But, i just really love this cerpen, about skate !
Enjoy reading , and take ibrah ! :)
Bukk! Alva menyeringai. Tangannya menekap perut.
Dia terjatuh melutut.
Saat itu, dia seakan perasan satu lembaga yang sedang mengintip.
Dan, dia rebah.
*****
Makaha pantas menaip sms.
“ UnderG C16,
Adite Team belasah seseorang. Roger. “.
Mata Makaha meliar kawasan sekeliling. Dia
mesti berhati-hati agar tidak terserempak ahli Adite Team. 7 minit berlalu,
susuk tubuh badan Enigma masih belum kelihatan. Secara tidak semena-mena
bahunya dipegang dari belakang. Makaha berpusing dan menghala penumbuk ke
belakang, bersiap mempertahankan diri. Namun gerakannya terhenti di udara.
“ Huh, kau rupanya! “, Makaha
tersengih.
Enigma mengguris sedikit senyuman. Ollie di sebelah serius. Lantas
mereka bertiga memecah masuk ke dalam lembah C16. Misi bermula.
*****
“ Eergh.. “, Alva
perlahan-lahan membuka mata dalam kepayahan.
“ Jangan bergerak, kesan ubat
masih belum terserap sepenuhnya “, kedengaran suara menegur di sebelah.
Alva terkejut, dia pantas memaling ke kiri. Seorang yang berbadan tegap,
memakai jaket hitam beserta dengan hud kepala sedang membaca al-qur’an. Sebelah
bawah kaki kiri lelaki tersebut, terdapat ‘skate’.
Pemandangan yang sangat...pelik .
“ Si..siapa kau? “.
“ Aku Enigma. Nama kau, Alva?
“.
“ Aku? Err..ya. “, teragak-agak
Alva menjawab. Bagaimana orang ini mengetahui namanya? Dia memandang
persekitaran bilik. Walaupun bilik tersebut sedikit kusam, ia tetap kemas.
Dinding hanya kosong, tiada hiasan mahupun poster. Kipas yang berputar perlahan
membuatkan Alva sedikit berpeluh.
Tiba-tiba Makaha menjenguk. “
Kau dah sedar? Alhamdulillah.. “. Seraya itu sebuah senyuman terguris di
bibirnya.
“ Aku di mana? “, Alva cuba
turun dari katil perlahan. Kali ini, Enigma tidak bersuara apa-apa, dia
membiarkan sahaja.
“ Tempat kami, G7. Kami
selamatkan kau tadi. “, Makaha menjawab pantas.
“ G7? Enigma? “, memori Alva
berputar-putar, semacam ada sesuatu yang tersingkap di ingatan dalamnya.
Dia membulatkan mata, dia pasti
kini. Pasti! “ Enigma. BOTY?
“,matanya merenung wajah Enigma. Enigma mengangguk selamba. “ Kau! Enigma!
Kenapa tak beritahu awal-awal? Aku hampir tak mengecam kau tahu? “, Alva
kelihatan teruja bertemu kembali kawan lama yang dikenali dahulu ketika BOTY; Battle Of The Year – perlawanan
sedunia, salah satunya skate.
Tiba-tiba Alva senyap, dia
meragui sesuatu. “ Bukankah kau obses dengan Zephyr Team? Tony Alva? Jay
Adams? Stacy Peralta? Dulu bukankah poster mereka yang tertampal
merata-rata? Kenapa dinding kau kosong, hambar? “.
Enigma senyum. Diam. Melihatkan Enigma tidak menjawab, Alva bersuara
lagi : “ Dan sejak bila kau pandai pegang al-qur’an? “. Serentak dengan soalan
itu disuarakan, Enigma menerima panggilan telefon. Dia meminta diri sebentar.
Makaha menghulurkan gelas air
kosong kepada Alva.
“ Eeerr. “.
“ Panggil aku Makaha “.
“ Oh okey. Makaha, Enigma masih
skate? “, nada Alva sedikit risau.
Makaha mengangguk. Alva sedikit lega. “ Apa yang sudah terjadi pada
Enigma? Dan, al-qur’an? “.
“ Kau dah rasa sihat? Perut
masih sakit? “, Makaha tidak menjawab soalan Alva.
Enigma masuk kembali, dengan wajah marah.
“ Kau keluar, Alva. Keluar dari
sini! “, Alva terkejut dengan kemarahan Enigma secara tiba-tiba.
“ Ollie! “, Enigma memanggil
tegas. Ollie tiba ke dalam bilik pantas.
“ Kau dan Makaha bawa pulang
Alva. Awasi dia, jangan biar dia terlepas. Selagi aku belum panggil kau berdua
pulang, jangan lepas dari mengawasi dia. Faham? “.
