Friday, February 26, 2010

Aslim Taslam 2

by 88versus on deviantART

Ni cerpen awalan dia, (Aslim Taslam 1) untuk sesiapa yang belum baca..
http://ariffah9.blogspot.com/2010/02/cerpen-aslim-taslam.html



Jadi, terimalah...

Ustaz Zid menggeleng-geleng. Musibah menimpa lagi. Kali ini, keretanya dicalar.
Sejak hari pertama lagi, kesabarannya memang teruji. Siapa kata dia tidak rasa marah? Cuma, dikawal rasa amarahnya.
Baginya, dugaan Rasulullah S.A.W lagi teruk. Berganda-ganda dasyat.

Dia masih ingat hadis masyhur ini..

Suatu hari, datang seorang pemuda : " Wahai Rasulullah, berikan aku nasihat .
Rasulullah SAW menjawab: 'Jangan kamu marah'
.
Lelaki itu bertanya lagi : "Apakah ada lagi nasihat yang lain?
".
Rasulullah masih menjawab, " Jangan kamu marah ".

Sekali lagi lelaki itu bertanya.

Rasulullah SAW tetap menjawab, jangan kamu marah.

" Ustaz, kelas Form 4 Rock memang dasyat. Diorang tu nakal memang tak terkata. Berapa kali dah diorang tu kena tindakan disiplin tapi masih tak serik-serik.", kata Cikgu Darus.
Ustaz Zid hanya tersenyum. Baginya, jiwa-jiwa mereka perlu dididik.

Cikgu Darus pelik. Eh, senyum pula?

.........................................................................................................................................................................

Ustaz Zid melangkah tenang ke arah kelas Form4. Dia menarik nafas panjang sebelum melangkah masuk.

" Bismillahhirrahmanirrahim..".

Ustaz Zid melihat semua pelajar sedang tidur. Dia hanya tersengih, ini pasti muslihat mereka lagi.

Dia memberi salam. Tidak disahut.

Dia mengetuk setiap meja pelajarnya namun sedikit pun tidak membuahkan hasil. Semuanya masih kaku dengan gaya tidur masing-masing. Lalu, Ustaz Zid mengambil keputusan untuk membuat kerjanya sendiri di meja guru kelas itu. Ada sesuatu yang perlu dirancangnya.

Dia membetulkan kerusi. Baru sahaja duduk, dia terdengar suatu bunyi. "Prak".
Ustaz Zid terjatuh!

Mukanya merah, menahan marah. Syaitan galak membisik-bisik menyuruhnya supaya menjerit marah.

" Ya Allah, sabarkan aku. ", doanya pendek.

Dia lantas keluar dari kelas itu, untuk menenangkan diri. Supaya rasa amarahnya tidak terhambur keluar.

" Fuhh, cayalah we! ", kata Nik sambil menepuk tangan rakannya. " Aku tengok muka dia merah tadi. Tengah marah kot. Haha.. ", Firdaus pula bersuara.
Ramai yang sedang ketawa. Mereka memang sudah merancang semuanya.

Tiba-tiba ketawa mereka terhenti apabila melihat Ustaz Zid melangkah masuk kembali. Mereka terkejut melihat Ustaz Zid yang masih mampu tersenyum ke arah mereka.

" Oh, semua dah bangun ya? Jom kita belajar. ", kata Ustaz Zid selamba. Nik mendengus, tidak puas hati. Oh, masih tak serik ya?

Mereka semua mengeluh. Bosan. Kenapa kali ini, kegembiraan mereka tidak bertahan lama? Kenapa perlunya Ustaz itu terus tersenyum? Mereka masih tidak faham.

Jiwa mereka masih dipagari dengan himpitan-himpitan masa lalu.

Ustaz Zid mengajar mereka pendidikan Islam. Dalam hati, dia bertekad hendak mendidik jiwa mereka juga. Dia tidak akan mengalah kerana dia yakin Allah akan membantu insan-insan yang berdakwah di jalan -Nya.

" Aaarghh.. maafkan ana Ustaz. ", kata terakhir dari pelajarnya. Darah merembes keluar laju. Air matanya sudah menitik.

Ustaz Zid juga sebenarnya dihimpit peristiwa lalu. Namun, peristiwa itu lah yang membuatkan dia bertekad ingin memperbaiki diri dan lebih berusaha mengajak jiwa-jiwa manusia kembali di atas jalan Islam. Dia tidak mahu peristiwa yang sama berulang..

2 comments:

naimul firdaus said...

salam

kenapa penutup cerpen ini sukar nak difahami?

ana yang lambat faham ke cerpen ni memang dibuat denagn penutupyang payah nak faham?

Ariffah9 said...

wslm,
tak faham kt mana tuh?

Cerita ni masih bersambung, ni bkn penutup dia. Ana ingat nk buat penutup, tapi xjadi pula.

Masa lalu Ustaz Zid pun ada sesuatu tragedi yg mnyedihkn brlaku jgak..

Geo

free counters