Tuesday, December 10, 2013

Last Moment after SPM

Okeh dah lama tak menulis . =_= '

. . . . Sepi sebentar. Tak tauu nak mula ayat macam mana. Parah .

" Weh Pemutus Perjanjian Pemimpin dengan Sir jadi ka 4hb ni ? ", tanya aku.
" Jadi insyaAllah. ", balas ketua pemimpin Putri.

Tapi the schedule changed at the last moment (entah pape ayat aku ni), " Weh kita tak jadi pi tempat Uzlah Sir, kita pi Beris. Habis paper B.Arab, pukul 2 kita bertolak naik bas ! ".

Semua pakat excited. Okay sorang pun takda feeling rasa nak berpisah habes SPM. Aku lagi lah tak rasa apa -_-'

     Sebenarnya ' Pemutus Perjanjian Pemimpin' ni nama kami pandai-pandai bagi je haha. Okay FYI Beris adalah tempat Kem Pemimpin time Form 4. Beris adalah 'the scary place' for Form 4 MMY's student, Berislah tempat kena marah, kena pressure, kena teamwork, kena brainwash, kena segala aktiviti mencabar, kena lari bila dengar bunyi wisel, kena perli, kena tahajud, kena bagi tazkirah, kena makan only-telan-tak-sempat-kunyah-sebab-takut-bunyi-wisel, kena segala-galanya. Tak best arr cerita semua kan ? Hihi. Beris rahsia kerajaan kut ! Kerajaan planet MMY.

    So pukul 2.30 actually barulah kami bertolak. Malas nak cerita semua (takpelah kan?) . Dipendekkan cerita, kami pi kayak kat tasik Beris yang amat-amat luas tuhh. Satu kanu naik dua orang, tapi ada jugak kanu naik sorang. Alhamdulillah sebab dulu dah besa kayak dengan my bro,Amin Shukri.. tangan time tu dah terbiasa tak lengah macam 1st time kayak. Kira okaylah naik kayak , time form 4 kayak atas rakit buluh.. Putera yang parang pokok buluh dan ikat, putri parang buluh untuk buat dan ikat dayung (paddle) rakit.

    Lepas habes puaih hati kayak dalam 2 jam (err kut?) , solat .. dan naik cruise. Hahaha cruise la sangat , nak cerita pun tatau. Makan BBQ atas tasik, sambil bergerak tuh ! Singgah kat ladang anggur tapi dah tutup sebab terlewat sampai. Balik-balik dah masuk Maghrib.. kiranya mmg gelap arr dok kat tasik tu. Siap berani rendam kaki gelap-gelap lagi. Syiok orrhh, Sir siap pekena kata ada ikan besaq dalam tasik nak bagi takut kat kami yg rendam kaki dalam tasik. Okay. Sir is the number one bab pekena orang.

Edit kalut kalut. Haaa ni lah cruise dia. Simple je kan?

    Sampai di darat ,terus solat Maghrib dan kumpul di Surau luar. Majlis perpisahan tadaaa. -_-'

Mula-mula wakil putra berucap, then wakil putri , then... Pemilik tempat Beris tuh , Cg. Rashid. He constantly remind us .. ' ujian membentuk kita menjadi manusia '. Dan.. " Bukan senang nak dapat cikgu macam ni, tanggung risiko buat aktiviti mencabar. Ingat senang ? Cikgu yang nak kena tanggung semua para pelajar.. ".

And then , the new groom yeah, Us Hassan Basri. ( Ustaz bawa Zaujah dia mai Beris kut ! Kami pakat excited dok usya Kak Masyitah tu.. comei kut hehe ).

" Pi mana pun, amek kos apa pun jangan tinggal agama. Tak semestinya yang ambil Syari'ah akan faham islam. Kadang yang amek kos professional pulak yang cari dan faham Islam ". - Us Hassan.

The last one, yang ditunggu-tunggu ...   Sir Azman Abd Rahman! Our Murabbi ...

" Kita akhiri segala-galanya di sini, Beris. Kamu , 11th Generation adalah Generasi ke-4 Beris. Be a Responsible Man, cari mas'ul. Adat berjuang, perpisahan bukanlah satu kesedihan. Bangun, bangkit, bergerak dan berjuang. Kita nak jadi Mujahidin bukan Qaidin, ingat !"

" 3 . 12. 13. Ingat tarikh keramat ni. "

Sir pesan .. barangsiapa yang tak dibimbingi mursyid, dibimbangi mursyidnya adalah syaitan. Carilah murabbi di luar sana, silent Murabbi. Saya bukanlah Murabbi yang sebenar, saya cuma Mu..rebah. (Sempat lagi Sir buat ala-ala lawak).

Sir : " Pendekatan Nabi adalah terbaik- pendekatan berhikmah. Namun , Nabi tak pernah melarang pendekatan Saidina Umar. Saya tak kata pendekatan saya WAJIB diikut, cuma saya gunakan pendekatan begini sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah "

(Aku sebenarnya tak reti lah nak cerita paa yang orang cakap) Sir : " Universiti adalah dunia paling mencabar, tapi paling best." " Ingat akhirnya... kita adalah PEJUANG. Apakah kamu tak mendengar panggilan ? "

And, Sir sang to us .. " Ayuh berlayar, meninggalkan Maahad Mahmud Yan, walau di sana ada bahagia tiada tandingannya " ( aku ni lemah nak ingat lirik lagu, yang ni lah yang aku salin kat buku.. tak lengkap lirik )

Terharu sobb ..

" Ingatlah kita pernah singgah sebentar di MMY. "

Geo

free counters