Thursday, March 4, 2010

Israel BERJAYA. Betul?

Pic by Non Cadenza on deviantART

Salam semua, semoga hari Jumaat ini membawa berkah pada kita, hamba Allah S.W.T.
Mari kita mendahulukan dengan selawat kepada Junjungan Mulia, Rasulullah S.A.W...
~ Allahhumma Solli Ala Saiyidina Muhammadin Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Barik Wa Sallim. ~

Malam tadi , yakni malam Jumaat; ada Usrah di sekolah.
Sangat best sehh. .:thumbs up:.
Banyak info-info dapat. Tajuk Usrah kali ini: (Ibadah dan Khalifah)
Yang menariknya, pada pengakhiran:

(Perancangan Israel ke atas Umat Islam.)

4S: Song
Sex
Smoke
Sport

4F: Fun
Female
Food
Fashion

1) Song: Nyanyian.

Majoriti Umat Islam semakin leka disebabkan nyanyian(hiburan).
Artis pun dah jadi idola masing2 sedangkan ramai lagi para sahabat dan alim ulama' yg patut dicontohi. Artis tomboi, nak tomboi juga. Artis berjenama 'branded', sanggup habiskan duit nak ber'branded'. Apa keuntungannya?

2) Sex: Seks.

Suka tengok filem English? Kalau takdak bab seks, tak sempurnalah bagi mereka.
Malah, cerita melayu pun sama. Berpegang-pegangan tangan, berpeluk-pelukan, bermanja-manja. Berbual tanpa batas. Pendek kata, hampir semua cerita atau filem sudah melanggar batasan syari'at. Adakah Islam hanya pada nama?

3) Smoke: Merokok.

Dah jadi trend masa kini. Pelajar menengah yang belum hisap rokok; 'Apa!? Tak hisap rokok lagi??'. Manakala, pelajar perempuan yang menghisap rokok, akan dikatakan up-to-date. Kenapa benda yang hendak membunuh jiwa dan diri, hendak didekati? Kononnya, ikut trend. Apa yang bermakna.. Dipuji? Modal dapat balik pada diri, SAKIT! Hendak bunuh diri?

4) Sport: Sukan.

Pakai seluar pendek(atas dari lutut), pakai baju renang seksi dan lain2. Dedah sana, dedah sini. Apa alasannya... Takkan hendak pakai jubah nak berenang? Kemudian, bersukan di khalayak ramai (bagi perempuan). Berenang, berlari, habis nampak bentuk badan. Berlawan permainan pula sehingga meninggalkan solat atau melewat-lewatkan solat. Tengok perlawanan bola di TV sampai tinggalkan solat Maghrib. Biggest Loser Asia contohnya, ada yang pakai tudung memeluk jurulatih lelaki(Australia). Bersukan sehingga meremehkan batasan Islam?


1) Fun: Hiburan.

Hiburan? Haha, gembiranya. Lalala.. Tapi, inilah yang diserapkan Israel pada pemikiran kita.
Disko. Parti. Sure Heboh. Akademi Fantasia, Tunjuk ajarku Sifu, Tom-Tom Bak, Idola Kecil, Sehati berdansa dan lain-lain. Maaf, saya tak tahu sangat yang lain. Ini sebagai contoh. MENYANYI. MENARI. Walaupun suami isteri menari, kenapa perlu di khalayak ramai?
Kadang-kadang pergi ke stadium menyanyi semua tu, sampai sanggup meninggalkan solat, bersentuh-sentuh dengan ajnabi. Syoknya???

2) Female: Perempuan.

Cuba perhati iklan-iklan. Semua model perempuan, model lelaki beberapa sahaja. Artis perempuan. Contohnya, iklan Air Asia. Seorang budak lelaki yang masih kecil(dalam lingkungan umur 5-9 tahun), sudah pandai 'usha' punggung pramugari. Patutkah? SANGAT-SANGAT MEMALUKAN!!! 'Tabarruj' (menarik perhatian). Baju ketat, baju berwarna-warni, baju jarang. Pakai baju pun macam artis minah salleh kekadang! DUNIA DEKAT DI HATI.

3) Food: Makanan.

Junk food a.k.a makanan ringan. Yang merosakkan kesihatan, yang haram, yang me'mudharat'kan. Kadang-kadang, sehingga ketagih! Arak pula memabukkan.
Pernah seorang lelaki soleh diugut dan diberi pilihan. Tiga: minum Arak, berZina, memBunuh. Dipilihnya Arak kerana dianggap paling ringan. Akhirnya, ketiga-tiganya dilakukan kerana mabuk selepas minum arak (tak sedar diri). Berhati-hati apabila memilih makanan.

4) Fashion: Fesyen.

Ha, fesyen baju, tudung. Tudung ada yang berbelit-belit. Jenis tudung yang menampakkan sangul rambut pun ada. Sedangkan perempuan diharamkan menampakkan sesuatu yang dapat membayangkan peribadinya(panjang rambut). Dah ada sanggul, mesti orang tahu rambut dia panjang.. Fesyen baju pula, ketat kekadang. Nipis, warna terang macam merah menyala. Fesyen berbatas-bataslah..



Ini semua atas pandangan ana. Jika terdapat sebarang kekasaran bahasa, maafkan ana.
Bukalah minda kita. Sama-sama kita bermuhasabah. Untung dunia hanya sementara, Untung Akhirat selama-lamanya. Sebenarnya, sama-sama kita peringatkan diri sendiri.

Cubalah yang terbaik menjadi hamba Allah S.W.T serta umat Rasulullah S.A.W. Ramai para Nabi ingin menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w, takkan kita yang dipilih ini hendak mensia-siakan peluang yang diberi? Berilmu dan beramallah.

Anda hendak Israel menjajah pemikiran kita SEPENUHNYA???
JANGAN!!!

2 comments:

sharemotivasi said...

yup..setuju..dah macam2 israel dh plan untuk kita, tp kita je yg slalu tak menyedari hakikat tersebut..nice artikel..

(pegangan saham kilang arak kt malaysia pun ada yang orang islam pegang, tak tau apa nk jadi)

Ariffah9 said...

erm betul kata share motivasi. israel dh buat mcm2 agenda utk mnguasai dunia dan mnjatuhkn umat islam..
Itulah, umat islam skrg rmai yg trlalu leka dgn ksngan dan hiburan.
Nauzubillah, minta dijauhkan dari trus trhanyut pd arus duniawi..

herm, arak. patut diharamkan dan diberhentikan dari proses kilang dan jual terus..

syukran ya comment~

Geo

free counters