Sunday, April 18, 2010

Siri 3 : Explode.


   Maaf, atas kelewatannya. Dan juga maaf beribu-ribu atas ketidak hadiran apa-apa cerpen pada Sabtu yang lepas. Tak perlulah dinyatakan atau disenaraikan sebab-sebabnya kerana ana tak mahu ianya dijadikan alasan.
 
by ~greenleaf-elfy on deviantART

Nasir membrek kereta secara mengejut. Kelihatan beberapa paku bertebaran di jalan raya. Namun, ternyata dia telah lambat apabila kedengaran bunyi seakan letupan kecil.
  
   “ Ah, tayar meletup pula. “, dia menggeleng-geleng.
Dia keluar dari kereta lalu memeriksa keadaan kereta Kancil hitam miliknya.

   Nasir memandang keadaan sekeliling. Lengang dan sepi. Dia cuba mencari-cari papan tanda iklan tarik kereta. Tiada.
Manalah tahu, ada syarikat tarik kereta ingin mengaut keuntungan dengan cara sebegini.

Dia tersenyum. Masalah yang dihadapinya pasti cabaran dari Allah untuk menguji keimanannya. Dia memang suka akan masalah, mencabar diri.

   “ Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan.Bantulah hamba-Mu yang lemah ini.. ".

   Dia teringatkan telefon bimbitnya. Segera menyelukkan tangannya ke dalam poket.
Allahhuakbar!! Bateri habis pula..

Sambil menunggu mana-mana kenderaan melalui jalan tersebut, Nasir membaca dahulu al-ma'thurat. Dia sememangnya sudah dapat menghafal al-ma'thurat dengan baik. 

   Setengah jam berlalu membuatkan peluh mencucuri lehernya. Namun, Nasir tetap sabar. Allah sudah berfirman bahawa kekadang sesuatu perkara yang kita sukai adalah tidak bermanfaat dan sebaliknya. Sesuatu ujian dan dugaan itu, pasti ada hikmah di sebaliknya. Insya'allah.

    Beberapa kereta berlalu namun tiada sesiapa yang mahu berhenti. Mungkin mereka takut akan ditipu. Nasir cuba bersangka baik.

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapannya. Pemandu kereta kelisa hitam itu keluar dengan memakai cermin mata hitam. Lama juga Nasir merenung pemuda tersebut.
   Muhammad!!

Nasir tersengih. Mungkin ini hikmahnya. Dapat berjumpa dengan Muhammad bermakna dapatlah dia lebih mengenalinya.

   Aku memberi isyarat agar Nasir memasuki keretaku. Dia menurut sahaja. Aku pun memulakan perjalanan.

   “ Terima kasih “, ujarnya pendek.
   “ Jangan salah faham pula! “, balasku. Nasir tersengih sahaja. Pelik aku dibuatnya.
   “ Kereta kau tu, pandai-pandailah urus sendiri. Kalau hilang bukan salah aku”, aku mengingatkannya.
   Dia mengangguk tenang.

“ Tolong berhenti di R&R boleh? Ana nak solat maghrib dahulu. ”, pintanya padaku.
Aku mendengus. Menyusahkan orang betul!
   Entah kenapa, aku tetap menurut. Kereta kuparkir berdekatan dengan surau di R&R seperti yang dipinta.

Dia melangkah keluar. Tetapi sempat berpaling.
   “ Jom!”, ajaknya.
   “ Pergi mana? “, tanyaku malas. Apa lagi yang dia nak?!!
   “ Pergi surau. Dating dengan Allah. “, berusaha mengajakku.

Kata-katanya menggelabahkan diriku. Apa perlu aku buat? Ah, benci!!
   Aku mengambil keputusan untuk tidak bangun dari kerusi kereta. Biarkan dia!

Akhirnya, dia berlalu pergi selepas menepuk bahuku perlahan. Aku menghembus nafas kelegaan.
    Mataku tertancap pada sehelai kertas. Aku membuka lipatan kertas itu berhati-hati.

“Pendakwah itu ibarat pohon berbuah. Jika dilemparkan batu kepadanya, dia membalasnya dengan buah-buahan” Hassan Al-Banna

   Err..Siapa Hassan Al-Banna?? Ah, ini pasti kepunyaan Nasir.
 
   Tiba-tiba kedengaran ketukan bertalu-talu di tingkap keretaku. Alamak! Aku mengundurkan kereta secara mengejut, memecut kereta keluar.

Maafkan aku,Nasir!
Akulah punca tayar kereta kau meletup.

Aku pergi dahulu.

…………………………………………………………

   Nasir berjalan tenang. Lega rasanya setelah dapat berjumpa dengan kekasih yang abadi.
Dia bermuhasabah kesilapan-kesilapan diri serta mengingati mati sambil berjalan.

   Sambil-sambil itu, dia mengingati kembali hadis-hadis yang telah dihafalnya.

    Dia masih ingat kata-kata gurunya sewaktu di tingkatan dua. Kata-kata yang dipegangnya kejap sehingga ke hari ini..

“ Barangsiapa yang menempuh jalan ke menuntut ilmu, maka Allah mempermudahkan jalan ke syurga. “.
   Oleh sebab itu, dia sentiasa menanamkan rasa cinta terhadap ilmu agar dia dapat belajar dengan penuh khusyuk dan tenteram. Barulah senang hendak difahami dan ‘masuk’ ke dalam kepala.
   Paling penting sekali, matlamatnya hendak ke syurga. Satu matlamat yang besar bagi dirinya. Maka, dia perlu berusaha keras malah berganda-ganda dari orang lain.

   Adakah dengan bermalas-malasan, hanya dengan sepintas angin atau sepetir kilat dapat masuk ke dalam syurga?
                                         .........................................................................

Eh? Mana kereta Muhammad? Dia sengaja tinggalkan akukah?
   Nasir cepat-cepat beristighfar. Dia cuba husnuzzon (bersangka baik).

“ Selemah-lemah iman adalah dengan bersangka baik “.

  ‘ Mungkin dia pergi memarkir kereta di tempat yang lebih selesa’, bisik hati Nasir.

Dia terjengul-jengul kepala mencari kereta Kancil hitam itu atau pemiliknya. Tiada.
   ‘ Atau Muhammad ada urusan lebih penting yang perlu dilakukannya? ‘, akalnya tertanya-tanya namun tetap cuba bersangka baik.

   Zapp!! Nasir cuba menarik genggaman tangan yang sedang menekup sebahagian wajahnya. Siapa pula ini?

   Pemilik tangan besar itu dan Nasir bergelut secara senyap. Tiada sesiapa yang mengeluarkan suara. Namun, terdapat juga setiap pasang mata yang lalu-lalang menjeling lalu beredar segera. Tidak mahu masuk campur.

   “ Kau siapa? “, bicara Nasir setelah berjaya bernafas dengan tenang.
   “ Kau jangan sibuk! “, balas orang yang telah tewas dengannya itu.

   “ Adakah kau menangkap Muhammad? “, teka Nasir.
   “ Siapa Muhammad? Oh.. yang suka membuli-buli orang itu? Haha!!! “,gelaknya biadap.
   “ Cepat! Beritahu aku. Di manakah Muhammad? “, Nasir menggesa lagi.
   “ Entah. Kenapa aku perlu beritahu pada kau? “, balasnya kasar sambil terseringai.

‘Oh, pandai pula bermain emosi dengan aku.’, Nasir tersengih.

*baru selesai kursus blog. tembakkan doa' untuk ke peringkat seterusnya di KL. Insya'allah,Ameen.

Geo

free counters