Sunday, March 28, 2010

Siri 1: Explode.

   Assalamua'laikum..
Yeah, semalam dah dapat buku Sinergi dan Langit Ilahi 2. Syukran my brother! Pesan kat dia sebab dia belajar di KL, baru balik pagi kelmarin. Pergi ambil kat stesen bas..
   Maaf, dah lama tak buat artikel tentang pengisian. Harapnya cerpen-cerpen yang ana buat, turut ada sesuatu yang bermakna..Huhu..

pic by =ftourini on deviantART
kucing pun pandai bersabar bila melihat 'makanan'nya

    Pistol kupaut. Tangannya menggeletar, aku tergelak besar. Aku suka melihat orang yang ketakutan. Biar mereka rasakan.
   Aku tiada gang bersama, hanya bersendirian di dunia. Guruku, ibubapaku, keluargaku, sahabatku..semuanya membenciku kerana aku adalah penimbul huru-hara.Di mana aku berada, tidak akan senyap tempat itu melainkan kekacauan yang aku timbulkan.

' Kamu ni sungguh tidak berperasaan. Sakit hati dan fizikal orang lain, kamu tidak fikir, hah?! ', kata wardenku tidak berlapik.

' Sungguh, sampah masyarakat! ', kata-kata warden itu lagi memberi refleks padaku terus bangun dari kerusi untuk keluar dari bilik kaunseling. Bilik yang mula dipenuhi aura membunuh.

   Kata-kata itulah yang makin membangkitkan rasa jahat pada diri ini sehingga sekarang.

' Bodoh! Anak derhaka.. Kau ingat diri kau tu dah sampai tahap dewa hah!! Bodoh, bodoh!! ', kata ayahku suatu masa dahulu.

Aku tidak faham dengan dunia ini. Apabila mereka tidak menghormati hak-hak kita, kenapa perlu berbaik dengan mereka? Tidak adil.
   Ya, dalam hidup aku hanya dipenuhi dengan ke'tidak adil'an.

Mulut mereka hanya tahu mengutuk, dan persalahkan aku 100%. Adakah pernah mereka mendekati aku dan menyelami masalah sebenar aku. Jawapannya, tidak!
Tiada siapa tahu, berdas-das tembakan kata sinis untukku itu menyebabkan emosiku semakin pecah dengan ketara sehingga aku benci melihat kebahagiaan orang lain. Lalu, timbullah sifat negatif bertan-tan.
  
   Seorang lelaki dewasa di hadapanku ini, sedang berlutut. Memohon belas padaku. Ah, aku pasti dia tidak ingat siapa aku!

   " Kau nak tahu tak? Sifat belas aku adalah sifar! Tahu? Hahahaahaha.. ", saja aku ingin menakutkannya.
Aku memijak-mijak tangannya, membelasahnya sepenuh hati, membalas dendam kembali.

Kemudian, aku pergi.

Pap!! Aku tergamam.
" Kau itu syaitan bertopengkan muka manusia! Kenapa teruk sangat perangai kau!?! Anak sial!! ", jerkah ibuku. Ibuku yang dicintai bertukar kepada ibuku yang kubenci.
  Tak sangka. Ingatkan ibu nak 'back-up' aku diherdik ayah. Namun,hampa.

Aku merengus. Kenapa aku perlu ingat kembali peristiwa tersebut?Tragedi pahit semuanya pada waktu silam.

   Aku mengambil sebatang pen dan sehelai kertas, lalu bergerak duduk di balkoni.
Tanganku bergerak dan menulis sendiri. Pantun yang muncul dari jiwa, secara spontan.

Mensisihkan diri.
    Puas hati aku. Dalam kekasaran jiwaku, aku bersastera. Entah kenapa, aku ini mempunyai hati yang sangat sensitif. Pada zahirnya, memang diriku hanya menampakkan kekasaran dan kekerasan hati. Seakan-akan memiliki hati yang tidak berperasaan.

   Aku masuk kembali ke dalam.

                             ................................................................................................. 

   Puasku melampiaskan nafsu dengan membelasah habis tiga orang. Tiba-tiba munculnya seorang pemuda saat aku baru hendak beredar pergi.
   Mukanya tampak risau. Dia seakan tidak mempedulikan diriku, cemas memeriksa tiga sekawan yang kubelasah sebentar tadi. 
    " Hei,kamu.", aku menghayunkan penumbuk ke arahnya. 
Dapp! Aku tersentak, membulatkan mata. Tanganku ditampan dengan tapak tangannya. Malah, mukanya tidak menggambarkan kesakitan.

   Penumbuk ku tidak pernah tewas. Tapi, pemuda ini...

 " Ketenangan. Tidak pernah kau kecapi, bukan? ", soalannya menjerut diriku. Soalan apa ini?