Ollie memandang Makaha, meminta penjelasan apa yang sedang berlaku.
Makaha hanya menggeleng, dia juga tidak faham.
“ Enigma! Apa kena dengan kau
tiba-tiba sahaja? Apa salah aku? “, Alva menuntut penjelasan.
“ Alva, kau diam! Aku tersilap
dahulu, aku tidak sepatutnya kenal kau! “, jawapan Enigma menyentak Alva. Dia
terdiam sebentar. Makaha dan Ollie turut terkejut dengan perubahan Enigma.
“ Kenapa dengan kau? Hah?!? “,
Alva bangun dan menarik baju depan Enigma. Dia bengang dengan kata-kata dan
sikap Enigma.
“ Pergi! Bawa dia pergi dari sini sekarang! “, Ollie dan Makaha
menurut arahan Enigma walaupun mereka agak terpinga dengan sikap kasar Enigma.
Mereka percaya Enigma mempunyai sebab tersendiri. Enigma yang mereka kenal
bukanlah jenis yang mudah melenting tanpa bersebab.
*****
Levis menendang pintu.
Dia terkejut melihat Enigma sudah bersedia berdiri di hadapan pintu yang
baru dirobohnya. Kelihatan tenang sekali.
“ Kau keseorangan? “. Enigma
menjawab pertanyaan Levis dengan anggukan.
Levis terseringai ,” Kau sudah bersedia? Permainan akan tamat di sini,
Enigma. “.
Enigma pula tersenyum, “ Tidak. Permainan baru sahaja bermula. “.
Levis mendengus. Taktiknya hendak melemahkan minda musuh tidak berjaya.
“ Kau hendak dengar tawaran
aku? “, tanya Enigma tenang, sedikit pun tidak terganggu dengan cubaan Levis
hendak mempengaruhinya sebentar tadi.
Levis sekadar menambah dengusan kasar. Enigma menyambung, “ Berdamai
sahaja, bebaskan diri kau dari semua ini. “.
Ketawa kuat terlepas dari mulut Levis. “ Kau bergurau? Berdamai? Jangan
haraplah! “, serentak itu Levis memulakan serangan. Enigma mengelak dan mengelak
dengan serangan bertubi-tubi Levis.
Kemudian…
Hujung skate dipegang, badan dipusing 360 darjah lalu melompat sedikit ke
hadapan, Enigma meranduk badan Levis
menggunakan kepalanya. Levis sempat mengelak dengan menundukkan badan ke kiri
dan mengundurkan skate nya ke
belakang.
Levis tidak mengambil masa
lama, dia berpusing laju dan mengeluarkan pisau dari poket kecilnya secara
senyap. Mendekati Enigma dia berpura-pura menyerang dari arah hadapan namun
secara pantas Levis ke belakang Enigma secara menunduk. Dengan cara itu, dia
berhasrat hendak mengelar pergelangan kaki Enigma. Namun, Enigma bukan skater sebarangan. Dia bijak
menterbalikkan badan dengan membiarkan tapak tangannya menjadi tapak di atas
lantai. Skate yang mendarat di atas
lantai dipijak kembali setelah mengelak.
“ Aargh… “, Enigma mengerang
perlahan. Kakinya tidak berjaya dikelar pisau Levis, kenapa dia tetap berasa pedih?
Saat itu, dia terperasankan tangannya terdapat sedikit kesan darah
selepas mengelap peluh di muka. Baru dia sedar, pipinya berjaya dikelar Levis
sedikit walaupun tidak terlalu dalam.
Levis tersenyum puas. Walaupun
hasratnya asalnya tidak tercapai, berjaya mencederakan Enigma The Legend adalah satu kejayaan.
“ Hahaha… Bagaimana? Legend sahaja tapi mudah disentuh “,
Levis sengaja ingin menaikkan darah Enigma. Dia tahu, kemarahan adalah
penghalang kemenangan.
“ Legend adalah seorang yang mudah disentuh dan menyentuh. Kau mahu
aku mula menyentuh kau? “, Enigma mengukir satu senyuman yang menakutkan.
Jiwa Levis sedikit bergetar, dia sebenarnya risau dengan soalan Enigma
tersebut. Dia sedar akan hakikat Enigma yang sengaja mengelak dari
mencederakannya dari awal pertarungan lagi. Enigma sekadar menyerang
menggunakan tubuh badan, itupun serangan secara sederhana.
Tanpa menunggu jawapan dari
Levis, Enigma menggerakkan skate nya
ke kanan dan ke kiri beberapa kali. Levis sedikit keliru namun dia masih dapat
menangkap pergerakan Enigma. Kemudian Enigma berputar-putar mengelilingi Levis
yang tidak diberi peluang untuk bergerak dan akhirnya Enigma menekan bahu Levis
lalu memutar badannya.
