Tadi ana baru membelek-belek buku 'Pengurusan Masa Menurut Islam' yang ditulis oleh Syeikh Yusoff Al-Qardhawi. Maka,
Killing Time by ~funchick202 on deviantART
Memastikan setiap masa mempunyai amalan
Asmu'i pernah meriwayatkan bahawa beliau melihat seorang perempuan di suatu kampung sedang memegang tasbih sambil berzikir. Tiba-tiba, perempuan itu berhenti daripada berzikir, lalu ia bersolek.
Beliau lalu bertanya " Di manakah tasbih dan kenapa ini (berhenti untuk bersolek)? ".
Lalu, perempuan itu menjawab di dalam suatu syair bermaksud:
" Bagi Allah S.W.T, tidakku sia-siakan sebahagian dari hidupku, begitu juga tidak akan aku habiskan sebahagian hidupku untuk kelekaan dan kekosongan ".
Daripada jawapan di dalam syair tersebut, baharulah beliau mengetahui bahawa perempuan itu adalah perempuan solehah, ia bersolek untuk suaminya.
Lihat. Perempuan itu menunaikan kewajipannya. Kewajipan kepada Allah serta suaminya. Setiap saat berlalu, tidak akan disia-siakan dengan perkara melekakan serta perkara yang tidak berfaedah.
Bagaimana dengan masyarakat sekarang?
Pandangan yang betul terhadap masa
Pandangan Islam yang betul terhadap masa ialah, merangkumi tiga masa;
1) Masa lepas
2) Masa kini
3) Masa hadapan.
Lihatlah para rasul dan nabi, para sahabat, para imam dan ulama'. Mereka telah meninggalkan kita sejarah yang banyak, bermula dari keilmuan, kesenian dan sebagainya. Maka, apa kewajipan ke atas kita?
Jawapannya= Menyesuaikan segala kesenian dan keilmuan mereka itu, supaya sesuai dengan realiti generasi sekarang.
Anda nampak atau belum?
Ilmu terdahulu --> Mengkaji ilmu --> Menyebarkan ilmu.
Ilmu dahulu yang kita perolehi, kita kaji dan cuba memudahkan dan menyesuaikannya pada waktu kini, untuk disebarkan sehingga ke generasi akan datang dan seterusnya.
Dahulu, kini dan akan datang. Menarik bukan?
PENUTUP: Mari berdisiplin.
Ya. Ana menyeru kepada semua terutamanya pada diri sendiri.
Teringat pula bacaan ayat-ayat Al-Qur'an oleh naqibah usrah. Surah Al-Asr, yang tidak asing lagi di kalangan kita.
1.Demi Masa.
2.Sungguh, manusia berada dalam kerugian.
3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.Mari kita mendisiplinkan diri. Adakah perkara ini merugikan?
2 comments:
kata imam Hassan al-bana :
"al-waajibat akhtar minal awqat" (kewajipan itu lebih banyak dari waktu).
Kalau kita tak disiplin dalam menangani masa, nescaya kita takkan sempat siapkan segalanya.
nice entry. thanks! =)
ya, kewajipan itu memang sntiasa mlebihi waktu.
benarlah, disiplin paling penting.
Imam As-Syahid Hassan Al=Banna words. Thankz too.. ^^
Post a Comment