   Baru dia mendongak kepalanya memandangku. Matanya merenung tajam sehingga ku dapat rasakan renungannya menerobos ke dalam organ badanku.
Aku tidak peduli dengan soalannya, terus mencuba nasib. Menendangnya pula.

   Dia mengelak. Memandangku dengan senyuman.  Aku cuba sedaya mungkin. Lagi dan lagi, aku cuba menjatuhkannya. Letih sudah menghinggapi tubuhku. Tapi tetap tidak berjaya.

  " Kau tak takut dengan aku? Aku tidak pernah tewas. ", ku cuba kawal nafasku. Pemuda itu hanya mengelak seranganku sahaja dari tadi. Tidak pula, dia membalas.

   " Allah ", dia membalas pendek. Aku mengulang katanya kembali ; " Allah?".
" Allah bersama denganku. Aku tidak nampak sebab kenapa aku perlu takut dengan hamba-Nya.".
" Kau dan aku. Sama saja, hamba Allah. Aku hanya takut dengan penciptaku ", suaranya tenang.

  Aku terdiam. Dia mula membantu kawan-kawannya. Menelefon seseorang, mungkin meminta bantuan. Pemuda itu memangku kepala salah seorang sahabatnya; "Sabarlah..".

" Kenapa kau terlalu sayangkan kawan kau? ", reaksiku hairan.

" Dia bukan kawanku. ", balasnya, terkejut aku.
" Dia adalah sahabat aku. ", reaksi pelik pula terpapar di wajahku.

" Ada beza kah? ",

" Ya. Sahabat, di mana kala senang, bersama. Malah, di kala susah, tetap bersama. Apabila sahabatnya menuju ke arah lembah kehinaan, dia tetap bersama berusaha mengajak ke arah kebaikan tanpa jemu. Sahabat juga apabila sahabatnya berjuang menegakkan kebenaran, dia menyokong sepenuhnya dan turut membantu.", terjeda aku mendengar penerangannya.

   " Pergilah dari sini. ", katanya. Ah, kenapa semua membenci aku. Pemuda ini pun menghalauku.

" Tidak lama lagi bantuan akan tiba. Lebih baik kau pergi, dari tertangkap. Ini kad aku, ambillah. Aku lihat kau mempunyai beban yang berat. Semoga Allah izinkan aku berkongsi masalah kamu juga ", bicaranya seakan mengeluarkan aura harmonis.

Terdengar bunyi kenderaan mendekat. " Ambillah ", desaknya sambil menghulurkan sekeping kad.
Aku ambil juga kad itu. " Pergilah..Mereka makin mendekat. ".

   Hairan aku dibuatnya. Aku membelasah kawannya, tapi dia menyuruhku pergi agar aku tidak tertangkap.
Apakah ini?

" Sekejap ", katanya sambil memegang bahuku. Dia menghulurkan tangan.
Aku kaku sebentar, kemudiannya menyambut hulurannya. 
   Dia menarik tubuhku, merapatkan pada badannya. Aku menolak, reaksi terkejutku. Siapa dia hendak memelukku, sedangkan sejak aku remaja tiada siapa yang pernah mendekatkan diri padaku. 
   Namun, kehangatan kemesraannya terasa.

  " Maaf, mungkin kau tidak biasa ", dia memohon maaf melihatkan reaksi tak senangku.
   " Aku Nasir. Kau?".
   " Aku ? ".
   " Aku adalah anak anjing. ", gilirannya pula tersentak.
   " Kerana aku dilahirkan seekor anjing. Yang membiarkan aku merana. ", jawabku lalu berlalu begitu sahaja.

Bersambung.. Nantikan sambungannya.
Semoga Allah permudahkan~

p/s: Paper Feqah selesai hari ini. Lega. Alhamdulillah..

3 comments:

Anonymous said...

salam.. boleh komen ke ni?
kalau boleh ana ada komen skit,
idea macam yang dalam salah satu cerpen hilal, tapi yang ini pun bagus, ada plot cerita yang sendiri.
cmna kebanyakan cerpen anti payah nak faham bila ada teknik flashback, mungkin boleh diperbaiki.
apapun tahniah sebab dapat buat juga, nak banding ana ni cakap ja lebih..
hehe_naimul firdaus

Anonymous said...

*cuma (salah eja cmna)
naimul firdaus

Ariffah9 said...

wslm.. comment? sgt2 dialukan..
komen kritik sgt dihargai!! ^^

oh, payah faham bila ada flash back..
syukran jiddan2, insya'allah ana usaha perbaiki lain kali..

Syukran jiddan-jiddan ya..Komen sgt mmbina~ :)

Geo

free counters