Levis cuba untuk meloloskan
diri dari putaran yang dikenakan Enigma, namun Enigma sudahpun mengeluarkan
tali dari poketnya dan berputar di sekeliling kaki Levis. Akhirnya Levis terjatuh
dengan kaki terikat.
“ Kau bukan tandingan aku.
Lepaskan sahaja Alva. Aku sudah menang bukan? “.
“ Kau sudah lupa perjanjian?
Bunuh sahajalah aku. “
Enigma senyum. “ Tidak, aku lahir bukan untuk membunuh. Allah tidak
mengajarku sedemikian. “.
“ Allah? Kau? “, Levis terkejut.
Enigma bangun berangkat pergi. “ Tamatkan diri kau daripada jalan kotor
Levis. Berhentilah! “.
Levis meludah. “ Aku bukan seperti kau. Mudah menyerah pada Tuhan yang
tidak adil “.
“ Kau yang tidak adil pada diri. “, Enigma membalas tegas. Dia melangkah
keluar dari perkarangan tersebut.
“ Tunggu. Kalau kau memang
berniat tidak ingin membunuh aku dari awal, kenapa kau datang? “, soal Levis
sambil tangannya perlahan-lahan menyeluk poket belakang seluarnya.
“ Aku ingin tawarkan rundingan
damai tetapi kau yang degil. Aku mahu beri kau peluang, bukankah kawanku? “.
Dahulu Enigma dan Levis adalah rakan baik namun disebabkan Enigma menjadi Legend, Levis iri hati kerana dia tidak
secemerlang Enigma sedangkan dia lah yang membawa Enigma ke dunia skate. Lalu dia memilih untuk
meninggalkan rakan baiknya dan menyusuri haluan sendiri. Levis memang merancang
untuk membalas dendam namun hasratnya kian terbantut apabila dilihat Enigma
menghilangkan dirinya dari populariti.
Namun dia mendapat peluang
semula apabila Enigma muncul menyelamatkan Alva semalam. Rundingan semalam,
kononnya atas alasan untuk dia tidak menganggu Alva lagi, Enigma perlu
bertarung dengannya, tanpa seseorang pun tahu. Jika Enigma berjaya membunuhnya,
Alva akan terselamat. Namun hal sebenarnya, dia tidak kisah lagi hal Alva, dia
hanya mahu bertarung dan menghapuskan riwayat Enigma. Oleh sebab itulah, dia
mahu Enigma keseorangan.
“ Kau ambil ini, aku sudah
tidak perlukan loket ini lagi “, Enigma menyerahkan sebuah loket besi berbentuk
skate ke dalam tangan Levis.
Levis terkedu, dia masih ingat
loket itu. Loket tersebut adalah satu-satunya saksi perjanjian di antara mereka
berdua. Perjanjian ikatan persahabatan mereka. Dia tidak menyangka Enigma masih
menyimpan loket tersebut.
Namun, dia lekas tersedar. ‘
Aku tidak akan terpengaruh! Dendam yang terbantut tidak akan dilepaskan
peluang! ‘. Melihatkan peluang Enigma yang membelakanginya, Levis segera
menarik keluar pisau poket dan membaling ke arah kaki Enigma. Biar dia tidak
berjaya membunuhnya namun dia akan mencederakan kaki Enigma agar bekas rakannya
itu tidak boleh lagi skate.
Ketika itu, Alva tiba-tiba
muncul dan cuba menolak Enigma ke tepi namun tidak sempat. Hujung pisau
tersebut sudah pun terbenam ke dalam kaki Enigma. Enigma menjerit sakit. Alva
menjadi marah dan meluru ke arah Levis dengan kasar.
“ Jangan, Alva! “, jerit
Enigma melarang.
“ Minta maaf kami tak berjaya
awasi Alva, Enig....”, Makaha yang baru tiba tidak dapat menghabiskan
kata-katanya melihat Enigma yang sedang menahan kesakitan.
Ollie menerpa ke arah Enigma, tanpa berkata apa-apa sepantas kilat pisau
dicabut. Dia cuba membantu Enigma bangun dan mengoyakkan sedikit cebisan kain
bajunya lalu diikat sekitar kawasan luka.
Enigma menendang skate berhampirannya ke arah
Alva yang sedang menikam bahu Levis. Skate
yang tiba dengan kelajuan tinggi di sisi kaki Alva membuatkan Alva hilang
pertimbangan lalu terjatuh.
“ Berhenti! Allah tidak suka perbalahan. “, arah Enigma serius.
