Aku tiba di sebuah tempat yang luas. Cahaya suram-suram sahaja. Aku cuba mencari arah untuk keluar di tempat yang tetiba berbau busuk ini.
Tiba-tiba, terasa diriku dicekik dari arah belakang. Lalu, kuberpaling untuk melihat siapakah gerangan tersebut?
Mataku terbeliak. Muka di hadapanku ini amat mengerikan. Kulitnya bernanah dan melecur, matanya seakan hendak terkeluar, hidungnya melelehkan titisan darah, manakala mulutnya berbau begitu busuk. Wajahnya benar-benar tampak hodoh.
Aku cuba meronta-ronta untuk melepaskan cengkaman tangannya yang semakin kejap memegang leherku ini. Rongga pernafasanku semakin sempit, menyukarkan diriku untuk bernafas.
“ Apa salahku? “, dengan terketar-ketar dan begitu sukarnya untuk berkata, aku menyoal.
“ Kau masih tidak sedar dengan dosa yang menghimpit “, balasnya sambil mengilai.
Kecut perutku mendengar hilaian tawanya itu. Makhluk apakah ini?
Makin lama, aku terasa seperti tiada daya lagi untuk bernafas. Sungguh menyeksakan.
Aku berputus asa, hilang seluruh kudratku. Mungkin tiada lagi harapanku untuk hidup.
Tetapi di luar dugaanku, makhluk itu melepaskan cengkamannya.
“ Kau tahu bagaimana rasanya dibuli orang? “, soal makhluk itu lalu beredar.
Kepalaku benar-benar pening. Sesaat kemudian, penglihatanku gelap…
* * * * *
Celik. Mataku menangkap keadaan persekitaran yang lain dari tadi. Putih semuanya, terdapat beberapa objek perubatan. Ah, adakah ini hospital?
Aku cuba bangun tetapi kembali terbaring apabila merasakan kesakitan di bahagian belakang.
“ Muhammad, kau dah sedar? Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah. “, suaranya riang. Siapa pula lelaki ini..
Lelaki itu sujud di lantai, sebentar sahaja. Kemudian, dia mendapatkan aku.
“ Muhammad. Maafkan aku kerana tidak sempat menghalang kereta itu melanggar kau.”, sayu suaranya.
“ Kau siapa? Apa yang dah berlaku pada aku? “, soalanku itu nampaknya mengundang reaksi terkejutnya.
“ Muhammad. Kau tak ingat lagi? Aku Nasir.. “, jawapannya kubalas dengan gelengan.
Dia mengalirkan air mata. “ Maaf, Muhammad. Aku bersalah sehingga membuatkan kau lupa ingatan “, suaranya yang perlahan tidak dapat kudengari.
Tiba-tiba seorang pemuda lain masuk.
“ Alhamdulillah Muhammad dah sedar. Subhanallah, Alhamdulillah, Masya’allah !!”, kalimah yang dituturkan itu mengundang perhatianku.
“ Alhamdulillah Muhammad dah sedar. Subhanallah, Alhamdulillah, Masya’allah !!”, kalimah yang dituturkan itu mengundang perhatianku.
“ Perkataan apa yang kau cakap tadi? Sub..hana… apa? “,ku bertanya pelik.
“ Subhanallah.. “.
“ Ya..ya. Lagi..”.
“ Alhamdulillah, Masya’allah..Allahhuakbar “.
Kalimah itu sungguh menenangkan jiwa. “ Perkataan apa itu?”.
Lalu, lelaki itu menerangkan maksud-maksudnya. Kulihat lelaki tadi hanya diam tetapi memancarkan rasa gembira pada wajahnya.
“ Boleh kau ajar aku semua itu? “, pohonku.
Serentak, kedua-duanya mengangguk pantas sambil mengukir senyuman.
* * * * *
“ Nasir, kenapa tiba-tiba perubahannya mendadak? Ana gembira betul apabila dia berminat dengan kalimah-kalimah tadi. “.
“ Syamil, Muhammad sebenarnya lupa ingatan. Dia sudah lupa apa yang berlaku terhadapnya serta siapa kita. “, terang Nasir di luar bilik wad.
“ Ya Allah, Moga Allah merahmatinya. “.
“ Ameen. Moga kita bersama sahabat-sahabat dapat membantunya. Membantu dari segi kediaman dan kewangan. Terutama sekali, kita bersama-sama berusaha membimbingnya mengamalkan ilmu Islam. “, tinggi harapan Nasir.
Syamil mengangguk. Mereka berdua melihat Muhammad di sebalik kaca cermin di luar wad.
“ Sesungguhnya aturan Kau sangat indah, Ya Allah! “.
** The End**