Thursday, February 20, 2014

Beza .



Aku tak kisahla nak kata apa pun.
But what happened recently made me want to write about Sir Azman as known as Murabbi.

Beza. That’s it.

   Tahun lepas, aku dan dua rakan masuk bilik PK HEM. “ Assalamu’alaikum Sir.. nak tanya pasal kos Grafik. “,tak sempat aku terang lagi, Sir terus “ Ha pi amek kerusi kat luar. Duduk “. I just like.. what? Baru cakap sikit, Sir terus ambil serius. Ambil kerusi suruh duduk means Sir nak bincang panjang lebar. Terharu la jugak. :’) Lagipun Sir is super duper busy person. Tidur pun kadang 2 jam ja.

Sembang-sembang pasal Grafik dan bla bla bla.

  Lastly, Sir bagi dua pilihan kat aku. “ Pertama. ARAS TINGGI. Kalau kamu sekadar minat grafik, ambil kursus pendek grafik. Pi Mesir ambil Syariah “. Aku? Alamak tamau pi Mesir walaupun aku minat Syaria’h. Wuhh best o Syariah ;D

“ Kedua. Kalau kamu betul-betul serius dengan Grafik, then go for it. But, camne nak kata ya.. ha, whether GO BIG or GO HOME “, then Sir gelak. “ Jangan pulak nanti berapa tahun akan datang, saya pi Sungai Petani tengok kamu kerja kat syarikat kecik. Design benda simple-simple ja “. Sir gelak kat aku lagi. Cess -_-“ Sir ni suka gelak kat orang. Haha.

Aku geleng, nope, I’m taking this graphic thing seriously. Ada plan long term punya, insyaAllah. Panjang lebar jugak Sir terang kat aku :D Bagi nasihat, sokongan apa semua. “ Biar kamu ambil kos ni, nanti bina syarikat sendiri. Serius dalam design dan hasilkan something untuk ummah “.

“ Saya time kat university dulu kalau tak amik psychology, memang saya nak amek Graphic Design. Tapi keadaan masa tu perlukan saya study psychology. Tapi saya tetap belajar kursus pendek Grafik. Sebab saya memang suka kreatif. “- Yep Sir is the one who is creative.

   Then, malam Ramadhan, aku dapat sms dari Sir. Lebih kurang bunyi camnila “ Lepas terawih, Ali (bukan nama sebenar) akan buat briefing tentang Grafik Design. Ajak 3 orang rakan teman kamu “. I just like… whaaaa. Excited + Terharu ! Siyes. Tak sangka Sir betul-betul ambil benda ni serius, siap panggil ex-senior putra yang ambil kos Grafik suruh buat penerangan. Unexpected. So malam tu pergi asrama dengan penuh excited campuq nervous. Wuu sapa tak excited nak dengar pasal kos yang diminati, yang sebelum ni tatau nak tanya sapa -_-“ Oh yes ! Sir ada sekali time briefing tu. Mujuq. Walaupun aku segan dan senyap ja awal-awal tu time briefing, last kali time tanya soalan. Ha amek ! Aku tanya banyak kot soalan. Lantaklah segan malu letak tepi dulu, yang penting masa hadapan ! Haha cam over. K.

Beza sangat. Beza dengan mereka. Cara Sir sangat meraikan walaupun aku ni sapa sajala Sir nak layan. They? Like..pushing me into their opinion.

Dan, there is a time. Time aku ada konflik dalam diri. Aku serabut gila, rasa macam nak meletup pun ada. Haha macam dashat jerh. Bila aku face on something yang very hard for the teenager to bear alone. No one knew about this, except Sir. Apa yang Sir tulis kat aku semuanya, sekelip mata put my heart in calm. He wrote at the ending “ To be a good listener doesn’t mean you are going to be a blind follower. A good listener will always understand, analyze, conclude and lastly decide.”. 

They? They are the one who push me to agree with their stand even I don’t want to.
Understanding. Meraikan. Beza.



Then, time senior aku pilih aku jadi Naqibah. Aku pi pejabat dengan Maryam time tu, “ Sir, pasal saya jadi Naqibah, ‘mereka’ tak setuju saya pergi sekolah malam-malam untuk usrah. Katanya, ganggu pelajaran “.  And bla bla, the rest is history. Lol tentangan ‘mereka’ ni siap buat aku crying silently peluk lutut atas lantai lagi. Yelah frust gila. I’m not doing bad things, it is usrah ! Aku bukan kecewa sebab nak sangat jadi naqibah (huu sapa nak? Naqibah tu amanah dan tanggungjawab besar kot!). But seriously I’m very frust when pemikiran ‘mereka’ : Usrah menganggu pelajaran.
Sir senyum “ Kalau tak setuju dengan usrah, tak payah hantar belajar kat sekolah ni. Sekolah ni bukan nak bagi pelajar cemerlang akademik saja, tapi nak tarbiah sekali. Kalau setakat dapat 9A PMR even 11A SPM takpun atlit cemerlang kalau tak solat, akhlak teruk.. tak payah. Tak guna dah result cemerlang tu. Lebih baik ambil pelajar yang result rendah tapi sahsiah bagus “. Jawapan Sir menegaskan pendirian sekolah. Aku pun senyum, yep that is right.
But then, tiba-tiba keesokan petang tu Sir panggil aku. Aku pun pi sengsorang kat pejabat.

“ Saya dah bincang dengan sahabat-sahabat saya (ustaz-ustaz lain) …. “ ( What? Sir betul-betul take serious this thing )

“ Kalau berat untuk kamu jadi Naqibah, tak apa boleh lepaskan. Jangan risau, nanti saya cakap dengan Ketua Badan Dakwah. Tapi kalau ‘mereka’ dah okay, teruskan jadi Naqibah. Tapi tak jadi Naqibah, usrah wajib datang lah sebab usrah memang wajib sini. “ ( Jadi Naqibah bermakna kena datang asrama malam-malam twice dari biasa. Sebab sehari sebelum kena usrah dengan Ustaz dulu , then baru berusrah dengan adik-adik.)

“ Kelmaren saya cakap tegas la, sebab ada Maryam. Kena la tunjuk tegas bab usrah ni. Tapi kalau berat untuk kamu, tak apa. Bukan nak memaksa “.

At the end, aku jadi jugak Naqibah huu.

I don’t want to compare. But I just did. Heh.


But what happened makes me realize.


There are person who take cares about you. There are person who criticized you without knowing anything about you.



2 comments:

Anonymous said...

Bukan push lah dik.. just give another opinion or option that you might think of .. Tak salah kan :) Lain lah kalau org tu deny or object your interest terus. Perhaps not everyone understand our interest or goal, but at least some people try to give a hand even though the person might not fully understand the other person interest/though. My 2 cent :)

Keep it up, all the best for your future undertakings.

Ariffah9 said...

Give another option is really okay.
But giving option without really care what am I want , that is not.

yeah thankful indeed who gave a hand, but giving must be cautios too, don't u think?

anyway the interest is not the only thing happening, that 'push' is already happened for a hundreds time. yeah, you maybe don't know what really is happening (: cause I'm not telling everything in public.

btw, what is 2 cent ?

thankyou :D all the best for u too.

Geo

free counters