Levis semakin tidak mengerti. Kenapa
Enigma cuba menyelamatkannya?
*****
Levis membuka mata. Bahunya
terasa ngilu. Kemudian, baru dia perasan dia berada di dalam hospital apabila
memandang persekitaran bilik yang serba putih, serta di sisinya terdapat
beberapa pesakit lain.
Enigma menggerakkan badan
sedikit. Levis terkejut, dia tidak perasan akan kehadiran Enigma di sebelah
kanannya. Lebih mengejutkan lagi, Enigma tidak berpakaian seperti biasa.
Walaupun berpakaian t-shirt, Enigma memakai kopiah di atas kepala. Malah,
terdapat al-Qur’an dalam genggamannya.
“ Levis? Alhamdulillah. “, Enigma yang baru terjaga dari tidur
mengungkapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi melihatkan Levis sudah tersedar.
“ Boleh kau jelaskan pada aku?
Al-qur’an, kopiah, Allah? “, minda Levis keliru dengan perubahan Enigma.
Senyuman indah terukir di bibir Enigma.
“ Masa kemuncak aku popular, aku sangat seronok dengan perhatian yang
aku terima. Tapi aku sikit pun tak tenang. Pada suatu hari, Allah takdirkan aku
bertemu dengan Makaha. Walaupun dia skate,
tetapi dia sangat rajin beribadah. Mula-mula aku jengkel juga. Tapi aku jadi
terkesan melihat akhlaknya yang sangat bersih. Dan… paling aku cemburu dengan
dia adalah ketenangan. Herm.. tenang. “, terang Enigma panjang lebar.
Levis cuba bangun, Enigma
membantunya dengan mengubah kedudukan bantal agar dia dapat duduk menyandar
dengan selesa. Dia mencerna kata-kata Enigma. Levis mengakui hakikat bahawa
ketenangan sudah lama tidak menjengahnya.
“ Kenapa kau tidak membenci aku?
Kaki kau sudah tak boleh skate lagi
bukan? “.
Enigma senyum, “ Terima kasih “, ujarnya lalu memeluk Levis tanpa silu.
Tubuh Levis kaku, terkejut dengan pelukan Enigma.
Dia menyambung bicara, “
Walaupun aku cuba untuk berubah sedikit demi sedikit tapi aku masih tak berjaya
hendak tinggalkan skate. Skate sudah jadi darah daging aku. Ya,
memang perit untuk terima kenyataan bahawa kaki aku dah dicederakan kau dan tak
boleh skate lagi tapi aku cuba
pandang dari sudut positif. Mungkin inilah masanya untuk aku benar-benar
manfaatkan masa untuk buat perkara yang lebih banyak manfaat. “, Enigma
tersenyum kelat. Dia redha dengan apa yang berlaku walaupun masih terasa pahit
dengan ujian yang diterima.
Levis tidak berkata apa-apa,
dia sebenarnya kehilangan kata-kata. Seumur hidupnya belum pernah mendengar
kata-kata yang begitu bermakna dan menusuk ke dalam hati. Sebagai skater, dia amat faham perasaan untuk
tidak boleh lagi skate. Namun, lelaki
di hadapannya ini benar-benar kelihatan tenang menerima takdir.
Alva yang bersembunyi
berhampiran pintu mengalirkan air mata lelakinya. Dia terkesan dengan sikap
Enigma yang benar-benar menyerahkan diri dalam ketentuan Tuhan. Alva jatuh
melutut, kemudian dia sujud di lantai hospital.
‘ Allah, maafkan aku! ‘, rintihannya
bersama titisan air mata.
Tanpa diketahui Enigma - atas aturan Allah, Alva dan Levis berjanji pada
masa yang sama di dalam hati agar tidak lagi meninggalkan Tuhan.
“
Skater berharga –adalah yang tunduk pada Tuhan “
-Ariffah9
2 comments:
Tak sangka tahun 2011 @ 2012 ana baca cerpen ni. Cepatnya masa berlalu! Tapi ana rasa 2011 kot, sebab masa tu ana tak masuk asrama lagi. Akhirnya anti update juga blog... hehe
Ana bg kat beberapa org ja utk check. Anti, kawan ana 2,3 orang dan 2 senior putra (atas arahan cikgu bm).
Padat noh nurinaa.. haha mmg nak update tp no idea what i'm gonna to write. dah lama tak menulis huhu. tp smlm kwn ana request update blog, katanya dia dpt kekuatan baca blog ana sbb ana tulis dari hati. tak sangka ~ so, sebenarnya tgh buat survey (anti pun dpt sms tu) , insyaAllah will update soon.
Post a Comment