan syarat penyertaan, :-
2. Kekerapan saya mengunjungi blog HIBMNF (Hamba Ilahi bernama Mohd Naimul Firdaus). Anda boleh lihat bukan ada blog beliau di list link di sebelah kiri. Nampak? ^^ [Siapa nak sertai klik je di sini ]
   Jadi boleh kata saya selalu ke sana. Kenapa? Sebab kadang-kadang walaupun kebanyakan entri NF pendek-pendek, ada 'makna' tersendiri. Dan, yang menarik minat. Selalunya isi-isi artikel selalunya tak bertepatan dengan tajuk artikel. [Hehe, maaf tetapi ini yang menariknya]. Memang, kadang-kadang bila nampak dia update, saya akan teka sebenarnya apa yang dia akan sampaikan dalam artikel. Selalunya memang salah. :p
3. Maka, dengan ini saya tag Ukhty Zahratu Billaurah, Ukhty Cahaya Azyla serta sesiapa sahaja. (Asiff,tak cukup tiga, tapi lebih la kan 'sesiapa saja'? (:)
Selesai..fuh!

p/s : Paper last, Geografi, banyak betul saya hentam. Main suka je tanda, kalau dah banyak tanda D, tanda A pula. Kemudian, B pula. Hehe, tak patut betul..
p/s 2 : Malam: Usrah bersama Sir. Huu, alhamdulillah. Memang ternanti-nantikan taujihnya. ^_^ [Muhasabah kesalahan pernah dilakukan]

No comments:

Geo

free counters